Thursday, May 4, 2023

Antara Ciri2 Orang Narsistik

 

Narsistik itu boleh dikatakan satu masalah mental dan gangguan personaliti. Orang jenis itu punya keyakinan yang ekstrem dan kuat terperasan sendiri. Jika cuba dirawat oleh ahli TST (tasawuf - sufi - tarekat), tabib, doktor, psikiatris atau sebagainya, silap2 mereka yang "lari" dengan kerenah orang narsistik itu. "Penyakit" itu boleh sahaja kena pada individu dalam semua golongan masyarakat.


Masalah narsistik ini pelbagai keadaannya tetapi secara umumnya biasanya beginilah keadaan orang2 yang terlibat :

1. Dia selalu terasa yang banyak orang sedang iri hati kepadanya.

2. Dia sangat suka jika dipuji. Ada juga yang akan bersikap seolah2 dia seorang yang rendah hati dan tidak perlu dipuji2 sebegitu pada mulutnya dan lagaknya, tetapi dalam hati kecilnya sangat suka jika puji2an itu berterusan dan kerap.

3. Dia sering berasa tergugat apabila ada orang lain pula yang dipuji sekalipun dalam hal2 yang kecil. Dia sering berasa "tidak selamat".

4. Dalam mencapai matlamat2 yang boleh menaikkan dirinya, dia tidak kesah jika orang2 lain terpaksa mengalami kesusahan dan penderitaan. Dia sanggup mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain agar agendanya berjaya. Yang penting, namanya naik walaupun banyak mempergunakan orang lain ke arah itu. Yang lebih ekstrem lagi, dia berasa ada kepuasan jika orang2 lain bersusah-payah dan menderita kerena kepentingannya. Lagi ramai dan lagi besar skala yang terlibat, lagi disukainya.

5. Dia kurang empati akan perasaan dan kesulitan orang lain. Tetapi kala dia mengalami kesulitan, dia sangat mahu orang2 lain empati akan perasaan dan kesusahannya.

6. Selalu berasa dirinya sangat penting dan hendaklah dipandang penting oleh orang2 lain. Sering berasa dirinya lebih penting daripada orang2 lain.

7. Dia sangat mengagumi dirinya sendiri dan sangat mahu orang lain juga mengagumi dirinya.

8. Dia sangat dahagakan pujian, pengiktirafan dan sanjungan.

9. Dia suka bercerita tentang kelebihan dan pencapaiannya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dia juga suka jika orang lain bercerita tentang kelebihan dan pencapaiannya.

10. Dia mudah terasa tersinggung tetapi cuba disembunyikannya. Dia sangat pantang ditegur atau dikritik, walaupun dia berusaha menyembunyikan perasaannya.


4/5/23

 

PERSOALAN : Ada pengaruh saka ke agaknya?

JAWAPAN : Sekadar pandangan saya, tidak berkaitan kerana ia lebih kepada masalah kejiwaan diri sendiri. Sekiranya ada pun, mungkin dalam kes2 terpencil. Wallahua'lam.


KOMEN : Harapnya ada ubat untuk orang jenis ni, letih nak deal :)

BALASAN : Jika ada yang jenis cepat berkesan lagi bagus. Memang letih lebih2 lagi jika penghidapnya ialah orang yang dekat dan selalu dengan kita seperti pasangan, rakan sekerja, atasan kita, bawahan kita dan sebagainya.

 


No comments: