Wednesday, February 10, 2016

Pandang Yang Satu pada yang banyak




·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, sama ada dengan pandangan mata kepala ataupun dengan pandangan mata hati (dalam fikiran), tetapi ada yang langsung tidak teringat akan Allah Yang Satu (tidak ‘terpandang’ akan Allah Yang Satu).

·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, dan ada orang yang kadang-kadang dia teringat (terpandang) akan Allah yang Satu.

·         Manusia  sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, ada yang separuh daripada pandangannya tembus sehingga dapat ‘memandang’ Allah Yang Satu, maksudnya ingat akan Allah ketika dia memandang makhluk yang banyak itu.

·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, ada orang yang sebahagian besarnya dia ‘memandang’ Allah Yang Satu.

·         Manusia sentiasa ‘memandang’ makhluk yang banyak ini, dan ada orang yang sentiasa ingat akan Allah (‘memandang’ Allah Yang Satu).

Yang Satu itu Allah, yang banyak itu makhluk.

Ringkasnya, apabila seseorang ahli tasawuf itu melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh atau memikir akan makhluk, sepatutnya dia akan ingat akan Allah, atau dalam bahasa sufinya disebut sebagai ‘nampak’ Allah/ ‘memandang’ Allah.

“Pandang Yang Satu pada yang banyak”.

Abu Zulfiqar
Februari 2016

Peringkat2 Perjalanan dalam Ilmu Kerohanian



Rezeki kita dalam ilmu keTuhanan ini umumnya berbeza-beza. Umumnya terdapat tiga peringkat besar dalam perjalanan kerohanian ini.

Peringkat Pertama : Permulaan

i.                     Ada yang agak mudah nak dapatkan ilmu ini (seumpama menggunakan kad Touch n Go untuk masuk ke lebuhraya).
ii.                   Ada yang susah (seumpama ambil dan bayar tiket untuk masuk ke lebuhraya).
iii.                  Ada pula yang lebih senang (seumpama guna Smart Tag).
iv.                 Dan ada juga yang sangat senang (seumpama dibuka pintu tol khas untuk mereka).
v.                   Ada yang tidak dapat masuk pun.
vi.                 Ada yang memang tidak mahu masuk.
vii.                Ada yang cuba masuk dengan memandu berseorangan (maksudnya kali pertama).
viii.              Ada yang masuk dengan mengikut kereta guru (kali pertama).
ix.                 Ada yang berkonvoi sendiri-sendiri (kali pertama).
x.                   Ada yang berkonvoi tapi dengan mengikut kereta guru (kali pertama).

Peringkat Kedua : Perjalanan

i.                     Ada yang perjalanannya lancar (cuaca baik, kereta kurang, tiada masalah-masalah luar jangka).
ii.                   Ada yang perjalanannya tidak lancar (cuaca buruk, kereta banyak, ada masalah-masalah luar jangka).
iii.                  Ada yang memandu dengan selesa selesa.
iv.                 Ada yang memandu dengan tidak selesa.

Peringkat Ketiga : Peringkat Kesudahan

i.                     Ada yang keluar di pertengahan jalan secara sukarela (keluar ke susur keluar sebelum sampai ke tempat tujuan).
ii.                   Ada yang perjalanannya setakat tempat tertentu sahaja secara paksarela (kemalangan, kematian, kecederaan).
iii.                  Ada yang tersalah jalan. Maka ada yang sesat selama-lamanya, ada yang berjaya masuk balik ke lebuhraya, dan ada juga yang dalam usaha mencari jalan masuk semula.
iv.                 Ada yang pemandunya terlalu laju sehingga terlibat dengan masalah (kemalangan, kerosakan, ditahan polis dsb)
v.                   Ada yang pemandunya terlalu lambat hinggakan tak sampai2.
vi.                 Ada yang pemandunya bagus lalu sampai ke tempat tujuan dengan baik (selamat, selesa, tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat)

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails