Thursday, March 3, 2011

Lagu Jaafariyyah untuk Jaafar

Dia ambang kejatuhan Islam di Andalus (Sepanyol)... saki-baki umat Islam masih bertahan di ceruk-ceruk bumi bumi bertuah itu... sebagai mujahiddin gerila. Ada satu kumpulan pejuang di bawah seorang panglima bernama Jaafar. Mereka digeruni oleh tentera Salib. Pengganas Kristian gentar mendengar nama Pendekar Jaafar.

Suatu ketika kumpulan Jaafar menyerang sebuah kota, dapat kemenangan. Antara tawanan mereka ialah Puteri Casilda. Dalam tawanan, kaum wanita dilayan baik tetapi Casilda dan lain-lain tetap curiga. Mereka sangkakan tentera Islam seganas dan sebuas tentera salib. Casilda berbahas dengan Jaafar dan mengajak Jaafar beradu pedang.

Ternyata Casilda handal berpedang, tapi tewas juga kepada Panglima Jaafar. Sepanjang menjadi tawanan, Casilda terpikat dengan baik budi dan kesolehan mujahiddin. Dengn kuasa Tuhan, Casilda mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Para mujahid menggesa Jaafar melamar Casilda, dan ternyata Casilda setuju. Ketika majlis perkahwinan berlangsung, musuh menyerang. Jaafra terpaksa meninggalkan majlis...

‎... Jaafar dibawa ke hadapan Casilda, dalam keadaan berlumuran darah. Casilda memangkunya, suami yang baru dinikahinya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.

Kata Casilda... "Mulai hari ini... namaku ialah Jaafariyyah!". Dia mengenakan baju besi dan bertempur. Keupayaannya membuatkan dia berperanan penting dalam setiap pertempuran. Nama Jaafariyyah mula mengusik-usik telinga musuh-musuj Islam. Dahulu mereka gentar akan Jaafar, kini kecut pula mendengar nama Jaafariyyah.

Suatu ketika, tentera kuffar seluruh Sepanyol bergabung menyerang para mujahiddin. Mujahiddin kalah teruk. Jaafariyyah luka parah dan bakal menyusul arwah suaminya. Salah seorang pembesar salib membuka topi besi Jaafariyah...

‎"Ah, engkau... engkau anakku! Casilda?"

Jaafariyyah membalas kata2 bapanya : "Aku... Jaafariyyah!" ....

Dengan kalimah syahadah... Casilda menghembuskan nafas terakhirnya....

Inilah cerita yang selalu saya kaitkan dengan lagu “Luhur” kumpulan Kamikaze. Jadi... terjawab sudah : ) Maksud penulis asal lagu itu saya tak tahu, tapi saya mendengarnya sebagai isi hati Puteri Casilda/ Panglima Jaafariyyah.

Kagum dengan semangat mereka suami isteri... WaAllahua'lam.

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi


Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali


Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails