Friday, May 12, 2023

Mimpi Ladang dan Kilang Musnah

 

Baru2 ini sahaya mendapat satu mimpi. Dalam mimpi itu, sahaya mempunyai sebuah kebun besar atau boleh juga disebut sebagai ladang. Ada banyak tumbuh-tumbuhan, haiwan peliharaan atau ternakan, dan haiwan2 lain yang singgah atau menumpang. Ladang ini lebih kepada ladang tradisional. Ada banyak ayam kampung yang hidup bebas, begitu juga dengan itik air, kambing, lembu, kerbau dan sebagainya. Ribuan jumlahnya.


Yang menghairankan sahaya, ladang itu seolah-olah berada di dalam sebuah kawasan kilang. Ada kawasan terbuka (bumi beratapkan langit), ada kawasan berbumbung tapi terbuka, dan ada kawasan yang dalam ruangan tertutup. Tumbuh-tumbuhan banyak di luar tetapi haiwan2 ada juga yang di bawah kawasan berbumbung. Ladang pun ladang, kilang pun kilang. Ladang + kilang = ladilang? Begitulah lebih kurang agaknya. Kedua-duanya sudah saling bercampur dengan agak canggih.


Tiba-tiba, ladang itu ditimpa bencana. Sahaya tidak pasti jenis bencananya tetapi hal itu membuatkan ladang itu musnah. Sahaya pun terpaksalah pulanglah ke kampung halaman. Tapi di mana terletaknya kampung halaman itu tidaklah saya pasti juga kerana gambarannya tidak sama pun dengan kampung asal sahaya. Cuma yang sahaya tahu, dalam mimpi itu sahaya pulang ke kampung halamanlah.


Di kampung, sahaya berasa kehilangan tetapi sahaya tidak pula bersedih. Lalu sahaya bercadang untuk mengusahakan kebun dan memelihara haiwan secara kecil2an sahaja. Di kebun itu ada beberapa ekor haiwan seperti ayam, itik, kambing, lembu, kerbau, burung, kucing dan beberapa ekor lagi yang sahaya sudah tidak ingat spesisnya. Ada 10 ekor semuanya dan ada seekor haiwan lain yang menumpang.


Tamatlah mimpinya.


12/5/23

No comments: