Saturday, February 28, 2026

Gerhana Berpasangan dan Al-Mahdi

 

PERTANYAAN : (*Diringkaskan pertanyaannya - Maklumat2 yang dikongsikan dalam pertanyaan ini mengatakan :

i)                    Gerhana matahari berlaku 18/2/26 (30 syaaaban – hujung bulan Hijriyah).

ii)                  Dijangka gerhana bulan penuh pada 3/3/26 (13 Ramadhan – pertengahan bulan Hijriyah)

 

JAWAPAN : Di sini saya sekadar kongsikan maklumat dari sudut pandangan ilmu as-sa’ah (setakat yang teringat pada fikiran sahaya ketika inilah).

 

Secara ringkasnyalah, sefaham saya :

1.      Tidak ada hadith Nabi SAW yang mengaitkan GERHANA BERPASANGAN pada bulan Ramadhan dengan kemunculan Al-Mahdi.

2.      Yang ada hanyalah riwayat2 yang terputus sanadnya (bukan hadith, SEKADAR RIWAYAT oleh orang2 selain Nabi).

3.      Riwayat2 itu pun tidak banyak. Umumnya TIDAK MUTAWATIR khabarnya.

4.      Riwayat2 itu pula bertaraf SANGAT DHAIF dan sebahagian ulama mengatakan MAUDHUK (PALSU) kerana masalah2 di dalam sanadnya dan pada perawinya yang tertentu (panjang huraian bahagian ini).

5.      Mengikut kajian, gerhana berpasangan ini SUDAH PERNAH BERLAKU beberapa kali sebelum ini.

6.      Mengikut riwayat Daraqutni itu, gerhana BULAN akan berlaku pada AWAL bulan Hijriyah, sementara gerhana MATAHARI akan berlaku pada PERTENGAHAN bulan Hijriyah. Keadaan ini terbalik dengan maklumat yang dikongsikan iaitu gerhana matahari pada awal bulan Hijriyah dan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriyah. Dari satu sudut, gerhana berpasangan pada Ramadhan kali ini tidak selari (berlawanan) dengan riwayat Daruqutni.

7.      Gerhana bulan berlaku sewaktu bulan penuh yakni pada pertengahan bulan Hijriyah, kerana ADA BULAN BESAR DI LANGIT KETIKA ITU. Pada hujung bulan Hijriyah atau awal bulan Hijriyah tidak ada bulan penuh di langit, langit gelap, dan mungkin ada anak bulan sahaja. Begitulah umumnya. (Manalah tahu mungkin suatu hari nanti berlaku keajaiban muncul bulan penuh pada hujung/ awal bulan Hijriyah. Namun itu pun amat lemah untuk dikaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi).

8.      Oleh sebab itulah dalam ilmu s-sa’ah, gerhana berpasangan ini tidak diambil perhatian untuk dikaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi. Ilmu as-sa’ah menggredkannya sebagai KEMUNGKINAN KECIL sahaja (bukan muktamad, bukan pasti, dan bukan kemungkinan besar – maka tidak dijadikan hujah). Seandainyalah ia berlaku sedemikian, hal itu adalah kerana kebetulan sahaja. (ilmu as-sa’ah ini ketat sikit penelitian,kehujahan dan keputusan2nya)

 

Begitulah secara ringkasnya daripada sahaya buat masa ini. Wallahua’lam.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/2/26

 

Sumber : blog Debunga Teratai

Sunday, February 22, 2026

Pertahankan Ilmu2 Lanjutan

 

Pada tahun 2023, sahaya ada menulis pendek bahawa satu2nya ilmu yang tidak dapat “dicapai” oleh “kecerdasan2” ini dalam keempat2 tungku/fardhu agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah) hanyalah ilmu tungku al-ihsan pada peringkat tinggi dan lanjutan. Yang pada peringkat tinggi itu pun tidak semua kerana ada sebahagian ruang2 yang boleh juga “dicapai”nya. Hanya wilayah lanjutan yang tidak dapat dicapai oleh kecerdasan2 itu. Segala ilmu yang lain termasuklah ilmu tiga fardhu agama lagi itu, umumnya semua boleh dicapai dan digunakannya.

 

Pada penghujung tahun lepas (2025), saya tersembang (secara tidak sengaja termasuk dalam perbualan orang lain) tentang “kecerdasan2” yang sudah dipertingkatkan maqamnya yang baru muncul, yang bukan lagi berfikir dan bekerja hanya setelah diberi arahan melainkan sentiasa jaga, bekerja dan berfikir dengan satu arahan sahaja, dan seterusnya tidak mustahil akan meriah pula generasi yang sentiasa jaga, bekerja dan berfikir dengan sendirinya walaupun tiada sebarang arahan. Potensinya untuk lebih mencapai ilmu2 wilayah tinggi dalam al-ihsan tidak dapat dinafikan. Namun tetap tidak dapat dicapainya semua dan ilmu2 wilayah lanjutan tetap kebal.

 

Maka wilayah tinggi dan lanjutan ini mestilah kita pelihara yang antaranya melalui warisan bersanad, asli dan tariq yang “lurus”

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

21/2/26

 

Monday, February 16, 2026

Mendidik Jasmani, Aqal dan Qalbu

 

Biasanya guru, syaikh, mursyid, ibu bapa, pemimpin dan seumpamanya berusaha mendidik jasmani, ‘aqal dan qalbu.

Ada orang yang LEBIH KEPADA mendidik jasmani (anggota tubuh).

Ada orang yang lebih kepada mendidik ‘aqal (fikiran).

Ada orang yang lebih kepada mendidik qalbu (hati, jiwa).

Ketiga-tiganya bagus.

 

Yang lebih kepada mendidik jasmani itu sangat banyak.

Yang lebih kepada mendidik ‘aqal itu juga banyak.

Yang lebih kepada mendidik qalbu itu kurang banyak.

 

Sahaya sendiri sudah tahun ke-30 mentarbiyah ketiga2nya tetapi lebih kepada mendidik qalbu. Mendidik qalbu ini ada jalan2nya yang tersendiri. Qalbu itu ghaib, amat halus lagi luar biasa. Banyak hal2 yang tidak dapat dicapai oleh jasamani dan ‘aqal namun boleh dicapai oleh qalbu.

 

Jika qalbu seseorang itu baik, maka baiklah tindakan ‘aqal dan tindakan jasmaninya.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

15/2/26