Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Friday, June 27, 2025

Tidak Disebut Nama Imam al-Ghazali...

 

“Habib Abdillah Jufri bilang, kalau engkau belajar dengan satu orang guru, few session (setelah beberapa kali) engkau dah ikut kuliah dia, (tetapi) tak pernah sekali (pun) dia sebut nama Imam al-Ghazali, (engkau) tak payah belajar dengan dia. Bermakna dia (pengajar itu) tidak pernah mengambil daripada sumber yang tepat. Imam al-Ghazali ni kiranya takung dan salur. Dia ambil daripada yang sebelum dia, mujaddid dia (Imam al-Ghazali mujaddid pada kurunnya), kemudian dia salur semula kepada yang sesudah daripada dia. Ulama pula mengatakan : “Tanda kesejahteraan seseorang itu (adalah dengan) cinta Imam al-Ghazali. Subhanallah.” – Petikan kata2 Syeikh Abu Zaki dalam salah satu videonya (hanya petikan, tanpa sebarang komen)

Thursday, April 24, 2025

Almond London Tidak Berbadam

 

“Awat almond London ni tak dak badam kat dalam dia? Memang buat macam tu ka?”

“Memang. Anak2 dan kawan2 depa (mungkin kebanyakan budak2 sekarang pun) tak suka kalau boh badam kat dalam dia. Depa tak makan. Kalau makan pun, badam depa buang, tinggai ataih meja. Tapi badam taboq kat ataih elmen landen tu, depa makan pulak. Kita yang tua2 ni suka la kalau ada badam kat dalam tu. Kalau dak, rasa kosooong ja. Tapi tu la… Tak pa la, kita ni dah lebih daripada puaih makan dah. Tunggu nak mati ja. Kita raikan golongan muda la. Dah depa suka lagu tu.” 130425

Sunday, December 22, 2024

Pak Long Tak Simpan Jambang?

 

“Awat pak long tak simpan jambang?”

Pak Long memang jenis tak tumbuh jambang. Semula jadi.


“Pak Long tak teringin ke nak berjambang?”

Mesti le teringin. Tapi dah memang jenis tak tumbuh jambang. Namun Pak Long rasa sangat bersyukur sebab ada sedikit janggut.

Friday, February 9, 2024

Teringat Taiping, Teringat Ghazaliyah

 

“Apabila terbaca atau terdengar nama Taiping, lebih2 lagi Trong, terus saya teringat Imam al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin, Tarekat Ghazaliyah...”


Alahmdulillah. Syukur. Ini bukan yang pertama. Kata2 yang lebih kurang sebegini sudah beberapa kali orang mengatakan/ menulis kepada sahaya.

 

1/2/24

Friday, June 16, 2023

Ketinggian Lelaki

 

1. Purata ketinggian lelaki Malaysia 2023 ialah 169 cm dan wanita pula 157 cm.


2. Rata2 lelaki China (176 cm), Jepun (172 cm) dan Korea (175 cm) adalah lebih tinggi daripada lelaki Malaysia.

(*Dulu2 selalu terfikir bahawa orang2 Jepun ni majoritinya katik/rendah walaupun ada segelintir yang besar tinggi macam ahli2 sumo. Mungkin pemakanan mereka di wilayah 3 negara ni berubah lalu mempengaruhi tumbesaran badan. Wallahua'lam. Sekarang banyak ahli2 sukan mereka pun tinggi2 besar2)


3. Umumnya lelaki Malaysia adalah lebih tinggi berbanding lelaki Afghanistan (168 cm), Tajikistan (168 cm), Pakistan (167 cm), dan Yaman (164 cm).

(*Dulu2 selalu terfikir bahawa majoriti lelaki negeri2 ini tinggi menyayup)


4. Antara purata tertinggi ialah lelaki Belanda (184 cm), Bosnia Herzegovina (183 cm), Montenegro (183 cm) dan Denmark (183 cm).

(*Dulu2 selalu terfikir bahawa orang2 tertinggi berada di wilayah utara Eropah dan Rusia)


5. Purata ketinggian lelaki seluruh dunia ialah 173 cm.


*Sesiapa rajin boleh cari maklumat tentang purata berat pula :)

Saturday, January 2, 2021

Jumlah Posting Blog dan Kaitannya dengan Situasi Semasa

Dengan bantuan Team Khazanah di Facebook, WhatsApp, Telegram, Youtube, pengurusan bahan-bahan dakwah dan buku-buku, pengurusan fail2 rakaman kuliah, serta dakwah2 di alam nyata, insya-Allah pada tahun 2021 ini sahaya mungkin boleh beri tumpuan kepada blog terutamanya Debunga Teratai Syurgawi dan blog Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, serta program2 Halaqah Usrah Satu Umat (Al-Mahabbah) yang sangat sahaya gemari itu.


Jika diperhatikan, jumlah posting tahunan berkait rapat dengan situasi sesuatu tahun itu. Sememangnya hal-hal yang berlaku dalam tahun-tahun itu mempengaruhi jumlah posting. Mari kita perhatikan :


2008 – 49 posting sahaja

Zaman keruntuhan empayar dakwah sahaya yang dibina sejak 1997. Jumlah posting pun tinggal sedikit. Baru berpindah dari blog lama. Tahun kedua membuat pengajian2 umum di masjid/surau. Baru belajar2 membahagi masa untuk berkuliah umum. Dakwah Tajdid Segar mulai merudum.


2009 – 132 posting

Zaman malap tetapi berusaha gigih untuk bangun. Mula aktif jadi muallij walaupun mula belajar sejak tahun 2000 dan sudah banyak merawat sejak tahun 2005. Oleh kerana banyak hal2 berkaitan perubatan Nabawi/Islam yang boleh dikongsi, maka naiklah jumlah posting.


2010 – 161 posting

Zaman aktif sebagai muallij (semua rawatan adalah percuma). Banyak hal2 perubatan Nabawi/Islam yang boleh dikongsi. Maka, banyaklah posting.


2011 – 160 posting

Zaman muallij. Zaman penzahiran pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kerana orang sudah mula meminta.


2012 – 93 posting

Zaman sahaya meninggalkan dunia muallij. Blog perubatan Islam sahaya iaitu Ikhtiar Muslim terpaksalah menjadi semakin sepi. Zaman penzahiran Tarekat Ghazaliyyah yang sahaya amalkan sejak 1997, kerana orang sudah mula meminta (pelajaran kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan Tarekat Ghazaliyah semuanya percuma).


2013 – 47 posting

Zaman mula sibuk berkuliah dan berceramah. Kuranglah berblog. Tahun terakhir membuat Halaqah Usrah Satu Umat (sejak 1997) dengan pelajar2 sekolah dan IPT.


2014 – 31 posting

Zaman sibuk berkuliah dan berceramah ke sana sini walaupun sahaya kurang minat berkuliah. Tetapi apabila kawan2 jemput, kena jugalah meraikan kawan2. Lagilah kurang berblog. Semua kuliah adalah percuma tetapi ada dua tempat yang mahu juga memberi saguhati. Ribuan terima kasih diucapkan.


2015 – 47 posting

Zaman sibuk berkuliah. Kurang berblog.


2016 – 95 posting

Zaman pengamal Tarekat Ghazaliyah mulai ramai. Zaman Halaqah Usrah Al-Mahabbah yang diasaskan pada 1997 aktif sedangkan sebelumnya sekadar hidup sahaja sejak kejatuhan pada 2008.


2017 – 45 posting

Zaman sibuk berkuliah, berhalaqah usrah dan bertariqah Ghazaliyyah.


2018 – 79 posting

Zaman tumpuan mula lebih kepada halaqah usrah. Minat untuk berkuliah semakin berkurangan.


2019 – 145 posting

Zaman Team Khazanah mula banyak membantu. Peningkatan ketara jumlah posting, kerana ada lebihan masa. Tumpuan lebih kepada Halaqah Usrah Satu Umat.


2020 – 150 posting

Zaman team Khazanah aktif membantu terutamanya dalam gerak kerja dan di media-media sosial, maka sahaya mula berkesempatan menghasilkan buku-buku. Bolehlah kembali ke kegemaran sahaya berblog. Jumlah posting di blog boleh dikatakan tinggi. Zaman pertambahan besar pengamal2 Tarekat Ghazaliyah. Zaman Covid 19 – peluang sahaya untuk meminimakan kuliah2.


2021?

Belum tahu lagi. Dengan bantuan team Khazanah, jika sahaya dapat mengurangkan lebih banyak lagi masa di FB, TG, Youtube dan WhatsApp, akan meningkatlah jumlah posting di blog-blog sahaya terutamanya Debunga Teratai Syurgawi.


Sekiranya dapatlah (tapi rasa2nya tak dapat penuh kot), sahaya tidak mahu terlibat dengan urusan dakwah di media2 sosial FB, TG, Youtube dan WhatsApp, biar kesemuanya team sahaya yang tolong buat, lalu sahaya bolehlah tumpukan kepada :

i) beramal ibadah, terutamanya dalam Tarekat Ghazaliyah

ii) mentarbiyyah dan berdakwah melalui aktiviti2 Halaqah Usrah Al-Mahabbah (medium dakwah kegemaran sahaya sejak remaja)

iii) tarbiyah keluarga

iv) pergi ke majlis2 pengajian agama buat menambah ilmu

v) banyak membaca dan membuat nota (hobi utama sahaya)

vi) menulis terutamanya tentang hal ehwal agama di blog2

vii) menonton video demi video pengajian2 agama macam dulu2

viii) dan sekiranya ada lebihan masa, menulis untuk buku2 pula.


Dapat berkuliah/berceramah sebulan sekali sahaja pun, jadilah.


Kesimpulannya, jelaslah kewujudan perkaitan antara jumlah posting dengan hal-hal yang berlaku pada sesuatu tahun itu. Semoga Allah mudahkan segala urusan keagamaan dan dakwah kita.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

1 Januari 2021

Saturday, November 28, 2020

Antara Para Ulama dan Kita

 

Dakwaan : Ulama-ulama ni bukan boleh diharap sangat. Dari dulu sampailah sekarang. Macam-macam fikiran mereka.


Pandangan : Betul. Tapi kita kena merenung-renung juga, jika akal fikiran para ulama pun kita tak boleh nak harap sangat, akal fikiran kita yang bukan ulama ni? Lebih hebatkah daripada akal fikiran para ulama tu? Lagilah berkali ganda tak boleh diharap sangat. Kan?

Wednesday, May 29, 2019

Ada Apa dengan Nama Tok Janggut Putih tu?


Datang satu soalan kepada sahaya : “Mengapa gunakan nama Tok Janggut Putih? Apakah maksud di sebaliknya?”

Jawapannya – Nama “Tok Janggut Putih” tu sahaya gunakan di satu akaun Facebook sahaya sebagai nama sampingan. Sahaya mula masukkan nama tersebut agaknya antara 2010 ke 2012, tak berapa ingat. Ketika itu sahaya berusia dalam lingkungan 37-39 tahun.

Maksud penggunaan nama itu :

“Tok” biasanya menunjukkan sudah tua.
“Janggut” pun sebahagian orang kaitkan dengan “tua”.
“Janggut putih” memanglah kita kaitkan dengan “sudah tua”.

Jadi, nama “Tok Janggut Putih” itu adalah untuk mengingatkan diri sahaya sendiri supaya bersedia untuk melalui alam tua (selain daripada mengajak ingat akan kematian). Dalam tarbiyyah sufi yang sahaya lalui sejak zaman remaja, hal ini memang dianjurkan agar kita jangan takut lagi bersedia untuk tua (dan mati). Maka sahaya sekadar menurut jalannya sahajalah, sekadar yang sahaya termampu.

Kebetulan Allah jadikan sahaya cepat beruban pada janggut tetapi lambat sedikit pada bahagian rambut. Sehingga ke hari ini mungkin sudah 80-90 peratus berwarna putih walaupun rambut masih banyak yang hitam. Maka, sesuailah nama tu.

Selain itu, dalam keluarga sebelah sahaya, sekitar tahun 2010-2012 itu saya sudah pun bergelar Tok Long, kerana sudah mempunyai beberapa orang anak buah berpangkat cucu saudara. Memang padanlah rasanya nama sampingan “Tok Janggut Putih” tu.

Kesimpulannya, nama itu bukanlah untuk menampakkan hebat tetapi untuk sentiasa menyedarkan diri. Wallahu’alam.

Abu Zulfiqar
29 Mei 2019