Hajat di
hati hendak mengelak daripada tertaksub dengan ulama,
tanpa disedari
dia sudahpun tertaksub dengan orang yang menolak ulama-ulama itu,
tertaksub
dengan media yang dibaca, didengar atau ditontonnya itu,
walaupun
dikatanya : “Eh, aku tak taksub dengan siapa-siapa atau apa-apa!”
Hajat di
hati hendak mengelak daripada tertaksub dengan kitab,
tanpa
disedari dia sudahpun tertaksub dengan pemikiran sendiri,
tertaksub
dengan tulisan-tulisan yang dibaca,
walaupun
dikatanya : “Eh, mana ada!”
Hajat
dihati hendak mengelak daripada taksub dengan mazhab (sebenarnya kaedah-kaedah
mazhab),
tanpa
disedari dia sudahpun tertaksub dengan kaedah-kaedah sendiri (dia dah buat mazhab
diri sendiri tanpa sedar, walaupun dia bukan mujtahid mutlak ataupun mujtahid
mazhab),
ataupun
dia sudah menganut mazhab (kaedah-kaedah) tokoh yang dipercayainya itu (walaupun
tokoh itu bukan juga mujtahid mutlak atau mujtahid mazhab),
walaupun
dikatanya : “Aku pulak yang dituduh taksub?”
Kononnya
hendak mengelak daripada terkena,
tetapi
sebenarnya sudah pun terkena.
Begitulah
jika dalam agama hendak cepat.
Begitulah
jika dalam agama dirasa pemikiran sendiri sudah cukup hebat.
Begitulah
jika dalam agama dirasa pemikiran tokoh pujaan diri itu sudah cukup hebat.
Begitulah
jika dalam agama menghentam orang lain yang bertaqlid
tetapi diri
sendiri pun sebenarnya hanya bertaqlid kepada orang dan karya orang yang
disukainya.
Begitulah
jika dalam agama hendak menunjuk di dunia nyata dan di dunia maya
bahawa
dirinya tahu (itu paling kurang tu), dan lebih tahu berbanding orang lain,
lebih-lebih
lagi di hadapan orang-orang awam yang kurang pengetahuan.
Hebat
rasanya dapat berlagak hero dalam kalangan mereka.
Wahai
Allah, jauhkanlah diri kami daripada sifat-sifat sebegini.
Selamatkanlah
kami daripada orang-orang yang sebegini.
Amin.
Abu
Zulfiqar
13
November 2013
(*Bak kata ustaz Sidek Nor, lembu baru nak tumbuh tanduk memang dia sondol merata, sebab gatal kepala)
(*Bak kata ustaz Sidek Nor, lembu baru nak tumbuh tanduk memang dia sondol merata, sebab gatal kepala)
No comments:
Post a Comment