Saturday, May 6, 2023

Akhbar di Negara Pokcik Sam

 

Di negara Pokcik (Ankel) Sam...


Zaman dulu2, tajuk2 utama akhbar itulah isu semasa terpenting sebenar. Tiada yang rumit.


Sampai suatu zaman, tajuk2 utama itu kadang2 bukan lagi isu semasa yang terpenting, tajuk2 kedua itulah sebenarnya isu semasa yang terpenting. Ini namanya pengalihan tumpuan agar masyarakat terlalai daripada isu penting sebenar. Orang2 bijaksana akan meneliti tajuk2 kedua terpenting sebagai keutamaan. Yang ini mulai rumit.


Sampai pula suatu masa, kadang2 tajuk2 kecil dan sampingan itulah isu semasa terpenting. Orang2 bijaksana akan mencari2 dan menyaring yang manakah sebenarnya yang terpenting. Yang ini lebih rumit.


Dan tiba pula suatu masa yang mana isu semasa terpenting itu kadang2 langsung tidak disebutkan pun. Orang2 bijaksana akan mencari2 di luar daripada akhbar. Yang ini paling rumit.


6/5/23

No comments: