Showing posts with label TARBIAH DAN MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label TARBIAH DAN MOTIVASI. Show all posts

Sunday, September 6, 2026

Antara Risiko Tidak Bersanad

 

Sanad amat penting, maka pentingkanlah sanad. Baik tariqah, atau guru, atau kitab, sedapat2nya carilah yang bersanad. Seboleh2nya yang bersanad muttasil. Sekiranya tak dapat yang bersanad penuh, dapat yang terputus satu tempat tu boleh kata ok lah. Jangan putus banyak orang.

 

Banyak dah kita tengok, orang yang tak bersanad ni, ataupun yang putus sanad ni, tak sampai sejauh mana pun, tak boleh nak pergi. Umumnya awwaluddin boleh sampai dan duduk, nisfuddin mungkin boleh jejak, akhiruddin hampir2 tak ada, kamaluddin lagilah tak ada. Banyak juga yang awalnya ok, tengahnya ok, tapi hujungnya menyimpang atau tersimpang.

 

Pada zaman akhir ini, antara fitnahnya, sebahagian manusia semakin terlorong kepada tidak berguru. Mereka mencari2 sendiri maklumat2 agama. Mereka juga semakin terlorong kepada tidak bersanad. Ini sebenarnya berbahaya.

 

Orang2 yang bersanad, bersyukur. Orang2 yang bersanad muttasil, lagilah sepatutnya lebih kuat bersyukur.

 

-          Petikan Kuliah khas Sanad2 Tarekat Ghazaliyah siri ke-3 (akhir) oleh Abu Zulfiqar al-Amsyari 

Sunday, July 5, 2026

Adab Apabila Terlambat

 

Dalam hidup ini, kita memang ada terlambat, tetapi… jangan membiasakan terlambat, jangan selalu terlambat, jangan banyak terlambatnya, dan jangan membiarkan lama tempoh terlambatnya itu. Hal ini adalah sedemikian kerana… ada hal2 yang amat sukar untuk kita mendapatkannya semula, dan ada hal2 yang kita tidak akan dapat lagi untuk memperolehinya.

 

Apabila manusia terlambat, mereka akan terbahagi kepada beberapa golongan iaitu :

i) yang berusaha mengejar dengan gigih (berlari) tetapi dengan penuh kesabaran mengikut adab tertibnya. Manusia jenis ini sangat bagus.

ii) yang berusaha mengejar dengan kelajuan biasa (berjalan) dan dengan penuh kesabaran mengikut adab tertibnya. Manusia jenis ini memang bagus.

iii) yang tidak lagi berusaha mengejar melainkan duduk sahaja dengan apa yang sedia ada. Manusia jenis ini akan terus kerugian.

iv) yang berusaha mengejar dengan kelajuan biasa (berjalan) tetapi lemah kesabaran mereka dan lemah dalam mematuhi adab tertib. Manusia jenis ini akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

v) yang berusaha mengejar dengan gigih (berlari) tetapi lemah kesabaran mereka dan lemah dalam mematuhi adab tertib. Manusia jenis ini akan sangat menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

 

*sambungan daripada penulisan pada 26 Ogos 2025 bertajuk "Jangan Selalu dan Banyak Buat Silap"

Saturday, July 4, 2026

Kita Berusaha, Allah Sangat Suka

 Allah Maha Penyayang. Apabila kita berusaha, Allah suka, dan makhluk2-Nya pun suka. Apaila kita bertindak untuk berubah ke arah yang lebih baik - Allah suka, rasulullah suka, orang2 soleh suka, dapat pahala, dan dapat kasih- sayang-Nya. Semua susah kita di dunia ini, Dia akan balas dengan kesenangan berlipat kali ganda di akhirat nanti. Maka kita sama2 istiqamah dengan zikrullah, teruskan bersabar, dan terus berusaha dalam hidup yang sebentar ini.