Belum habis lagi pengalaman cuti raya tempoh hari. Sebelum ini sahaya sudah kongsikan beberapa peristiwa menarik daripadanya. Apabila kita jumpa orang itu orang ini, kadang2 Allah selitkan sesuatu yang sangat berharga. Sekurang-kurangnya ada tiga hal lagi yang sahaya mahu kongsikan. Penulisan kali ini berkisar tentang salah satu daripadanya.
@@@@@@@@@@
Ada seorang hamba Allah (yang ini tidak bertemu secara berhadapan tetapi dia mengucapkan selamat hri lebaran melalui media sosial) yang mengatakan dia suka membaca penulisan tentang mimpi2 yang sahaya berjaya tafsirkan. Dia juga berharap dapat menjadi seorang yang boleh mentafsir mimpi suatu hari nanti. Selama hari ini dia cuba mengikut tips2 yang sahaya pernah kongsikan dan cuba2 mentafsir mimpi. Dia meminta agar sahaya berikan contoh2 mimpi untuk dia cuba tafsirkan.
Sahaya pun memberikan satu contoh mudah. Jika seseorang bermimpi begini dan begini... apakah maksudnya? Jawapan yang diberikannya memang sangat sesuai.
Kemudian sahaya beri satu contoh yang (sayalah menganggapnya) lebih susah daripada yang pertama. Dia pun memberikan jawapannya dan jawapannya boleh dianggap bagus juga. Betul tafsirannya walaupun tidak tepat. Saya pun mengucapkan syukur kepada Allah dan syabas kepada hamba Allah ini.
Saya kira perbualan tentang ilmu tafsir mimpi tamat di situ sahaja tetapi dia meminta pula satu mimpi sebenar yang bukan sekadar contoh2an. Jika boleh, mimpi sahaya sendiri. Dia nak mencuba.
Setelah sahaya berfikir2, sahaya bercadang untuk bertanyakan satu mimpi yang pernah sahaya alami. Tetapi untuk mentafsirkan mimpi itu, orang itu hendaklah rajin mengikuti berita semasa. Jiak tidak, sahaya kena berikan mimpi yang lain. Jawabnya dia memang sentiasa "up to date". Yang sahaya faham daripada istilah ini menggambarkan dia memang selalu ikutilah. Maksud sebenarnya entahlah. Itu sekadar yang sahaya faham.
Maka sahaya pun mengisahkan sebuah mimpi sahaya sekitar bulan Oktober 2021 yang lalu.......
@@@@@@@@@@
Dalam mimpi itu, sahaya terlihat sebiji jantung pisang. Entah sahayakah yang mengecil atau jantung pisang itukah yang membesar, tiba2 sahaja sahaya berada pada (di atas) jantung pisang itu. Di sekeliling sahaya ada pokok2 atau tumbuh2an yang agak layu dan kekeringan yang tumbuh pada jantung pisang itu.
Sahaya pun memandang jauh lagi ke serata jantung pisang itu. Sahaya ternampak beberapa pokok yang subur menghijau tetapi dikelilingi oleh pokok2 atau tumbuh2an yang agak layu kekuningan atau kering kecoklatan/kemerahan. Sahaya pun mengira pokok2 yang subur kehijauan itu, ada lapan kesemuanya.
Tamatlah mimpi.
@@@@@@@@@@
Selepas sehari dua kemudian, dia (dengan jujurnya) mengakui tidak berjaya mentafsirkannya. Cuma dia percaya mimpi itu berkaitan dengan isu semasa, orang2 tertentu dan tempat2 tertentu. Dapatan secara umum sebegitu tentunya tidaklah dapat dikatakan sebagai satu tafsir, ta'wil atau ta'bir kepada sebuah mimpi. Namun asas-asasnya sudah betul dah tu.
Semoga Allah rezekikan ilmu tafsir mimpi ini kepadanya, dan ditambahkan lagi.
17/5/23
No comments:
Post a Comment