Thursday, March 28, 2013

Bukan Sekular dan Nasrani Sahaja...



Ketika tulisan saya menyentuh 6 Virus Dalaman [Syiah, Salafi Wahhabi, SIPLISISME (Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme), ajaran-ajaran sesat, Ahmadiyyah Qadiyani, dan Anti-Hadith], seornag hamba Allah memberikan komen.

HAMBA ALLAH MENULIS :
Salafi adalah sebahagian umat Islam, kenapa mesti bertempur sesama Muslim sedangkan golongan sekular dan Nasrani sedang membajak (menyerang dan berusaha menjajah) Indonesia...Mengapa tak habis-habis berselisih tajam dalam masalah khilaf?

PENJELASAN SAYA :
Itulah, isu khilaf dah ratusan tahun didebat, hasilnya... tetap khilaf. Kalau masih didebat juga hari ini, lagi ratusan tahun pun keputusannya... tetap khilaf. Sangat membuang masa dan menguntungkan musuh-musuh Islam. Memang itu yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam pun. Kaum yang bijak, tak sibuk-sibuk dah isu khilaf ni.

Penyelesaiannya sangat mudah, sebelum kita menuruh orang yang meronta menangis berhenti meronta menangis, kita mesti suruh orang yang memukul berhenti memukul terlebih dahulu. Jadi, puak Salafi Wahhabi mestilah berhenti terus daripada menyebarkan isu-isu khilaf kepada masyarakat, maka kaum ASWJ Arus Perdana juga akan turut berhenti pertahan diri/menyerang kembali. Selesai masalah.

Kita tidak menolak dan menentang Sekular dan Nasrani sahaja, tapi kesemua 6 Virus Dalaman (termasuk Salafi Wahhabi) dan semua Virus Luaran (termasuk Nasrani).

Sebenarnya umat Islam boleh maju, boleh aman, boleh masuk syurga dan lain-lainl walaupun tanpa kewujudan fahaman Salafi Wahhabi. Mewujud dan mengekalwujudkan sesuatu yang tiada manfaat adalah perbuatan sia-sia. Oleh itu, sangat moleklah jika kesemua 6 Virus Dalaman itu dihapuskan. Wallahua’lam.

Tuesday, March 26, 2013

Cemerlang Agama vs Cemerlang Keputusan Periksa

Pelajar ambik keputusan peperiksaan, jika berjumpa/terjumpa saya, urutan soalan saya :
1. Macam mana cuti? (biasanya dijawab "ok/bolehlah/biasa-biasa je").
2. Macam mana ilmu-ilmu agama, amal-amal agama, hubungan kita dengan Tuhan....? Ada peningkatan tak?... Ataupun sama je dengan sebelum cuti dulu? (biasanya diorang akan tersenyum-senyum)
3. (Kemudian baru datang soalan....) Macam mana keputusan peperiksaan? (Kalau pelajar yang biasa dapat keputusan bagus... soalannya terus kepada "Berapa A?"

Untuk anak-anak usrah, soalan pertama terus kepada : "Macam mana wajibat (amalan-amalan harian yang sudah ditarbiyyah, yang perlu dilaksanakan setiap hari, yang bertahun-tahun dilatih dalam halaqah-halaqah usrah saya, mereka dah biasa dengan istilah 'wajibat')?" 


Kemudian baru datang soalan : "Macam mana result? (Atau) Berapa A?"

Sengaja urutan soalan disusun sedemikian rupa, supaya mereka mendapat gambaran (jika bukan hari ini pun, suatu hari nanti) mana YANG PENTING, dan mana yang LEBIH PENTING.

Bahaya Kurang Tidur





Aduh... kena tepat :) Sejak belasan tahun lalu, saya kena lewatkan tidur sekitar 1.30 pagi. Kalau tidak urusan-urusan tarbiyyah (ke dalam diri dan ke luar diri) dan dakwah  akan tertimbun & tertangguh. Sejak 2008, kena dilewatkan lagi sekitar 2.30 pagi, kerana rangkaian besar dalam urusan-urusan keagamaan diruntuhkan orang. Nak cover balik semua...sangat menyeksakan. Sejak itu badan mula selalu tak sihat.

Sejak 2012, untuk selesaikan urusan-urusan keagamaan dan keduniaaan, mesti tidur paling awal jam 3.30, setiap hari. Usia dah 40, tak boleh tahan walaupun dicuba jugak nak dapatkan 3.30 tu. Sebab itu setiap hari nampak lesu dan lemah.Terpaksa biarkan tertangguh/terabai terus banyak urusan-urusan itu walaupun sangat-sangat penting. Yang tinggal hari ini hanya dakwah kecilan, sebagaimana yang kelihatan. Sekarang dapat bertahan sekitar pukul 1.00 ke 1.30 sahaja.

Sudah berbelas tahun memohon doa kepada Tuhan agar dikurniakan tidur 3 jam saja sehari tapi sihat... namun setakat ini tidak/belum dimakbulkan-Nya. Tapi masih ada lagi satu doa... mohon agar dimatikan dalam keadaan sedang bekerja pada jalan Allah.

(Tidur 10 jam sehari pun... mati juga. Tidur kurang 6 jam sehari pun... mati juga).





ps : Mendahulukan sangka baik, berbanding sangka buruk. Awasi tasauf diri. Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails