Mengapa soalan2 di FB tak berjawab?
Kita cerita sikit. Mengapa dibuat page FB Pak Long Abu? Setelah "diserang" dan disabotaj bertubi2 selama lebih kurang 1 bulan, kami tidak berjaya menyelamatkan 3 e-mel, 4 laman FB dan beberapa blog. Nasib baik FB Abu Zulfiqar Sufyan berjaya diselamatkan lebih awal. Akaun Youtube yang berisi video2 pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin juga sempat terlepas sekejap, tapi berjaya diperoleh semula. Blog utama iaitu Debunga Teratai Syurgawi asalnya dah terlepas. Entah macam mana hujung2nya berjaya dapat semula. Jadi, sebagai ganti kepada 4 laman FB yang dah terlepas, dibuatlah satu iaitu FB Pak Long Abu.
Oleh yang demikian, segala pertanyaan (mesej bertulis) tuan2 berkaitan hal ehwal agama, tafsir mimpi, perubatan Islam, isu2 rumahtangga, perbandingan agama dan lain-lain pada laman2 tersebut tidak dapat sahaya akses lagi. Banyak yang belum sempat dijawab. Kiranya terhapuslah segala soalan yang dikemukakan itu. Maka janganlah tertunggu2 lagi.
Sekiranya masih mahu, tuan2 kenalah tulis semula persoalan2 yang diajukan itu ke FB Pak Long Abu atau FB Abu Zulfiqar Sufyan. Sekian dimaklumkan.
18/5/23
No comments:
Post a Comment