Saturday, May 20, 2023

Langit Pagi di Timur yang Terindah

 May be an image of twilight and cloud 

Pagi 19 Mei 2023. Seingat sahaya, inilah pemandangan langit timur pada waktu pagi yang paling menawan yang pernah sahaya lihat secara berhadapan mata. Cuma apabila ditangkap gambarnya menggunakan kamera telefon, warna2nya tidaklah benar2 sama dan mungkin biasa2 sahaja bagi sebahagian mata orang lain. Namun pemandangan aslinya lebih cun-melecun lagi.


Bagi orang2 yang selalu menyebutkan dengan lembut nama Kekasihnya dengan rasa cinta di dalam qalbunya, "Allah..... Allah..... Allah....", apabila terpandang sesuatu yang sangat indah sebegini, walaupun lafaz di dalam dada itu tidak terdengar oleh telinga, tetapi bunyinya di dalam itu jadi kuat berdetap-detap, seakan2 bergegar dada kerana terpesona melihatkan 'keindahan"-Nya.


Mengulang2 sebut di mulut atau di qalbu dengan rasa jatuh cinta akan nama kekasih kita yang dalam kalangan makhluk sahaja pun sudah terasa lazatnya, apatah lagi nama Kekasih Yang Sebenar2nya, Kekasih Yang Awal dan Akhir, Kekasih Yang Zahir dan Batin, Kekasih Yang Sentiasa Bersama2 Kita Selamanya. Kekasih Yang Tidak Pernah Terlepas Melihat Kita... kadang2 suasana qalbu yang terlalu terpesona itu boleh meluncurkan aliran air mata.


19/5/23

No comments: