Seorang wanita muda menceritakan mimpinya... Dia bermimpi melihat ada baaanyak orang berpakaian serba putih. Mereka keluar daripada sebatang pokok yang luar biasa besarnya. Lebih besar lagi daripada pokok2 besar di Taman Tasik Taiping. Berdasarkan contoh yang cuba disampaikannya, sahaya mengagak besarnya lebih daripada 10 depa (pemeluk, bukaan kedua-dua belah tangan)) tangan lelaki dewasa.
Mereka diketuai oleh seorang nenek muda yang berpakaian serba putih juga. Disebut sebagai nenek muda kerana usianya memang sudah tua tetapi masih kelihatan tidak tua. Punyalah ramai kaum itu ibarat penduduk sebuah kerajaan.
Mereka semua bergerak sebagai satu rombongan menuju ke arah si wanita. Rupa-rupanya rombongan itu merupakan rombongan merisik (bukan meminang). Sedang mereka bergerak beramai2 itu... si wanita pun terjaga.
... sekadar kongsikan mimpinya bukan maksudnya, kerana macam ada kegunaannya pada masa2 akan datang. Wallahua'lam.
8/5/23
No comments:
Post a Comment