Showing posts with label TAFSIR. Show all posts
Showing posts with label TAFSIR. Show all posts

Tuesday, March 18, 2025

Risalah Laduniyah - Jenis2 Tafsir Quran

 

Bagaimanakah cara mentafsirkan al-Quran?

i)                    Mentafsirkan al-Quran dengan wahyu. Yang ini hanya dapat dilakukan oleh Nabi saw.

ii)                  Mentafsirkan al-Quran dengan ilmu ladunni. Yang ini umumnya hanya dapat dilakukan oleh wali2 Allah.

iii)                Mentafsirkan al-Quran dengan qalbu. Yang ini umumnya dilakukan oleh sebahagian ulama. Mereka kaji ayat2 Al-Quran, hadith2, dan sebagainya untuk mentafsirkan Al-Quran.

iv)                Mentafsirkan al-Quran dengan ‘aqal. Yang ini dilakukan oleh semua ulama. Mereka kaji ayat2 Al-Quran, hadith2, dan sebagainya untuk mentafsirkan Al-Quran.

 

Ada berapa jenis tafsir al-Quran dalam kalangan ulama2 tafsir?

1. Tafsir Bir-Riwayah. Dikenali juga sebagai Tafsir Bil Ma’thur.
2. Tafsir Bid-Dirayah Dikenali juga sebagai Tafsir Bir Ra’yi.
3. Tafsir al-Isyari.

 

…petikan pengajian kitab Ar-Risalah al-Ladunniyah (Imam al-Ghazali), 16 Ramadhan 1446

Saturday, March 8, 2025

Wahai Al-Muzzammil dan Al-Muddaththir

 

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada waktu malam (untuk menghidupkan malam) kecuali pada sebahagiannya.” (Al-Muzzammil : 1-2)

 

“Wahai orang yang berselubung! Bangunlah (lalu) terus (segera) BERI PERINGATAN.” (Al-Muddaththir : 1-2)

 

Kita masih belum bangun2... kerana pelbagai sebab dan alasan – contohnya : malas, tak wajib pun, dah selesa (dah ok, buat apa nak kerjakan yang susah2), orang lain dah buat, takut atau tiada keberanian (sampai “berselubung”), tok guru suruh banyakkan berselubung sahaja zaman ini, serah kepada Allah sahaja sepenuhnya apa yang sedang dan akan berlaku... dsb.

 

03 03 25

Tuesday, January 21, 2025

Umumnya Terjemahan Lain, Tafsir Lain

 

Kita ni ucap Alhamdulillah dah lama, sejak kita kecik. Tambah2 lagi perkataan Alhamdulillah tu ada dalam Surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah ni pulak kita baca tiap2 hari. Tapi, berapa banyak umat Islam yang tau tafsir dia?

 

Terjemahan… lain, tafsir… lain. Ramai jugak orang yang tau terjemahan “Alhamdulillah”. Tapi kurang orang yang tau tafsiran “Alhamdulillah”. “Segala puji bagi Allah” tu terjemahan dia, iaitu terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Tafsir dia pulak? Lebih mendalam lagi.

 

Apabila kita sudah memahami tafsiran “Ahlamdulilah” ni, maka kita akan berasa lebih lazat lagi sewaktu kita mengucapkan Alhamdulilah, dan sewaktu kita melafazkan zikrullah “Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah…….”

 

Petikan pengajian kitab Misykatul Anwar oleh Ustaz Dzul al-Ghazali