Wednesday, May 10, 2023

Tok Guru Pelepas Diri

 

Ringkasnya dalam sufi, silat, perubatan tradisi Islam dan dalam bidang apa jua punlah, kadang2 tok guru kata sesuatu amalan itu bertaraf disarankan/ digalakkan/ dianjurkan/ pilihan sahaja. Tetapi orang2 tengah memaklumkan kepada murid2 bawahan bahawa amalan itu dimestikan/ diwajibkan. Orang tengah itu yang lebih2. Kasihan kepada murid2 bawahan kena buat itu ini tanpa boleh ditinggalkan.


Tapi kadang2 ada juga tok guru yang ambil kesempatan. Contohnya tok guru seni beladiri yang mengumumkan dalam gelanggang bahawa yuran pengurusan gelanggang hanya RM5 seorang untuk sebulan, tetapi murid2 digalakkan menyumbangkan RM5 lagi sebagai hadiah kepada guru dan jurulatih2.


Murid2 pun berasa lega kerana yang mesti dibayar hanya RM5 manakala RM5 lagi adalah disarankan/ digalakkan/ dianjurkan sahaja. Namun selepas murid2 pulang, tok guru berpesan agar jurulatih2nya sedaya mungkin hendaklah mendapatkan RM10 daripada setiap murid pada setiap bulan.


Maka pada malam2 bergelanggang yang tok guru tak ada, jurulatih2 pun menekankan bahawa semua murid mesti bayar RM10 sebulan. Maka murid2 pun bayarlah RM5 + RM5 = RM10 setiap bulan. Apabila ada ibu bapa yang membawa hal ini kepada tok guru, tok guru kata dia sudah cakap yang RM5 lagi itu hanya digalakkan, tak pernah dimestikannya. Selamat tok guru.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

7/5/23

No comments: