Thursday, September 27, 2012

Kaitan Gitar dengan Warak


PANDANGAN SEORANG HAMBA ALLAH :
“Ulama berbeza pendapat mengenai alat muzik bertali: ada yang mengharamkan dan sebaliknya. Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan. Jadi yang paling baik ialah ia tidak bermain muzik untuk berdakwah. Kerana untuk berdakwah kepada seorang pemuzik, tidak semestinya pendakwah juga perlu bermain muzik. Sebagaimana untuk berdakwah kepada pemain bola, pendakwah tidak semestinya bermain bola. Tanpa perkara2 tersebut dakwah masih boleh dijalankan. Ditambah pula bermain muzik (contohnya gitar) adalah syiar orang-orang fasiq zaman sekarang, maka kelihatan tidak manis seorang yang mamakai kopiah dan serban atau perempuan bertudung bermain alat muzik.”

ULASAN KITA :

PERTAMA – “Ulama berbeza pendapat mengenai alat muzik bertali: ada yang mengharamkan dan sebaliknya.”

Ulasan : Apabila ulama berbeza pandangan dan masing-masing pihak punyai ramai tokoh, maka ringkas kata hal itu sudah jadi hal khilaf. Apabila sudah jadi hal khilaf, maka sudah semestinyalah kita beradab dengan adab para ulama juga dalam berhadapan dengan hal-hal khilaf, iaitu saling meraikan pandangan. Yang bersetuju, teruskan bersetuju. Yang tidak bersetuju, teruskan tidak bersetuju. Jangan pula diri kita yang menjadi pencetus kepada perbalahan ataupun penerus perbalahan  dalam hal ini kerana sudah begitu banyak perbalahan lain dalam kalangan umat Islam.

Kita sering menuding jari ke arah pihak-pihak yang menolak daripada berlapang dada dalam hal-hal khilaf terutamanya kaum yang berfahaman Salafi Wahhabi, tapi adakah kita sendiri boleh berlapang dada dalam hal-hal yang ulama berkhilaf di dalamnya? Ataupun sikap kita rupa-rupanya lebih kurang sama juga dengan sikap kaum-kaum yang menolak khilaf itu? Saya lihat, ada juga ilmuwan agama dalam kalangan ASWJ arus perdana sendiri yang tidak boleh berlapang dada dalam hal-hal khilaf. Dia menghentam kaum-kaum yang menolak khilaf sebegitu hebat, rupa-rupanya diri sendiri tidak boleh menerima khilaf. Cuba kita nilai semula orang-orang sebegini, sekalipun dia dikenali sebagai ulama, syeikh, maulana atau sebagainya. Bagaikan si ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan lurus, padahal dia sendiri berjalan mengereng.

KEDUA – “Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan. “

Ulasan : Apakah apabila para ulama itu menerima penggunaan alat-alat muzik maka boleh kita katakan mereka sebagai TIDAK WARAK? Sudah tentu tidak boleh kerana mereka tetap warak. Dalam isu khilaf sebegini, kita tidak boleh mengatakan pihak yang melakukannya sebagai TIDAK WARAK.

Contoh : Ada pihak yang menolak lafaz niat sebelum solat. Apakah ulama-ulama yang menerima dan melakukan perbuatan itu (iaitu melafazkan lafaz niat) dan para pengikut mereka boleh kita kata TIDAK WARAK? Imam Syafi’i, para ulama Mazhab Syafi’I dan umat Islam bermazhab Syafi’I yang menerima lafaz niat, beranikah kita mengecop mereka sebagai TIDAK WARAK?

Sebenarnya di sini istilah WARAK sudah disalahgunakan. Istilah warak bukan untuk hal-hal khilaf, tetapi dalam hal-hal yang kita tidak tahu kedudukannya. Contoh, ada sebatang pokok pisang di dalam belukar di belakang rumah seseorang. Kita hendak ambil dan makan buahnya, sedangkan kita tidak tahu apakah pokok itu ditanamnya ataupun tumbuh sendiri, dan adakah pokok itu berada dalam kawasan tanahnya ataupun tanah milik kerajaan. Orang yang warak, dia ambil keputusan agar tidak memakannya. Di sinilah istilah WARAK sesuai digunakan.

Dalam isu khilaf seperti lafaz niat solat fardhu, kita tak boleh kata orang yang tak lafaz itu WARAK dan yang lafaz tidak warak. Kita juga tidak boleh kata orang yang lafaz itu warak dan yang tidak lafaz itu tidak warak.  Maka kita kena faham, bahawa penentuan warak tak warak atau lebih warak kurang warak bukan berada dalam medan isu-isu khilaf, ia berada di medan isu-isu yang tidak diketahui atau kurang pasti. Mana boleh kita mudah-mudah mengatakan orang yang menerima penggunaan alat-alat muzik sebagai TIDAK WARAK atau KURANG WARAK.

KETIGA – “Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan.”

Ulasan : Ketika para ulama itu menerima penggunaan alat-alat muzik, apakah mereka ragu-ragu ataupun mereka yakin dengan keputusan mereka? Contohnya, apabila Imam Al-Ghazali membenarkannya dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, pada bahagian mana yang menunjukkan keputusannya itu dalam keragu-raguan?

Carilah, tidak ada. Para ulama yang membenarkan, mereka buat keputusan tanpa ragu. Maka kita tak boleh meletakkan keputusan kita sendiri sahaja dalam hal ini sehingga melewati para ulama. Mereka tidak ragu-ragu, maka hal ini bagi pihak yang membenarkan, ia tidak termasuk perkara yang ragu-ragu. Bagi pihak yang menolak, mereka juga tidAK ragu-ragu dalam mengambil sikap atau keputusan.

Sebenarnya dalam hal ini umat Islam terdiri daripada beberapa golongan, bukannya dua :
1.      Yang yakin ia dibenarkan dan memandangnya sebagai harus .
2.      Yang yakin ia tidak dibenarkan dan memandangnya sebagai haram.
3.      Yang yakin ia dibenarkan tetapi dipandangnya makruh.
4.      Yang ragu-ragu sama ada ia dibenarkan ataupun tidak.

Bagi golongan 1 dan 2 serta 3, persoalan alatan muzik ini bukan perkara ragu-ragu lagi, tidak ada keraguan pada mereka dalam berpegang dengan keputusan mereka. Yang ragu-ragu hanya golongan ketiga (*pembetulan – keempat). Jadi kata-kata : Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan” itu hanya sesuai untuk golongan 3 (*pembetulan – 4). Kita tak boleh kata golongan 1 dan 2 dan 3 dalam keraguan, kerana mereka berhukum dengan pasti.

KEEMPAT – “Jadi yang paling baik ialah ia tidak bermain muzik untuk berdakwah. Kerana untuk berdakwah kepada seorang pemuzik tidak semestinya pendakwah juga perlu bermain muzik. Sebagaimana untuk berdakwah kepada pemain bola pendakwah tidak semestinya bermain bola. Tanpa perkara2 tersebut dakwah masih boleh dijalankan.”

Ulasan : Mengambil muzik sebagai salah satu daripada elemen dakwah tidak pernah kita hadkan untuk berdakwah kepada pemuzik sahaja, tetapi untuk seluruh umat manusia dan jin yang rata-ratanya bukan pemuzik pun.

Memanglah, jika semua umat Islam tidak bersuara pun, dakwah tetap boleh dijalankan iaitu melalui tulisan. Jika semua pondok tradisional dimansuhkan di muka bumi ini, dakwah tetap berjalan. Jika tidak ada rakaman kuliah agama melalui televisyen, radio, CD, VCD, pita rakaman dan lain-lain pun, dakwah berjalan juga. Tapi, adakah kerana tanpa semua itu dakwah tetap berjalan, maka kita mesti menolak penggunaan semua itu dalam dakwah?

Dakwah Islam ialah dakwah yang bijak. Apa sahaja yang bermanfaat, akan dimanfaatkan untuk dakwah. Kita tidak akan saja-saja meninggalkan mana-mana bahagian yang punya potensi tersendiri sebagai medium dakwah, sekalipun kecil peranannya pada pandangan mata kasar kita.

KELIMA – “Ditambah pula bermain muzik (contohnya gitar) adalah syiar orang-orang fasiq zaman sekarang, maka kelihatan tidak manis seorang yang memakai kopiah dan serban atau perempuan bertudung bermain alat muzik.”

Ulasan : Sefaham saya, sudah lama gitar tidak menjadi syiar kepada orang-orang kerana ia sudah lama menjadi alat muzik global. Orang fasiq pun banyak main, orang tak fasiq pun banyak main. Layakkah kita mengatakan Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Muawiyah, Amru Al-Ass, Imam Al-Ghazali dan lain-lain (yang mengharuskan penggunaan gitar) menerima syiar orang-orang fasiq? (1)

Abu Zulfiqar
26 September 2012

(1)   Himpunan para sahabat dan ulama yang mengharuskan penggunaan alat muzik bertali boleh diselidik dalam artikel saya di http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani.html , http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_06.html , http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_2649.html dan http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_6189.html . Sesiapa yang termasuk ke dalam golongan manusia yang tidak boleh menerima khilaf, tidak perlulah membacanya kerana hanya akan membuang masa. Para ASWJ arus perdana yang memang faham akan adab-adab khilaf dalam agama, sangat dijemput untuk membaca dan meneliti.

Thursday, September 20, 2012

Mohon Bantuan Ahli Tafsir atau Terjemah


Firman Tuhan (maksudnya) :
“Bahkan AS-SAA’AH (hari kehancuran) itulah yang dijanjikan kepada mereka, dan AS-SAA’AH (hari kehancuran) itu amat dahsyat dan amat pahit.”
“Sesungguhnya orang-orang berdosa dalam DALAL (kesesatan) dan dalam SU’UR (kegilaan).”
“Pada hari mereka diseret dalam NARR (neraka) atas muka mereka. Rasakanlah sentuhan/bakaran SAQAR (api neraka yang membakar kulit).”
(Al-Qamar : 46-48)

Sefaham saya yang faqir, ‘DALAL WA SU’UR’ membawa maksud ‘SESAT DAN GILA’. Saya pun membuat semakan dalam beberapa terjemahan Al-Quran, namun ‘DALAL WA SU’UR’ dalam Surah Al-Qamar ayat 47 ditulis sebagai ‘SESAT DAN DALAM NERAKA’. Hal ini memelikkan saya. Memanglah dalam Quran ada disebut neraka SAA’IR (An-Nisa’ : 10, Al-Mulk : 5, Al-Mulk : 10 dan lain-lain) yang bermaksud ‘api yang bernyala-nyala’, tapi rasa saya ia tidak kena dengan istilah ‘SU’UR’ pada Surah Al-Qamar ayat 47 itu.

Dalam Surah Al-Qamar ini ada satu lagi kalimah “DALAL WA SU’UR’ iaitu pada ayat ke-24 :
“Maka mereka (kaum Tsamud) berkata ; “Bagaimana kita hendak mengikuti seorang manusia biasa (iaitu rasul yang diutuskan kepada mereka) dalam kalangan kita? Sesungguhnya kalau begitu maka kita benar-benar sudah DALAL WA SU’UR (kesesatan dan kegilaan).”

Saya pun menyemak beberapa terjemahan Quran, dan memang ‘SU’UR’ pada ayat 24 ini diterjemah sebagai ‘GILA’ dan bukannya ‘DALAM NERAKA’.

Mari kita lihat :
1.       Pada ayat ke-24, ‘DALAL WA SU’UR’ diterjemah sebagai ‘SESAT DAN GILA’.
2.       Pada ayat ke-47, ‘DALAL WA SU’UR’ diterjemah sebagai ‘SESAT DAN DALAM NERAKA’.

Secara peribadi, saya yang dhaif ini memandang DALAL WA SU’UR dalam ayat ke-47 itu lebih sesuai ditukarkan kepada SESAT DAN GILA, tapi eloklah ditanyakan kepada tuan-tuan yang lebih mahir dengan tafsir dan terjemahan Al-Quran. Sesiapa yang ada maklumat, dapatlah kiranya berkongsi dengan saya. Terima kasih.

Abu Zulfiqar
20 September 2012

Wednesday, September 19, 2012

Aku Seorang Ahbash


SIAPAKAH AHBASY MENURUT ‘MEREKA’?

PERTAMA
thtl
Panel Feqh al-Ahkam.net
Posted: Jan 22, 2008 - 09:10 AM
study link-link yang sifoo zain ys hidangkan. apapun kumpulan ahbash ni mmg teruk. Bila akidah rosak, maka rosaklah fiqihnya...

ULASAN SAYA - Menurut THTL- Panel Fiqh al-Ahkam.net, kumpulan ahbash ini ROSAK AKIDAH dan ROSAK FIQH mereka.

KEDUA
maszlee
Posted: Jan 27, 2008 - 09:13 AM
Salaam,
Sekali baca rasa geram...
dua kali baca, rasanya, depa ni sah agen Zionis. memandangkan usaha memperjuang isu Palestin di Malaysia sering dikaitkan dengan saya, maka mereka berusaha mengkafirkan saya juga.
Biasalah, Syiekh Ahmad Yassin pun depa kafirkan...Yusuf al_qaradawi pun mereka kafirkan...Inikan pula saya.
Cuma pesanan saya, jelaslah Ahbash ini agen Zionis!!!
Sebab itu mereka bunuh Rafiq Hariri (PM Lubnan), mereka membantu ISrael untuk hancurkan HAMAS di Palestin, dan mereka bersengkongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan.
Tak mustahil di Malaysia ini, mereka akan menjadi agen Zionis untuk hancurkan gerakan-gerakan Islam yang lain...
Perlu beritahu rakan-rakan PAS, JIM dan ABIM agar mereka berhati-hati...kerana mereka juga komited dalam isu Palestin!
Maszlee
Durham, UK

ULASAN SAYA - Menurut Maszlee Malik pula, Ahbash:
SAH AGEN ZIONIS
MENGKAFIRKAN SYEIKH AHMAD YAASIN & YUSUF QARDHAWI
MEMBUNUH RAFIQ HARIRI
BANTU ISRAEL HANCURKAN HAMAS
BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL UNTUK HANCURKAN IKHWAN DI JORDAN
MENENTANG JEMAAH-JEMAAH ISLAM YANG KOMITED DENGAN ISU PALESTIN

KETIGA
amjad
Posted: Jan 27, 2008 - 10:05 AM
Salam...
patutlah Allah SWT berkata melalui Rasulullah saw (hadis) bunuh aje puak khawarij ni...moga2 penguasa Islam diberi hidayah membasmi puak khawarij ini...wa.

ULASAN SAYA - Menurut Amjad, orang yang mereka label sebagai Ahbasy/ Ahbash ini tidak lain ialah PUAK KHAWARIJ yang PERLU DIBUNUH dan PERLU DIBASMI OLEH PEMERINTAH.  Ringkasnya halallah darah mereka ditumpahkan.

KEEMPAT
fufu
Posted: Jan 27, 2008 - 03:22 PM
teruk betul depa ni..terang2 nmpk x islamik nya tuh

ULASAN SAYA - Menurut Fufu pula, kita yang dilabel oleh mereka sebagai Ahbasy ini JELAS TIDAK ISLAMIK.

KELIMA
almujahid
Posted: Jan 27, 2008 - 09:43 PM
Ramai masih tidak tau group ni. Elok diterangkan dulu sifat2nya.
Suka mengkafir=khawarij=ahbash
Mengkafirkan sahabah=syiah
Mengkafirkan ulama'=ahbash

ULASAN SAYA - Ditambah oleh Almujahid kononnya Ahbasy itu KHAWARIJ dan MENGKAFIRKAN ULAMA.


KESIMPULAN YANG KITA DAPAT

Menurut ‘mereka’, ‘Ahbasy’ itu ialah manusia yang:
  1. Rosak akidah
  2. Rosak fiqh
  3. Agen Zionis (confirm)
  4. Mengkafirkan Syeikh Ahmad Yaasin dan Dr. Yusuf Qardhawi
  5. Membunuh Rafiq Hariri (secara langsung ataupun tidak)
  6. Membantu Israel untuk menghancurkan HAMAS
  7. Bersekongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan
  8. Menentang jemaah-jemaah Islam yang komited dengan isu Palestin
  9. Tidak lain ialah puak khawarij
  10. Layak untuk dibunuh
  11. Perlu dibasmi oleh pemerintah
  12. Tidak Islamik
  13. Mengkafirkan ulama

Begitulah ciri-ciri Ahbash menurut ‘mereka’.


MENCARI ‘AHBASY’ DI MALAYSIA

Setelah kita mengenali 13 ciri-ciri ‘Ahbasy’  ataupun ‘Ahbash’ sebagaimana yang difahami oleh ‘mereka’ tadi, dapatkah para pembaca mengenalpasti ‘Ahbasy’/’Ahbash’di Malaysia ataupun di Nusantara? Konon katanya sudah banyak golongan itu di Malaysia, tapi sudah masuk 5 tahun saya mencari, belum ketemu puak yang mempunyai 13 ciri tersebut. Jika 5 tahun lalu sudah ramai, hari ini tentunya sudah sangat ramai. Jenoh mencari, tidak kutemui.

Siapakah yang mempunyai 13 ciri di atas  tadi?

Mereka yang bermazhab?
Mereka yang bermazhab Syafie?
Mereka yang memperjuangkan institusi pondok?
Mereka yang beraliran ASWJ seperti Asya’irah dan Maturudiyyah?
Mereka yang terlibat dengan Ikhwanul Muslimin atau Tabligh?
Mereka yang bertasawuf?
Mereka yang sufi?
Mereka yang bertariqat?
Mereka yang berjuang dalam berbilang jemaah?
Mereka yang berusaha mencegah kemungkaran pemerintah melalui pilihanraya?
Ataupun yang lain-lain…?

Ataupun…

Mereka yang mahu menyelamatkan umat Islam dengan mendedahkan kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan yang dibawa oleh kaum Salafi Wahabi?

Rasa-rasanya yang inilah jawapannya. Apa nak dikata lagi, sudah menjadi fitrah mereka, untuk menjatuhkan lawan-lawan mereka, mereka akan beri pelbagai label dan tuduhan dengan harapan orang awam akan terpengaruh. Orang-orang jahil memang akan terpengaruh dan percaya sepenuh hati. Yang bijak, insya-Allah akan terselamat.

Kalau yang itulah ‘Ahbash’/’Ahbasy’ menurut mereka, maka bersaksilah bahawa saya seorang ‘Ahbasy’/’Ahbash’ walaupun saya tidak mempunyai 13 ciri yang mereka senaraikan tadi, malah saya sendiri menentang orang-orang yang mempunyai 13 ciri tersebut.

“Adakah engkau pengikut Abdullah bin Muhammad Al-Harari yang mengasaskan Ahbash/Ahbasy?”

Tidak. Saya tidak kenal pun siapa orang itu. Hanya pernah terbaca namanya di internet dan sedikit tulisan-tulisan orang tentangnya. Saya tidak pernah mengambil ilmu daripada orang ini. Ringkasnya, saya tidak berminat dan tidak memerlukan orang itu ataupun ajarannya. Jadi, jangan kaitkan saya dengannya. Tapi kalau kamu memaksudkan “mereka yang mahu menyelamatkan umat Islam dengan mendedahkan kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan yang dibawa oleh kaum Salafi Wahab” itu sebagai Ahbash/Ahbasy, ya, memang sayalah salah seorang.


KAUKATA AKU AHBASY?
Abu Zulfiqar
19 Februari 2008

Jika dengan berusaha untuk menyelamatkan umat ini
daripada kerosakan-kerosakan
yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi
engkau mendakwa aku ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku

Jika dengan memilih untuk bermazhab Syafie
aku digelar ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku

Jika dengan memilih untuk berjemaah
aku dicop ‘Ahbasy’,
memang ‘Ahbasy’lah aku

Jika dengan mendokong Asya’irah
aku dilabel ‘Ahbasy’
tidak salah lagi… ‘Ahbasy’lah aku

Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah
daripada Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’…
Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik,
Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira…
dan lain-lain
aku dikatakan ‘Ahbasy’,
memang sahih aku ‘Ahbasy’

Jika dengan meraikan jemaah-jemaah tariqat
aku kau kata ‘Ahbasy’,
memang benar aku ‘Ahbasy’

Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah daripada
Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahhab
engkau memanggilku, “Hoi Ahbasy!”,
memang panggilan itu tepat padaku

Jika dengan mengatakan
Ikhwanul Muslimin dan Jemaat tabligh
mengikut sunnah
aku di’Ahbasy’kan kamu,
betullah tu

Jika dengan mengatakan “OK”
kepada parti-parti Islam
demokrasi dan pilihanraya
aku dipandang ‘Ahbasy’,
akulah ‘Ahbasy’

Jika dengan mengatakan
Salaf ada yang takwil dan ada yang tidak takwil
bukan semuanya tak takwil
engkau menghina aku dengan ‘Ahbasy’,
satu lagi kebenaran untukmu

Jika dengan mengakui
Allah lebih dahulu ada berbanding
tempat, lokasi dan arah
Sebelum tempat, lokasi dan arah ada
Dia sudah sedia ada
malahan Dialah yang menciptakan
tempat, lokasi dan arah
aku dijenamakan sebagai ‘Ahbasy’
1000 kali aku rela dan redha

Jika dengan perkara-perkara ini
aku menjadi ‘Ahbasy’
sebagimana yang engkau maksudkan,
bertuahnya aku
kerana terpilih sebagai ‘Ahbasy’


Abu Zulfiqar
18 September 2012

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails