Monday, January 31, 2011

Fiqh dan Perundangan Islam (3)

MAZHAB HANAFI

Asas mazhabnya ialah Al Kitab, sunnah, ijma’, qias dan istihsan.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab dalam bidang ilmu kalam iaitu al-Fiqh al-Akbar.

Dalam bidang hadith beliau mengahsilkan al-Musnad. Walau bagaimanapun tidak terdapat penulisan beliau di bidang ilmu fiqh. (ms 15)

MAZHAB MALIKI

Kitab beliau al-Muwatta’ adalah sebuah kitab besar dalam hadith dan fiqh.

Beliau telah membina mazhabnya berdasarkan 20 perkara. 5 daripada al-Quran dan 5 daripada sunnah, iaitu nas al-Kitab, zahirnya yakni umumnya, dalilnya yakni mafhum al-mukhalafah, mafhumnya yakni mafhum al-muwafaqah, tanbihnya yakni tanbih di atas ‘illah.

Yang lain ialah al-ijma, al-qiyas, amal ahli Madinah, qaul as-Sahabi, al-istihsan, sadd al-dharai meraikan khilaf, istidhab, al-masalihal mursalah dan syar man qablana. (ms 16)

MAZHAB SYAFIE

Di Baghdad, Imam Syafie telah mengarang kitab qadim bernama al-Hujjab yang mengandungi mazhab qadim. (ms 20)

Di antara hasil karya beliau ialah al-Risalah yang merupakan penulisan pertama di bidang ilmu usul fiqh, dan kitab al-Umm di bidang fiqh berdasarkan mazhab jadidnya. (ms 21)

Imam Ahmad berkata , “Imam Syafie ialah orang yang paling alim berhubung dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.” (ms 21)

Sumber mazhab Imam Syafie ialah al-Quran dan sunnah. Dituruti oleh ijma dan qiyas. Beliau tidak mengambil pendapat sahabat sebagai sumber mazhabnya kerana ia merupakan ijtihad yang berkemungkinan salah. Beliau juga tidak beramal dengan istihsan yang diterima oleh golongan Hanafi dan Maliki. (ms 21)

Beliau juga telah menolak masalih mursalah dan tidak bersetuju menjadikan amal ahlul Madinah sebagai hujah. (ms 21)

MAZHAB HANBALI

Imam Syafie pula berkata semasa beliau meninggalkan Baghdad menuju ke Mesir, “Aku keluar dari Baghdad dan aku tidak meninggalkan orang yang lebih taqwa dan paling alim di bidang fiqh selain Ibn Hanbal.”

Beliau menerima al-Quran, sunnah, fatwa sahabat, ijma, qias, istishab, masalih mursalah dan dharai’.

Imam Ahmad tidak mengarang kitab fiqh kerana sahabatnya telah menerima mazhabnya berdasarkan perkataan, perbuatan, jawapan-jawapan dan sebagainya.

Beliau telah mengahsilkan al-Musnad dalam hadith, yang mengandungi lebih daripada 40,000 hadith.

Beliau beramal dengan hadith mursal dan hadith dhaif yang boleh meningkat ke darjat hadith hasan, tetapi beliau tidak beramal dengan hadith batil dan mungkar. Beliau mengutamakan hadith mursal dan dhaif daripada qiyas. (ms 23)

MAZHAB ZAHIRI

(Pengasasnya) Abu Sulaiman Daud bin Ali al-Asfahani al-Zahiri.

Asas Mazhab Zahiri ialah beramal dengan zahir al-Quran dan sunnah selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah bukan makna yang zahir. Jika tidak ada nas, berpindah kepada ijma dengan syarat hendaklah ia merupakan ijma seluruh ulama. Mereka juga menerima ijma sahabat. Jika tidak didapati nas atau ijma, mereka menggunakan istishab, iaitu al-ibahah al-asliyyah (keharusan sediakala). (ms 25)

MAZHAB SYIAH ZAIDIYAH

(Zaid bin Ali Zainal Abidin bin al-Hussain) Imam golongan Syiah Zaidiyah yang dianggap sebagai mazhab ke-5 selain mazhab yang empat.

Imam Zaid mengutamakan Ali bin Abi Talib daripada sahabar Rasulullah saw yang lain. (ms 26)

MAZHAB SYIAH IMAMIYYAH

Pengasasnya ialah Abu Jaafar Muhammad bin al-Hassan bin al-Farrukh al-Saffar al-A’raj al-Qummi.

Ibn Farrukh ialah pengasas sebenar fiqh Syiah Imamiyyah di Parsi. (ms 27)

MAZHAB IBADIYYAH

Pengasasnya Abul al-Sya’tha’ al-Tab’i Jabir bin Zaid. (ms 28)

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Terbitan DBP-KPM-KL 1995 (setakan kedua)

Saturday, January 29, 2011

Fiqh dan Perundangan Islam (2)

‘Fiqh’ dari segi bahasa ialah ‘faham’. (ms 1)

Mujtahid ialah seorang yang mempunyai bakat dan kemampuan untuk mengeluarkan hukum daripada sumbernya. ( ms 13)

Kalimah ‘mazhab’ dari segi bahasa ialah ‘tempat untuk berjalan’ ataupun ‘jalan’ itu sendiri. (ms 14)

Benih pertumbuhan mazhab telahpun bermula pada ZAMAN SAHABAT Rasulullah saw. Sebagai contoh, telah wujud apa yang dinamakan mazhab A’isyah, mazhab Abdullah bin Umar, mazhab Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain lagi. (ms 14)


ZAMAN TABIIN

Said al-Musayyab (Madinah)

Urwah bin az-Zubair (Madinah)

Al-Qasim bin Muhammad (Madinah)

Kharijah bin Zaid (Madinah)

Abu Bakar bin Abdul Rahman (Madinah)

Sulaiman bin Yasar (Madinah)

Ubaidullah bin Abdullah (Madinah)

Nafi, bekas hamba Abdullah bin Umar (Madinah)

Alqamah bin Masud (Kufah)

Ibrahim an-Nakha’i (Kufah)

Hassan al-Basri (Basrah)


KURUN KE-2 HIJRAH

Sufian bin Uyainah (Makkah)

Malik bin Anas (Madinah)

Hassan Basri (Basrah)

Ishak bin Ruhawaih (Naisabur)

Abu Hanifah (Kufah)

Sufyan ath-Thauri (Kufah)

Auzai (Syria/Syam)

Asy-Syafie (Mesir)

Abul Laith (Mesir)

Abu Thaur (Baghdad)

Ahmad (Baghdad)

Daud az-Zahiri (Baghdad)

Ibnu Jarir at-Tabari (Baghdad)

(ms 14)

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Terbitan DBP-KPM-KL 1995 (setakan kedua)

Fiqh dan Perundangan Islam (1)

“... dalil dan hujah merupakan roh kepada fiqh.” (xlii)

“Sesiapa yang menghadkan fiqg Islam semata-mata berdasarkan al-Quran, sebenarnya dia telah menolak atau menghancurkan Islam daripada akar umbinya. Perbuatan itu adalah perbuatan musuh agama. Begitu juga menyempitkan fiqh berdasarkan sunnah sahaja, sesungguhnya ia menyempitkan dan merosakkannya.” (xliii)

Tarjih = penjelasan

Rajah = jelas

Harus bertaqlid kepada semua mazhab walaupun ini akan menyebabkan berlakunya talfiq ketika darurat, keperluan, tidak mampu dan uzur. Ini boleh dilakukan kerana menurut pendapat yang sah dalam Mazhab Maliki dan juga sekumpulan ulama Hanafi, mereka mengharuskannya. Begitu juga harus mengambil mazhab yang mudah ataupun menggunakan rukhsah (keringanan) jika keadaan memerlukan atau kerana sesuatu maslahat, kerana agama Allah adalah mudah dan tidak susah. (xliv)

Walaupun demikian, tidak mencari rukhsah dengan tujuan yang sia-sia atau untuk memuaskan hawa nafsu sendiri, seperti seseorang itu memilih pendapat daripada mana-mana mazhab yang ringan tanpa sebarang keperluan atau keuzuran. (xlv)

Ibnu Umar berkata : “Majlis fiqh adalah lebih baik daripada beribadat 60 tahun.” (xlvii)


FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Terbitan DBP-KPM-KL 1995 (setakan kedua)

Monday, January 24, 2011

Ke Mana Roh Selepas Matinya Jasad?

Ke Mana Roh Pergi Selepas Mati? Ada banyak pandangan para ulama.

1. Abu Hurairah & Abdullah bin Umar : Roh-roh bernaung di sisi Allah SWT

2. Di perkarangan syurga.

3. Di perkarangan kubur masing-masing.

4. Imam Malik : Bebas ke mana-mana.

5. Imam Ahmad : Roh mukmin di syurga, roh kafir di neraka.

6. Roh mukmin di Jabiyah, roh kafir di perigi besar di Hadramaut, Yaman.

7. Di bumi.

8. Roh mukmin di Illiyin di Langit Ketujuh, roh kafir di Sijjin di Bumi Ketujuh.

9. Roh mukmin di perigi Zamzam, roh kafir di perigi Barahut.

10. Roh mukmin berada di alam barzakh (satu alam antara alam dunia dengan alam akhirat) dan bebas bergerak ke mana-mana. Roh kafir di Neraka Sijjin.

11. Roh mukmin di kanan Nabi Adam, roh kafir di kirinya (sebagaimana gambaran dalam peristiwa Isra’ Mi’raaj)

12. Ibnu Hazm : Berada di tempat roh-roh itu diciptakan sebelum dimasukkan ke dalam jasad. Allah menciptakan semua roh sekaligus di sana.

13. Abu Umar bin Abdul Bar : Roh para syuhada’ di syurga, roh mukmin di perkarangan kubur masing-masing.

14. Abdullah bin Mubarak : Tidak berada di dalam syurga tetapi boleh mengecap buah-buahan syurga dan mencium bau syurga.

15. Roh para syuhada’ berada dalam perut burung hijau yang bergantungan di ‘Arasy, pergi balik ke taman-taman syurga.

16. Mujahid : Berada di kubur masing-masing pada 7 hari pertama dikebumikan.

Pandangan yang sesat mengatakan:

17. Roh terhapus selepas kematian

18. Roh bertempat pada binatang yang sesuai dengan perlakuan roh tersebut.

Sumber : Kitab Ar-Ruh susunan Ibnu Qayyim