Showing posts with label FIQH. Show all posts
Showing posts with label FIQH. Show all posts

Saturday, April 4, 2026

Yang Paling Penting : Prepping Ilmu

 

 

1.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-iman (‘aqidah, usuluddin, tauhid wilayah ‘aqal, kesejahteraan amal2 wilayah ‘aqal dsb), kenalah prepping ilmunya.

2.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-islam (fiqh, usul fiqh, hukum-hakam, kesejahteraan amal2 wilayah anggota dsb), kenalah prepping ilmunya.

3.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, awwaluddin, akhiruddin, kamaluddin, tauhid wilayah qalbu, kesejahteraan amal2 wilayah qalbu dsb), kenalah prepping ilmunya.

4.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu as-sa’ah (akhir zaman, zaman akhir, awal zaman akhirat, wilayah zaman dsb), kenalah prepping ilmunya.

 

Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam keempat2 tungku agama atau tiang ad-diin sebagaimana yang ditekankan dalam hadith Jibril ini, kenalah prepping ilmu2nya. Prepping bukan dari segi makan minum dan kelangsungan hidup di dunia ini sahaja (walaupun majoriti manusia memang telah, sedang dan akan terus buat begitu). Prepping paling utama = ilmu.

 

Maka dalam keempat2 fardhu agama ini, kita mestilah berusaha mencari ilmunya, kita berguru, dapatkan ilmu yang melalui sanad yang muttasil (tiada terputus), dan kita belajar berterusan dari semasa ke semasa.

 

Contohnya, jika kita tidak ada ilmu tungku al-iman (‘aqidah) lalu kita tidak mencari ilmunya, kita tidak pernah berguru dan tidak pernah belajar - bagaimana kita hendak hidup beraqidah dengan benar, menyaring isu2 berkaitan ‘aqidah, melalui cabaran2 ‘aqidah dsb? Ilmu tungku ‘aqidah ini bukan boleh direka2, atau dikaji2 sendiri, atau sepenuhnya mengikut2 sahaja kata2 orang itu orang ini. Paling kurang pun kita sudah pernah berguru dan belajar dengan orang2 yang sepatutnya dan melalui jalan yang sepatutnya.

 

Maka, prepping yang paling utama adalah prepping ilmunya (tanpa meninggalkan prepping hal2 lain).

 

-          Petikan pengisian lanjutan ilmu as-sa’ah & ilmu alam al-Imam al-Ghazali, 24 Mac 2026 bagi Kumpulan A

 


Sunday, March 8, 2026

Sujud Ruhani dan Jasmani Sekaligus

 "Pada hari 'betis disingkapkan' (hari akhirat yang dibuka amat banyak rahsia, dan penuh kegemparan yang membuatkan huru-hara keadaan manusia dan jin ketika itu) lalu mereka diseru untuk BERSUJUD, tetapi mereka tidak dapat melakukannya. (Yang mereka mampu dapat lakukan ketika itu hanyalah) pandangan mereka tertunduk ke bawah diliputi kehinaan. Dahulu (sewaktu meraka masih hidup di dunia) mereka telah diseru untuk MELAKUKAN SUJUD sewaktu MEREKA MASIH SIHAT (tetapi mereka enggan melakukannya)." (Al-Qalam : 42-43)

Sujud yang dimaksudkan dalam ayat ini bukanlah hanya sujud hati atau sujud batin sahaja, tetapi bersama2 sujud fizikal juga. Sebab itulah dikaitkan perbuatan sujud itu dengan PANDANGAN (MATA DAN KEPALA) MEREKA TERTUNDUK KE BAWAH dan dikaitkan perbuatan sujud itu dengan SEWAKTU MEREKA MASIH SIHAT. Kedua2 hal ini berkaitan dengan fizikal.

 

8/3/26 

Sunday, February 8, 2026

Ramadhan dan Kitab Imam al-Ghazali

 

Bulan Ramadhan menjelang tiba. Bagi yang mampu, ulang kajilah Kitab Hikmah Puasa (Kitab Rahsia Puasa) karangan al-Imam al-Ghazali di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri darpada 40 buah kitab di dalamnya). Banyak hal2 penting yang bersifat lanjutan yang umumnya tidak terdapat dalam penulisan2 lain berkaitan Ramadhan dan ibadah puasa di dalamnya.

 

Bagi yang kurang mampu, bolehlah membacanya sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran umum secara keseluruhan. Di samping itu, cari2lah jika ada pihak2 yang mensyarahkan Kitab Hikmah Puasa ini atau sekurang2nya membacakannya, maka duduk2lah dengan mereka. Jika  tidak ada, mohonlah kepada para pengajar yang berdekatan dengan tempat anda untuk menyampaikan isi kandungannya walaupun sekadar selitan dalam kuliah2 mereka, mengikut kelapangan mereka.

 

Sekiranya kita yakin bahawa pengajar itu memang layak dari segi ilmu dan amalnya (sekalipun si pengajar tidak pernah mempelajari Kitab Rahsia Puasa ini sehingga khatam, tidak bersanad lengkap, dan tidak diamanahkan oleh gurunya untuk mengajarkan kitab ini) boleh sahaja kita ikuti.

 

Sekurang-kurangnya setahun sekali menjelang Ramadhan, kita ulang kaji atau ulang bacalah Kitab Hikmah Puasa di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini. Kita jadikan amalan dan budaya.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

8/2/26

Tuesday, November 25, 2025

Mengapa Puasamu Gagal Lemahkan Nafsu?

 

“Sesiapa yang tiada kemampuan (untuk berkahwin), maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu melemahkan syahwatnya.” (Bukhari, Muslim)

 

Melemahkan syahwat ni ertinya mengurangkan perasaan berkehendak atau mengurangkan perasaan bernafsu. Yang itu. Bukannya melemahkan tenaga batin. Apabila lemah sedikit tubuh badan akibat berpuasa, maka pada adatnya akan berkuranglah atau akan meredalah perasaan/ nafsu. Jiwa akan jadi lebih tenteram.

 

Timbul persoalan – puasa sunat dah buat selalu, tapi perasaan bernafsu tu masih kuat juga. Macam mana tu?

 

Mungkin kerana ada kelemahan, kekurangan atau kesilapan dalam pelaksanaan ibadah puasa kita itu. Antara yang utama - biasanya hal ini saya selalu sebut pada menjelang Ramadhan dan pada bulan Ramadhan…kita ni waktu berpuasa umumnya macam puasanya nabi, tapi waktu tak berpuasa (setelah berbuka sampailah kepada puasa seterusnya), kita tak macam nabi. Waktu berpuasa, kita jaga agar tak makan, tak minum, tak jimak, tak dengki, tak buruk sangka, tak mengumpat….dan macam2 tak lagi. Kita patuh. Tetapi… start buka puasa je, kita balas makan banyak lagi pelbagai, minum banyak lagi pelbagai.

 

Contohnya – jika kita puasa sunat tiga hari berturut2. Start buka puasa malam ni sampailah ke fajar esok, kita punya makan minum macam2 dan banyak. Macam mana nak KURUSKAN KEINGINAN NAFSU? Ia MENGEUKKAN SEMULA nafsu.

 

Sepanjang di luar waktu berpuasa sunat tu pula – kita tak jaga kita punya cakap, sembang, dengar, nampak, tonton, buat. Semua ini MENGGEMUKKAN SEMULA keinginan nafsu.

 

Sebab itulah walau rajin puasa sunat, tapi keinginan nafsu dok kuat juga. Seolah2 puasa tu tak berkesan. Nak bagi berkesan atau lebih berkesan, masa berpuasa, kita berpuasa macam nabi buat. Masa di luar waktu puasa, pun kita macam nabi buat juga.

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25