Sekiranya berhajat datang bertemu atas hal2 berkaitan Tariqah Ghazaliyah dan sekitarnya, umumnya layanan sahaya sama sahaja terhadap semua orang. Tidak ada layanan atau pengecualian special berbanding orang2 lain walau siapa pun individunya, melainkan bagi :
1. pengamal2 sedia yang diyakini istiqamah.
2. keadaan2 yang bertahap darurat berat/besar, khususnya bagi agama dan umat.
3. keadaan2 yang sangat khusus, yang sangat jarang berlaku.
3. keadaan2 paksarela atau helahrela yang tidak dapat sahaya elakkan. Contohnya menggunakan kekerasan, tipu helah, kekuasaan, ugutan dan sebagainya.
Semua yang berhajat tetap kena ikut aturan2 dan adab2nya.
Sekadar contoh rekaan (diubahsuai daripada pengalaman2 lalu yang benar2 berlaku) :
"Ana syeikh bagi tarekat sekian dan sekian dan sekian. Jadi ana nak jumpa anta pada tarikh sekian, masa sekian, di tempat sekian."
Walau syeikh kepada puluhan tarekat sekalipun, tetap kena ikut aturan dan adab berkaitan. Sepatutnya syeikh tarekatlah yang lebih arif tentang aturan dan adab serta mencontohkannya, bukan berhajat melanggarnya. Jika masih mahu, ikut sahaja tarikh yang sudah kami tetapkan. Selamat datang kami ucapkan.
"Orang yang nak datang jumpa ustaz ni keturunan sekian2 dari tempat sekian2 dengan maqam sekian2..."
Sama juga. Semua kena ikut adab dan aturan. Jika kita berhajat kepada mereka pun, kita tetap akan ikut adab dan aturan yang mereka tentukan dengan patuh hati. Takkanlah mereka hanya mahu aturan dan adab mereka sahaja dipatuhi tetapi adab dan aturan orang lain boleh diketepikan?
"Ustaz, ada ulama sekian2 dari negara sekian2 nak jumpa dalam bulan sekian2..."
Dia atau mereka tetap kena hormat dan patuh adab dan aturan. Antaranya kita sudah tetapkan tarikhnya. Sekiranya dia/mereka jenis beramal lagi berpegang dengan sabar dan tawakkal, sudah tentu mereka akan menanti tarikh yang disediakan. Jika dia/mereka jenis lemah sabar dan tawakal, bagaimana mereka boleh bertaraf ulama?
"Tapi ustaz, dia tu Dr. Ada PHD. Bukan senang dia nak datang jumpa."
Ada 10 PHD pun sama juga.
"Jutawan tu ustaz. Boleh kot kita siapkan satu hari untuk dia."
Mohon maaf banyak2. Jutawan pun sama juga.
"Beruntung ustaz. Wali Allah yang bagitau nak datang."
Sama juga. Wali Allah lagi sepatutnya mahir dengan adab dan aturan.
"Tuan. Tokoh yang hendak berjumpa tuan ni bukan calang2 orang tetapi Al-Mahdi sendiri."
1. Nanti sahaya akan memohon gerak daripada Allah.
2. Saya juga akan selidik sama ada dakwaannya benar atau tidak, setakat kemampuan saya.
3. Jika berkemungkinan besar benar, Al-Mahdi pun tetap kena ikut adab dan aturan. Bahkan Al-Mahdi sebenar lagilah luar biasa arif akan adab dan aturan. Takkan dia tak arif bab sebegini? Jika dia awal2 lagi hendak melanggar adab dan aturan, sudah tentulah dia bukan Al-Mahdi sebenar."
Kesimpulannya. Jika benar2 berhajat lagi ikhlas, ikuti sahaja aturan dan adab yang ditetapkan. Jika tidak sanggup, tidak dapatlah kami hendak membantu.
*Jangan datang dengan macam2 kebesaran. Datanglah sebagai hamba Allah yang berhajat. Sangkut sebentar segala kebesaran dan kehebatan di "tepi pagar", barulah masuk ke mari.
*Contoh2 di atas diubahsuai daripada pengalaman2 lalu yang benar2 berlaku.
*Dalam hal2 tertentu kita terpaksa bertegas sikit terutamanya yang berkaitan dengan adab dan aturan.
7/5/23
No comments:
Post a Comment