Insya-Allah program dakwah seterusnya, kali ini sahaya akan
bermusafir ke utara tanah air (Kedah – Perlis) pada 4-5 Oktober 2017
(Jumaat-Sabtu). Untuk sejahterakan urusan, tuan2 yang mahu bertemu bolehlah pm
sahaya agar dapat sahaya susun perjalanan. Selalunya yang nak berjumpa ini atas
SALAH SATU sebab daripada sebab2 berikut sahaja. Jarang sangat ada orang hendak
jumpa atas sebab2 lain.
1.
Nak sedut fail2 rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
2.
Hendak tahu atau hendak ambil Tariqat
Gazaliyyah.
3.
Yang sudah tahu sebelum ini tetapi baru hendak
berijazah & berbai’ah.
4.
Yang mahukan khidmat perubatan Islam.
5.
Yang nak sembang2 & kenal2.
6.
Jumpa kawan lama.
Jadi :
1.
Kepada yang mahu sedut semua siri rakaman kitab
Ihya’ ‘Ulumuddin (siri 1 hingga siri 234 kali kuliah), sediakan external hard
disk. Saiz semua dalam 85GB. Masa lebih kurang 45 minit (agak2 je ni). Tiada
sebarang bayaran.
2.
Kepada yang mahu mendengar penjelasan tentang
Tariqat Ghazaliyyah (sama ada mahu berTariqat Ghazaliyyah atau sekadar hendak
tahu), sediakan masa 1 setengah ke 2 jam. Tiada sebarang bayaran.
3.
Kepada yang sudah tahu tentang Tariqat
Ghazaliyyah sebelum ini tetapi baru sekarang mahu berijazah & berbai’ah, 1
minit pun sudah cukup. Tiada sebarang bayaran.
4.
Kepada yang mahukan khidmat perubatan Islam,
mohon maaf banyak2 kerana sahaya sudah berhenti beramal sebagai perawat sejak
2012. Entah mengapa sampai sekarang masih ada yang pm/mesej/call dsb nak
berjumpa. Yang ini pun waktu sahaya aktif dulu, tiada sebarang bayaran juga.
5.
Kepada yang sekadar hendak berjumpa sembang2 dan
kenal2, asal sahaya ada ruang kosong, insya-Allah boleh kita minum2.
6.
Kepada kawan2 lama yang nak berjumpa,
insya-Allah kita sama2 atur pertemuan.
Dan yang akhirnya, walaupun tuan2 ada pm kepada sahaya untuk
berjumpa, sahaya tidak berjanji untuk pasti berjumpa. Sekiranya kebetulan pada
masa yang ditentukan itu sahaya berada pada tempat, laluan dan waktu yang kena,
dapatlah kita jumpa. Kita rancang mungkin nak bertemu beberapa orang, tetapi
yang dapat mungkin 2-3 orang sahaja. Wallahua’lam
Sahaya nak kena susun perjalanan ini hasil pengalaman
bermusafir ke KL dan kemudiannya sekali lagi ke Pahang tempoh hari. Rancangnya
untuk bertemu dengan beberapa orang tetapi masa, laluan dan lokasi semasa dlaam
perjalanan itu tidak mengizinkan. Insya-Allah dengan cara begini, akan boleh
jumpa lebih orang.
Abu Zulfiqar
30 Oktober 2017
No comments:
Post a Comment