Ramai orang malas menanam, tapi dia
mahu memetik.
Ramai orang malas menanam, tapi dia
mahu menuai.
Ramai orang tidak menanam, tapi
apabila dilihatnya orang lain beramai-ramai memetik dan menuai hasil tanaman,
dia sendiri sangat suka memetik dan menuai.
Padahal dia tidak punya sebarang
tanaman, bagaimana mahu dituai?
Ada ditanamnya sedikit-sedikit, tapi
tidak dijaganya. Apabila tiba masa menuai, tanamannya tentulah kurang menjadi.
Apabila dia tidak dapat memetik dan
menuai sebagaimana orang lain, dia mula marahkan tanah, mengeluh pada cuaca.
Apabila hasil tanamannya tidak berapa
menjadi, dia mula mengutuk hasil tanaman.
Sepatutnya dia berfikiran matang dan
rasional.
Sepatutnya dia mesti redha hasil
tanamannya tidak ada atau kurang menjadi, kerana hal itu semua salahnya
sendiri.
Sesiapa yang tidak menanam dan menjaga
tanamannya, tentu saja dia tidak dapat menuai hasilnya, sebagaimana orang lain
menuai hasil mereka.
Apa yang kita tanam dulu, dapatlah kita
tuai hasilnya sekarang, atau pada masa akan datang.
Yang paling penting, tanamlah ‘pohonan
syurga’ sekarang, untuk dipetik hasilnya di akhirat sana nanti.
Abu
Zulfiqar
10 OGOS 2012
No comments:
Post a Comment