Sunday, May 21, 2023

Kitab2 Syarahan Abu Zulfiqar

 

Seorang hamba Allah bertanya tentang kitab2 yang pernah atau sedang sahaya syarahkan. Sebagai jawapannya, kitab2 tersebut ialah :

1. Ihya' 'Ulumuddin (Imam al-Ghazali)

2. Misykat al-Anwar (Imam al-Ghazali)

3. Kimiya' as-Sa'adah (Imam al-Ghazali)

4. Al-Munqiz min adh-Dhalal (Imam al-Ghazali)

5. Ar-Risalah al-Laduniyah (Imam al-Ghazali)

6. Munyatul Musolli (Syeikh Daud al-Fatani) - sempat separuh kitab sahaja

7. Kifayatul Muhtaj fil Isra' wal Mi'raj (Syeikh Daud al-Fatani)

8. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Syeikh Fahmi Zamzam)


Manakala kitab2 yang pernah disyarahkan dalam perkumpulan2 kecil (keluarga, bukan dalam pengajian2 umum) pula ialah :

1. Tahafut al-Falasifah (Imam al-Ghazali) - bahagian2 terpilih sahaja

2. Maza Ya'ni Intima'i lil Islam (Syaikh Fathi Yakan)

3. Syahsiyatul Muslim (Dr. Muhamamd Ali Hashimi)

4. Haza ad-Diin (Sayyid Qutb)


Kitab induk Ihya' 'Ulumuddin ini terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. Memang tebal. Kitab2 yang sahaya syarahkan :

1. Kitab Ilmu - tamat

2. Kitab Akidah (Qawaid al-'Aqaid) - tamat

3. Kitab Tauhid dan Tawakal - tamat

4. Kitab Amar Ma'ruf Nahi Munkar

5. Kitab Nabi Muhammad (Adab Kehidupan Nabi saw) -tamat

6. Kitab Keajaiban Qalbu (dalam perkumpulan kecil)

7. Kitab Latihan Qalbu

8. Kitab Bahaya Lidah - tamat

9. Kitab Faqir dan Zuhud - tamat

10. Kitab Cinta Allah - tamat


Seingat sahaya, sekadar itulah sahaja kitab2 yang Allah anugerahkan peluang kepada sahaya untuk mensyarahkannya setakat ini. Mudah2an Allah tambahkan lagi.


21/5/23



No comments: