Sunday, May 21, 2023

10 TAKIRAH PENDEK (Himpunan Mei 2023 bah. 1)

 



1. Mata kepala itu banyak tertipu. Mata akal itu membantu tapi tersangkut pada logik. Mata qalbu itu yang sukar ditipu walaupun melampaui logik.


2. Agama pada zaman akhir ibarat ular bermusafir kembali ke sarang. Semakin dekat, semakin banyaklah ia mengingat kembali hal2 yang sudah hilang.


3. Berabdi kepada-Nya atas dasar kewajipan itu terasa lelah, jika atas dasar cinta itu barulah terasa ghairah.


4. Biasanya apabila kita malu untuk berubah, malu untuk berbuat kebaikan, malu untuk berhijrah, malu untuk mencontohkan kebaikan, maka pada adatnya akan lambatlah "perjalanan" dan "kenaikan" ke "sisi"-Nya.


5. Ada bahan2 yang amsuk ke badan yang mudaratnya pada fizikal diri. Ada yang mudaratnya pada emosi. Ada yang mudarat pada kedua2nya sekali.


6. Umumnya apa yang kita tempah, itulah yang kita dapat. Apa yang kita tanam, itulah yang kita akan tuai.


7. Kita bercucuk-tanam, selalu juga kita puas memetik hasilnya walaupun pokok belum mencapai tempoh matang. Apabila ia mencapai usia matang, memang bergandalah hasilnya.


8. Sekiranya ditakdirkan suatu hari nanti tidak sihat, harap2 Allah teruslah kurniakan kekuatan sekurang2nya untuk beramal dan buat kerja2 untuk agama.


9. Empat amalan masa lapang anjuran Imam al- Ghazali - doa, zikir, fikir (tafakur), tilawah (& tadabbur)


10. Sebenarnya Imam al-Ghazali lebih berperanan kepada agama dan umat pada zaman uzlahnya. Uzlahnya penuh dengan kerja.


Abu Zulfiqar al-Amsyari


No comments: