Wednesday, May 24, 2023

Menempah Kehidupan yang Mesra Agama

 

Sebenar2 kejayaan manusia adalah dalam agama. Perjalanan hidup ini khususnya sejak akil baligh sampailah ke mati nak kena usaha dan ikhtiar DITEMPAH. Maka berusaha dan berikhtiarlah menempah perjalanan hidup yang kita agak tak akan mengganggu (atau tak akan banyak mengganggu, atau akan meminimakan gangguan) ruang dan peluang kita untuk menuntut ilmu2 agama, mengamal2 ilmu agama, berdakwah dan berjuang.


Jika tempahan kita tersilap, LAMA kita nak kena tanggung akibatnya. Boleh jadi juga selama hayat kita. Di akhirat sana, disambung lagi pula. Jika tempahan kita itu kurang cantik atau memang tidak cantik, LAMA kita nak kena tanggung akibatnya. Boleh jadi juga selama hayat kita. Di akhirat sana disambung lagi pula.


Antara perkara yang terlibat dalam menempah ini ialah jalan pendidikan kita, arah kerjaya kita, pasangan hidup kita, acuan pendidikan anak2 kita, kelompok orang yang dijangka akan selalu bersama2 dengan kita, lokasi rumah kita, dan sebagainya. Semua ini akan mempengaruhi ruang dan peluang kita untuk menuntut ilmu2 agama, mengamal2 ilmu agama, berdakwah dan berjuang.


Memanglah tidak semua yang kita usaha dan ikhtiar tempat itu akan berhasil, tetapi usaha dan ikhtiar kita itu disukai oleh Allah, dianugerahkan kasih-Nya, diberikannya pahala dan diganjarkan-Nya di akhirat sana. Dengan berusaha dan berikhtiar, biasanya peluang kita untuk mendapat hasil tempahan yang bagus adalah lebih cerah. Tanpa usaha dan ikhtiar, atau lemah usaha dan ikhtiar, biasanya peluang kita untuk mendapat hasil tempahan yang bagus adalah kurang cerah.


Kelalaian dalam menempah ini membuatkan ruang dan peluang kita untuk menuntut ilmu2 agama, mengamal2 ilmu agama, berdakwah dan berjuang akan jadi sempit. Biasanya sebahagian orang akan mula tersedar apabila suatu waktu nanti hatinya mula dihembus oleh ANGIN KEAGAMAAN . Ketika itu akan tercetus perasaan sesal dan kecewa. Ketika itu juga, ruang dan peluang untuk mengejar semula hal2 yang sudah lama terlepas itu sudah jadi sangat sempit.


Apabila berlaku hal yang sedemikian, wujudlah beberapa golongan manusia dan jin iaitu :

1. mereka yang malas lalu mereka ketepikan sahaja hal2 itu semua dengan penyedap kata mengikut perasaan bahawa memang sudah nasib mereka begitu, hendak dikejar sudah tidak berpeluang lagi, teruskanlah kehidupan dengan apa yang ada sahaja, dan seumpamanya.


(Mereka meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui, apa yang Allah tentukan sejak azali sudah pasti yang terbaik buat kita, Allah Maha Adil dan sebagainya)


2. mereka yang berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk mendapatkan semula hal2 yang mereka sudah terlepas atau tertinggal itu, sekadar kemampuan yang mereka ada. Mereka berguru, mereka belajar, mereka berkorban (masa, wang, tenaga, ego), mereka berfikir, mereka mengkaji, mereka bermuzakarah dan sebagainya umumnya secara seimbang (yakni bersesuaian dengan tempatnya).


(Mereka juga meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui, apa yang Allah tentukan sejak azali sudah pasti yang terbaik buat kita, Allah Maha Adil dan sebagainya. Tiada beza pada bahagian ini)


3. mereka yang berasa tertekan kerana terlepas atau ketinggalan lalu mereka tercari2 dan menggunakan jalan2 pintas. Jalan2 pintas ini ada beberapa keadaan :

i) jalannya lebih kepada difikir2, dirasa2 dan dihukum2 sendiri. Dipetik2, diadun dan disuaikan sendiri.

ii) jalannya lebih kepada ikut2 mana2 orang atau cara yang dirasakan boleh membawanya dengan kadar mi segera.

iii) jalannya ialah gabungan kedua-dua di yang atas.

(Mereka pun meyakini juga bahawa Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui, apa yang Allah tentukan sejak azali sudah pasti yang terbaik buat kita, Allah Maha Adil dan sebagainya. Tiada beza pada bahagian ini, maka tidaklah kita panjangkan bahagian ini)


Insya-Allah beruntunglah orang2 dalam golongan yang nombor 2 tadi. Wallahua'lam.


*Biasanya apa yang kita tempah, itulah yang kita dapat dan bertempat.


23/5/23

No comments: