Friday, September 29, 2017

Kitab Ihya Ulumuddin di Hati Para Ulama



Sayyid ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad menyatakan dalam kitabnya Al-Ilmiyyah wa Usul al-Hikmah : “….nescaya tiada engkau melihat sebuah kitab pun yang lebih menghimpunkan sebagai ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali seperti Ihya’ ‘Ulumuddin, ‘Arba’in al-Usul, Minhaj al-‘Abidin, Bidayah al-Hidayah.”

Ditanyakan kepada Habib Umar bin Hafiz : “Pada pandangan tuan, kitab tasawuf manakah yang terbaik?”
Jawabnya : “Ihya’ ‘Ulumuddin.”

Ditanya kepada Habib Abdullah al-Aydrus : “Mengapa tuan tidak mengarang kitab?”
Jawabnya : “Aku mencetak (membentuk) kalian agar kalian mudah untuk membaca (mengambil manfaat) daripada karya Imam Al-Ghazali. Kitabnya sudah ada (maka tidak perlu aku karang-karang lagi), tugas aku hanyalah untuk membawa kalian kepada kitab Imam Al-Ghazali.”

Habib Taufiq as-Seggaf berkata : “Untuk apa kami mengarang kitab tasawuf? Ihya’ ‘Ulumuddin itu kan sudah lautan? Kalau dikarang pun, tidak akan menyamai Ihya’. Maka, untuk apa dikarang?”

Habib Taufiq as-Seggaf berkata : “Jika mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw ialah kitab Al-Quran maka karamah utama Imam Al-Ghazali ialah kitab2nya.”

“Meskipun ada berpuluh lagi karangan al-Ghazali yang lain, dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan Islam, namun yang menjadi intisari dari seluruh karangan beliau itu ialah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.” – Dr. HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah), pengarang Tafsir Al-Azhar.

Friday, September 15, 2017

Siri Rakaman Video Kuliah Kitab Ihya Ulumuddin di Surau Sg Kerang

Siri Rakaman Audio/Video Kuliah2 Kitab Ihya' 'Ulumuddin di Surau Al-Akhbar, Sg. Kerang, Trong, Perak.

KITAB ILMU

1. Imam Al-Ghazali - Sejarah & Karya-karyanya
https://www.youtube.com/watch?v=Wp_0PZQzF9Y

2. Pengenalan Ilmu Mukasyafah & Ilmu Mu'amalah
https://www.youtube.com/watch?v=oQ82rVNIzxg

3. Mengapa Ilmu-ilmu Agama Sangat Penting?
https://www.youtube.com/watch?v=fVzaGscnQkA

4. Apa Untungnya Belajar dan Mengajar Agama?
https://www.youtube.com/watch?v=9gBgwgT5y7c

5. Tahukah Engkau Ilmu-ilmu yang Fardhu 'Ain?
https://www.youtube.com/watch?v=SuSxE3h4_HQ

6. Ilmu-ilmu Fardhu Kifayah Menurut Imam Al-Ghazali
https://www.youtube.com/watch?v=SuSxE3h4_HQ

7. Matlamat Ilmu Fiqh & Tasawuf
https://www.youtube.com/watch?v=a370K_hk_KE

8. Fiqh, Tasawuf, Mukasyafah, Falsafah
https://www.youtube.com/watch?v=SdorGKFyp2U

9. Ciri-ciri 5 Imam Mazhab Fiqh, Kita Ada?
https://www.youtube.com/watch?v=CXmA8kM4G2o

10. Mengapa Ada Ilmu-ilmu yang Tercela? Ilmu Apa?
https://www.youtube.com/watch?v=W-4ACffAOsY

11. Zikrullah & 5 Kalimah yang Terubah
https://www.youtube.com/watch?v=UsKm7ccNnDY&t=1s

12. Kadar Ilmu yang Terpuji
https://www.youtube.com/watch?v=jmjMIyHVxEs

13. Ilmu Paling Mulia & Debat Agama
https://www.youtube.com/watch?v=BtZW_xvVQ44

14. Adab-adab Murid dan Mursyid
https://www.youtube.com/watch?v=yw4KG34UeeM

15. Mengenal Ulama Akhirat & Ulama Jahat
https://www.youtube.com/watch?v=5jfhONo6aR8

16. Hakikat Akal dan Pembahagiannya
https://www.youtube.com/watch?v=3BInjoZtYuc

17. Khatam Kitab Ilmu daripada Kitab Ihya' 'Ulumuddin
https://www.youtube.com/watch?v=pjj2EOAMhVA


KITAB AQIDAH (QAWAID AL-'AQAID)

18. Muqaddimah Kitab Aqidah
https://www.youtube.com/watch?v=C-wdJFUiZYU

19. Betulkan Sembahan, Tepatkan Sembahan
https://www.youtube.com/watch?v=rSnHwGfz-5I

20. Kitab Misykatul Anwar
https://www.youtube.com/watch?v=ayknPKyVIC4&t=339s

21. Tidak Tersedar Tersembah Makhluk
https://www.youtube.com/watch?v=dGHMrNwbENg&t=2397s

22. Antara Allah dan Segala Sesuatu
https://www.youtube.com/watch?v=5dOoLgrSjyQ&t=2300s

23. Zat Allah Bertempat atau Tidak?
https://www.youtube.com/watch?v=a7iIpf79ADk&t=1349s

24. Maha Kuasa dan Maha Tahu
https://www.youtube.com/watch?v=-CeI1uswtcY&t=519s

25. Fir'aun Yakin Zat Tuhan Bertempat
https://www.youtube.com/watch?v=JfPwDey7LXM&t=1s

26. Siapa Sebenarnya Dewa-Dewi?
https://www.youtube.com/watch?v=9MMVKyLde_k&t=252s

27. Pakaian Syariat, Pakaian Hakikat
https://www.youtube.com/watch?v=suE_RTUT0mQ

28. Anda Faham Bahasa Kaum Sufi?
https://www.youtube.com/watch?v=skidevu_f4k&t=1837s

29. Di Sebalik Kalimah Syahadah Kedua
https://www.youtube.com/watch?v=M5Cae378S2I&t=38s

30. Munkar Nakir & Timbangan Amal
https://www.youtube.com/watch?v=_9nri-C2vOg&t=994s

31. Kolam Nabi, Sungai Al-Kautsar, Titian di Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=kpQv0ZNglJc

32. Hisab & Syafaat di Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=AQCxDckvGtY&t=10s

33. Mengenal Syurga & Neraka
https://www.youtube.com/watch?v=-cOTKKe5nnA&t=1400s

34. Risalah Qudsiyyah : Bagaimana Kita Mengimani Zat Allah?
https://www.youtube.com/watch?v=20LWV8DivQM&t=4s

35. Bagaimana Mengimani Sifat Allah?
https://www.youtube.com/watch?v=NuM0GTeEq6w

36. Bagaimana Mengimani Af'al Allah?
https://www.youtube.com/watch?v=F2li6i9gu4k&t=156s

37. Risalah Qudsiyyah : Rukun ke-4
https://www.youtube.com/watch?v=DIpNI0Ia_rE&t=178s

38. Mengenal Diri, Allah, Dunia dan Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=8poxkdlDW6k&t=314s

39. Khatam Kitab Aqidah (Qawaid al 'Aqaid)
https://www.youtube.com/watch?v=yr3_sHgSHMI&t=54s


KITAB CINTA ALLAH

40. Kuliah Sulung KItab Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=j-rhuWnMVPc&t=48s

41. Kehujahan Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=SMfgC6yJcHM

42. Sumber Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=5cZMVx4HjSM&t=681s

43. Maqam-maqam Cinta Alah
https://www.youtube.com/watch?v=sri1MkzrjhU&t=90s

44. Memasang dan Menebarkan Sayap Keruhanian
https://www.youtube.com/watch?v=sxzBjmcaAvA

45. Menyelam ke Dasar Lautan Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=Ur1T3_AOaAs&t=1078s

46. Syarahan Kitab Cinta Allah kali ke-7
https://www.youtube.com/watch?v=Hyhpwqobp04

47. Syarahan Kitab Cinta Allah kali ke-8
https://www.youtube.com/watch?v=0nXVxoNfS0U&t=1941s

48. Di Sebalik Maqam Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=8YfQvN87YVs&t=4s

49. Sudah Ma'rifat Tak Perlu Solat?
https://www.youtube.com/watch?v=TP91n5REhm8&t=3348s

Penjelasan Tentang Imam Al-Ghazali, Kitab Ihya dan Tariqat Ghazaliyyah



Kami diajukan satu karangan yang antara isi kandungannya ada menyentuh tariqah yang kami jalani iaitu Tariqah Imam Al-Ghazali atau Tariqat Al-Ghazaliyyah. Pada awalnya kami berasa gembira juga kerana terlalu jarang Tariqat Ghazaliyyah ini disentuh dalam mana-mana penulisan. Namun setelah kami membaca dan meneliti isi kandungan karangan tersebut, kami mendapati terdapat beberapa kesalahan maklumat di dalamnya. Maka menjadi tanggungjawablah ke atas kami untuk menjelaskan pembetulannya agar maklumat-maklumat yang salah itu tidak bertebaran tanpa ada penjelasan pembetulannya.

Terlebih dahulu sangat baiklah untuk kami menjelaskan di sini bahawa dalam tulisan kami ini, kami hanya akan menumpukan pada maklumat-maklumat yang tidak benar atau kurang benar tentang Tariqat Ghazaliyyah yang terdapat dalam karangan itu SAHAJA, memandangkan hal itu berkaitan dengan tariqah yang kami lalui. Maklumat2 lain di dalam karya itu sama ada betul atau tidak, tidaklah akan kami sentuh. Maka, diamnya kami daripada menanggap mana-mana bahagian dalam karangan itu bukanlah bererti kami menyetujuinya atau menolaknya. Terpulanglah kepada umat manusia untuk meneliti kebenaran hal-hal yang disentuh oleh PENULIS ASAL (atau penyunting) karangan tersebut, yang tidak kami kenali siapakah orangnya.

PENULIS ASAL itulah yang kami maksudkan, bukannya mana-mana aliran tariqat atau individu yang disebutkan dalam karangan itu, dan bukan juga mana-mana pihak yang menyebarkan karangan itu. Harap jelas akan hal ini agar tidak timbul sebarang masalah.


BERIKUT MERUPAKAN KARANGAN PERTAMA SI PENULIS :

Toriqah menuju kepada Allah SWT

Toriqah/Perjalanan menuju kepada Allah SWT terlalu banyak dan secara ringkasnya ia terbahagi dan terhimpun ia kepada 3 toriqah/perjalanan, yaitu :
▪ 1-toriqah imam Al-Ghazali RA
▪ 2-toriqah imam Hasan As-Syaazili RA
▪ 3-toriqah Khotmul Auliya RA


(PENJELASAN KAMI : Kami tidak tahu dari mana asal sandaran datangnya pembahagian atau himpunan yang seperti di atas ini. Belum pernah kami temui pembahagian atau himpunan yang sedemikian, baik daripada sumber-sumber kami di dalam Tariqat Ghazaliyyah ini mahupun daripada sumber-sumber lain. Inilah pertama kalinya kami temui. Wallahua’alam)


1-toriqah imam Al-Ghazali

Dinamakan ia dengan toriqah mujahadah

▪ asasnya ialah dengan bersabar atas keperitan beribadah dan bagaimana untuk menyucikannya daripada penyakit penyakit dan tompok-tompok hitam yang melekat didalam hati

▪ tata cara dan garis panduannya ialah dengan syuhud pada suatu amalan dan berpegang teguh atas amalan tersebut

Imam Al-Ghazali telah mengarang asas dan tata cara tersebut dalam kitab ihya ulumuddin beliau ,dan didalam kitab tersebut beliau telah menyusunnya kepada 40 bab dan juga menyusun dalam kitab “fusul” kepada 40 fasal

Kemudian beliau telah mendapat futuh atas dirinya dengan jalan yang lebih mudah daripada sebelumnya,yaitu pada ketika beliau berada di penghujung hayatnya.. 

Lalu beliau mengarang kitab “Minhaajul-Abidin” dan menyusunnya kepada 7 aqabah/halangan yang perlu ditempuhi oleh seorang murid


(PENJELASAN KAMI : Bahagian ini perlu diperbetulkan maklumatnya.

Pada mulanya, Imam Al-Ghazali menyusun kitab Bidayah al-Hidayah. Kitab ini merupakan kitab asas dalam ilmu tasawuf, khususnya untuk orang-orang yang benar-benar awwam.

Kemudian, Imam Al-Ghazali keluar beruzlah selama sebelas tahun. Beliau terpaksa beruzlah kerana dengan segala guru, segala kitab dan segala sanad yang mampu diperolehinya ada zaman itu, dia masih belum berjaya mencapai satu keadaan atau maqam yang dia sudah pun nampak bayang-bayangnya tetapi masih belum dicapai oleh dirinya dan orang-orang yang hidup sezaman dengannya ketika itu.

Imam Al-Ghazali berguru dengan Imam al-Haramain, dengan segala ilmu Imam Haramain sehinggalah Imam Haramain meninggal dunia, maqam tersebut masih belum dapat dicapai oleh Imam Al-Ghazali. Begitu juga dengan Yusuf an-Nassaj, Al-Farmadhi dan semua guru yang ditemuinya, dengan segala ilmu mereka sehingalah mereka meninggal dunia, maqam yang sudah kelihatan bayang-bayangnya itu masih belum berjaya dicapai oleh Imam Al-Ghazali. Banyak kitab dan banyak sanad yang diperolehinya, tetapi tetap masih belum mencapai.

Akhirnya pada suatu hari Imam Al-Ghazaii mendapat gerak daripada Allah supaya keluar beruzlah, maka mahu tak mahu beliau pun keluar selama lebih kurang 11 tahun. Dalam uzlahnya itulah baru beliau dapat mencapai keadaan atau maqam yang didiam-idamkannya selama ini. Dan segala dapatannya itu dikongsikannya dan dirumuskannya sebagai kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

Dapatan kerohaniannya inilah antara faktor yang membuatkan beliau diakui sebagai mujaddid kurun bagi kurun ke-5 Hijriyyah, bukan individu lain yang sezaman dengannya pada kurun tersebut.

Berbalik kepada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini merupakan kitab peringkat tinggi dalam tasawuf. Oleh kerana isi kandungannya yang tinggi dan banyak pula, maka kebanyakan orang tidak berpeluang untuk mendapatkannya. Tambahan pula pada zaman itu penghasilan buku-buku dan kitab-kitab tidaklah semudah hari ini.

Oleh itu, di hujung hayatnya Imam Al-Ghazali menyusun kitab Minhaj al-’Abidin, iaitu kitab yang isi kandungannya bolehlah dikatakan sebagai pertengahan antara kitab Bidayah al-Hidayah dan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Kitab Minhaj ini jauh lebih nipis dan lebih ringkas berbanding kitab Ihya’ Dengan itu, diharapkan agar lebih ramai orang mendapat manfaatnya.

Kitab Minhaj al-’Abidin pula memang selalu disebut-sebut sebagai kitab terakhirnya, tetapi hal itu bukan menunjukkan ISI KITAB itulah peringkat tertinggi atau peringkat terakhir dalam Tariqat Imam Al-Ghazali. Kitab tertinggi dan yang memang menjadi pakaian diri dan hati para pengamal Tariqat Imam Al-Ghazali atau Tariqat Ghazaliyyah tetaplah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Hal ini memang jelas dalam sukatan pentarbiyyahan Tariqat Ghazaliyyah.

Perhatikan kitab Minhaj al-’Abidin, jelas-jelas pada tajuknya sahaja sudah menunjukkan di mana kedudukan isi kandungan kitab itu. Adalah sangat menghairankan bagaimana sang penulis artikelitu boleh mengatakan yang kitab Minhaj al-’Abidin sebagai yang terhujung (tertinggi) dalam tariq Imam Al-Ghazali, padahal tajuknya sahaja sudah berbunyi “Abidin” iaitu untuk orang-orang ‘abid sahaja.

Ahli-ahli tasawuf pastinya sedar hal yang mudah ini iaitu tentang kedudukan ‘abid. Bukan dalam karya-karya Imam Al-Ghazali sahaja, tetapi dalam kesemua karya tasawuf pun tahu kedudukan ‘abid itu di mana. ‘Abid adalah di bawah daripada ‘alim. ‘Alim pula di bawah daripada arif, dan begitulah seterusnya.

Maka mustahillah perjalanan terhujung Tariqat Imam Al-Ghazali ialah pada maqam ‘abid! Isi kandungan kitab Ihya’ umumnya berkaitan dengan ‘alim, arif dan seterusnya, mustahil di hujung2nya Imam Ghazali turun pula ke maqam ‘abid.

Jadi, sebenarnya kitab Minhaj adalah untuk orang2 yang tidak mampu mencapai tarbiyyah kitab Ihya’. Kitab Minhaj ditulis kemudian kerana Imam Ghazali tahu bahawa bukan semua orang berpeluang mendalami kitab Ihya’. Isi kandungan kitab Minhaj juga umumnya adalah ringkasan daripada beberapa bahagian sahaja dalam kitab Ihya’. Isi kitab Minhaj bukanlah futuh untuk Imam Al-Ghazali di penghujung hayatnya, tetapi hanyalah sekadar ringkasan beberapa bahagian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dengan sedikit ubahsuaian untuk dihidangkan dan digunakan oleh umat Islam yang menuju atau berada pada maqam ‘abid.

Antara sandaran kita yang lain, selepas kematian Imam Al-Ghazali, penggantinya dalam Tariqat Ghazaliyyah ini iaitu adiknya sendiri Imam Ahmad Al-Ghazali berkeliling membawa kitab Ihya’, bukannya kitab Minhaj. Bahkan Imam Ahmad sendiri ada membuat ringakasan kepada kitab Ihya’ untuk memudahkan pengajarannya. Mengapa agaknya dia ringkaskan sendiri kitab Ihya’ dan bukannya menggunakan kitab Minhaj sahaja jika benar isi kitab Minhaj itulah yang penghujung?

Antara pewaris seterusnya dalam Tariqat Ghazaliyyah ini ialah Syeikh ‘Ainul Qudhat, anak murid kepada Imam Ahmad Al-Ghazali. Kitab apa yang dipelajari oleh ‘Ainul Qudhat daripada Imam Ahmad al-Ghazali? Kitab Minhaj? Tidak, tetapi kitab Ihya’.

Selain ikhwan Tariqat Ghazaliyyah, kitab Ihya’ juga merupakan rujukan utama bahkan pakaian diri juga bagi ikhwan tarqat Alawiyyah, bukannya kitab Minhaj)


SAMBUNGAN KARANGAN SI PENULIS :

Kemudian beliau telah mendapat futuh atas dirinya dengan jalan yang lebih mudah daripada sebelumnya,yaitu pada ketika beliau berada di penghujung hayatnya.. 

Lalu beliau mengarang kitab “Minhaajul-Abidin” dan menyusunnya kepada 7 aqabah/halangan yang perlu ditempuhi oleh seorang murid

Halangan terakhir yang perlu ditempuhi oleh seorang murid adalah aqabah hamdin wa syukrin (puji dan syukur)

yaitu jalan yang membawa seseorang itu kasih dan cinta kepada Allah SWT, yaitu dengan mengingati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT pada seorang hamba Allah SWT..

halangan terakhir tersebut adalah langkah pertama bagi perjalanan toriqah Syaazili …


(PENJELASAN KAMI : Dikatakan oleh penulis bahawa halangan terakhir yang perlu ditempuh oleh seseroang murid dalam Jalan Ghazaliyyah ini ialah maqam puji dan syukur. Maklumat ini jelas-jelas salah.

Jika benar pun maqam itu boleh disebut sebagai halangan terakhir, hal itu adalah untuk murid-murid atau orang-orang yang menuju atau berada pada MAQAM ‘ABID sebagaimana tajuknya pun berbunyi Minhaj al-’ABIDIN, bukannya maqam yang di atas daripada itu.

Penulis itu juga jelas sekali tidak tahu pun isi kandungan kitab Ihya’. Dalam kitab Ihya’, jelas-jelas diterangkan oleh Imam bahawa yang terakhir ialah maqam cinta Allah, maka halangan terakhirnya ialah cinta selain Allah. Sememangnya itulah matlamat dalam sukatan pelajaran Tariqat Ghazaliyyah. Hal ini sememangnya diterangkan pada awal2 lagi seseorang itu belajar Tariqat Ghazaliyyah.

Antara pesanan Imam dalam muqaddimah Kitab Cinta daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini : “Sesungguhnya cinta Allah adalah tujuan/matlamat yang PALING JAUH (paling akhir/tinggi) daripada maqam-maqam yang mahu dicapai dan ketinggian YANG TERTINGGI daripada darjat-darjat.”

Apabila beliau sudah berada pada maqam ini, mustahillah jika selepas itu dia futuh pula lalu turun ke halangan (dan dikatakan pula sebagai halangan terakhir) PUJI DAN SYUKUR. Alangkah peliknya kepercayaan sedemikian! Lihat sahajalah susunan siri kedudukan Kitab Puji dan Syukur berbanding Kitab Cinta dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Insya-Allah di sana ada petunjuknya juga.

Dalam sebuah lagi karya Imam Al-Ghazali iaitu Kimiya’ as-Sa’adah, cerita tentang mengenal diri dan mengenal Allah pun diletakkan di awal-awal kitab tetapi cerita tentang cinta Allah diletakkan pada akhir kitab. Di sini juga boleh kita ambil sebagai petunjuk dalam hal ini. Dan sangat bagus jika penulis itu dapat meneliti satu lagi karya Imam iaitu Misykat al-Anwar. Di dalamnya juga ada diceritakan tentang “yang hujung-hujung” atau “yang akhir” dalam maqam-maqam kerohanian ini. Yang pasti, semuanya tidaklah sebagaimana yang dihidangkan oleh penulis itu.)


SAMBUNGAN KARANGAN SI-PENULIS :

halangan terakhir tersebut adalah langkah pertama bagi perjalanan toriqah Syaazili …


(PENJELASAN KAMI : Sebagaimana yang sudah dijelaskan, halangan terakhir dalam Tariqat Ghazaliyyah bukanlah puji dan syukur. Tentang langkah pertama Tariqat Syaziliyyah itu pun sefaham kami adalah tidak benar, tetapi bahagian itu biarlah ikhwan Tariqat Syaziliyyah sahaja yang menjelaskannya)


BERIKUT PULA ADALAH KARANGAN KEDUA SI PENULIS ;

perbahasan toriqah/jalan siri ll

2-Toriqah Imam Asy-Syaazili

Dinamakan ia dengan toriqah syukur

Permulaan dan langkah pertamanya ialah dengan syuhud akan nikmat-nikmat yang datang daripada Allah SWT dan mensyukuri akan nikmat-nikmat tersebut ..

Itulah intipati dan langkah terakhir perjalanan Imam Al-Ghazali SWT

Maka langkah terakhir perjalanan imam Al-Ghazali RA adalah langkah pertama bagi toriqah imam Asy-Syaazili RA


(PENJELASAN KAMI : Sudah dijelaskan di atas tadi bahawa syukur bukanlah intipati dan langkah terkahir perjalanan Imam Al-Ghazali. Jauh ke atas lagi berbanding maqam syukur. Dakwaan terhadap Tariqah Imam Asy-Syazili itu, semoga ikhwan Asy-Syaziliyyah sahaja yang mencerahkannya)

asas-asasnya ialah syuhud akan segala nikmat pemberian Allah SWT dan fana’ daripada memandang kepada amalan-amalan diri..

natijahnya ialah dapat syuhud kepada pencipta atas nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya

Sehinggalah menjadi kasih dan mahabbah kepada pemberi nikmat tersebut..

…dan penghujung perjalanan toriqah As-Syazili, ialah dapat syuhud akan satu-satunya nikmat yang amat besar, ibu dan asal bagi segala nikmat-nikmat yang ada, iaitu nikmat hakikat Muhammadiah yang sangat mulia,


3-toriqah Fadhlul-ilahi

Iaitu toriqah Sayidi Ahmad At-Tijani RA

ketika mana Syeikh Ahmad At-Tijani RA melihat banyak dan bercambahnya nikmat-nikmat Allah SWT ,dan juga nikmat-nikmat tersebut boleh menyebabkan terpecahnya hati dan perasaan murid..

maka beliau pun menunjuk dan mengisyaratkan langkah pertama muridnya ialah:

1-dengan terus memandang dan syuhud kepada satu-satunya nikmat dan asal usul bagi nikmat Allah SWT, yaitu Syuhud akan nikmat Hakikat Muhammadiah ,

2-dan menjadikan diri seorang murid itu tengelam dalam asal usul nikmat-nikmat Allah SWT..

Walaupun tidak terhingga banyaknya mazhar

(penzahiran,asalnya ia datang daripada satu nikmat yang sangat besar,iaitu nikmat hakikat Muhammadiah

Berdalilkan kepada hadis nabi;
‎" إِنَّمَا اللهُ مُعْطٍ وَأَنَا القَاسِمُ "
Ertinya :
hanyasanya Allah SWT jualah yang memberi dan Akulah(Rasulullah SAW) yang membahagikan…

Maksudnya:
hanyasanya Allah SWT yang memberi segala pemberian dan Akulah yang membahagikan kepada sekelian makhluk Allah SWT yang lain

Rasulullah SAW adalah perantara yang sangat agung dan Bagindalah perantara antara pencipta dan segala ciptaannya..

..dan tidaklah mengalir satu nikmat daripada hadrah Allah SWT, (sama ada yang zohir ataupun yang batin) terhadap sekelian makhluknya melainkan melalui perantaraan Baginda SAW

Baginda SAW adalah peganti bagi pihak Allah SWT dalam menyalurkan segala pembahagian kepada sekelian makhlunya..

Dari kerana itulah disebut di dalam Alquran bahawasanya disebut kalimah “nikmat” dengah lafaz mufrad(satu ) bukan jama’(banyak)(1) sepertimana firman Allah :

▪ 1-" وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ "
Ertinya :
Apa yang kamu dapat daripada nikmat-nikmat,datangnya daripada Allah SWT
▪ 2-" يَعْرِفُونَ نِعْمَةَ اللهِ ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا "
Ertinya:
mereka itu mengetahui akan nikmat Allah Y,kemudian mereka itu mengingkari akannya
▪ 3- " وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوهَا
Ertinya:
Jikalau sekelian kamu hendak menghitung nikmat Allah SWT,nescaya kamu tidak dapat menghitung akannya…

Setiap bilangan menunjukkan kepada banyak,tetapi Allah SWT telah mendatangkannya dengan kalimah mufrad(satu) di dalam Alquran..

Dari kerana inilah sebahagian daripada ahli-ahli tafsir dan ahli-ahli isyarat juga menafsirkan kalimah nikmat tersebut kepada asal usul nikmat yang agung,yaitu nikmat hakikat Muhammadiah,

Natijah yang diperolehi daripada toriqah khotmul-Auliya ini:
ialah dengan mengakui dan memperiktiraf dengan sebenar benar pengiktirafan kepada peranan Nabi Muhammad SAW sebagai perantara yang sangat agung bagi pihak Allah SWT dan makhluk..

…dan juga terhasil pembukaan segala rahsia hakikat Muhammadiah yang sangat agung yang tertentu ia bagi Zat Allah SWT…


PENJELASAN KAMI : Seimbas lalu nampaknya dakwaan-dakwaan penulis yang bersangkutan secara terus dengan Tariqah Imam Al-Ghazali sudah pun kami berusaha membetulkannya. Maka pencerahan daripada pihak kami terhenti setakat ini sahajalah. Kami tidaklah mahu menyentuh bahagian-bahagian lain artikel itu walaupun memang terdapat beberapa masalah lagi di dalamnya. Semoga Allah meluruskan hati-hati kita semua menuju kepada-Nya. Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
15 September 2017