Wednesday, June 6, 2012

Ada Perubahan? Tolonglah Beritahu.

Awal pagi... saya sebagai pemimpinnya...

@ Kejap lagi kita akan bertolak (kata orang kuat aktiviti/program).
# Baik (jawab saya). Nak bertolak nanti hubungi saya.

Sampai habis waktu tengah hari, tiada sebarang info. Jadikah bertolak? Tak jadikah? Saya pun bertanya melalui telefon... (tambahan pula saya ada urusan penting yang lain yang perlu dibereskan).

# Bila nak bertolak ni?
@ Petang nantilah.
# Ok (redha).

Sampai malam, tiada apa-apa maklumat baru. Saya masih ternanti-nanti, sambil berusaha mendahulukan sangka baik. Jadi ke tidak? MALAMNYA baru saya dihubungi. Terus saya menyambut mesra dalam keadaan bersedia untuk bergerak...

# Nak bertolak sekarang ye?
@ Eh, tak! Tak jadi. Esok (baru nak bertolak).
# (Mula rasa kecewa dan berasa diperbodoh-bodohkan). Laa... ye ke? Kenapa tak maklumkan awal-awal? Tak perlulah saya tertunggu-tunggu.
@ Maaf le... 

Saya pegang cakap yang terakhir... esok akan bertolak.

Sampailah pukul 9.30 malam ESOKNYA, tiada sebarang perubahan maklumat atau panggilan menyatakan akan bertolak ke apa ke. Tak mengapalah... saya beralah lagi untuk kali ke empat dalam masa dua hari. Saya pun hantar mesej...

# Pukul berapa sebenarnya ni nak bertolak?
@ Tak jadi le. Nak bertolak nanti, saya akan maklumkan. Siang tadi dah buat keputusan, tak jadi bertolak hari ini.
# (Terpaksa meluahkan juga setelah 4 kali diperlakukan sebegitu) Kenapalah tak mesej (sekurang-kurangnya) jika berlaku perubahan? Saya masih pakai cakap yang terakhirlah, kerana tiada sebarang maklumat perubahan. (Saya bukan ada ilmu ghaib yang dapat mengetahui sebarang perubahan program/aktiviti. Dari mana lagi saya hendak tahu kalau bukan ada orang yang tolong beritahu?) Susah sangatkah hendak mesej? Tulislah walau satu huruf iaitu "x", tak perlu tulis panjang-panjang. Saya akan dapat faham bahawa aktiviti/program itu dibatalkan melalui huruf "x" itu.

Situasi ini juga bukan pertama kali berlaku. Sudah berulang kali.

Bagaimana jika anda berada di tempat saya?
Apa tindakan anda?




1 comment:

Anonymous said...

salam,
x dinafikan masih ada golongan yg sebegini. bagi saya golongan ini ibarat racun yg merosakkan/mencemarkan kepercayaan dan keturunan dan bangsa. golongan inilah jugak yg terus menerus memanjangkan lg keturunan tercemar beliau sehingga satu hari nanti dikeliling kita akan penuh dengan golongan sebegini. golongan sebegini x pernah rasa bersalah atas tindak tanduk mereka. biasanya saya akan buang org sebegini dr hidup saya. aman hidup :)