Apabila kijang2 di padang rumput negara xyz di Afrika berlaga tanduk, mereka tak pedulikan lagi hal2 di sekeliling. Harimau2 duduk jadi penonton di sebelah pun kijang2 tak lari. Maka pada bila2 masa harimau nak makan, ia terus terkam sahaja. Sekurang2nya seekor kijang akan dapat ditangkap dengan sangat mudah. Silap2 dua ekor sekali jika tanduknya tersangkut.
Maka untuk memudahkan urusan harimau2 mencari makan, mereka hanya perlu melorongkan atau mewujudkan situasi agar kijang2 sentiasa saling ghairah lagi istiqamah bersemangat untuk bertempur sesama sendiri. Dah tentu kijang2 tak akan hiraukan harimau2 lagi dan tak akan menentang segala agenda harimau2.
Harimau2 pun bijak. Mereka pilih beberapa ekor kijang untuk istiqamah mencetuskan rasa pertentangan antara sesama kijang2 lain. Sebagai imbalannya. kijang2 pilihan tadi dijamin keselamatan, kelangsungan hidup dan akses untuk makan2 dengan tenang di padang2 rumput.
Walaupun sudah berulang kali kijang2 diingatkan bahawa sesama mereka bukanlah musuh dan semestinya mereka berganding tanduk untuk melawan harimau2 yang tak berapa ekor itu, tapi kijang2 tetap mahu bermusuh sesama mereka. Ada le segelintir kijang yang punya kesedaran dan mahu melawan harimau2, tapi majoriti kijang lebih berminat untuk berlaga sesama sendiri. Maka kijang2 yang segelintir tadi pun tak mampu berbuat lebih banyak untuk menggagalkan harimau2. Pendek kata, kijang2 akan laaaama lagi menjadi mangsa kepada harimau2 kerana kijang2 tetap taksub untuk bertempur sesama sendiri.
20/5/23
No comments:
Post a Comment