Friday, December 6, 2013

Hendak Menyelamat Pelbagai Cara Tapi Jangan Melampau

Hendak menyelamatkan kucing yang mahu berlari melintas jalanraya yang sangat sibuk ada banyak cara. Ada cara lembut, ada cara kasar, mengikut keadaan. Yang penting, menyelamatkannya daripada mati digilis kenderaan ataupun daripada cacat seumur hayat. Dia bukan sedar pun yang kita sedang berusaha hendak menyelamatkannya.

Ada kucing yang jika kita halau : "Push! Push! Pegi, pegi! Pegi sana!" elok dia tak jadi melintas dan pergi ke arah lain. Selamat nyawa dia.

Ada kucing yang pabial kita panggil... umpan2... dia datang. Kita pun ambil dan letakan dia di tempat yang lebih selamat.

Ada kucing yang "push push pi sana" dia tak layan, nak lintas jugak. Kena jerkah kena herdik baru dia berpatah arah. Selamat nyawanya. Tapi orang2 jahil yang memandang akan mengatakan si tukang selamat sebagai seorang yang kasar bahkan zalim terhadap si kucing.

Ada kucing yang betul2 nak melintas dah, kita tangkap cepat2, tapi dia punya meronta marahkan kita, bahkan menggigit dan mencakar kita, kerana disangkakannya kita sedang menggangu dan berlaku buruk terhadapnya. Tak mengapalah, sekurang2nya dia masih selamat. Masih boleh makan minum. Tidaklah jadi pisang lenyek di tengah jalan ataupun terpaksa berjalan dengan dua kaki depan sahaja seumur hidupnya meraih simpati agar orang beri makan.

Ada kucing yang kadang2 secara mengejut nak lintas jalan sedangkan dia tak nampak kereta yang datang. Orang2 yang berada di situ pun kaget lalu salah seorang terpaksa menjerit dan menyepak si kucing ke pinggir jalan untuk menyelamatkannya. Jatuhlah kucing itu ke dalam longkang lalu berlari ke arah lain. Selamat nyawanya. Orang2 yang berada di situ semua faham tindakan kasar penyelamat tadi, tapi orang2 di kejauhan mengutuk, menghina, memperli, mengecop salah, marah dsb terhadap si penyepak kucing tadi. 

Biarlah apa pun yang orang hentam, sindir, perli, nyatakan kekesalan, marah dsb, asalkan Allah tahu jasa di penyelamat. Caranya mungkin nampak tidak sesuai di mata orang2 jahil, tetapi yang pastinya si kucing tadi sudah terselamat nyawanya.

Walaupun nyawanya sudah terselamat, kucing yang beruntung tadi tetap akan marah, geram sakit hati dsb terhadap para penyelamatnya. "Nak lintas jalan pun tak boleh! Apa pun tak boleh! Semua tak boleh! Nak lintas jalan... aku dijerkah, akau disepak, akau dihalau!" Itulah katanya. Bagi para penyelamatnya pula : "Alhamdulillah, syukur! Selamat juga nyawa kucing tadi."

*Tapi kalau dengan sekali sepak sudah membuatkan dia terselamat, janganlah sengaja disepak berulang kali pula, salahlah cara yang hendak menyelamat tu.


Adab Penilai Hadis Dahulu dan Sekarang

Adab para ulama terdahulu termasuklah Imam Al-Iraqi, apabila tidak menemui asal sesuatu hadis, mereka berkata : "Aku tidak menemui hadis ini." Begitu bertasawuf dan berhati-hatinya mereka.
Adab orang sekarang yang berasa dirinya pandai hal ehwal agama, apabila dia gagal menemui asal sesuatu hadis : "Ini hadis palsu!" 
Begitu terburu-burunya dan mengikut hawa nafsu.

Adab para ulama terdahulu, apabila tidak menemui asal sesuatu hadis/riwayat : "Aku tidak menemui hadis ini."
Adab orang sekarang yang berasa dirinya sudah cukup ilmu untuk berkata dan menyebar : "Ini riwayat Syiah!"
Terus tuju ke Syiah? Syiah sahajakah yang membawa riwayat palsu dalam dunia ni? Kan ada banyak pihak lagi?

Apabila diminta buktinya dari kitab Syiah yang mana? Terkulat2.

Yang lebih teruk lagi, orang2 yang bertaqlid buta kepada orang2 jenis ini. Dengar dan baca lalu terus percaya dan mendakwahkannya. Dengar hujah sebelah pihak lalu terus ambil tindakan. Siapalah guru-guru mereka ni?

Wednesday, November 13, 2013

Elak Terkena Tapi Terkena



Hajat di hati hendak mengelak daripada tertaksub dengan ulama,
tanpa disedari dia sudahpun tertaksub dengan orang yang menolak ulama-ulama itu,
tertaksub dengan media yang dibaca, didengar atau ditontonnya itu,
walaupun dikatanya : “Eh, aku tak taksub dengan siapa-siapa atau apa-apa!”

Hajat di hati hendak mengelak daripada tertaksub dengan kitab,
tanpa disedari dia sudahpun tertaksub dengan pemikiran sendiri,
tertaksub dengan tulisan-tulisan yang dibaca,
walaupun dikatanya : “Eh, mana ada!”

Hajat dihati hendak mengelak daripada taksub dengan mazhab (sebenarnya kaedah-kaedah mazhab),
tanpa disedari dia sudahpun tertaksub dengan kaedah-kaedah sendiri (dia dah buat mazhab diri sendiri tanpa sedar, walaupun dia bukan mujtahid mutlak ataupun mujtahid mazhab),
ataupun dia sudah menganut mazhab (kaedah-kaedah) tokoh yang dipercayainya itu (walaupun tokoh itu bukan juga mujtahid mutlak atau mujtahid mazhab),
walaupun dikatanya : “Aku pulak yang dituduh taksub?”

Kononnya hendak mengelak daripada terkena,
tetapi sebenarnya sudah pun terkena.

Begitulah jika dalam agama hendak cepat.
Begitulah jika dalam agama dirasa pemikiran sendiri sudah cukup hebat.
Begitulah jika dalam agama dirasa pemikiran tokoh pujaan diri  itu sudah cukup hebat.
Begitulah jika dalam agama menghentam orang lain yang bertaqlid
tetapi diri sendiri pun sebenarnya hanya bertaqlid kepada orang dan karya orang yang disukainya.
Begitulah jika dalam agama hendak menunjuk di dunia nyata dan di dunia maya
bahawa dirinya tahu (itu paling kurang tu), dan lebih tahu berbanding orang lain,
lebih-lebih lagi di hadapan orang-orang awam yang kurang pengetahuan.
Hebat rasanya dapat berlagak hero dalam kalangan mereka.

Wahai Allah, jauhkanlah diri kami daripada sifat-sifat sebegini.
Selamatkanlah kami daripada orang-orang yang sebegini.
Amin.


Abu Zulfiqar
13 November 2013

(*Bak kata ustaz Sidek Nor, lembu baru nak tumbuh tanduk memang dia sondol merata, sebab gatal kepala)

Tuesday, November 5, 2013

Peperiksaan Pengajian Ihya' 'Ulumuddin Tahap 2

Kepada para pengikut pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin secara online, kertas soalan Peperiksaan Tahap 1 Pengajian Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sudah lama berlalu, disiarkan sejak 15 April 2012. Pengumuman tentangnya pun masih ada di sini http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/04/peperiksaan-pengajian-kitab-ihya.html .


ULANG TAYANG PENGUMUMAN :
Peperiksaan Pengajian Kitab Ihya Ulumiddin Tahap 1

Diumumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya para pendengar/pengikut kuliah pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin (sama ada secara talaqqi atau pendidikan jarak jauh) bersama saya (Abu Zulfiqar), tuan-tuan dan puan-puan digalakkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 1 Pengajian Kitab Ihya' 'Ulumiddin.

Soalannya boleh di'download' dihttp://periksaihya.files.wordpress.com/2012/04/peperiksaan-ihya-tahap-1.pdf.

*Tuan2 puan2 yang tidak mengikuti kuliah Abu Zulfiqar juga boleh menjawabnya jika mahu.
*Peperiksaan Tahap 2 akan diusahakan sedikit masa lagi.
*Hanya calon yang lulus (mendapat sekurang-kurangnya C) akan ditawarkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 2.

Selamat menjawab peperiksaan.
TAMAT ULANG TAYANG.


Kini soalan Tahap 2 bakal menyusul (hanya setelah lebih setahun setengah berlalu… sibuk memanjang). Anda yang sudah lulus sekurang-kurangnya dengan gred C pada Tahap 1 dipelawa untuk menjawab soalan Tahap 2. Yang belum lulus atau belum melalui Tahap 1, sila berbuat demikian terlebih dahulu. Semoga berjaya.

Akan dimaklumkan apabila soalan Tahap 2 siap nanti.

Abu Zulfiqar
5 November 2013


*SOALAN-SOALAN LAZIM :

Soalan : Apa bentuk keuntungan keduniaan yang bakal saya dapat (wang, sijil, pangkat, pengiktirafan, keistimewaan atau sebagainya) kalau lulus peperiksaan ini?
Jawapan : Apa pun tak ada. Anda belajar kerana Allah semata-mata dan menjawab peperiksaan pun kerana Allah semata-mata.

Soalan : Saya mahu mengikuti kuliah-kuliah kitab Ihya ini tapi saya tak mahu ambil peperiksaan. Boleh ke?
Jawapan : Tentu saja boleh.

Soalan : Kenapa kuliah umum macam ni ada peperiksaan?
Jawapan : Sebagai salah satu usaha untuk mentajdid kuliah-kuliah umum umat Islam. Selain itu ada beberapa sebab dan matlamat yang lain.

Soalan : Maklumat lain?
Jawapan : Ada pada kertas soalan nanti J


Monday, November 4, 2013

Kitab Kifayatul Muhtaj - Berita Baik Buat Semua

Kitab Kifayatul Muhtaj karangan Syeikh Daud Fatani sangat bermakna buat saya. Boleh dikatakan melalui kitab inilah saya mula mendapat perhatian pendengar di internet. Walaupun hanya setebal 28 muka surat, tetapi berjaya disyarahkan dengan terperinci dalam 23 kali kuliah. Rakaman audionya dipecahkan kepada 123 fail dan masih boleh didengar di laman “Kembara ke Sidratul Muntaha” http://syarahisrakmikraj.blogspot.com/ .

Ketika mula-mula menempatkan audio kuliah kitab Kifayatul Muhtaj ini di internet, boleh kata masyarakat kita tidak tahu pun kitab ini kecuali sebilangan guru dan pelajar pondok. Dengan kuasa Tuhan, selepas itu saya mendapat maklumbalas yang sangat positif apabila beberapa orang pendengar memaklumkan yang mereka sudah mula meminta ustaz-ustaz di tempat mereka mengajarkan kitab ini. Kitab Kifayatul Muhtaj kembali ke tengah sebahagian masyarakat walaupun tidaklah semeriah pada zaman Syeikh Daud Fatani. Sekarang sudah sering terdengar orang berkata atau terbaca di internet tentang kuliah kitab ini di sana-sini terutamanya sepanjang bulan sambutan peristiwa Isra’ Mi’raj.

Seingat saya ada 3 orang/ 3 pihak berlainan yang pernah meminta keizinan untuk mendownload kesemua fail lalu diCDkan untuk diedarkan kepada orang lain. Saya sangat berbesar hati tetapi dengan syarat “jangan buat duit”, edar percuma. Jika perlu untuk menampung kos, ambil sekadar modal  dan duit minum sahaja. Mereka bersetuju. Saya pun sudah tidak ingat siapa mereka. Semoga segala usaha juang mereka mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Sebenarnya saya menulis kali ini kerana saya baru terjumpa kitab Kifayatul Muhtaj ini di internet dalam tulisan rumi bahasa Melayu, bukannya jawi lama sebagaimana asalnya. Maksudnya pendengar akan lebih mudah membaca kitab ini. Tahniah kepada pihak yang mengusahakan terjemahan ini iaitu Ikatan Penuntut Ilmu Islam Pulau Pinang (Rejab 1434/2013), diupload oleh Mohd Nazri Mamat. Pada bahagian awalnya ditambah pula dengan sejarah hidup tuan kitab iaitu Syeikh Daud Al-Fatani yang agak lengkap, suntingan daripada tulisan Tuan Guru Wan Muhammad Saghir.

Dulu orang pesan kitab ini melalui internet (saya tak jual, cuma tolong belikan sahaja di kedai kitab di Taiping dan tolong kirim melalui pos), tapi memang berasa kasihan kepada mereka yang beli tapi tak lancar membaca tulisan ajwi, apatha lagi bahasa jawi lama dialek Patani. Sekarang, Allah beri kemudahan kepada tuan-tuan. Sudahlah dalam tulisan rumi, download percuma pulak tu. Siap dengan nota kaki lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Download segera dan boleh terus ulangkaji kuliah kitab Kifayatul Muhtaj sambil membaca teks kitabnya dengan selesa.


Abu Zulfiqar
4 November 2013



Thursday, October 31, 2013

Buku - Himpunan 80 Tazkirah FB Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar yang pertama bermula pada 12 Disember 2011. Siri tazkirah ini mencapai angka ke-80 pada 31 Oktober 2013. Sempena genap takzirah ke-80, kesemua tazkirah ini disusun dengan kemas dan dimuatkan dalam satu fail PDF. Fail ala buku ini dinamakan “Suluhan Mentari Pencerah Rohani”. Tuan-tuan boleh membaca secara “online” dan boleh juga di”download” di :


atau klik pada gambar di bawah (muka depan “Suluhan Mentari Pencerah Rohani”) :



Yang pasti, semuanya percuma :)

Tazkirah Facebook seterusnya akan berjalan seperti biasa di laman Facebook : “Tazkirah FB Abu Zulfiqar” dan dikumpulkan di laman Ihya’ As-Sunnah http://ihyaassunnah.blogspot.com/.

Semoga bermanfaat.

Abu Zulfiqar
]31 Oktober 2013






Saturday, October 19, 2013

Buku - Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim



Dijemput baca online ataupun download.

Mereka Hendak Samakan Allah dengan Jesus

Kristian Trinitarian di Malaysia hendak menyamakan Allah dengan Jesus. Antara buktinya, boleh teliti dialog saya dengan seorang Kristian dihttp://isunamaallah.blogspot.com/2009/03/1-kristian-najran.html . Itulah yang mereka kehendaki sebenarnya... menyamakan Allah dengan makhluk.

Padahal Allah tegaskan dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 :
“Demi sesungguhnya, telah KAFIRLAH orang-orang yang BERKATA: “Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibnu Maryam."

Mereka yang hendak samakan Allah dengan Jesus dan Jesus dengan Allah, hukumnya kafir. Kita yang menyetujuinya pula?

Sebab itu pendirian kita : Mereka boleh gunakan kalimah "Allah" asalkan mereka tujukan kepada Allah, tapi mereka tidak boleh menggunakannya jika mereka mahu tujukannya kepada selain Allah (termasuklah Jesus, malaikat, Ruh Kudus dll).

Allah memang Tuhan seluruh manusia dan jin, tetapi bukan semua manusia dan jin yang menjadikan Allah sebagai Tuhan mereka.

Wednesday, October 2, 2013

Ajar Kitab Apa?

Orang tanya… ada ajar tak kitab Hikam… Kasyful Asrar… Durrun Nafis……lain-lain…
…saya tak ajar guna kitab-kitab tu.

Yang pernah atau yang sedang saya ajar hanyalah…
1.       Maza Ya’ni Intima’I lil Islam (Syeikh Fathi Yakan).
2.       40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Syeikh Fahmi Zamzam).
3.       Munyatul Musolli (Syeikh Daud Al-Fatani)… separuh.
4.       Kimiya’ As-Sa’adah (Imam Al-Ghazali)… petik-petik je.
5.       Ar-Risalah Al-Laduniyyah (Imam Al-Ghazali).
6.       Al-Munqiz min Adh-Dhalal (Imam Al-Ghazali)… petik-petik jugak.
7.       Kifayatul Muhtaj (Syeikh Daud Fatani).
8.       Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali).
9.       Misykatul Anwar (Imam Al-Ghazali).

Rasanya yang tu sahaja.


Buat masa sekarang tumpu pada Ihya’ dan Misykat sahaja.


*Tambahan 3 Oktober 2013 - saya juga pernah mengajarkan kitab Fadhail Amal (Maulana Muhammad Zakariyya) dan Syakhsiyyatul Muslim (Dr. MUhammad Ali Hasyimi).

Sunday, September 29, 2013

Menjelang Khatam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Bab Ilmu)

Insya-Allah majlis khatam kitab Kitab Ilmu daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin akan diadakan pada hari Isnin malam Selasa 7 Oktober 2013, iaitu pada kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bagi kali ke-82.

Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri daripada 40 tajuk besar yang setiap satunya disebut “kitab”. Kitab Ilmu ialah yang pertama daripada 40 kitab tersebut. Masih ada 39 kitab lagi untuk kita sama-sama terokai.

Syarahan Kitab Ilmu ini diadakan hampir setiap minggu bermula pada bulan Mac 2011 dan dijangka berakhir pada awal Oktober 2013 ini. Maksudnya kesemua 82 kali kuliah Kitab Ilmu mengambil masa lebih kurang dua setengah tahun untuk ditamatkan. Dijangkakan keseluruhan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini akan selesai disyarahkan dalam tempoh 20 ke 23 tahun.

Tempoh pengajian yang panjang ini adalah kerana kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur, Trong, Perak disyarahkan dengan terperinci. Syarahan ringkasnya diadakan di Masjid PGA (Komando 69), Ipoh yang dijalankan sebulan sekali.

Alhamdulillah, syukur! Dengan izin-Nya, setakat ini kesemua 80 kuliah kitab Ihya’ sejak kelas pertama berjaya dirakam dan dimuatnaik ke Youtube. Sudah ada 537 fail dan masih berbaki sekitar 8-10 fail lagi untuk tamat. Setiap satu fail berdurasi antara 7 ke 12 minit.

Fail 1-99 adalah dalam bentuk audio.
Fail 100 dan seterusnya dalam bentuk video.
Tuliskan “syarah ihya” di Youtube untuk bertemu.

Majlis di Masjid PGA Ipoh juga ada dimuatnaik. Tuliskan “ihya masjid pga”. Cuma kelas di Masjid PGA hanya dirakam bermula kelas yang ke-5.

Kitab Ilmu dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ini sangat penting. Sebab itulah Imam Al-Ghazali meletakkannya di awal-awal kitab, bahkan mendahului Kitab Tauhid! Kitab Tauhid pun diletakkan pada urutan ke-2! Maksudnya tentu ada sesuatu (sebenarnya banyak) perkara penting yang Imam mahu kita hadamkan terlebih dahulu sebelum diri kita sesuai untuk mendalami kitab-kitab seterusnya.

Selepas ini kita akan masuk Kitab Tauhid, satu bab yang sangat ditunggu-tunggu daripada kitab Ihya’ ini. Oleh itu, kita sangat-sangat berpesan… agar sesiapa yang mahu mengikuti kupasan Kitab Tauhid nanti, hendaklah menyelesaikan pengajian Kitab Ilmu terlebih dahulu. Bukan saja-saja Imam menulis Kitab Ilmu panjang lebar dan diletakkannya di awal kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Untuk memahami dan menghayati bab-bab seterusnya dalam Ihya’ mungkin kita boleh, tetapi untuk sampai ke tahap menghayati, kuncinya ada dalam Bab Ilmu. Di situ antara rahsianya.

Kitab Ilmu ialah manual kepada pembinaan bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika kita mengabaikan manualnya lalu terus sahaja mahu menggunakan alat-alatnya lalu membina bahtera yang seperti bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin, bahtera itu mungkin boleh siap dan seiras rupa, tetapi akan jauh berbeza dari sudut-sudut yang lain.

Bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin meluncur laju, bahtera kita perlahan.
Bahtera Ihya’ tiba awal, kita masih di tengah lautan.
Bahtera Ihya’ tahan lama, bahtera kita baru dipakai pun sudah longgar skru dan paku, berbunyi apabila dipijak atau disandar, asyik kena tukar kena perbaik.
Bahtera Ihya’ tetap cantik, bahtera kita walaupun belum lama tapi sudah kelihatan lusuh dan buruk.
Bahtera Ihya’ bersih dan kemas, bahtera kita kotor dan berselerak.
Bahtera Ihya’ tepat binaannya, bahtera kita kiat sana senget sini.
Bahtera Ihya’ selesa dalamannya, bahtera kita sempit luas tidak menentu.
Kerana apa?
Kerana mengabaikan manualnya… iaitu Kitab Ilmu.

Selesaikan Kitab Ilmu terlebih dahulu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikuti pengajian kitab Ihya’ ini melalui internet. Biar diulang-ulang, lagi bagus.

Majlis khatam Bab Ilmu itu nanti akan dibuat ala kadar sahaja, sekadar ada. Insya-Allah akan dibuat kenduri kesyukuran dan para hadirin akan dihadiahkan senaskah lembaran yang memuatkan isi-isi penting pelajaran kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dari  kelas pertama sampailah kelas terakhir Kitab Ilmu (masih belum siap, dianggarkan sekitar 40 mukasurat). Kemudian kita akan mengimbas kembali isi-isi penting seluruh Kitab Ilmu. Diakhiri dengan sedikit doa Imam Al-Ghazali yang terdapat di akhir kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

Semoga segala usaha kita untuk dunai dan akhirat dimudahkan Allah.

Abu Zulfiqar
29 September 2013

(*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak)


Tazkirah Facebook ke-16 (Mac 7, 2012)

Rajin mendengar ceramah popular memang bagus, tapi... rajin mendengar ceramah popular DAN rajin juga mendengar kuliah bersiri (berkitab), adalah lebih bagus.

Ceramah popular dapat mencetuskan rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya. Ceramah popular juga dapat mengekal malah menambahkan rasa itu bagi mereka yang sudah sedia suka akan agama dan ilmu-ilmunya.

Namun dengan hanya rajin mengikuti ceramah-ceramah popular, tidak dapat menjadikan seseorang itu banyak ilmu agamanya walaupun memang ada pertambahan. Tidak ada orang yang hanya menghabiskan usahanya mengejar ceramah-ceramah popular bertahun-tahun, kemudiannya kita dapat tahu dia berjaya menjadi seorang ilmuwan agama. Tidak ada.

Untuk mendapatkan pemantapan, pelambakan dan pendalaman ilmu-ilmu agama, kita hendaklah rajin pula mengikuti kuliah-kuliah bersiri. Terbukti, ramai juga mereka yang rajin mengejar kuliah-kuliah bersiri, bertahun-tahun selepas itu akhirnya berjaya pula menjadi seorang pengajar (atau sekurang-kurangnya ada ilmu sebagaimana pengajar sekalipun dia tidak mengajar).

Teruskanlah mendengar/mengikuti ceramah-ceramah popular, tapi luangkanlah juga masa untuk mendengar/mengikuti kuliah-kuliah bersiri (sama ada secara langsung ataupun melalui media seperti internet), sekalipun kita tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pengajar suatu hari nanti. Tapi... takkanlah kita tak mahu mentarbiyyah isteri dan anak-anak? Cukupkah ilmu dan motivasi dari ceramah-ceramah popular sahaja untuk mengajar agama kepada mereka?

Ceramah popular isinya bersifat umum. Huraian dan bahasannya terdapat dalam pengajian berkitab. Oleh itu, jangan berpuas hati sekadar dengan menjadi seorang peminat ceramah popular. Jadilah juga peminat tegar kuliah bersiri (berkitab). Jumpa lagi : )


Abu Zulfiqar

Thursday, September 5, 2013

Seni Beladiri yang Sesuai

PERSOALAN : Assalamualaikum warahmatullah 
Anak bujang ambe (12 tahun) dok bising nak masuk tae kwon do... ambe pulak lebih suka dia belajar silat Melayu... tapi dengar kata silat Melayu ni campur dengan mantera2 sekali... silap gaya berlaku 'penurunan'.. betui ka? 
Macamana pula martial art yang lain2? Ada cadangan? 

Bila kita tengok senario sekarang ni macam2 benda berlaku, kadang2 depan mata kita.. perlu ada ilmu pertahanan diri ni... ilmu kebal tu tak mau laa.. ilmu keras pun kalau boleh jangan bincang di sini...!! 

So martial arts yang mana yang paling bestt?


PANDANGAN : Pilih yang sesuai dengan keadaan diri, persekitaran dan masa depan orang yang bakal belajar. 

Contoh : 
- Jenis duduk dalam hutan rimba yang sempit dan berduri, jarang jumpa kawasan lapang, kurang sesuailah belajar taekwondo, takyeon atau capoeira. 
- Jenis nak jadi askar/mujahiddin yang bakal ke medan perang, kurang sesuailah belajar Sila Cekak. Tentulah nak asah kemahiran bergumpal di tanah, berguling sambil menyerang atau diserang, lari susup-sasap mengelak peluru dan bom, berlawan dalam lumpur, minyak, atas sampan kecil dsb. Lebih baik belajar silat harimau, Penjurit Kepetangan Melayu, ninjutsu, Silat Gayong dsb. 
- Jenis nak buat kerjaya, perlu pengiktirafan (master, grandmaster, dan-dan, talipinggang dsb), tentulah tak sesuai belajar Jeet Kune Do. Elok belajar taekwondo, karate, judo dsb. 
- Jenis nak jadi pemimpin, ulama atau apa-apa kerjaya yang perlukan penampilan sopan, eloklah belajar Silat Kalimah, Aikido, Wing Chun atau seumpamanya. 
- Jenis yang lebih kepada kesihatan dan kerehatan, eloklah belajar taichi, aikido, shaolin. 

Kata orang... sesuaian pesilat dengan silatnya. Wallahualam.

Ada seni beladiri yang sangat bagus dalam jarak pertempuran tertentu. Sekadar contoh umum : 

1. Jarak tendangan - taekwondo, capoeira, kick boxing, muay thai, savate, karate, taekyon, silat olahraga 

2. Jarak tumbukan - silat cekak, silat kalimah, silat lian, wing chun, muay thai, hung gar, tai-chi, karate, silat olahraga 

3. Jarak pergelutan - wing chun, silat sendeng, aikido, silat lintau 

4. Jarak gumpalan (di bumi) - judo, jujitsu, gusti, silat lintau, harimau minangkabau 

5. Jarak di luar tendangan - ninja dan seumpamanya, monkey fist, silambam 

Dalam Jeet Kune Do, semua jarak pertempuran dilatih hampir2 sama berat.



Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 50 (November 7, 2012)

Gaji tahunan tidak naik, kita bising. Bonus tahunan tidak diberi, jiwa kita memberontak.
Tetapi apabila ilmu agama kita tidak bertambah berbanding tahun lepas, kita tidak pula rasa apa-apa. Amalan agama kita tidak meningkat, tidak pula timbul rasa tidak puas hati. Betul kan?

Mula-mula bekerja 10 tahun dulu gaji kita RM 900. Sekarang sudah RM 3,000. Katakanlah majikan hendak batalkan gaji sekarang lalu beri gaji seperti 10 tahun dahulu sahaja. Mengamok tak? Tapi ilmu agama dan amal-amal kita hari ini lebih kurang sama sahaja dengan 10 tahun yang lalu, kalau bertambah pun sikit sahaja, tidak pula kita berasa apa-apa. Betul kan?

Itulah kita. Kalau keduniaan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita sangat tidak berpuas hati. Tapi kalau keakhiratan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita tidak berasa apa-apa pun. Astaghfirullah…….

Ingatan untuk diri…….




Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 49 (November 7, 2012)

Ada orang baru hendak belajar cara memanjat dan menuruni pokok kelapa. Kita gunakan jentera dan terus  letakkan dia di pucuk pokok kelapa setinggi 30 kaki. Memanglah dia hebat dipandang orang kerana kedudukannya yang tinggi, tapi… bolehkah dia turun? Bolehkah dia memanjat? Hampir-hampir pasti tidak boleh, kerana dia tidak tahu cara memanjat atau menuruni pokok kelapa.

Orang kedua kita letakkan di tengah-tengah batang pokok kelapa. Memanglah hebat dipandang orang. Bolehkah dia naik ataupun turun? Hampir-hampir pasti tidak boleh kerana dia tidak tahu pun cara memanjat atau menuruni pokok kelapa. Terpaksa kita panggil bomba untuk menyelamatkannya.

Orang ketiga kita letakkan di perdu pokok kelapa. Dari situ dia belajar memanjat dan menuruni pokok kelapa sedikit demi sedikit. Bolehkah dia panjat dan turun? Insya-Allah boleh, kerana dia belajar dari bawah cara-cara untuk panjat dan turun.


Pengajarannya, apabila kita baru-baru hendak mendalami ilmu-ilmu agama, jangan terlalu ghairah untuk terus belajar bahagian yang tinggi-tinggi, yang rahsia-rahsia. Kelak diri sendiri yang rosak binasa. Belajarlah beransur-ansur, mengikut sukatan pelajarannya dan mengikut keupayaan diri kita, dan mengikut panduan orang-orang lama. Guru-guru juga janganlah terlalu ghairah hendak meletakkan anak-anak murid mereka di maqam yang tinggi-tinggi. Kaji terlebih dahulu keupayaan si murid. Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 48 (November 6 2012)

Belajar ilmu-ilmu agama seumpama menyelam ke dalam lautan. Lagi diselam, lagi seronok. Lagi diselam, lagi banyak benda-benda hebat yang kita temui. Lagi diselam lagi berasa banyaknya kekurangan pengetahuan kita tentang isi lautan, membuatkan kita ingin lebih tahu dan lebih tahu lagi.

Mula-mula terjun ke dalam laut, kita dikelilingi air. Kita seolah-olah sedang terapung-apung atau terbang dalam lautan air. Alangkah seronoknya. Kemudian kita nampak ikan-ikan. Pelbagai jenis, beribu-ribu jumlahnya. Alangkah seronoknya. Selam lagi, terjumpa pula haiwan-haiwan selain ikan. Selam dalam lagi, ternampak pula karang-karang laut yang berwarna-warni. Bertambah seronok, selam lagi. Ketemu pula haiwan-haiwan lautan yang aneh. Lebih dalam lagi, kelihatan pula haiwan-haiwan berlampu. Makin diselam makin seronok. Makin diselam makin mahu mengetahui ilmu atau rahsia seterusnya.

Kalau kita tidak menyelam, kita rasa diri kita sudah cukup pengetahuan tentang lautan. Apabila menyelam, barulah terasa diri kita banyak yang tidak tahu.


Begitulah halnya dengan mempelajari agama. Marilah kita sama-sama menyelam ke dalam lautan agama tanpa jemu. Insya-Allah kita akan bertemu dengan pelbagai keindahan di dalamnya.


Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 47 (Oktober 28, 2012)

Gitar…….
Jika talinya terlebih tegang, bunyinya lari dan kemungkinan putus.
Jika talinya kendur, bunyinya sumbang dan rupanya juga jadi tidak menarik.
Tali yang tidak terlebih tegang dan tidak kendur, akan menghasilkan bunyi yang sedap dan irama yang menawan.

Begitulah halnya kita bermujahadah dalam hal ehwal keagamaan.
Jangan terlebih ghairah untuk melakukan itu ini dalam agama.
Dan jangan pula sampai tidak ada keghairahan untuk melakukan itu ini dalam agama.
Teruskanlah keghairahan dalam hal ehwal agama tetapi dengan jalan yang sederhana.

Masalahnya, ramai yang menyangkakan mereka sedang berada pada jalan yang sederhana, padahal sebenarnya mereka sedang berada dalam kekenduran. Mereka tidak punya keghairahan pun untuk mengusahakan itu ini dalam agama.

Muhasabah diri. Adakah kita ghairah untuk agama dalam kehidupan kita sehari-hari?




Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 46 (Oktober 25, 2012)

Ada orang bekerja, pendapatannya untuk diri sendiri pun tidak cukup.
Ada orang bekerja, pendapatannya cukup-cukup sahaja untuk dirinya sendiri.
Ada orang bekerja, pendapatannya lebih, sehingga dia boleh buat simpanan.
Ada orang bekerja, pendapatannya lebih banyak, sehinggakan dia dapat berkongsi dengan orang lain melalui sedekahnya, hadiahnya, zakatnya, kendurinya, qurbannya…….
Jenis yang terakhir inilah yang terbaik.

Samalah halnya dalam menuntut ilmu agama.
Ada orang belajar, untuk dirinya sendiri pun tidak cukup.
Ada orang belajar, cukup-cukup untuk dirinya.
Ada orang belajar, lebih, tetapi belum cukup untuk dikongsikan dengan orang lain.
Ada orang belajar, lebih banyak, sehingga dia dapat berkongsi dengan orang lain, iaitu mengajarkannya.
Jenis yang terakhir inilah yang terbaik.
Begitulah kata Imam Al-Ghazali.


Di manakah kita?


Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 45 (Oktober 25, 2012)

Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama artis atau ahli sukan yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya penuh muka surat dan tak cukup waktu menulis. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini.

Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama ulama yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya banyak ruang kosong dan senarainya pendek. Tidak sampai setengah minit, dia sudah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang nama ustaz ustazah yang bukan ulama pun ditulisnya juga. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini.

Ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama artis atau ahli sukan. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Insya-Allah mudah sahaja. Begitulah keupayaan generasi tua hari ini.

Kemudian… ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama ulama. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Begitulah keupayaan generasi tua hari ini.

Dengan generasi tua dan generasi muda yang rata-ratanya sebegini, kita sudah boleh mengagak keupayaan generasi umat Islam yang akan datang. Adakah kita hendak membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan?


Perubahan bermula pada diri sendiri. Jangan hanya berharap orang lain untuk berubah, melainkan kita sendirilah yang mesti berubah terlebih dahulu. Dan … perubahan itu mestilah bermula dari sekarang!


Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 44 (Oktober 19. 2012)

“Abu, kebun aku kena serang dengan kera le.”
“Ye ke?”
“Iye. Habis buah-buah dan pokok-pokok aku dijahanamkan. Ni aku nak upah engkau pergi tembak kera-kera di kebun aku tu. Boleh ke?”
“Eh, insya-Allah beres! Nanti petang aku pergi.”
“Ok, nanti aku bayar upahnya.”
“Baik.”

Petang itu Abu pun pergi ke kebun Ali dengan senapang kampungnya, tapi… Abu gagal menembak seekor kera pun. Mengapa ya? Kerana Abu tidak kenal pun yang mana satu haiwan yang dinamakan kera itu!

Untuk menghapuskan kera di kebun, kenalah kenal yang mana satu kera terlebih dahulu. Jika tidak kenal, apa yang hendak ditembak? Apa yang hendak ditangani?

Begitu jugalah halnya dengan sifat-sifat mazmumah. Hendak mengekang, menghilang atau menghapuskan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita, hendaklah kita mengenal sifat-sifat mazmumah itu dari segi punca-puncanya, tanda-tandanya dan cara-cara mengubatinya. Mana mungkin memburu sesuatu yang tidak kita kenal. Begitulah antara maksud Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin.

Sudahkah kita mengetahuinya? Ada guru kita mengajarkannya? Ada jemaah kita menerapkannya?



Abu Zulfiqar

Sunday, August 18, 2013

Yang Mana Ulama Akhirat?

Inilah 12 tanda ulama akhirat sebagaimana yang dinyatakan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin, sebagai panduan kepada kita dalam mengelaskan orang-orang yang digelar ulama oleh masyarakat ataupun mereka sendiri mengangkat diri mereka sebagai ulama :
1.       Tidak mencari dunia dengan ilmunya.
2.       Cakap serupa bikin.
3.       Utamakan ilmu –ilmu yang lebih penting berbanding yang penting-penting, apatah lagi yang kurang atau tidak penting.
4.       Tidak bermewah-mewah pada makan minum, pakaian, perabot, rumah dan sebagainya.
5.       Tidak berlebih-lebihan bergaul dengan para pemerintah, lebih banyak menjauhkan diri dari mereka.
6.       Tidak tergesa-gesa mengeluarkan fatwa. Sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata.
7.       Banyak beri perhatian kepada ilmu batin (dalaman/hati/tasawuf), khususnya ilmu mukasyafah dan mu’amalah.
8.       Bersungguh-sungguh menguatkan keyakinan (bukan ‘yakin’ menurut ilmu kalam, tetapi ‘yakin’ menurut ilmu tasawuf).
9.       Sentiasa bertaqwa kepada Allah dan jelas terpamer ketaqwaannya itu pada dirinya, penampilannya, perlakuannya dan sebagainya.
10.    Banyak memperkatakan tentang sifat-sifat mazmumah, untuk menyelamatkan diri daripada sifat-sifat itu.
11.    Mengutamakan pemahaman berbanding hafazan, tetapi tidaklah meninggalkan hafazan.
12.    Menjauhi perbuatan-perbuatan bid’ah.

12 perkara yang disebutkan di atas hanyalah ringkasan atau tajuk kecil. Untuk mendapatkan pemahaman lanjut/sebenar, para pembaca bolehlah mengikuti fail-fail video pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Youtube. Dengan izin Allah, 12 perkara di atas saya huraikan dengan agak terperinci (dari fail video ke-369 sehinggalah fail ke-524, dan insya-Allah akan tamat sebelum fail ke-530).

Kadang-kadang, tajuk sahaja tidak dapat mengambarkan situasi sebenar yang dimaksudkan oleh tuan kitab. Contohnya tanda yang ke-12 iaitu menjauhi perbuatan-perbuatan bid’ah, tahukah kita perbuatan-perbuatan bid’ah yang mana yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali? Samakah dengan bid’ah yang kita faham?

Apa manfaatnya ilmu mengenal ulama akhirat ini kepada kita? Antaranya, kita boleh mengagak yang mana satu ulama akhirat dan yang mana satu ulama jahat, yang mana ulama akhirat dan yang mana ulama dunia. Kita tidak mahu bertaqlid buta dengan kata-kata orang kononnya yang itu ulama akhirat, yang ini ulama jahat, yang sana ulama dunia dan sebagainya. Sekurang-kurangnya biarlah bertaqlid celik, dan jika dapat lebih lagi adalah lebih bagus. Jangan mudah sangat percaya akan kata-kata orang, biarlah kita buat penilaian sedikit-sebanyak, supaya kita tidak tersalah pilih ulama. Dalam banyak kes, orang awam sering tersalah sanjung ulama kerana disangkanya orang itu ulama akhirat, padahal itu ulama musibat. Begitulah sebaliknya.

Satu hal lagi yang kita kena faham, Imam Al-Ghazali tidak meletakkan pun tanda-tanda ulama akhirat itu seperti dipilih oleh pemerintah, pegang jawatan mufti atau qadhi, pakai serban besar, jadi ketua pusat pengajian, berjawatan (syeikhul, maulana, imam, khalifah atau lain-lain), masyhur nama dan sebagainya. Oleh itu, kita kena bijak membuat penilaian, jangan mudah terpesona dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Orang sanjung, kita pun sanjung. Orang tentang, kita pun tentang. Jadi pak turut sahajalah kita.

Kesimpulannya, ilmu mengenal ulama akhirat ini memang penting. Sebab itu Imam Al-Ghazali meletakkan ilmu ini di awal kitab Ihya’, mendahului bab aqidah.  Selepas ini pengajian kitab Ihya’ akan masuk satu tajuk kecil iaitu bab akal. Kemudian barulah berpindah ke bab besar iaitu aqidah. Begitulah susunan yang dibuat oleh Imam Al-Ghazali. Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
18 Ogos 2013

Monday, August 5, 2013

Mikraj Nabi Bukti Allah Dipengaruhi oleh Tempat?

PERSOALAN : Seorang sahabat yang menggunakan nama NS bertanyakan pandangan tentang petikan di bawah, yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan tulisan Mohd Radzi Othman (*tak pasti sama ada orang ini sama dengan Mohd Radzi Othman dari ulama muda UMNO atau tidak) :

“Ada juga antara kaum Muslimin yang membaca kisah ini (*kisah Israk dan Mikraj) tanpa mengerti; dalam masa mereka menetapkan peristiwa turun naik yang dilakukan Nabi untuk berjumpa ALLAH bagi mengurangkan jumlah solat, mereka menetapkan ALLAH wujud tanpa tempat (*maksudnya si penulis meyakini bahawa zat Allah itu dipengaruhi oleh tempat). Seandainya ALLAH bukan bersemayam di atas Arasy, malah sebaliknya ALLAH wujud tanpa tempat, lalu mengapa berlakunya Mikraj? Lebih ironi mengapa Musa menyuruh Nabi Muhammad SAW menghadap ALLAH di Sidratul Muntaha berulang kali? Cukup sahaja di langit ke enam - tempat Nabi Musa tinggal - Rasulullah SAW menyeru Tuhannya, tidak perlulah baginda naik turun berulang kali. Lalu di sinilah pemisah antara golongan yang beriman kepada naqal dan akal.”

PENJELASAN SAYA : (*Memang sedap jika dijawab panjang lebar, tapi ketika menjawab persoalan ini tempoh hari memang saya sedang kesibukan. Namun dengan jawapan ringkas ini pun rasanya sudah memadai untuk memahami kedudukan sebenar 

Jawapan ringkasnya :

1. Peristiwa Mi'raj itu berkait dengan di mana Allah mahu Rasulullah berinteraksi dengan-Nya, bukannya berkait tentang zat Allah berada di mana. Boleh saja jika Allah mahu Rasulullah berinteraksi denganNya di bumi, di dalam Kaabah, di rumah, di medan perang, di Bukit Tursina (sebagaimana Nabi Musa), tapi Allah sendiri yang berkehendak Rasulullah berinteraksi dengannya hanya di Sidratul Muntaha. (*Agaknya ketika Allah mahu menampakakan diriNya kepada Nabi Musa dulu, Allah sedang berada di sekitar Bukit Sinai itulah ye?)

2. Rasulullah tak pergi melewati ‘arasy, sedangkan penulis itu percaya Allah bersemayam di atas ‘arasy. Sidratul Muntaha bukan ‘arasy dan bukan di atas ‘arasy. Maksudnya Rasulullah bertempat di Sidratul Muntaha, sedangkan Allah tidak duduk di Sidratul Muntaha. (*Penulis itu tidak tahu bahawa di atas daripada ‘arasy bukanlah tempat, bukanlah ruang, bukan juga gelap atau cerah, tidak ada sebarang warna di sana. Hendak bicara soal ini kenalah terlebih dahulu belajar tentang apa itu ‘arasy, bagaimana keadaan di atas daripada ‘arasy, dan bagaimana keadaan di bawah daripada ’arasy).

3. Peristiwa Mikraj itu juga sebenanya hendak menunjukkan siapa sebenarnya Rasulullah (*apa sebenarnya jasad dan rohani Rasulullah saw), kerana di tempat yang malaikat Jibril pun tak boleh sampai, tapi zat (*jasad dan rohani) Rasulullah boleh sampai. (*bahagian ini kenalah berguru, baru mudah untuk dipindahkan ilmu tentangnya, tetapi memakan masa yang bukan sedikit, mengikut kemampuan masing-masing)


Wallahua’alam.

Syarahkan Kifayatul Muhtaj Guna Kitab Mana?

SOALAN : Ustaz, ceramah yang dirakam tu (*iaitu syarahan saya akan kitab Kifayatul Muhtaj fil Isra’ wal Mi’raaj karya Syeikh Daud al-Fatani) berpandukan kitab tu saja atau ada tambahan dengan kitab lain?


JAWAPAN : Berpandukan kitab itu sebagai medium utama, tetapi syarahnya saya guna :
a)      4 karya lain tentang Isra' Mi'raj iaitu karangan Sayyid Muhammad Alawi, Imam As-Sayuti, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Hasan bin Ahmad.
b)      Rujukan buku dan internet.

Hal ini kerana dalam karya Syeikh Daud al-Fatani itu ada beberapa kelemahan dan satu dua kesalahan maklumat. Jadi saya kena saring setiap maklumat yang ada dan dibandingkan dengan hadis-hadis yang dibawa oleh 4 orang tokoh tadi.


Abu Zulfiqar

Monday, July 29, 2013

Penjelasan ke atas Dakwaan2 Lily Hashim

Semakin hari semakin ramai orang yang bertanyakan tentang dakwaan-dakwaan Lily Hashim yang ditujukan kepada saya. Memang letih hendak menjelaskannya kepada seorang demi seorang. Alhamdulillah, syukur. Selepas diberikan pencerahan beserta bukti-buktinya, semua yang bertanya nampaknya memahami situasi sebenar dan dengan mudah dapat menolak dakwaan-dakwaan itu.

Untuk mengelakkan daripada menghabiskan banyak masa menjawab berkali-kali, maka di sini saya kongsikan pembelaan saya beserta bukti-buktinya. Kepada yang sedang bertanya dan belum berjawab, dan kepada yang bakal bertanya, saya akan beri link terus ke artikel ini. Senanglah sikit kerja saya.

Saya yakin, masih ada lagi dalam kalangan mereka yang tidak bertanya kepada saya situasi sebenar yang tersalah faham dan ada juga yang percaya bulat-bulat segala dakwaan Lily Hashim kerana mereka hanya berkesempatan mendengar cerita sebelah pihak.  Oleh itu, di sinilah tempat untuk anda mengetahui cerita sebenar, beserta dengan bukti-buktinya.

Lily Hashim mendakwa saya ada melakukan beberapa perkara yang tidak saya lakukan, tetapi apabila diminta bukti berkali-kali, semuanya gagal diberi sehinggalah ke hari ini. Di Facebook, saya memberikan 3 kali peluang untuk Lily Hashim memberikan bukti-bukti ke atas dakwaan-dakwaannya, jika tidak, saya terpaksa 'unfriend'. Tetapi setiap kali dia menulis, hal lain yang ditulis. Selepas 3 kali dia mengelak, maka saya dengan berat hati terpaksa 'unfriend'. Namun begitu, saya sudah maklumkan kepadanya bahawa pada bila-bila masa sahaja boleh 'friend' semula apabila dia sudah bersedia dengan bukti-bukti yang diminta. Malangnya sehingga ke hari ini masih belum ada (*mencari bukti-bukti yang tidak ada memanglah tidak akan berjumpa).

Dalam usaha untuk membersihkan nama saya, maka saya terpaksa memberikan penjelasan beserta bukti-bukti bergambar. Semoga dengan penjelasan ini dapatlah mencerahkan situasi sebenar. 

PERKARA 1 – DAKWAAN KONONNYA ABU ZULFIQAR BERGADUH DENGAN USTAZ ABU WIDAD AD-DUSUNI AL-ASY’ARI 

Kata Lily Hashim : “Abu Zulfiqar Amsyari mula-mula bergaduh dengan Ustaz Abu Widad Al-Dusuni Al-Asy’ari pasal Syeikh Harari." Gambar di bawah ialah bukti kepada kata-katanya itu :



Cerita sebenar – saya tidak pernah bergaduh dengan Ustaz Abu Widad Ad-Dusuni Al-Asy’ari, apatah lagi bergaduh tentang Syeikh Harari. Belum pernah saya berbalah dengan sesiapapun tentang Syeikh Harari, kerana saya sendiri kurang mengenali Syeikh Harari itu. Sebaik-baik sahaja terbaca fitnah ini, saya terus menulis kepada Ustaz Abu Widad sendiri, sebagaimana berikut :

“Aslkm tuan. Lily Hashim kata kita pernah bergaduh tentang Syeikh Harari. Betul ke tuan? Ana tak ingat le. Kalau betul ada, minta tuan imbas semula, ataupun kalau ada link. Sebab rasa-rasanya tak pernah pulak kita bergaduh tentang Syeikh Harari. Manalah tahu kalau-kalau saya tersilap/terlupa.  Tq tuan. Aslkm.”

Gambar di bawah menjadi bukti kepada soalan saya :


Apa jawapan Ustaz Abu Widad? Jawapannya jelas menunjukkan Lily Hashim tidak berkata benar. Jawab Ustaz Abu Widad :

“Waalaikumussalam. Takde tuan. Kita tak pernah gaduh, cuma berkhilaf masalah muzik. Mungkin dia (*Lily Hashim) salah tafsir. Barokallahufik.”

Gambar di bawahlah bukti kepada jawapan Ustaz Abu Widad :


Maka dengan izin Allah, saya dan Ustaz Abu Widad sendiri membuktikan bahawa :
1. Kami tidak pernah bergaduh.
2. Kami pernah bertukar-tukar pandangan soal hukum-hakam muzik, bukannya pasal Syeikh Harari.

Semoga para pembaca dapat memahami situasi sebenar. Dengan ini jelaslah bahawa dakwaan Lily Hashim ini tidaklah benar melainkan cerita rekaannya sahaja.


PERKARA 2 - DAKWAAN KONONNYA ABU ZULFIQAR AL-AMSYARI MENYANGGAH USTAZ FAEZ AL-'AYDRUS

Seterusnya Lily Hashim mendakwa Abu Zulfiqar Al-Amsyari ada menyanggah Ustaz Faez Al-Aydrus. Hakikatnya, saya tidak menyanggah apa-apa, malahan tak pernah komen pun pada mana-mana tulisan Ustaz Faez. Seingat saya sebelum ini berkenalan pun kami tidak pernah, saling bertulisan pun tidak pernah. Wallahua'lam.

Dengan bukti-bukti bergambar, insya-Allah akan terpamer juga kedudukan yang sebenar. Bahkan sudah berkali-kali saya meminta bukti daripada Lily Hashim kononnya saya ada menyanggah Ustaz Faez, sehingga ke hari ini belum ada satu bukti pun yang diberikan olehnya.

Berikut ialah bukti tulisan (dakwaan) Lily Hashim yang mengatakan saya ada menyanggah Ustaz Faez itu :


Kata Lily Hashim : "... dia (Abu Zulfiqar) juga menyanggah Syed As-Sayyid Faez Al-'Aydrus dalam isu Mesir dan Ikhwanul Muslimin Salafi Wahhabi."

Di mana tempat yang dikatakan saya menyanggah Ustaz Faez ini? Sudah tahu tempatnya barulah boleh kita selidik benarkah berlaku sanggahan itu. Tempatnya ialah di wall Facebook Lily Hashim. Buktinya, Lily Hashim sendiri menulis :


Tulis Lily Hashim : "..sedangkan dah diterangkan oleh Ustaz Syed Faez DALAM WALL SAYA - bahawa mereka (ulama-ulama dalam Jabhah Ulama Al-Azhar) yang menyuruh Syeikh Al-Azhar resign ialah Ikhwanul Muslimin Salafi Wahhabi."

Tahulah kita sekarang bahawa tulisan Ustaz Faez yang kononnya saya sanggah itu adalah di wall Facebook Lily Hashim. Benarkah saya ada membuat apa-apa sanggahan?

Mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku (dengan bukti-bukti bergambar).


Kronologi tuduhan Lily Hashim :

1. Saya membuat satu post tentang ringkasan beberapa berita terkini Mesir di wall saya, berdasarkan berita-berita di LAMAN BERITA Satu Umat.

2. Tiba-tiba Lily Hashim menulis satu komen berbunyi : "Al-Azhar tak sokong Ikhwanul Muslimin-baca official page Al-Azhar-wassalam." 


Seingat sayalah, saya tidak pernah menulis apa-apa komen di wall Lily Hashim, tapi tak tahulah kalau-kalau saya terlupa. 

3. Oleh kerana Lily Hashim membuat satu komen di laman saya, saya pun berasa tak ada salahnyalah kalau saya juga buat satu komen di lamannya, sebagai balasan kunjungan dan juga sebagai maklumat tambahan, dan maklumat pengimbang kepada maklumat yang ada padanya. Biasalah, apabila ada maklumat yang pro dan kontra, barulah kita dapat gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isu. Jadi niat asalnya ialah untuk saling berkongsi maklumat. Keadaan sebegini biasa berlaku antara pengguna-pengguna Facebook.

4. Komen saya di wall Lily Hashim itu berbunyi : "Aslkm. Ini 1 komen saya sekadar respon ke atas 1 komen anda di wall saya. Berita bertajuk "Ulama2 Al-Azhar Desak Syeikhul Azhar Letak Jawatan". Jelas di sana tulisan saya itu sekadar 1respon dan dalam bentuk berita (bukan pandangan peribadi). 

Berita saya itu dibalas oleh Ustaz Faez sebagaimana berikut :


Jelas di sana bahawa komen saya itu sekadar sebagai satu respon ke atas komen Lily di wall saya. Saya ingatkan dia orang yang boleh dibuat sahabat bertukar-tukar pandangan, sekalipun pandangan masing-masing mungkin ada berkhilaf, rupa-rupanya tidak.

Berbalik kepada komen Ustaz Faez, saya tak punya banyak maklumat tentang keanggotaan Jabhah Ulama Al-Azhar ini, jadi saya menganggap info yang disampaikan oleh Ustaz Faez itu sebagai satu maklumat/ilmu baru buat saya, kerana nampak gayanya macam dia lebih banyak tahu daripada saya. Maka tidaklah saya membantah apa-apa sampailah ke hari ini. Selepas komen Ustaz Faez itu, yang ada hanyalah komen Lily Hashim dan orang lain. Jika benar saya ada menyanggah, tentulah jelas terpampang tulisan saya selepas tulisan Ustaz Faez itu. Tapi tak ada pun. Sebab itu apabila saya minta bukti kononnya saya ada menyanggah Ustaz Faez, Lily Hashim gagal memberikannya.

Bahkan kalaulah hendak dikatakan menyanggah, maka Ustaz Faezlah yang menyanggah saya kerana dia menulis selepas saya menulis, dan tulisannya memang tertuju secara langsung kepada apa yang saya tulis. Kenapa Lily Hashim tak sebarkan bahawa Syed Faez yang menyanggah saya? Sebaliknya Lily Hashim mengatakan pula kononnya Abu Zulfiqar yang menyanggah Ustaz Faez.

Alangkah peliknya dunia hari ini, orang yang menulis/bercakap dahulu dikatakan menyanggah orang yang menulis/bercakap kemudian!

Namun saya yakin, Ustaz Faez bersikap professional. Niatnya bukan untuk saling menyanggah tetapi untuk saling berkongsi dan bertukar maklumat sebagai pengimbang supaya pandangan kita tentang sesuatu isu itu lebih jelas dengan adanya maklumat yang pro dan maklumat yang kontra.

Kesimpulannya, saya tidak pernah menyanggah apa-apa nukilan Ustaz Faez sebagaimana yang didakwa oleh Lily Hashim. Jika benar ada, pada bila-bila masa Lily Hashim boleh printscreen gambar di situ dan tunjukkan. Maka fahamlah kita kenapa sehingga ke hari ini Lily Hashim masih belum menunjukkan apa-apa bukti atas tuduhannya bahawa kononnya saya menyanggah Ustaz Faez.

Di beberapa tempat, entah berapa kali Lily Hashim 'tag' nama saya dan nama Ustaz Faez bersama-sama dengan harapan agar kami termakan dengan kata-katanya lalu  berbalah. Di bawah ini ada dua contoh :

(*belum diupload gambarnya)



Dengan penjelasan berbukti ini, saya kira dapatlah saya membersihkan diri saya daripada cerita yang diada-adakan oleh Lily Hashim.


PERKARA 3 - BENARKAH ABU ZULFIQAR ADA MENDOAKAN APA-APA YANG TIDAK BAIK KEPADA LILY HASHIM?

Ramai yang bertanya tentang hal ini, kerana mereka terbaca doa Lily Hashim ke atas saya yang nadanya agak kurang manis. Saya jelaskan, tidak pernah ada di mana-mana yang saya mendoakan apa-apa yang tidak baik kepada Lily Hashim. Sekiranya ada, bolehlah dibawakan buktinya.

Inilah doa Lily Hashim yang mereka maksudkan itu :

Bunyi doanya : "Ya Allah, bukakanlah pintu rahmatMu dan makbulkan doaku semoga dia dapat berubah, semoga virus bernama Abu Zulfiqar ini tidak dapat attack umat Islam dan semoga kuliahnya jika masih menabur fitnah ke atas saya takkan mendapat sambutan sehingga dia sedar perbuatan mengaibkan sesama pejuang Islam ASWJ demi ijtihad politik yang sempit sangat salah - aamin."

Pada saya, doa sebegini biasa sahajalah, dan tidaklah mengganggu saya pun kerana sudah biasa menerima doa-doa yang sangat buruk ketika berhadapan dengan puak-puak ajaran sesat, Syiah, anti-Hadis dan lain-lain. Tapi oleh kerana sahabat-sahabat yang membaca doa ini meminta penjelasan, maka saya berusahalah membela diri sekadarnya.

Tapi memang ada seorang sahabat saya (Encik N) yang terkena doa 'seseorang" yang doa itu sangatlah buruk isi kandungannya. Dia didoakan sebegitu hanya kerana dia menulis satu komen agar saya tidak perlu membuang masa melayan Lily Hashim.

Mari kita lihat doanya :

Mula-mula kita lihat doa ke atas Encik N terlebih dahulu (doanya dibuat dengan tulisan berhuruf besar lagi, untuk menunjukkan pendoa memang bersungguh-sungguh) : "SAYA MINTA SUPAYA SEMUA IBU ADIK PEREMPUAN DAN KAKAK KAMU DIFITNAH DAN DIANIAYAI SETERUK-TERUKNYA SEHINGGAKAN KAMU SEDAR PERBUATAN KAMU MEMFITNAH SEORANG WANITA YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK ISLAM ASWJ DAN SEMOGA KAMU SEMPAT DAPAT HIDAYAH. SELAGI ITU SAYA TAKKAN MAAFKAN KAMU DAN AKAN BERDOA SEMOGA KAMU DAPAT PEMBALASAN SETIMPAL DENGAN DOSA KAMU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT."

Siapa-siapa pun akan terkejut dengan doa yang sebegini buruk ke atas sesama umat Islam.


Benarkah Encik N ada menghina Syeikhul Azhar?
Tidak benar. Saya ada menjelajah ke lamannya dan tidak menemui sebarang hinaan kepada Syeikhul Azhar. Bahkan dia ada membuat pos-pos yang positif tentang Syeikhul Azhar. Dia ada meminta Lily Hashim kemukakan bukti yang mengatakan dia ada menghina Syeikhul Azhar, tapi macam biasalah, tiada sebarang bukti dikemukakan.

Gambar di bawah menunjukkan Encik N meminta bukti kepada Lily Hashim yang kononnya Encik N ada menghina Syeikhul Azhar. Encik N menulis demikian betul-betul di bawah salah satu komen Lily Hashim, tetapi Lily Hashim tidak berikan apa-apa bukti (kerana memang tidak ada bukti berkenaan).



Tulis Encik N di atas : "Saudari Lily Hashim jangan lupa apa bukti yang saya minta... Ingat, puan juga sudah memfitnah saya secara tak langsung, tanpa selidik apa pendirian saya, terus je cakap saya menghina Syeikhul Azhar??? Adakah menyuruh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari jangan layan puan, dikatakan menghina Syeikh Azhar???"

Sebab itulah Encik N menulis dengan nada kecewa di wallnya : "...selepas membuat fitnah terhadap aku (*kononnya menghina Syeikhul Azhar), lalu didoakan pula keburukan jatuh ke atas mak dan kakak aku. Terima kasih wahai Puan Hajjah Lily Hashim......"

Jelaslah kepada kita, bahawa Lily Hashim membuat cerita kononnya Encik N menghina Syeikhul Azhar bukanlah kerana memang benar Encik N ada menghina, tetapi hanya kerana Encik N meminta agar saya tidak melayan Lily Hashim. Begitulah cara kisah sebenar diputar-belitkan.


PERKARA 4 - KONONNYA ABU ZULFIQAR MENUDUH LILY HASHIM SEBAGAI WAHHABI

Dakwa Lily Hashim lagi, saya memfitnahnya sebagai Wahhabi. Ini kata-katanya : "Awak (*saya le tu) tuduh saya Wahhabi? Sedangkan Ibnu Nafis dah verify saya pernah bersama dia di MUAFAKAT untuk himpunan pejuang Islam ASWJ..."


Ini dakwaan yang pelik. Mana mungkin saya menuduh Lily Hashim sebagai Wahhabi, kerana kami sama-sama menghadiri himpunan pejuang Islam ASWJ itu yang isi utama himpunan itu ialah langkah-langkah mengekang fahaman Wahhabi. Padahal yang hadir lebih kurang 30 orang sahaja pun dari seluruh negara. Maksudnya dia tidak perasan yang saya juga hadir kerana mungkin saya berpakaian biasa, tidak berserban hitam dan tidak berjubah sebagaimana biasa. 

Dari itu, memang mustahil untuk saya menuduh Lily Hashim sebagai Wahhabi, kerana saya sedia maklum yang dia memang menentang apa yang salah dan apa yang lemah daripada ajaran Wahhabi itu, sama seperti saya juga Jadi, dari mana datangnya dakwaan kononnya saya menuduh dirinya Wahhabi? Macam dakwaan-dakwaan yang lain jugalah, Lily Hashim mencipta cerita-cerita sendiri kononnya Abu Zulfiqar buat begitu, buat begini... tapi apabila diminta buktinya... tidak ada.


PERKARA 5 - DAKWAAN KONONNYA ABU ZULFIQAR MENOLAK SYEIKHUL AZHAR

Pertama kali Lily Hashim menulis komennya di wall saya dalam isu ini ialah pada hari Rabu 10 Julai. Maksudnya paling awal pun Lily Hashim mendakwa saya menentang Syeikhul Azhar ialah pada 10 Julai itulah.

Dengan kuasa Tuhan, pada 6 Julai (4 hari sebelum dialog antara saya dengan Lily berlaku) berlaku dialog saya dengan seorang teman FB bernama Abu Syakir. Dalam perbualan kami, jelas-jelas menunjukkan saya tidak menolak Syeikhul Azhar. Inilah gambar dialog saya dengan Abu Syakir sebagai bukti.




Abu Syakir berkongsi dengan saya satu tulisan orang lain, yang mendakwa Syeikhul Azhar bersekongkol dengan tentera Fir'aun Mesir menjatuhkan Morsi. Dia minta pandangan saya.

Tuan-tuan boleh baca sendiri bagaimana jawapan saya yang membela Syeikhul Azhar (4 hari sebelum tuduhan Lily Hashim kononnya saya menentang Syeikhul Azhar) : "Tentang pandangan peribadi Syeikhul Azhar, dia juga bukan menolak Mursi dan menyokong tentera. Cuma dia berpandangan, sekiranya Mursi tidak turun, tentera akan mengganas dan dalam masa sekejap sahaja puluhan ribu orang akan terkorban. Jika Mursi turun, korban tetap berlaku tetapi tidak seramai kalau Mursi terus kekal, dan korban akan jatuh sedikit demi sedikit (*maksudnya tidaklah sekaligus ribuan orang). Contohnya (sekadar beri gambaran), jika Mursi kekal, dalam minggu ini sahaja mungkin puluhan ribu orang akan kehilangan nyawa. Tapi kalau Mursi turun, minggu ini mungkin baru ratus-ratus sahaja (*ternyata telahan saya itu benar-benar berlaku kemudiannya). Jadi, syeikhul itu atas ijtihad peribadinya memilih kemungkinan yang kurang buruk berbanding kemungkinan yang sangat buruk."

Jawapan ini saya berikan pada 6 Julai, sedangkan permasalahan saya dengan tulisan pertama saya dna Lily Hashim hanya berlaku pada 10 Julai dan ke atas.

Orang yang bermata hati tentu sedar bahawa saya tidak menentang Syeikhul Azhar. Encik N yang disebutkan di atas tadi pun memang tidak menghina Syekhul Azhar. Semua itu hanyalah cerita rekaan Lily Hashim untuk mendapatkan sokongan orang lain dan menunjukkan seolah-olah kami berdua memang jahat dan berbahaya.


bersambung... ada lagi... belum sempat menulis...

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails