Saturday, July 30, 2016

Mengapa Dahulukan Kitab Cinta Allah?

Mengapa dahulukan Kitab Cinta Allah?

Hendak betul-betul cantik memahami isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini, kita kena selesaikan kitab pertama iaitu Kitab Ilmu terlebih dahulu. Kitab Ilmu ini ibarat kunci atau pedoman utama untuk kita memahami cara pembawaan Imam Al-Ghazali seterusnya. Jika kita tidak memahami cara pembawaan dan manhaj Imam Al-Ghazali ini, kemungkinan besar kita akan faham kitab Ihya’ tidak mengikut yang Imam Al-Ghazali mahukan. Betapa pentingnya Kitab Ilmu ini sampaikan Imam meletakkan Kitab Ilmu sebagai kitab pertama daripada 40 kitab dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Bahkan Kitab Aqidah/Tauhid pun berada pada susunan kedua. Bayangkanlah betapa Imam Al-Ghazali begitu memberi penekanan terhadap Kitab Ilmu ini untuk diselesaikan terlebih dahulu..

Ramai orang yang cuba membaca sendiri atau cuba mengajarkan Kitab Ihya’ tanpa meneliti Kitab Ilmu. Hasilnya ramai yang gagal memaham dan ramai juga yang tersalah faham.

Selesai Kitab Ilmu, kita mesti lalui Kitab Aqidah. Kepentingan dan keutamaan amal dan ilmu tentang aqidah memang kita sudah sedia maklum, maka tidaklah kita panjangkan di sini.

Setelah selesai Kitab Ilmu dan Kitab Aqidah, maka bolehlah kita berpindah ke mana-mana kitab pun dalam kitab Ihya’ ini. Insya-Allah selamat dan lurus kerana panduan-panduan untuk menerokainya sudah kita maklumi dan bahagian tauhidnya sudah kita lalui. Selagi belum selesai kedua-dua kitab utama tersebut, eloklah jangan cuba-cuba memaham kitab-kitab yang lain kerana kemungkinan untuk tersalah faham atau tidak faham memang tinggi.

1. Saya memilih Kitab Cinta Allah sebagai syarahan seterusnya kerana syarahan kitab-kitab lain tentang bersuci, solat, puasa, zakat, haji, adab bekerja, maqam sabar dan sebagainya biasa kita dengar, terdapat di merata tempat, banyak kitab lain yang membiacarakannya dan ramai guru-guru dan majlis yang membicarakannya. Tetapi tentang maqam cinta Allah? Sangat sukar ditemui. Tentang maqam rindu Allah? Lagilah sukar. Jadi kita menampung bahagian-bahagian yang masih lompong itu.

2. Kitab Aqidah membawa kita agar ma’rifah (mengenal) Allah. Dalam sistem tarbiyyah Tariqat Ghazaliyyah, selepas ma’rifah (ma’rifatullah/mengenal Allah) adalah mahabbah (cinta Allah). Sebab itulah kita bicarakan Kitab Cinta Allah selepas Kitab Aqidah. Bagi Imam Al-Ghazali, maqam cinta adalah matlamat terakhir dan kemuncak kepada darjat-darjat dalam perjalanan kerohanian sebagaimana yang dimaksudkannya dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan kitab Kimiya’ as-Sa’adah. Jadi, kita sesuaikan perjalanan syarahan kitab Ihya’ ini dengan sistem tarbiyyah Tariqat Al-Ghazaliyyah sendiri. Seiringnya kedua-dua hal ini memudahkan banyak urusan kita.

3. Seterusnya, kitab Ihya’ terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. Apabila disyarahkan secara terperinci sebagaimana yang kita adakan di Surau An-Nur (di sinilah satu-satunya tempat kita syarahkan kitab Ihya’ secara terperinci manakala di tempat-tempat lain kita ringkaskan sahaja) seminggu sekali, saya jangkakan keseluruhan kitab ini akan tamat dalam 20 ke 23 tahun. Kitab Ilmu dan Kitab Aqidah berjaya kita khatamkan dalam masa 4 tahun. Itu baru dua kitab. Lagi 38 kitab? Kitab Cinta berada pada kedudukan ke-36. Bila agaknya kita akan sampai? Padahal maqam cinta Allah berada dalam sukatan utama tarbiyyah Tariqat Ghazaliyyah ini? Sempatkah sampai? Mahu tak mahu kita memandang lebih baiklah didahulukan Kitab Mahabbah berdasarkan kepentingannya.

Begitulah antara faktor kita mendahulukan syarahan Kitab Cinta Allah selepas KItab Ilmu dan Kitab Aqidah dalam kitab besar Ihya’ ‘Ulumuddin ini.

Wallahua’alam.


Abu Zulfiqar

30 Julai 2016


Friday, July 29, 2016

Catatan Ringkas Audio Kitab Cinta 3

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 3A

“Manusia itu akan bersama-sama dengan yang dicintainya (pada hari akhirat nanti).” (Bukhari, Muslim)
(*Dengan siapa kita nak bersama di alam akhirat nanti, kita mestilah mencintainya sejak di dunia ini lagi)

Kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Kimiya’ as-Sa’adah, cinta kepada Allah Taala adalah tajuk yang paling penting dan matlamat akhir perbicaraan. Hal ini menunjukkan setinggi mana maqam cinta dalam pelajaran tasawuf, dalam hubungan kerohanian, dalam hubungan kita dengan Allah Taala.

Kitab Kimiya’ ini mengajar kita mengenal diri, mengenal Allah, mengenal dunia dan mengenal akhirat. Menurut Imam, untuk mencapai kebahagiaan sejati/hakiki kenalah mengenal keempat-empat itu.

Kitab Kimiya’ terdiri daripada 8 bab. Bab yang terhujung/penutup ialah Bab Cinta Allah.

Kata Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya’ ini pula, sesungguhnya cinta akan Allah adalah matlamat paling jauh daripada maqam-maqam yang ingin dicapai. Menurut Imam lagi, kesempurnaan kemanusiaan terletak pada kecintaan kepada Allah.

Malam ini majlis pengajian Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-146, iaitu syarahan Bab Cinta Allah kali ke-3. Tajuknya : Hakikat Cinta.

Menurut Imama Al-Ghazali, mencintai Allah Taala itu disepakati wajib. Mesti.

Tak kenal maka tak cinta, Setelah kenal, barulah kot-kot ada rasa nak cinta.
Contoh, apabila disebut Syeikh Said Hawa, kalau kita tak kenal, kita tak rasa apa-apa lagi. Setelah kita baca karangan dia, tengok gambar dia, dengar kisah-kisah dia, baru rasa seronok. Barulah ada rasa nak cinta. Begitu juga Aa Gym. Setelah kita seronok dengar dan tonton ceramah dia, baru datang rasa cinta. Samalah dengan Imam Al-Ghazali. Dari kecil kita dah biasa dengar nama dia, tapi belum ada rasa suka. Setela baca karangan-karangan dia, dnegar kisah hidup dia, barulah datang cinta. Kitab Ihya’ dan kitab Misykatul Anwar pun sama. Sebelum kenal, tak rasa apa. Tak kenal maka tak cinta.

Umumnya kenal itu pelajaran tauhid. Cinta itu pelajaran tasawuf. Tasawuf mencantikkan lagi pelajaran tauhid.

Umumnya manusia akan mentaati yang dicintainya. Kalau kita cintai seseorang, seboleh-bolehnya apa yang dia cakap (mahukan), kita akan ikut.

Oleh itu, salah satu kaedah untuk buatkan diri kita, mausia dan jin taat kepada ajaran agama ialah melalui perwujudan cinta. Sesiapa yang sudah cinta Allah, dia akan ikut apa sahaja kehendak Allah. Mengapa ramai lagi orang Islam tak buat yang Allah suka dan tinggal apa yang Allah larang? Kerana tak cintalah tu.

Kita mesti bentuk diri kita agar Allah dan Rsul-Nya lebih kita cintai daripada yang lain-lain.

Ilham yang tidak bersesuaian dengan Al Quran dan As-Sunnah, tinggalkan.

Ada kelompok yang mendakwa guru mereka wali Allah. Rupanya bersih, cakap berhikmah, anak murid ramai dan ada karamah. Antara kehebatannya ialah pada hari Jumaat, dia akan pergi solat Jumaat di Makkah. Sebab itulah dia tidak solat Jumaat di sini. Padahal waktu solat Jumaat negara kita dengan Makkah jauh berbeza. Begitu juga dengan solat Maghrib dan lain-lain. Ada yang tok guru masuk dalam bilik, anak murid percaya dia sedang ke Tanah Arab mengerjakan solat.


CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 3B

Hal yang paling menyeronokkan bagi para sahabat umumnya ialah apabila mereka menerima Islam. Menurut Anas, hal kedua yang mendatangkan keseronokan kepada para sahabat selepas daripada menerima Islam ialah hadis Nabi Muhammmad saw yang mengatakan bahawa pada Hari Akhirat nanti seseorang manusia itu akan bersama-sama dengan yang dicintai-Nya iaitu Allah dan Rasul-Nya walaupun amal ibadah mereka tidak banyak. (*Jadi, kita pun mestilah ambil peluang ini).

Menurut Hasan al Basri, sesiapa yang kenal tuhannya nescaya mencintai-Nya. Barangsiapa kenal dunia nescaya zuhud pada dunia. Masalahnya, kita kenalkah Allah? Memadaikah kenal kita itu? Boleh jadi kita tidak mencintai Allah kerana kita kurang kenal akan Dia. Dan boleh jadi juga kita sebenarnya tidak kenal pun Allah (maksudnya kita munkin sekadar tahu Allah sahaja, tak sampai pun kenal Allah).

Kita sambung pelajaran KItab Ihya’ ‘Ulumuddin kita pada Jilid 8 ms 405, iaitu pada Kitab Cinta Allah.

Objektif pelajaran Kitab Cinta Allah ini takkan mencapai matlamatnya melainkan kita kena tahu hakikat cinta, syarat-syarat cinta dan sebab-sebab cinta. (*Ramai yang mendakwa mencintai Allah, tetapi mereka tidak tahu cinta itu apa, bagaimana, syarat-syarat dan sebab-sebabnya. Kemungkinan besar mereka tidak mencinta tetapi berasa diri mereka sudah mencinta).

Cinta tak akan datang melainkan sesudah ma’rifah (mengenal). Kalau tak kenal, pada adatnya memang tak boleh cintalah. Manusia tidak mencintai selain apa yang dikenalnya.

Benda-benda beku tidak ada cinta. Cinta itu sifat khusus bagi yang hidup dan yang ada pengetahuan (akal). Meja cinta kerusi, mustahil. Bulan cinta matahari, mustahil. Kereta cinta ba sekolah, mustahil. Manusia cinta manusia, jin cinta manusia, manusia cinta jin, ini memnag berlaku.

Puteri Gunung Ledang cantik? Entah betul dia atau jin lain yang merupa. Ada orang yang punya kelainan nampak Puteri Gunung Ledang daang solat. Punyalah cantik macam belasan tahun umurnya. Dia tengok semula dnegan kelainan ang ada ada dirinya, ‘scan’ sendiri, ak termuntah tengok katanya.

Saya pernah mimpi melihat ada wanita cantik terapung-apung di tepi tingkap. Pakaiannya macam pakaian puteri atau dewi-dewi dalam cerita Cina. Saya pun pergi ke tingkap. Dia sedang berjalan pergi tapi kini dalam keadaan berbogel (rupanya yang sebenar). Rupanya sangat buruk, nak termuntah kita tengok. Itu baru tenogk dari belakang. Kalau tengok dari depan, terus termuntahlah kot. Timbul urat-urat di seluruh badannya. Badannya berwarna hijau kehitam-hitaman.

1.Apa-apa keadaan yang sesuai dengan kita, kena dengan jiwa kita, melazatkan kita, menyukakan kita, senangkan, kita akan suka.
2. Sebaliknya akan benci jika keadaan atau sesuatu itu memedihkan, menyedihkan, tidka meneronokkan.
3. Ada hal atau keadaan yang kita suka pun tidak, tak suka pun tidak. Maksudnya suka pun tidak, benci pun tidak.

Kepada Allah, kita kena bina perasaan suka, sayang dan seronok. Kalau tidak, tidak akan datang cinta. Jika teringat Allah sahaja maka kita berasa berat, rimas... Cinta tak dapat datang.

Yang kita benci ialah sesuatu yang kita tidak suka untuk mendekatinya. Contohnya najis. Yang kita cinta ialah sesuatu yang kita suka untuk mendekatinya. Contohnya duit. (*Jadi, kita dengan Allah, ilmu-ilmu agama, kerja-kerja pada jalan Allah dan lain-lain, kita suka untuk dekat atau tidak suka untuk dekat?)

Kalau cinta tu sudah kuat, itu namanya asyik. Dengan Allah sepatutnya kita kena sampai ke peringkat asyik.

Setiap pancaindera ada idrak (yang ia tahu). Ada 5 pancaindera iaiatu kebolehan melihat melalui mata, mendengar melalui telinga, menghidu atau cium melalui hidung, merasa melalui lidah, merasa sentuhan melalui kulit. Dalam tasawuf ada pancaindera ke-6 yang lebih kuat, tepat dan muktamad iaitu mata hati. Kita nak perkuatkan yang ke-6 ini lebih daripada yang 5 tadi.

Menurut para pengkaji, lidah boleh kesan 4 rasa iaitu masam, masin, manis, dan pahit. Pernah ada orang minta diiktiraf rasa ke-5 iaitu orang yang mula-mula temui perisa daripada tumbuhan laut yang kemudiannya dikenali sebagai ajinomoto. Baginya rasa baru ini tidka termasuk dalam 4 rasa tersebut tetapi permintaannya tidak dipersetujui.

Setiap pancaindera ada kelazatan tertentu yang dikenalnya. Contohnya hidung tak boleh kenal kecantikan kerana ia hanya mampu mengenal bau-bauan.



CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 3C

5 pancaindera kita mempunyai minat yang berbeza. Tapi kelima-limanya menuju kepada pnacaindera yang ke-6 iaitu mata hati. Yang tahu makanan sedap atau tidak, orang kacak atau tidak sebenarnya ialah hati. Bunyi merdu lagu walaupun dikesan melalui telinga, sebenarnya yang mentafsirkannya ialah mata hati juga.

Apa sahaja yang sedap pada pancaindera , nescaya hati kita cenderung padanya.

Dalam hadis, Nabi Muhammad saw maklumkan yang dia suka bau-bauan yang harum , wanita, dan cahaya matanya (yang paling baginda suka pada hatinya) ialah ibadah solat.

Bau wangi disukai oleh pencium iaitu hidung. Sedapnya di hidung bukan di mata telinga atau yang lain-lain. Wanita disukai kerana umumnya sedap pada penglihatan dan sentuhan. Umumnya begitu. Tetapi yang ketiga adalah yang paling disukai baginda (yang paling melaztakannya) iaitu ibadah solat. Mengapa? Kerana lazatnya ibadah solat ini umumnya terletak di hati bukan pada indera yang lima. Kelazatan pada jiwa itulah yang paling lazat.

Kelazatan pancaindera yang lima umumnya turut dirasai oleh haiwan. Yang ke-6 hanya ada pada manusia dan jin. Jadi kita kena asah yang ke-6 itu. Jika tidak, kita akan jadi lebih kurang sama dengan haiwanlah.

Mata hati itulah sayap kerohanian kita untuk terbang ke alam ghaib. Manusia sebenarnya ada sayap kerohanian untuk ke alam langit tinggi, alam makrifat, alam malakut. Cuma mungkin kita tidak dilatih dan berlatih mengaktifkannya. Sayap kerohanian ini tidak ada pada haiwan.

Cinta sesama makhluk. Kisah Taj Mahal di Agra India. Dibina sebagai makam Permaisuri Mumtaz Mahal. Shah Jahan iaitu suaminya yang suruh buat. Mereka sebenarnya mempunyai nama lain pada waktu kecil. Mumtaz dikahwini ketika berusia 14 tahun sebagai isteri ke-3 Shah Jahan. Isteri pertamanya bernama Akbar Abadi Mahal (kalau tak salah). Yang kedua namanya Kandahari Mahal. Yang ketiga dan yang paling disayanginya ialah Mumtaz Mahal. Mahal belaka. Mumtaz Mahal maskudnya Permata Istana. Mumtaz Mahal melahirkan 14 orang anak. Dia meninggal keika melahirkan anak yang ke-14.

Cinta sangat sampai suruh buat makam atau kubur yang besar. Asanya binaan itu disebut Mumtaz Mahal tapi lama-kelamaan disebut Taj Mahal. Lebih kurnag 22 tahun baru siap. 2000 orang pekerja. Bahan binaannya dari Sri Lanka, Tibet, China, Afghanistan, Arab dan tempat-tempat lain. Ini cinta makhluk yang melampau. Warna Taj Mahal berubaha-ubah mengikut sekelilingnya. Terdapat lebih 40 jenis berlian pada bangunan itu sampai ada orang curi.

Akhirnya Shah Jahan diijatuhkan oleh anaknya dnegan Mumtaz bernama Aurangzeb. Dia ditempatkandalam sebuah bilik yang cuma ada satu tingkap kecil menghala ke bangunan Taj Mahal, sehinggalah dia meninggal dunia.

Jika dianggarkan dnegan wang hari ini, kos Taj Mahal lebih kurang AS830,00,000. Duit kita sekitar RM3.6 billion. Menara Kembar Petronas baru RM270 juta.

Romeo dan Juliet sanggup minum racun, mati tikam diri. Tak boleh dicontohi.

Lagenda Babylon, kisah Pyramus dan Thisbe. Cinta tak direstui. Mereka berjanji untuk berjumpa di hutan. Thisbe pergi sampai terlebih dahulu. Dilihatnya ada seekor singa yang mulutnya berdarah, baru dapat buruan. Thisbe lari tetapi selendangnya dapat ke tangan singa lalu dikoyak-koyak dan terkena darah di mulut singa. Pyramus pula sampai. Trjumpa selendang kekasihnya yang sudah koyak dan berdarah. Disangkakannya Thisbe sudah mati dibaham singa. Puramus ambil pedang tikam diri. Thisbe pula datang, terkejut. Cinta punya pasal, ambil pedang dan tikam diri juga. Ini semua tidak boleh dicontohi (cinta makhluk, dengan cinta yang melampau).

Penglihatan mata hati yang batiniyyah lebih kuat daripada pandangan mata zahiriyyah. Mata di kepala boleh menipu. Matahari dilihat kecil tetapi mata hati beritahu sebenarnya ia besar. Begitu juga dengan bulan dan bintang. Mata hati nampak benda-benda di sebalik dinding, di belakang kita, dalam kegelapan, dan yang jauh.

Yang tak lazatkan kita, tentu kita tak cinta. Kita cinta sesuatu salah satunya kerana ada untung untuk kita.

TAMAT AUDIO 3

Tuesday, July 26, 2016

Catatan Ringkas Audio Kitab Cinta 2

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 2A

Dari segi syariatnya, cedera dan mati itu disebabkan oleh sebab-sebab perlakuan makhluk. Contohnya, kren runtuh menimpa seseorang lalu orang itu tercedera atau mati. Namun dari segi hakikatnya, hanya Allah yang ada kuasa/daya upaya untuk membuatkan seseornag itu cedera atau mati. Selain daripada Dia, langsung tidak ada yang punya kuasa/daya upaya.

Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal barulah kot-kot nak cinta.

Salah satu objektif Kitab Tauhid (dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini) ialah nak bagi kita mengenal (ma’rifah) akan Allah. Sekarang matlamat Kitab Cinta (dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini) ialah nak bagi kita mencinta (mahabbah) akan Allah.

Kalau kita tak kenal Allah, bagaimana kita hendak mencintainya? Sangat sukar, hampir-hampir mustahil untuk kita nak mencintai sesuatu yang kita tidak kenal. Tapi jika ditanya, rata-rata orang akan menjawab yang mereka cinta akan Allah.. Benarkah kita sudah sampai ke tahap cinta?

Dalam pelajaran Kitab Tauhid yang lalu kita ditarbiyyah untuk kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, dan kenal akhirat.

Kenal Allah sepatutnya kena kenal lebih, usaha untuk kenal Allah sepatutnya lebih. Pasangan kita, tunangan kita dan para artis pun kita nak kenal lebih. Kalau kenal sikit rasa tak puas. Kalau teman kita kenal lebih daripada kita akan artis-artis, pernah jumpa, pernah minum sekali, kita berasa iri hati. Begitu juga dnegan tokoh-tokoh , isu-isu semasa, politik dna lain-lain. Ini semua makhluk dan kita nak kenal lebih. Tetapi kalau tentang Allah? Tak terdorong pun untuk nak kenal lebih. Sepatunya Allahlah yang kita nak kenal lebih daripada yang lain-lain.

Tentang Allah, cukuplah kita sekadar tahu kita ada Tuhan dan namanya Allah. Nak kenal lebih? Tak perlulah meberat-beratkan diri. Tapi kalau tentang makhluk, kita nak pula memberta-bertakan diri nak kenal lebih. Patutkah begitu?

Kita cinta pasangan kita sebab kita dah kenal. Kalau kita tak pernah kenal pasangan kita, macam mana nak cinta? Kita mendakwa kita mencintai Allah. Adakah kita sudah mengenal-Nya?

Mengapa tidak rasa cinta Allah dalam diri? Antara puncanya ialah kerana tidak kenal Allah. Kalau kenal pun, tidak memadai, tidak cukup kenal.

Mengapa kita pilih Kitab Cinta dalam KItab Ihya’ ‘Ulumuddin ini? Antaranya kerana cinta itu adalah kemuncak dalam tasawuf..

Kata Imam Al-Ghazali, mencintai Allah adalah matlamat paling jauh daripada maqam-maqam yang ingin dicapai dan ketinggian yang tertinggi daripada darjat-darjat.

Sebab lain - kitab-kita lain tentang bersuci, solat, zakat, haji dan sebagainya dalam Kitab Ihya’ ini, isi pelajaran yang lebih kurang sebegitu mudah temui pengajiannya. Tetapi majlis pengajian kitab yang berkisar seputar cinta Allah, sukar ditemui.

Cinta akan makhluk, sampai sering teringat-ingat, tak boleh nak lupa, terkenang-kenang, sentiasa bermain dalam fikiran kita. Sepatutnya cinta akan Allah kena lebih lagi. (Sudahkah kita sebegitu?)

Tengok bumbung rumah orang yang kita cinta, pakaiannya tersidai di ampaian, dan kasutnya pun dah rasa seronok. Suratnya kita baca banyak kali walau pun dah faham isi surat. Rasa sedap kalau sebut nama orang yang kita cinta. Tulis namanya di atas pasir di tepi pantai atau ukir namanya di pokok, pokok, rasa seronok. Tetapi cinta akan Allah?

Ada kes murid sekolah gores nama teman lelakinya di tangan dengan benda tajam. Berparut, tapi dia suka. Apabila cinta, rosak tubuh badan pun tidak mengapa. Itu baru cintakan makhluk.

Surat kekasih kita suka baca berulang kali, maka “surat” daripada Allah iaitu Al-Quran kena lebih lagilah. Nama kekasih kita suka sebut-sebut, nama Allah kena lebih lagilah.



CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 2B

Sambungan tentang ciri-ciri wali Allah menurut Al-Quran dan hadis.

“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, Aku isytiharkan perang terhadapnya.” (Bukhari)

Menurut Al-Quran, para wali ini bersifat menyampaikan ajaran-ajaran agama.

Mencintai Allah dan Rasul-Nya adalah wajib, bukan pilihan.

“Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54)

“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta akan Allah.” (Al-Baqarah : 165)

Dalam mencinta, ada yang lebih dan ada yang kurang. Maksudnya ada orang yang kuat cintanya, ada yang sederhana dan ada yang lemah.

Jika benar kita mencinta, sudah tentu kita akan buat apa yang kekasih kita suka. Yang kekasih kita tak suka, seboleh-bolehnya kita tak akan mahu buat. Kalau selama ini buat pun, kita cuba nak buang.

Contohnya jika selama hari ini kita suka pakai baju gambar hantu/tengkorak, seluar jeans ketat/koyak, tiba-tiba kita jatuh cinta dengan seorang wanita. Wanita itu pula suka lelaki yang berpenampilan kemas. Tak mustahil tiba-tiba kita pakai seluar slack, baju masuk dalam. Cinta punya pasal. Kalau geng motor, sanggup tinggal geng motor. Contoh Abang Zack dalam filem Azura. Siap ebrgaduh lagi dengan bekas geng dia.

Kalau cinta hati kita itu suka lihat lelaki rambut terpacak di tengah, pakai gel, kita yang selama ihari ni rambut belah tepi pun nak buat pacak jugak. Fitrahnya, kita akan buat apa yang kita cintai itu suka.

Jika kekasih kita atau ornag yang kita cintai itu suka sikap lelaki yang rjain ke surau, kita pun akan berubah jadi rajin. Dekat-dekat nak, maghrib kita pun pergi ke surau lalu depan rumah kecintaan kita. Padahal ada jalan lain ke surau. Saja-saja lalu depan rumah awek sebab nak tunjuk yang kita ini pun kaki surau juga. Kayuh basikal pun buat lambat-lambat sikit sewaktu melintas rumahnya.

Bina badan, bertahun-tahun angkat berat. Jumpa wanita yang kata dia tak suka lelaki badan ketul-ketul. Sanggup ubah badan jadi biasa-biasa balik, tak berapa ketul-ketul. Yang jenis merokok lagilah. Mahu tak mahu kena menyorok belakang-belakang pintulah suapaya tak berapa nampak sangat.

Contoh kaum wanita pula. Tiba-tiba tanya emak, macam mana cara nak buat kari. Emak pun hairan. Padahal selama hari ni tak pernah minat nak masak pun. Emak tahu, ni mesti ada apa-apa ni. Mesti dah ada kawan ni. Sebenarnya bukan sebab dia sendri yang datang kesedaran hendak belajar memasak, tapi kerana kecintaan dia suka nak memasak.

Tiba-tiba anak dara tanya tanya celak. Nak buat apa? Nak cuba pakai. Rupa-rupanya dia dah ada berkawan dengan orang yang ustaz-ustaz lebai-lebai sikit. Sapu celak jugalah, berselemoih pun tak mengapa.

Kesimpulannya, apabila kita cinta akan makhluk, kita akan cuba ikut apa yang dia suka dan cuba buang apa yang dia tak suka. Bagaimana dengan Allah? Kita cinta akan Allah?

Sebahagian daripada syarat iman ialah cinta.

Abu Razin bertanya kepada Rasulullah saw : apakah iman. Rasulullah menjawab bahawa “Iman itu adalah Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain-lain. (Barulah sempurna iman).

“Tidak beriman seseorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari, Muslim)

“Tidak beriman seseorang hamba sebelum aku lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan manusia seluruhnya”. (Muslim)
Bahkan daripada diri kita sendiri.

Bagaimana nak sampai ke peringkat itu? Inilah sebabnya kita belajar Kitab Cinta Allah dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini.

At Taubah ayat 24 ringkasnya menyatakan, jika bapa kita, anak, saudara, isteri, kaum keluarga, kekayaan, perniagaan dan tempat-tempat tinggal serta perniagaan kita lebih kita cintai berbanding Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjuang pada jalan Allah... jaga-jagalah.

Maksudnya bukan setakat kena ada cinta Allah dan Rasul sahaja, tetapi juga kena ada perjuangan pada jalan Allah. Kena ada saham sikit dalam perjuangan agama Islam ini. Kalau tidak ada....jaga-jagalah.

Cinta Rasulullah saw? Bersedia untuk menghadapi risiko miskin. Tapi jangan salah tafsir. Bukan maksudnya kalau cinta akan nabi akan terus jadi miskin. Sebenanya hendka beritahu bahawa orang-orang yang mencintai Nabi tetap tidak terlepas daripada sebarang risiko di dunia ini.



CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 2C (TAMAT AUDIO 2)

Seorang Arab desa memberitahu Rasulullah saw bahawa dia tidaklah menyediakan ibadah solat dan puasa yang banyak untuk menghadapi Hari Qiamat, tetapi yang dia ada hanyalah kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jawab Nabi Muhammad saw, manusia akan dibangkitkan untuk bersama-sama dengan apa/siapa yang dicintainya pada Hari Qiamat kelak.

Berhati-hatilah. Kita kena cinta Allah dan cinta Rasulullah lebih daripada yang lain-lain. Umumnya masyarakat kita ni cinta penyanyi, pelakon, ahli sukan, artis, orang kaya-kaya, pemimpin politik dan lain-lain, tapi janganlah sampai lebih daripada mencintai Allah dan Rasul.

Kita cinta siapa? Ada yang sampai taksub dengan bintang bolasepak. Nanti kita hendak dibangkitkan pada Hari Qiamat bersama-sama siapa?

Amalan-amalan kita ni sudahlah kurang, jadi salah satu laluan kita untuk mencapai peringkat yang tinggi di sisi Allah ialah dengan menggunakan laluan cintalah.

Cinta akan seseorang tokoh, ada yang tiru gaya bercakap, berjalan, dan berpakaian si tokoh. Minat P. Ramlee sampai tiru suaranya, bentuk misai, gaya duduk dan lain-lain. Awie beli kereta putih, dia beli kereta putih. Awie beli motor besar, dia beli pula motor besar. Punya hendak jadi macam Awie. Sampai sebegitu cinta kita kepada seseorang. Dengan Nabi Muhammad macam itulah sepatutnya. Dengan tokoh lain punyalah tiru, dengan Nabi Muhammad? Mengapa tidak sampai begitu?

Kita mesti beringat yang kita mestilah hendak cinta Rasululah saw lebih daripada yang lain-lain. Cara dia bercakap, berpakaian, berjalan, gaya rambut, cara duduk, cara tidur, cara dia memandang, cara bercakap dengan orang dan lain-lain.

Sebahagian orang kata, tak dapat pahala. “Ni kenapa pakai serban? Bukan dapat pahala pun!”. Tak mengapa, kita pakai sebab cinta. Tak dapat pahala pun tak apa-apa. Asal jangan berdosa sahaja.

Kita cinta seseorang. Tengok bumbung rumah pun sudah suka. Padahal bukan dapat perempuan tu pun. Tengok bajunya, kasutnya. Jadilah. Seronok dah. Dengan Rasulullah saw macam tu lah sepatutnya.

Rasulullah pernah pakai baju warna sekian-sekian, potongan rambut sekian-sekian, maka kita pun nak cuba juga merasa walau sekali. Tak dapat pahala pun tak mengapa, sebab cinta. (Orang lain kita boleh tiru walau tak dapat pahala, yang Rasululah tak boleh ditiru pula. Betulkah begitu?)

Idola kita yang utama ialah Rasulullah saw. Sekiranya tidak mampu, dengan alasan contohnya : “Dia nabi, boleh le. Kita orang biasa.” Maka ikutlah manusia biasa yang paling afdhal. Siapa? Empat orang khalifah Ar-Rasyidin itulah.

Ada orang tiru tok gurunya. Rambut tak bersikat, serban putih tak berbasuh dah naik warna hitam kuning, rupa berserabut. Dakwanya itu jalan sufi, ikut tok guru. Saja-saja mencontohi tok guru.

Kita bandingkan tok guru dia dengan Rasulullah, tak nampak sama pun. Banding pula tok guru dia dengan 4 khalifah, tak nampak sama juga. Tapi dia kalau boleh nak ikut keadaan tok guru dia yang duduk dalam gua, berserabut, tak bergaul dengan orang, janggut tak bersikat dan sebagainya. (Dia sengaja tidak mahu mencontohi orang-orang yang lebih afdhal).

Jangan ambil ilmu 4 sahabat. Orang muda-muda biasanya selalu cari ilmu pelindung daripada musuh, ilmu kuat dan lain-lain. Ingatkan 4 sahabat yang Khulafa Ar-Rasyidin ni, rupa-rupanya 4 sahabat jin. Jadi kebal, kuat, tak takut dan sebagainya. Jadi kalau orang sebut ilmu 4 sahabat, kena selidik terlebih dahulu.

Kata Anas dia tidak pernah melihat orang-orang Islam begitu bergembira atas sesuatu berbanding setelah Rasulullah saw mengucapkan hadith tentang persoalan Arab desa yang di atas tadi.

Kata Abu Bakar, sesiapa yang cinta akan iAllah, dia tak dikuasai kesibukan dunia dan makhluk.

Sesiapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan mencintai Tuhannya. Sesiapa yang kenal dunia, nescaya dia akan zuhud pada dunia.

Abu Sulaiman mengatakan bahawa ada orang yang tidak sibuk dengan kenikmatan syurga. Jadi bagaimana mereka nak sibuk dengan keduniaan?

Orang bercinta sanggup buat perkara-perara luar kebiasaan. Kononnya lautan api sanggup direnangi, onak duri sanggup diredahi, 1000 tahun sanggup dinanti. Tiba-tiba bakal bapa saudara beritahu yang hantaran sebanyak RM18,000.00. Allah, yang ni yang tak sanggup ni!

Kalau cinta makhluk setara itu, cinta Allah sepatutnya lebih lagi.

Kisah Romeo dan Juliet. Nak kahwin, keluarga tak setuju kerana saling bermusuh. Juliet makan ubat yang membuatkan dia seolah-olah mati dalam tempoh dua hari. Jantung berhenti, badan sejuk dan pucat. Keluarganya ingat dia betul-betul mati. Mereka letaklah tubuh Juliet di pemakaman. Sebelum itu Juliet sudah hantar pesanan meminta Romeo datang selepas dua hari untuk mengambilnya. Pesanan tak sampai. Romeo pula dapat berita mengatakan Juliet sudah mati. Dia pun pergi menziarahi mayat Juliet lalu minum racun dan mati. Juliet terjaga. Dilihatnya Romeo sudah mati, dia ambil pisau, tikam dirinya. Sehidup sematilah kononnya. Dalam Islam, tak boleh. Hal ini sudah tahap cinta makhluk lebih daripada cinta Tuhan. (Bunuh diri pun tak dibenarkan oleh Allah).

1000 tahun sanggup tunggu? Ada kisah jin perempuan mencintai manusia lelaki. Bapa jin tak bagi kahwin. Alasannya : Sangggupkah tunggu? Sanggupkah tengok? Manusia sekarang memang nampak kacak. Lagi 40-50 tahun, manusia itu akan tua, sakit dan mati. Sedangkan jin perempuan itu biasnaya akan hidup ribu tahun lagi. Sanggupkah tunggu berseorangan? Lebih baik kahwin sesama jenis. Tapi nak juga kahwin manusia. Akhirnya jin perempuan itu hidup menderita dan menjanda selepas kematian suami manusianya.





Saturday, July 23, 2016

Soal Jawab Ringkas Audio Kitab Cinta Allah

SOALAN :
Bagaimana nak suka pada Allah Taala..?

JAWAPAN :
Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan :

1. Semua yang ada adalah kepunyaan Allah termasuklah perasaan suka akan Allah. Hanya Dia yang berkuasa untuk membuatkan kita suka kepada-Nya. Oleh itu, langkah awal dan usaha terpenting seterusnya ialah memohon kepada-Nya agar Dia anugerahkan, hadiahkan, kurniakan dan rezekikan kepada kita rasa suka akan Dia. Hanya Dia yang boleh beri, bukan diri kita, guru-guru kita, kitab-kitab dan mana-mana makhluk-Nya. Kita usaha sehebat mana pun, jika Dia tidak kurniakan, tetap tidak akan dapat. Oleh itu, kita selalu rendahkan diri kepada Allah dengan memohon kepada-Nya agar Dia anugerahkanlah kepada kita.

2. Banyakkan pergaulan dengan orang-orang yang suka/cinta akan Allah. Sekurang-kurangnya dengan mereka yang sedang dalam usaha untuk mencintai Allah. Lihatlah keadaan mereka dan cuba-cubalah contohi. Jika belum ada, carilah orang-orang sebegini dan rapat-rapatlah. Jika sudah ada, lebih rapatkan lagi.

3. Ikutilah secara istiqamah seterusnya pengajian Kitab Cinta Allah dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini, atau mana-mana guru dan kitab yang memperkatakan tentang cinta Allah.

Abu Zulfiqar
23 Julai 2016





Thursday, July 21, 2016

Catatan Ringkas Audio Kitab Cinta 1

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 1A

“Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54)

“Orang-orang beriman, sangat cinta kepada Allah.” (Al-Baqarah : 165)

Sebelum ini kita sudah lalui Kitab Tauhid (dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin). Antara matlamat belajar kitab tauhid sebelum ini ialah untuk betulkan sembahan (iaitu hendak sembah Allah Yang Esa), hendak tepatkan sembahan, hendak kenal Allah, hendak dekatkan diri kepada Allah dengan sedekat-dekatnya (walaupun kita sedia maklum bahawa zat Allah tidak terpengaruh dengan jarak, kerana antara kita dengan Allah ada hijab-hijabnya sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah lagi karya Imam Al-Ghazali iaitu kitab Misykat Al-Anwar yang sudah kita sentuh ketika membahaskan Kitab Tauhid dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebelum ini), serta hendak memahami hakikat dan mencapai ma'rifat. Begitulah antaranya.

Kedudukan Kitab Cinta. Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini ada 40 kitab di dalamnya. Kitab yang ke-36 itulah Kitab Cinta.

Yang bercinta dengan makhluk - mandi pun tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, kalau termenung dan terkenang tu tak habis-habis, tonton tv tapi tak tahu apa yang dia tonton. Begitulah hebatnya cinta akan makhluk.

Cinta Allah adalah cinta sejati. Cinta adalah kemuncak dalam tasawuf.

Apa-apa yang kita selalu teringat dalam keadaan kita suka akannya, itulah cinta. Apa-apa yang kita selalu teringat tetapi kita tidak suka akannya, itulah masalah. Contohnya hutang. Kita selalu teringat tetapi ia menyesakkan kepala kita. Maka ia jadi masalah.

Cinta manusia, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Petang-petang lalu di batas sawah, pakaian orang yang kita cinta ada tersidai. "Ni baju Zaleha ni." Rasa seronok. Nampak kasut Zaleha di masjid, di kenduri, di balai raya, rasa sangat seronok, sebab cinta. Kalau Zaleha hantar surat, berulang kaji baca walaupun dah faham. Baca betul dah banyak kali, baca kot terbalik pulak. Khatam surat itu banyak kali walaupun Al Quran sendiri tak berapa kali khatam. Kalau dapat tulis nama orang yang kita cinta atas pasir, alangkah lazatnya. Terdengar orang lain sebut nama yang kita cintai, cepat-cepat kita bagi perhatian, kita pasnag telinga. Sepatutnya kita dengan Allah kena sampai macam tu, bahkan lebih lagi.


CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 1B

Kita tengok Kaabah dan masjid surau, tapi rasa biasa-biasa sahaja (tidak rasa seronok, tidak membawa kita ingat dan kasih kepada Allah), maksudnya belum sampai maqam cinta Allah lagi

Orang yang cinta akan Allah, baca kitab Al-Quran rasa suka, dengar bacaan Al-Quran rasa suka, bahkan memandang kitab Al-Quran pun rasa suka. Apabila dia melihat alam, dia ingat akan Allah pada semua yang berlaku.

Tulis nama kekasih, kita dah rasa suka, sepatutnya tulis nama Allah pun kena lebih rasa suka. Sebut nama orang yang kita sayang dah rasa sedap, sepatutnya zikir nama Allah pun kena rasa sedap (bahkan lebih lagi).

Bagi orang yang mencintai Allah, dengar laungan azan akan rasa sedap. Tapi kalau azan dilaungkan, tapi tidak rasa sedap, tak rasa apa-apa....... belum sampai maqam cintalah tu. Dari kecil pendidikan kita mengajar kita cinta tanah air, cinta adat pusaka, cinta ibu bapa, cinta negara dan lain-lain, tapi cinta Allah sangat kurang (sekadar sentuh-sentuh sikit-sikit sahaja).

Yang bersihkan hati kita dari segi syariatnya ialah kitalah kerana kita yang berusaha. Termasuklah tidak mahu berbuat dosa, rajin berzikir, rajin baca Quran, suka bergaul dengan orang-orang soleh dll. Semuanya kerja kitalah. Tapi dari segi hakikatnya, Allah yang bersihkan hati kita. Selain Dia, tidak ada sesiapa pun yang dapat membersihkan hati makhluk-Nya, baik malaikat, diri kita, Nabi Muhammad saw atau yang lain-lain. Hanya Dia yang ada kuasa.

Yang jaga /memelihara hati kita daripada terpengaruh dengann dunia, dari segi hakikatnya, ialah Allah. Hati kita jadi ikhlas? Dia juga yang punya kerja. Namun dari segi syariatnya, kita wajib berusaha. Dalam berusaha, kena banyak doa. Jangan usaha sahaja tapi tak doa.

Bagi ahli-ahli tasawuf, hasil daripada pengetahuan dan amalan yang di atas, Allah menjadi “terang”, “jelas” dan “nampak” kepada mereka. Ingatlah, yangg bagi kita faham ialah Allah, bukannya disebabkan kita belajar. Belajar sebagai satu usaha dan ikhtiar sahaja.

Kita sukar nak nampak yang ghaib, yang batin, dan yang makrifat kerana hati kita bersalut dengan debu-debu. Sebab itu kita tak boleh nak tangkap apa yang dipancar daripada alam ghaib sana oleh Allah SWT. Contohnya batu permata baiduri yang boleh tangkap warna-warna dari luar (lalu dipamerkan pada dirinya membuatkan baiduri sangat cantik, berwarna-warni). Begitulah sepatutnya hati kita apabila tidak disaluti debu-debu.

Hati kita juga umpama cermin. Allah sentiasa pancarkan dari alam ghaib sana banyak perkara termasuklah apa-apa yang kita tahu sejak sebelum lahir lagi. Tetapi hati tkita ak boleh nak tangkap kerana cermin hati kita kotor. Kalau dibersihkan dengan jalan tasawuf, insya-Allah dapat ditangkap balik. (Bila nak mula cuci dengan tarbiyyah tasawuf ni? Nak tunggu lagi ke?)

Cara kita belajar ilmu tinggi-tinggi ni, biar lambat asal selamat. Memang fitrah kita ni nak segera, kerana kita ni dilahirkan dengan fitrah tergesa-gesa. Kena asuh diri supaya tidak terburu-buru.

Pengenalan maqam cinta. Ada pelbagai jalan dan maqam seperti maqam zuhud, harap. Takut dan sebagainya. Tetapi Imam Al-Ghazali kata, maqam cinta ini adalah tujuan terjauh dan maqam tertinggi yang mahu dicapai. Kalau silat, seumpama buah yang ‘last’ sekali tu. Antara darjat-darjat yang tinggi, cintalah yang kemuncak.

Ada orang-orang dahulu yang menolak adanya cinta kepada Allah. Bagi mereka, cinta ini hanya wujud antara sesama makhluk sahaja. Pegangan mereka adalah salah.


CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 1C

Salah satu penyebab kepada terkarangnya Kitab Cinta ini oleh Imam Al-Ghazali adalah sebagai menjawab pegangan sebahagian orang yang menafikan kewujudan cinta makhluk kepada Allah dan cinta Allah kepada makhluk.

Kelazatan yang terbesar ialah memandang Wajah Allah Taala.

Mengapa bagi ahli-ahli tasawuf, memandang akhirat lebih sedap, padahal orang lain pandang dunia lebih sedap?

Siapakah wali Allah (yang sebenar)?

Siapakah wali Allah menurut kebiasaan pandangan orang ramai?

Pakaian macam ulama? Pakaiannya hebat? Penampilannya macam orang gila? Boleh melakukan hal-hal yang luar biasa? Boleh terbang? Penaggal pun boleh terbang! Boleh ghaib? Boleh muncul di banyak tempat pada satu-satu masa? Boleh tahu isi hati orang? Baling telur ayam tersangkut di udara? Meniti di atas pelepah pisang? Musuh terpelanting apabila menyerang? Suka bertapa di gua-gua? Handal persilatan? Yang boleh melakukan hal-hal itu wali Allahkah?

Menurut bahasa Arab, perlataan “wali” mempunyai beberapa maksud seperti pelindung, orang yang dipercayai, wilayah/daerah, kekuasaan, pertolongan, dekat.

Menurut Al-Quran? Antaranya boleh disemak Surah Yunus keseluruhannya khususnya ayat ke-62-65. Wali secara umumnya ialah mereka yang tiada kehuatiran, tidak bersedih hati, beriman, sentiasa bertaqwa/kuat taqwa, dapat “berita gembira” ketika masih hidup (dan di akhirat nanti juga), dan menyampaikan agama.

Menurut hadis? Antaranya boleh disemak satu hadis riwayat Imam Bukhari, hadis qudsi. Antara tanda-tanda wali ialah menyelesaikan segala amalan wajib, tambah amalan-amalan sunat, dan doa-doa mereka mudah diterima Allah.



CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 1D

Menurut sumber Al-Quran dan hadis, wali Allah itu ialah orang beriman, kuat taqwanya, bersifat menyampaikan ajaran-ajaran agama, tiada bimbang, tiada sedih, selesaikan amalan-amalan yang diwajibkan, berusaha gigih menambah amal-amal sunat, berilmu hakikat dan ma’rifat, biasa dapat busyra.

Apakah busyra? Berita-berita gembira yang biasa datang kepada para wali dalam rupa mimpi-mimpi yang baik.

Mimpi yang baik adalah 1/46 daripada kenabian.

Orang yang belum dapat memandang hakikat, marahnya cepat dan kuat.

“Tidak beriman seorang daripada kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain-lain.” (Bukhari, Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba, sebelum aku (Rasulullah saw) lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan manusia seluruhnya.” (Bukhari, Muslim)

Nak mencintai Allah ada jalannya, ada latihannya.






Friday, July 15, 2016

Antara Tanda-tanda Didampingi Jin

BIASANYA (bukan semestinya), antara tanda-tandanya :

1. SELALU terjumpa di dalam mimpi sama ada yang mengaku atau yang tidak mengaku (tetapi dia buatkan kita cenderung untuk mengakui dia/mereka sebagai) raja, puteri, malaikat, nabi-nabi, wali-wali, ulama-ulama, tok nenek kita yang sudah mati, pendekar-pendekar silam, atau sebagainya). Yang tu jenis yang ada kebolehan menyamar atau berubah rupa. Ada juga yang datang dalam rupa lembaga putih sahaja, rupa hantu bungkus, macam bigfoot, rupa budak-budak, rupa perempuan buruk, dan sebagainya.

2. SELALU terdengar suara atau bisikan-bisikan yang meminta kita buat begitu begini, amal itu ini, berpantang itu ini, dan sebagainya.

3. Kadang-kadang ada sesuatu yang menggerakkan perbuatan kita TANPA KEHENDAK KITA. Macam dalam kes yang disentuh hari tu, tiba-tiba kita terduduk macam puteri dan hal itu DI LUAR DARIPADA KAWALAN KITA. Maksudnya dia dah ada highway lebar untuk keluar masuk mudah-mudah. Orang lain nak masuk kena berhempas pulas menurun dulu, yang dia senang-senang je masuk. Apabila masuk, port paling popular untuk dia lepak ialah di kawasan sekitar otak dan saraf-saraf mata. Hal ini kerana saraf-saraf di otak ni yang control segala kaki tangan dan seluruh tubuh badan kita. Sebab tu kadang-kadang yang tak pandai tulis jawi boleh tulis jawi, yang tak pandai berkuntau boleh berkuntau, yang tak pandai mengubat boleh mengubat, tak pandai cakap Jowo boleh cakap Jowo, dan sebagainya.

Wallahua'lam. (Sekadar jawapan ringkas kepada satu pertanyaan dalam WhatsApp).

Abu Zulfiqar
15 Julai 2016







Kita Semakin Tamak Akan Keduniaan

Rasulullah saw bersabda : “Semakin dekatlah As-Saa’ah (Hari Kehancuran dan kemudiannya Hari Qiyamat) tetap manusia masih semakin tamak kepada dunia dan (akibatnya mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya) semakin jauh daripada Allah.” (Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)

Itu hendak aku miliki. Ini pun hendak aku perolehi. Macam-macam hendak kita capai. Macam-macam kita mahu ada. Walaupun bukan dalam perkara-perkara yang berdosa, tetapi masih dalam kategori perkara-perkara keduniaan. Kita bukan semakin sibuk dengan Allah, tetapi kita semakin sibuk untuk memenuhi kehendak-kehendak fikiran kita sendiri, yang kita rasa hebat itu, dalam hal-hal keduniaan.

Kemudian, jika dalam usaha untuk memenuhi kehendak-kehendak keduniaan diri kita itu, kita menyusahkan diri kita sendiri sahaja, ikut kitalah, kerana kita tidak mendatangkan kesusahan kepada orang-orang lain. Tapi selalunya, kita akan menyusahkan sama orang-orang lain.

Benarkah kita seimbangkan dunia dan akhirat?

Abu Zulfiqar
15 Julai 2016

Tuesday, July 5, 2016

Tanda2 Gagalnya Tarbiyyah Ramadhan Kita

Bermula 1 Syawal, solat sunat yang puluhan rakaat setiap hari sepanjang Ramadhan tiba-tiba hilang, senyap, sunyi. Kalau ada pun tinggal beberapa rakaat sahaja.

Bermula 1 Syawal, yang lelaki sudah tidak solat fardhu berjemaah lagi ke masjid/surau lagi sedangkan sepanjang Ramadhan kurang-kurang pun 1-2 waktu mesti solat di sana.

Bermula 1 Syawal, Al-Quran sudah tidak dibuka dan dibaca lagi sedangkan sepanjang Ramadhan setiap hari mesti buka dan baca sekurang-kurangnya sekali.

Bermula 1 Syawal, solat sunat witir terus tutup buku. Padahal dalam bulan Ramadhan, setiap hari witir tak tinggal.

Bermula 1 Syawal, qiamullail pun sudah tidak dibuat lagi.

Untuk mengekalkan momentum perjuangan kita sepanjang tempoh masa sebelas bulan akan datang, jagalah 1 Syawal (dan seterusnya). Jika pada Syawal sudah tewas, bagaimana mahu bertahan sehingga 11 bulan akan datang? Keluar-keluar universiti tarbiyyah sudah hilang tarbiyyahnya. Hendak dapat semula tarbiyyah sedemikian, terpaksa tunggu 11 bulan lagi baru universiti dibuka semula. Jadi, jangan sia-siakan tarbiyyah 30 hari anda (aku, kita) tahun ini.



Abu Zulfiqar
5 Julai 2016


Monday, July 4, 2016

Mimpi Bidadari dan Dua Wanita Misteri

Malam esok 1 Ramadhan. Malam ini, satu malam sebelum Ramadhan.

Sahaya bermimpi berada di satu alam yang indah, berudara dingin, redup lagi selesa. Damai sahaja alam indah itu. Lama sahaya berada di alam tersebut, seolah-olah berhari-hari. Gembira sahaja di mana-mana.

Kemuncaknya dalam mimpi itu, sahaya bakal dinikahkah dengan seorang bidadari. Ada ramai orang. Orang-orang yang rapat dengan sahaya pun ramai. Semua wajah berseri-seri, bercahaya dan tersenyum. Semua seronok meraikan majlis tersebut.

Bidadarinya pun sampai, keluar dari biliknya. Berpakaian pengantin, berjubah bertudung labuh serba putih. Cantik pakaiannya. Bidadari itu sudah tentu cantiknya. Sahaya sempat melihatnya dari jauh. Dia sedang tersenyum dalam keadaan menundukkan kepalanya. Dengan diiringi oleh orang ramai, dia berjalan ke arah sahaya......

Tamat mimpi sahaya di situ. “Eh, nak mati dah ke aku ni?” fikir sahaya apabila tersedar.

Siang sebelumnya sahaya buat kerja agak berat. Sakit habis seluruh badan terutamanya kedua-dua belah tangan. Biasanya sakit sebegitu akan hilang dalam tiga empat hari, jika cukup rehatnya. Jika tak cukup rehat, memang boleh sampai seminggu baru hilang.

Tapi selepas terjaga daripada mimpi tadi, ringkas cakap semua sakit pada badan hilang. Memang sangat pelik. Fikiran pula rasa lapang, seolah-olah hidup ini tidak ada apa-apa bebanan dan tekanan. Isteri sahaya pun berasa sangat hairan.

Keadaan ini berterusan selama lima hari. Puasa tidak terasa. Macam tak berpuasa sahaja lagaknya. Umumnya tidak terasa penat, lapar atau dahaga. Tak ada sakit-sakit badan, tiada tidak sihat. Mulai 6 Ramadhan, keadaan pun jadi macam biasa balik.

Bertanya kepada orang-orang lama dalam tasawuf. Katanya, bermimpi berkahwin dengan bidadari ini silap-silap jika ada penyakit-penyakit walaupun yang berat, insya-Allah boleh sembuh dengan cara yang tidak terduga. Bahkan tidak mustahil juga akan hidup sihat dalam tempoh yang panjang. Cuma dalam mimpi sahaya itu, aqad nikahnya belum sempat dijalankan. Sebab itu sahaya dapat lima hari sahaja.

Malam 28 Ramadhan......

Sahaya bermimpi pula. Ada dua orang wanita, tapi sahaya tidak tahu apa jenis bangsanya. Mereka berdua datang meminang sahaya. Mereka datang sendiri, sambil setiap seorang membawa sesuatu seperti barang persembahan di tangan masing-masing. Lembut dan teratur sahaja perilaku mereka, penuh adab sopan. Barang itu kelihatan macam tepak sireh tetapi rupa dan buatannya memang luar biasa.

Dalam mimpi kali ini, yang paling menarik minat sahaya bukanlah kedua-dua orang wanita itu, tetapi pakaian mereka. Kedua-duanya berpakaian seakan-akan seragam. Mereka bertudung labuh dan berjubah warna cerah, seakan-akan putih tetapi bukan putih terang. Mereka memakai seakan-akan niqab di muka mereka, hanya nampak dua mata, tetapi buatan niqab mereka itu tidak sama macam yang para niqabis kita pakai. Buatan niqabnya memang kemas dan luar biasa juga.

Yang paling hebat ialah corak pada tudung labuh, niqab dan jubah mereka. Coraknya bukan corak geometri atau organik, tetapi corak yang pelik pada pandangan kita. Secara keseluruhannya pakaian mereka memang cantik, seakan-akan pakaian pengantin, tetapi corak besar yang cantik pada seluruh kain pakaian mereka itu yang membuatkan sahaya terpesona.

Susunan corak itu rasa sahaya memang tidak ada di dunia ini. Entah tenunankah, copkah, lukisan tangankah, tidaklah sahaya yang lemah ini dapat mengecamnya. Tapi memang sangat cantik. Entah dari manalah datangnya pakaian mereka yang sangat indah itu. Ringkas cakap, pakaian mereka itu bukan datang dari alam dunia ini, sama ada alam manusia ataupun alam jin. (*Dan mungkin mereka pun bukan dari sini). Wallahualam.

Terus fikiran sahaya teringat satu cerita orang tua-tua, yang tidaklah sahaya dapat memastikan kekuatan ceritanya. Khabarnya ketika Uwais Al-Qarni meninggal dunia, pada dirinya ditemui sehelai atau dua helai kain kecil. Kain kecil itu sangat cantik buatan dan rekacoraknya. Oleh keraan terlalu indah kainnya, para sahabat berpendapat memang tidak ada di dalam dunia ini baik di alam manusia atau alam jin yang ada kain sebegitu. Kain itu datang dari tempat lain. Wallahua’alam.

Sambung balik. Selepas mereka meletakkan ‘tepak sireh’ itu, mereka macam menunggu jawapan. Sahaya pula sedang asyik melihat-lihat pakaian mereka dan sesekali melihat mereka terutamanya pada bahagian mata, kerana itu sahajalah yang dapat dilihat. Setelah beberapa ketika dalam keadaan sebegitu, mimpi itu pun tamat. Tidaklah lama macam mimpi pertama.

Bangun-bangun dari mimpi dalam pukul 3 pagi, hilang rasa letih, tak larat, lesu, penyakit-penyakit. Boleh terus buat kerja-kerja rumah, mandi, qiamulail, ke surau imamkan solat Subuh, selesaikan semua amal fardhu dan sunat, segala amalan harian untuk pagi petang malam........

Sepanjang hari boleh buat pelbagai urusan, kemas rumah, keluar ke bandar, jadi imam terawih dan sampailah ke tengah malam ini, masih kuat dan segar. Orang rumah sahaya pun terkejut besar. Padahal sudah lebih seminggu batuk, selsema, sakit kepala, sakit urat , buang air tidak lawas, dan ada demam sekejap. Lebih seminggu tidak berterawih di surau.

Tapi sekarang, semua seolah-olah ditarik pergi begitu sahaja. Padahal pelbagai jenis ubat sudah ditelan, dimakan, diminum, disapu, dicium dan sebagainya. Tengok-tengok kesembuhannya bukan melalui ubat pun. Ajaibnya pekerjaan Tuhan. Entahlah berapa hari pula kali ini.

Itulah dua mimpi terkini yang sahaya ingin kongsikan. Wallahua’lam.



Abu Zulfiqar
1:16 am.
4 Julai 2016

Sunday, July 3, 2016

Suasana Hari Raya 70-an 80-an


- Bangun pagi biasanya terus nak cari baju Melayu. Siap bersamping.

- Dah pakai baju Melayu, buat gaya bersilat depan cermin.

- Dengar suara takbir dari masjid/surau, terasa nak terbang pergi ke sana.

- Waktu tok khatib berkhutbah, dah tak sabar-sabar nak beredar. Ada jugak yang terus blah, siap pergi beraya lagi.

- Rumah siapa-siapa pun boleh pergi, semua terima kita seadanya sama ada kenal atau tak kenal. Baik kampung kita atau kampung-kampung lain.

- Biasanya dapat 10 sen. 5 sen pun ada. Rumah yang tak ada duit raya pun ada. Mana-mana rumah yang dua puluh sen atau 30 sen memang kena serbu. Tiap-tiap tahun mesti target nak ke rumah tu. Kalau dapat seringgit sekeping, melompat sakan.

- Berpuluh-puluh rumah pergi dalam sehari tu. Balik rumah hantar duit raya, lepas tu jalan lagi, sampai ke petang.

- Golongan muda-mudi, sampai tengah hari dah tukar baju moden - t-shirt, kemeja, jeans, kasut sarung dan sebagainya. Bersiap untuk ke pekan, tengok wayang. Biasanya tayangan pukul 3 petang jadi tumpuan.

- Banyak rumah yang pergi biasanya minum air sahaja, tunggu duit raya, beredar. Kuih-muih tak sentuh pun.

- Sampul duit raya belum masyhur lagi zaman tu. Duit bagi terus ke tangan. Penuh poket dengan duit syiling, berat dan berbunyi kting kring ting. Duit kertas kalau ada, simpan dalam lipatan songkok.

- Kuih utama - lemang, ketupat, rendang, samprit, bahulu, putu kacang, kuih siput, kuih bakar, kuih loyang, dah maju sikit ada le biskut makmur dan biskut tart. Almond London belum dikenal.

- 2 Syawal dan 3 Syawal tu masih macam 1 Syawal. Beraya di mana-mana.

- Sebahagian duit raya digunakan untuk melepas geram. Beli makanan minuman yang jarang-jarang dapat macam aiskrim, gula-gula, keropok-keropok, barang-barang permainan di kedai runcit.


Terasa macam nak kembali ke zaman indah kanak-kanak.

Abu Zulfiqar
3 Julai 2016

Saturday, July 2, 2016

Suasana Malam2 Menjelang Raya 70-an 80-an


- Anak-anak lelaki secara tidak rasminya dapat lesen keluar malam sampai habis moreh. Horeyyy!

- Main polis sentri. Seluruh kampung kami (budak-budak) punya. Orang kampung tak kesah. Boleh menyorok merata ceruk kampung, bawah rumah orang, belakang rumah, dalam reban, atas pokok orang, beranda rumah orang, semualah.

- Di mana-mana pun cerah oleh pelita, pelita batang buluh, panjut dan seumpamanya. Zaman itu lampu-lampu jalan belum ada di kampung-kampung. Cahaya pelita dengan latar belakang gelap pekat malam, aduhhhh... indahnya. Ada rumah-rumah yang buat gerbang.

- Jalan-jalan kampung masih tanah merah atau pasir putih. Berlekuk-lekuk. Batu-batu pun kadang-kadang ada di tengah jalan. Berdebu naik sebab jadi medan larian kanak-kanak.

- Suara kemeriahan kanak-kanak memang jelas. Selain speaker surau/ masjid, bunyi kenderaan bermotor susah nak dengar. Orang-orang yang ada motosikal pun belum ramai. Kereta adalah dua tiga biji. Malam? Senyap daripada bunyi kenderaan bermotor.

- Rumah yang ada lampu kelip-kelip/lip-lap tu kira hebat le tu.

- Kampung-kampung yang belum masuk elektrik, biasanya ramai pakai lampu gasolin.

- Menu moreh kalau dapat bubur kacang dengan roti benggali kira cukup hebat dah.

- Main pistol api (pistol kayu buatan sendiri berpelurukan mancis api). Baju Melayu berlubang-lubang terbakar memang sedia maklum.

- Main bunga api berbatang besi. Gambar kucing kot kat depan kertasnya. Ini paling masyhur. Yang batang berbalut kertas merah tu rasanya agak baru juga.

- Antara yang mengetop zaman itu ialah mercun tarik (di sekolah selalu ikat pada kerusi kawan), mercun katak, thunder clap (yang kecil), mercun papan.

- Perang meriam buluh. Lebih-lebih pada zaman meriam dan mercun belum dilarang. (*tapi penulis tak main, tengok sahaja).

- Bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya. Balik pukul 3 pagi biasa dah tu. Dekat nak Subuh baru balik pun ada.

- Solat terawih semua 20 rakaat. Diselangi alunan selawat yang indah.

- Dari rumah elok bersongkok, baju Melayu dan kain pelekat. Sampai surau/ masjid/ madrasah, kain pelekat pun jadi kain selempang. Tinggal seluar pendek. Terus berkejar-kejaran. Memang selalu juga kain pelekat tu dibuat macam ninja, nampak mata je.

- Sambil berkejaran-kejaran dan bermain bunga api, terdengar di mulut kanak-kanak baris-baris awal lagu Selamat Hari Raya oleh Saloma bersahut-sahutan.

- Time jawab selawat, jerit kuat-kuat “sallallah wasaallam alaih”, tapi sebutannya maam-macam bunyilah. Baik yang duduk atas surau atau yang sedang bermain di sekitar surau. Semangat! Sekampung boleh dengar.

- Tengah-tengah bermain, tali selipar jepun tercabut atau terputus. Pakat berpengalaman belaka bab ni.

- Kalau nak lari laju, kasut selipar sarung ke tangan. Berkaki ayam je.

- Malam raya, ada anak-anak muda kampung dan yang pulang dari luar berkumpul di simpang-simpang jalan atau lokasi-lokasi tertentu. Borak-borak, main gitar, main mercun sampai dekat-dekat nak pagi.

- Bertumbuk. Bedebuk-bedebak kepit-mengepit selalu ada. Tapi kejap je. Lepas tu atau esok baik balik le. Time bergaduh ada penyokong bersorak pulak, lagi syok la kita. Bertumbuk one by one, tak main le pukul ramai-ramai.



Apa lagi ya? Ok dah tu kot. Insya-Allah ada masa terluang nanti nak cerita suasana pada Hari Raya pulak nanti. Indahnya Allah anugerahkan zaman kanak-kanak......



Abu Zulfiqar

2 Julai 2016

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails