Saturday, April 18, 2026

Hanya 4 Juzuk Utama Kitab Kimiya

 

Kitab Kimiya’ us-Sa’adah ini sebuah kitab besar karangan Imam al-Ghazali, walaupun tidaklah sebesar kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Ia terdiri daripada 44 juzuk (bab). Ketika menuntut ilmu Tariqah Ghazaliyah dengan Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali hampir 30 tahun yang lalu, sahaya hanya ditarbiyahkan 4 juzuk utama sahaja. TG M. Soleh mensyarahkan secara terperinci hingga hadam keempat2 juzuk tersebut secara berhadapan, mengijazahkannya kepada sahaya beserta sanadnya yang muttasil, serta mengamanahkan kepada sahaya untuk menyampaikan pelajarannya. Maka hanya 4 juzuk ini sahajalah yang sahaya layak untuk mensyarahkannya dan mentarbiahkannya. Bakinya 40 juzuk lagi itu tidaklah sahaya berani untuk bersuara apa-apa tentangnya walaupun isi kandungannya lebih mudah daripada kitab induk Ihya’ (melainkanlah jika ada sesuatu hal yang bertaraf PERLU) kerana :

 

1.      Guru mursyid sahaya tidak mensyarahkannya kepada sahaya. Maka sahaya tidak pernah berguru dan belajar juzuk2 lain itu, apatah lagi sehingga khatam. Memang ada disentuhnya isi kandungan beberapa juzuk lain tetapi sekadar petik2 sahaja.

 

2.      Sahaya tidak disahkan oleh guru sahaya sebagai layak mengajarkan juzuk2 lain itu, dan tidak diamanahkan pun olehnya untuk menyampaikannya.

 

3.      Sanad isi kandungan dan pelajaran kitab yang diberi kepada sahaya hanya untuk 4 juzuk itu sahaja.

 

Dalam Tariqah Ghazaliyah, memang ketat syarat2nya berkaitan hal2 seperti ini. Tidak mudah2 malah tidak berani untuk seseorang itu mengambil sebarang karya Imam al-Ghazali lalu mensyarahkannya kepada orang lain sekalipun ornag itu bertaraf ilmuwan, banyak ilmu, banyak kelulusan, terkenal, berjawatan tinggi, melaut pengiktirafan orang, dan sebagainya.

 

Bagi kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pula, berlainan keadaannya kerana sahaya memang berguru dan belajar keseluruhan kitab dengan TG M. Soleh al-Ghazali, secara talaqqi berhadapan (malah bersuhbah dengan guru), dengan syarah yang terperinci, dengan sanad yang muttasil, dan diamanahkan oleh guru untuk menyampaikannya. Maka barulah ada kesanggupan untuk menyampaikannya serba-sedikit.

 

Sewaktu masih aktif mengajar dulu (2007-2019), beberapa kali orang meminta sahaya mengajarkan karya2 Imam al-Ghazali seperti kitab Minhaj al-‘Abidin,  Bidayah al-Hidayah dan Nasihah al-Muluk tetapi sahaya menolaknya. Memang isi kandungannya lebih mudah, ringan dan ringkas tetapi sahaya tidak punya hal2 sebagaimana yang disebutkan di atas tadi. Oleh yang demikian, sahaya hanya mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali yang ada kritieria di atas seperti Ihya’ ‘Ulumuddin, Misykat al-Anwar, ar-Risalah al-Ladunniyah, Al-Munqiz min adh-Dhalal dll.

 

18/4/26

Saturday, April 11, 2026

Hadapi Perbandingan yang Benar dan Sesuai

 

Perbandingan itu suatu hal yang sangat bagus sebenarnya. Perbandingan dapat membantu kita menyedari kelemahan diri, ketertinggalan diri, dapat merancang dan memperbaiki diri, serta dapat memajukan diri, malah dapat mencemerlangkan diri. Yang takut dengan perbandingan itu biasanya jiwa2 yang pecundang dan mempunyai ego yang tinggi. Perbandingan yang benar itu amat bagus. Yang perlu ditolak hanyalah perbandingan yang tidak baik, yang tidak sesuai, yang di luar daripada kemampuan, yang sangat sukar untuk dicapai, yang bertujuan menghina, yang menjatuhkan maruah, yang isi kandungannya bertentangan dengan kehendak2 agama, dsb.

 

9/4/26

Friday, April 10, 2026

KIsah Cucu Saudara Imam al-Ghazali

 

Datang pertanyaan tentang sebuah kisah yang pernah sahaya kongsikan dalam pengajian2 Tariqah al-Ghazaliyah tentang seorang guru agama yang disangka oleh sebahagian orang sebagai waliyullah besar di Mesir suatu ketika dahulu. Si guru itu memberikan alasan kononnya mahu menurunkan kekasyafannya lalu pada setiap kali pengajian dia akan meminta anak2 muridnya yang perempuan agar berbaris lalu dia akan meletakkan tangannya di atas kepala mereka (walaupun bertudung kain). Kadang2 dia bersalaman dengan mereka (walaupun tangan mereka berlapik kain tudung mereka). Kadang2 pula dia memasukkan sedikit arak ke dalam mulutnya lalu diluahkannya. Bilakah sebenarnya kisah ini berlaku?

 

Jawapannya : Tarikh dan tahun yang tepat tidaklah diketahui. Cuma menurut guru mursyid sahaya dahulu, kisah ini berlaku pada zaman Syaikh Muhammad Sa’id al-Ghazali. Syaikh Sa’id merupakan cucu kepada Imam Ahmad al-Ghazali. Dan Imam Ahmad al-Ghazali tidak lain ialah adik kepada al-Imam al-Ghazali sendiri. Maka, Syaikh Sa’id ini cucu saudara kepada Imam al-Ghazali. Ketika itu Syaikh Sa’id al-Ghazali menjadi menjadi mursyid Tarekat Ghazaliyah di Mesir.

 

Setelah mendapat pertanyaan yang sebegini, sahaya pun kemudiannya mencari2 maklumat. Kemungkinan besar hal itu berlaku pada pertengahan atau pada penghujung kurun ke-12 Masihi (antara 1160 ke 1200 M). Syaikh Sa’id al-Ghazalilah orang yang berani mempertikaikan perbuatan tersebut kala kebanyakan orang lain tidak berani. Wallahualam.

 

9/4/26