Pertanyaan : Ustaz, macam mana nak ada banyak idea untuk menulis. Saya cuba2 menulis tapi selalu tak de idea. Ada tips tak ustaz?
Jawapan ringkas :
Antara panduannya :
1. Ikhlaskan hati.
2. Berdoa mohon kepada Allah apa yang dihajat itu.
3. Amalkan sufi.
4. Rajin bertafakur.
Insya-Allah ilham tak kering2 datang. Kita akan berhenti menulis apabila sudah letih lesu sahaja (atau ada kerja lain, gangguan, waktu makan minum, waku solat, waktu ke bilik air dan seumpamanya). Lepas itu boleh sambung terus lagi. Tambah2 dalam bidang yang kita ada kemahiran tentangnya.
Satu hal lagi, menulis atau aktiviti lain ini berkait dengan bakat (rezeki atau anugerah daripada Allah) juga. Ringkas kata, lain orang lain bakatnya. Ada orang mahir melukis, akrobatik, berkata-kata, memimpin, seni beladiri, menembak, dan sebagainya. Wallahua'lam.
28/5/23
No comments:
Post a Comment