Lafaz Zikir Harian "Ya Allah' pada hari Jumaat itu merupakan salah satu daripada amalan asas Tarekat Ghazaliyah sejak zaman Imam al-Ghazali. SANADNYA bersambungan daripada Imam al-Ghazali sampailah ke zaman kita ini daripada seorang guru kepada seorang guru (atau kepada seorang murid) - tanpa terputus. Amalan ini disampaikan secara berhadapan dan bertemu tangan (bersalaman - jika lelaki). Maksudnya "haba" tangan Imam al-Ghazali berpindah turun melalui tangan para mursyid sejauh berpuluh generasi lalu singgah di tangan kita. Di situlah ada nilai tambah barakahnya kepada barakah sedia ada.
NAMUN sesiapa sahaja yang ada mendapat tahu tentangnya, boleh sahaja terus diamalkan kerana amalan tersebut memang sudah diniatkan sebagai diijazahkan siap2 kepada seluruh umat. Tidak perlu untuk diijazahkan secara bersemuka oleh sesiapa.
Cuma kebanyakan orang tidak tahu bahawa lanjutan amalan ini bukanlah sekadar dilafazkan di mulut sahaja kerana 1000 lafaz zikir itu ada pembahagiannya dan "tempat2 letaknya". Di sinilah terdapat sedikit perbezaan amalan antara pengamal Tarekat Ghazaliyah dan kebanyakan orang lain. Penghayatan dan kelazatannya akan lebih lagi jika kita mengetahui lanjutan atau perinciannya.
Lanjutan dan perincian ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, cuma mengikut adab2 yang digariskan oleh Imam al-Ghazali selaku pengasas tariqah dan pengasas amalan ini, ilmu tentangnya hendaklah disampaikan secara berhadapan supaya jelas dan tidak tersilap.
Sebagai satu contoh untuk menghampirkan kepada faham (bukan contoh sebenar), dalam silat tertentu ada permainan (atau lebih tepat lagi penggunaan) parang lading. Walaupun umumya di Siberia tidak ada parang lading, tetapi mana2 orang Siberia yang terjumpa parang lading dan mahu menggunakannya untuk berhadapan dengan musuh, boleh sahaja terus menggunakannya. Tidak perlu tunggu untuk diijazahkan oleh seorang mahaguru silat yang jauh beribu batu sedangkan serigala sudah pun berada beberapa meter sahaja di depan mereka. Terus gunakanlah sahaja parang lading itu.
Namun kelazatan dan keberkesanan penggunaannya tidaklah sama jika dibandingkan dengan mereka datang berguru sendiri dengan guru silat tersebut akan penggunaan parang lading itu. Barulah dapat tahu cara penggunaannya dengan tepat, teknik2nya, rahsia2nya, dan petua2nya.
*Penulisan ini dibuat sebagai penjelasan kepada seorang hamba Allah yang memohon pendapat. Sudah bertahun2 dia istiqamah mengamalkan lafaz Zikir Harian Imam al-Ghazali (Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah) dan selesa dengannya. Cuma dia berasa macam "masih ketinggalan" berbanding seorang pengamal lain. Sahaya berpandangan bahawa kemungkian besar hal itu berlaku kerana pengamal itu memang ada datang belajar ilmu dan teknik zikrullah Zikir Harian lanjutan suatu ketika dahulu manakala hamba Allah ini pula sekadar melafazkannya supaya cukup 1000 kali setiap hari. Biasanya memanglah dapatannya akan berbeza. Jika berhajat, datanglah pada pertemuan yang kita buka pada 4 November nanti (sekali sahaja untuk tahun ini). Cuma maklumkan siap2 akan hajatnya supaya kita boleh pilih dan kumpulkan hadirin mengikut hajat. Dapatlah kita menjimatkan masa.
*Kita buka pertemuan itu khususnya atas urusan2 tungku ad-diin al-iman, al-ihsan dan al-sa'ah tapi setakat ini yang ramainya mahu datang itu untuk rawatan/perubatan Islam. Kita memohon maaf banyak2 dan terpaksa menolak kerana kita tidak buka sebarang rawatan malah kita sudah tidak merawat lagi sejak Mac/April 2022 yang lalu. Kita faham akan keterdesakan banyak orang berkaitan kesihatan akhir2 ini dan sangat menghargai kepercayaan mereka, tetapi sekali lagi kita memohon berbanyak2 maaf.
25/5/23
No comments:
Post a Comment