Thursday, May 18, 2023

Kenangan Kerja Kilang : Buat Tuntutan

 

Sewaktu zaman remaja dahulu, saya pernah bekerja di sebuah kilang. Kilang itu ada dua bahagian utama. Bahagian hadapan (dewan utama) yang lebih luas adalah untuk orang2 yang kerjanya lebih ringan dan dibuat sambil duduk. Pekerjanya lebih ramai. Bahagian belakang yang lebih kecil pula adalah untuk orang2 yang kerjanya lebih berat dan dibuat sambil berdiri. Pekerja bahagian ini beberapa orang sahaja. Saya bekerja di bahagian belakang. Ringkas kata, sepanjang hari saya kena berdiri dan berjalan. Hanya sesekali dapat duduk sebentar.


Tiba suatu ketika, kami pun menyuarakan perasaan kami kepada supervisor agar :

1. bebanan kerja kami dikurangkan iaitu OT hanya 1-2 kali sahaja dalam seminggu, bukannya hampir setiap hari OT sampai pukul 7 petang.

2. layanan diberi sama rata atau sekurang-kurangnya hampir sama rata antara pekerja bahagian hadapan dan perkerja bahagian belakang. Hal ini kerana kami di bahagian belakang sering didiskriminasi dari segi layanan, kebebasan, dan kemudahan.


Selang beberapa hari kemudian, supervisor kami pun memberitahu beberapa khabar baik. Katanya :

1. tauke beri kelonggaraan untuk datang lewat 5-10 minit (padahal kami memang jenis datang awal 10 minit secara sekumpulan. Tak minta pun untuk datang lewat)

2. tauke juga akan belanja kuih (terutamanya cucur udang) dan air bungkus (teh ais, kopi dsb) pada setiap petang (padahal setiap petang kami guna duit sendiri untuk beli yang lebih hebat lagi daripada itu. Tak minta pun untuk dibelanja)

3. tauke bercadang untuk naikkan gaji kami sebanyak 5 sen bagi setiap produk (setakat naik 5 sen, seakan2 tak naik apa-apa pun. Dan kami tak minta pun untuk naik gaji)

Yang peliknya, langsung tak disentuh tentang pengurangan beban kerja atau penghapusan diskriminasi sebagaimana yang kami mohon. Seolah2 tauke mahu mengelabui mata kami dengan harapan agar kami terlupa, tauke kelihatan berjasa, dan tuntutan2 itu pun berlalu begitu sahaja,


Kami pun pening. Kami ni bodoh ke agaknya pada mereka? Lain masalah kita, lain pula yang mereka hendak selesaikan. Lain yang kita minta, lain pula yang mereka hendak beri. Kami pun macam nak naik angin le juga. Supervisor pun kata nanti dia akan sembang dengan tauke lagi.


Setelah kecoh2 buat beberapa hari, akhirnya tuntutan kami pun dilayan juga tetapi hanya separuh sahaja.

1. Dari segi bebanan kerja, kami tetap kena OT setiap hari tetapi setakat pukul 5.30 atau selewat2nya pukul 6 sahaja jika ada keperluan. Tak mahu mengalah juga dia. Jadilah.

2. Dari segi diskriminasi, tetap ada tetapi memang banyak berkurang. Kami lebih bebas ke sana ke mari dan bergaul dengan pekerja2 lain dna menggunakan segala kemudahan.

Tapi, bab belanja minum petang dan naik gaji 5 sen di atas tadi - senyap begitu sahaja. Tak mengapalah, kerana hal2 itu bukan kami minta pun. Kami tak terasa rugi apa-apa pun walau tak dapat.


Sekalipun kami tidak berjaya mendapat 100% hal2 yang dimohon, tetapi sekurang2nya dapat juga walau sekadar beberapa puluh peratus.


17/5/23

No comments: