Wednesday, November 7, 2012

Tazkirah Facebook 40 (Oktober 17, 2012)

Apakah makhluk yang paling mulia di muka bumi?
Manusia.

Apakah yang paling mulia pada diri manusia?
Hatinya (kalbunya).

Maksudnya, yang paling mulia pada diri makhluk yang paling mulia ialah hati (kalbu).

Apakah pekerjaan yang paling mulia?
Tentulah pekerjaan yang melibatkan makhluk yang paling mulia iaitu manusia,  dan melibatkan perkara yang paling mulia pada makhluk yang paling mulia, iaitu hati.

Apakah pekerjaannya?
Membawa atau mengarahkan yang paling mulia itu iaitu hati kepada Tuhan.

Siapakah para pekerja itu?
Para ilmuwan agama, guru-guru kerohanian, para pendakwah dan sesiapa sahaja yang mentarbiyyah hati-hati manusia menuju kepada Allah.

No comments: