SOALAN :
Mengapa perlu
bertasauf...penting sangat ke tasauf dalam kehidupan...tasauf ni apa sebenarnya
ya?
JAWAPAN RINGKAS :
Ringkasnya... tauhid =
membetulkan sembahan agar tak tersalah sembah, fiqh = tahu cara-cara
berabdi/beribadah, dan tasauf = mencantikkan tauhid dan fiqh tadi. Di situ
letaknya kepentingan tasauf
Contoh - hendak menjala ikan.
Tauhid = tahu dan kenal mana satu jala dan mana satu tempat yang ada ikan. Maka
betullah alat dan betullah lokasi tujuannya.
Fiqh = tahu cara-cara menebar
jala.
Tasauf = tahu tempat mana yang
paling mudah dapat ikan banyak, dan mahir pula menebar jala hingga kembang
cantik membulat.
Hasilnya... ikan yang diperolehi
pada peringkat tasauf adalah lebih banyak dan lebih cepat. Begitulah
tamsilannya. WA.
Abu Zulfiqar
27 OGOS 2012
*Untuk mendapatkan huraian lanjut, bolehlah mengikuti audio dan video
kuliah saya tentang kitab Ihya’ ‘Ulumiddin di Youtube.
No comments:
Post a Comment