Saturday, December 17, 2011

Berziarah ke HIMPUN Negeri Perak

Sabtu 17 Disember 2011. Kami sekeluarga ke HIMPUN di Dewan Jubli Kuala Kangsar, berhadapan dengan Masjid Ridhwaniah. Di muka pintu terjumpa Ustaz Shahruzzaman (ISMA) yang menyambut hadirin dengan wajah yang ceria.

Dewannya besar dan cantik. Saya tidak pandai mengagak jumlah orang. Berdasarkan ketidkapandaian saya ini, saya anggarkan pada waktu kemuncaknya dewan dipenuhi sekurang-kurangnya 4,000-5,000 orang. WaAllahua'lam.


Ketika sampai, Dr. Yusri (Pengerusi Yayasan Sofa & bekas Presiden ABIM) sedang memberikan ucapan. Tokoh-tokoh lain yang memberikan ucapan ialah Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak), Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA), Dr. Hasan Ali (ahli politik dari Parti Islam & motivator terkenal) dan Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS). Ucapan Timbalan Mufti memang bersemangat. Antara kata-katanya yang menjadi petikan : "Kita meletakkan harga mati!" dalam isu pemurtadan. Maksudnya, tidak ada tawar-menawar.

Terlihat sahabat-sahabat (ataupun sekurang-kurangnya muka-muka yang biasa dilihat) dari IKRAM,PEMBINA, HALUAN, ISMA dan PAS. Yang menariknya ahli-ahli Perkasa dan Pekembar pun bertakbir bersama-sama : )

Al-Faqir dan Ibnu Al-Faqir ketika mula-mula sampai. Zaujah Al-Faqir yang sedang berbadan dua turut kelihatan. Anak perempuan sedang mengambil gambar : )

No comments: