Dari semasa ke semasa, ada orang2 yg pm atau mesej minta saya selalulah beri kata2 nasihat kepada mereka walaupun sedikit (ringkas).
Sebenarnya gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar https://www.facebook.com/Tazkirah-FB-Abu-Zulfiqar-13014938…/ itu himpunan nasihat2 sayalah, kepada qalbu saya sendiri terutamanya dan kepada qalbu2 yang lain umumnya. Ia ringkas dan mudah diulang2.
Semua gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar ini saya simpan dalam satu folder khas pada telefon. Setakat ini, ia antara penasihat yang bagus. Saya selalu mengulang2nya pada waktu lapang. Ia selalu membantu saya beringat akan hal2 yang saya sendiri sering terlepas.
Sekiranya dirasakan ada manfaat, ikutilah nasihat2 itu. Mana2 yang drasakan tidak sesuai, ketepikanlah. Kita manfaatkan anugerah teknologi yang Allah kurniakan.
Walaupun saya jauh, tidak dapat dilihat, didengar, disentuh, atau sudah tiada, anda akan berasa seolah2 saya dekat, sentiasa hidup dan masih memberikan nasihat2 buat diri anda.
No comments:
Post a Comment