KARKUN
MENULIS :
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana
tabligh Maulana Ilyas jauh dari usaha kearah peperangan...
ABU
ZULFIQAR MENULIS :
Kami pun bersyukur juga atas hal
itu, Cuma KESYUKURAN KAMI LEBIH BESAR … kerana kami bersyukur sebab BANYAKNYA
JEMAAH ISLAM yang jauh dari usaha ke arah peperangan membabi-buta, TIDAK TERHAD
syukur tentang satu jemaah sendiri sahaja… ataupun jemaah Tabligh sahaja.
Kami mencadangkan ayat tersebut
lebih sesuai jika ditulis…”Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana banyak juga Jemaah-jemaah
Islam termasuklah jemaah tabligh Maulana Muhd Ilyas jauh daripada usaha
peperangan membabi-buta.”
Kalau disebut “dari usaha ke arah
peperangan...” pun sangat kurang sesuai- seolah-olah secara total menolak
peperangan. Ini adalah mustahil kerana Rasulullah sendiri berperang. Mungkin
yang hendak dimaksudkan itu adalah PEPERANGAN MEMBABI-BUTA tanpa sebab-musabab
yang manasabah kot.
Perlu diingat juga… kedatangan Al
Mahdi dan Nabi Isa adalah LEBIH kepada
membawa ROMBONGAN PERANG (melawan Dajjal, Yahudi dan musuh-musuh Islam),
bukan rombongan dakwah dari rumah ke rumah.
KARKUN
MENULIS :
Apa yang ana lihat perjuangan
mereka begitu jauh dari kepentingan peribadi mereka,
ABU
ZULFIQAR MENULIS :
Kami pun melihat perkara yang sama
kepada mereka, juga kepada jemaah-jemaah Islam lain (yang tak sesat le). Ini
kerana kami memandang Islam secara global, bukan dari sudut pandangan satu-satu
jemaah sahaja. Dan kami mengusahakan kesepakatan antara Jemaah-jemaah Islam
dalam melakukan kerja agama, bukan usaha dalam jemaah sendiri sahaja. Usaha
secara intra jemaah (dalam jemaah sendiri) pun ada, usaha secara inter jemaah
(antara jemaah) pun ada, dan ini rasanya lebih baik.
KARKUN
MENULIS :
Mereka cuba korbankan masa,tenaga
dan harta sebaik mungkin untuk memperbaiki iman dan amal diri mereka sendiri serta
mengajak umat bersama-sama memperbaiki iman dan amal...
ABU
ZULFIQAR MENULIS :
Sama juga. Jemaah-jemaah Islam
yang lain pun begitu juga.
Zaman ini, untuk menang dunia dan
akhirat umat Islam mesti bergerak sebagai satu umat, bukan lagi sebagai
satu-satu jemaah. Semua jemaah perlu bekerjasama, saling bertolak ansur, dan
yang paling penting tidak taksub dengan jemaah sendiri saja. Setiap manusia ada
kelemahan dan kesalahan kecuali Rasulullah. Setiap pengasas sesuatu jemaah ada
kesalahan dan kelemahan kecuali Rasulullah. Semua jemaah ada kelemahan dan
kekuatan tersendiri.
KARKUN MENULIS :
Perjuangan jemaah ini lebih kepada
fikir atas umat berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w...
ABU
ZULFIQAR MENULIS :
Ya , Jemaah-jemaah lain pun banyak
juga yang begitu. Jadi, tak ada masalahlah untuk bersepadu, betul tak? Tak
perlu lagi mengatakan jemaah aku paling ikut sunnah, paling betul, paling ikut
acuan Quran dan hadis…kan.
*Yang mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh tetapi tidak taksub seperti karkun di atas, sangatlah kita alu-alukan dan raikan.
2 comments:
Pada ana pentaksub ini telah lihat bahawa "Jemaah Tabligh" ni suatu organisasi dan pertubuhan.. mungkin karkun yang "lebih semangat" dan alhamdulillah perkara ini telah byk di tegur oleh syura'2 dalam bayan2 yang disampaikan.. bagaimana kita nak bawa usaha ini umumiat untuk setiap umat...
Jazakallah atas perkongsian tuan... Doa ana supaya istiqamah pada jalanNya.. masih belajar2...
Tabligh bukan organisai or persatuan or apa2 badan. Saya selalu ikut, dan Masyaikh Tabligh di India, Pakistan, Yaman, UK dan lain-lain pun selalu nasihatkan supaya jangan perlekeh usaha orang/persatuan lain, mereka pun bawa manusia pada ALLAH.
Cuma sesetengah yang radikal membuatkan orang memandang serong, saya ikut jemaah tabligh dari kecil, ayah dan atok saya dah lama bersama jemaah tabligh, tapi mereka tiada masalah dengan usaha-usaha lain.
Post a Comment