Ibarat belajar silat. Ali sangat rajin belajar tetapi sebenarnya dia lebih kepada MENGUMPUL MAKLUMAT. Sangat banyak maklumat tentang silatnya yang diketahuinya. Jika bersembang, dia seakan2 paling tahu. Serba-serbi boleh diceritakannya termasuklah tentang maklumat yang tinggi2 dan dalam2. Nampak hebat Ali.
NAMUN Ali tidak jenis yang rajin berlatih (beramal), tidak jenis yang rajin mempraktikkan ilmu pengetahuannya dalam sparring dan pertandingan (*juga dalam pertempuran sebenar). Hasilnya, diri Ali memang diakui mempunyai begitu banyak maklumat hebat2 tentang silat yang disertainya TETAPI Ali lemah dalam berbuat. Dia hanya mahir bahagian maklumat dan teori tetapi dhaif dalam mencapai.
Begitu jugalah halnya apabila Ali belajar ilmu2 keruhanian. Ali sangat rajin belajar tapi sebenarnya dia lebih kepada MENGUMPUL MAKLUMAT. Sangat banyak maklumat yang hebat2 tentang ilmu keruhanian yang diketahuinya. Jika bersembang, dia seakan2 paling tahu. Serba-serbi boleh diceritakannya termasuklah tentang maklumat yang tinggi2.
NAMUN Ali tidak jenis yang rajin berlatih (beramal), tidak jenis yang rajin mempraktikkan ilmu pengetahuannya itu dalam kehidupan sehari-hari. Hasilnya, diri Ali memang diakui mempunyai begitu banyak maklumat tentang dunia keruhanian tetapi Ali lemah dalam berbuat. Maka dia hanya mahir bahagian maklumat dan teori tetapi dhaif dalam MENCAPAI dan MENDAPAT.
Ringkasnya, apa sahaja juzuk perbincangan yang disebut orang berkaitan dunia aqidah, tauhid, tasawuf dan sufi, Ali pun ada maklumat malah ada banyak maklumat. Dia boleh turut (malah memang suka) bersuara, mencelah, beri komen dan sebagainya. Dia mahu dan suka terpandang sebagai orang yang selalu ada tahu, ada banyak tahu, tak kalah tinggi ilmu berbanding orang2 lain, orang2 lain kena pandang tinggi dirinya, kalau boleh mahu dipandang sebagai yang paling banyak tahu dan dialah paling tinggi. Jika terlihat yang dirinya setara atau lebih lagi daripada guru2, lagilah Ali suka. Inilah matlamat sebenar lagi utama bagi Ali. Oleh sebab itu dari segi pencapaian dalam maqam2 kesufian ini, Ali masih sangat rendah berbanding maklumat2 yang dia ada.
Dalam seni beladiri, umumnya pertempuran sebenar jarang2 berlaku. Tetapi bagi dunia ruhani, dunai sufi dan apa jualah namanya, setiap hari kena berhadapan dengan pertempuran sebenar (bahkan setiap masa sebenarnya), lebih2 lagi yang banyak berada di tengah masyarakat. Bagi yang beruzlah terasing jauh daripada masyarakat, maka pertempurannya dalam skop yang lebih kecil iaitu lebih kepada berurusan dengan, melawan, dan meluruskan dirinya sendiri.
Ibarat mendaki anak2 tangga bangunan 100 tingkat. Ali mendaki sampai ke tingkat 3, kemudian dia lebih banyak habiskan masanya dengan mengumpulkan punyalah banyak maklumat tentang kehebatan, kelazatan dan kemuliaan tingkat 90, 91, 92 sampilah ke-100. Dia menunjuk-nunjuk-nunjukkan kehebatannya kepada orang2 di tingkat 1 dan 2. Sedar tak sedar dia sudah berjam2 masih duduk di tingkat 3 itu.
Padahal orang2 lain yang terus bertindak, buat praktikal dengan mendaki tingkat demi tingkat dan sambil2 itu menambah pengetahuan tentang tingkat2 yang lebih atas, mereka sudah pun sampai ke tingkat 40. Memang mereka tak banyak maklumat tentang isi kandungan tingkat 90-100, hanya ada maklumat tentang tingkat 50-60, tetapi kini mereka sudah pun berjejak di tingkat 40. Malangnya Ali yang kononnya serba tahu tentang maklumat di tingkat 90, dia baru hendak menapak ke tingkat 4.
Oleh kerana tingkat2 yang dimaksudkan ini ialah "tingkat2" (maqam2) ruhani, maka ia tidaklah terlihat oleh mata di kepala tetapi terlihat oleh mata yang di hati. Lalu Ali pun terperasan sendiri kononnya dia setara atau lebih lagi daripada orang2 di tingkat 40.
Sibuk berusaha kumpul maklumat tapi tak sibuk nak berusaha dapatkan hasil2 daripada maklumat.
Sibuk kumpul ilmu2 lanjutan tentang pertanian tetapi dia sendiri tidak bertani. Manakan nak dapat nanas, pisang, betik, ciku, kubis, halia, jambu dan lain-lain hasil tanaman sendiri.
Sibuk kumpul biji benih tapi tak sibuk tanam dan pelihara.
Sibuk kumpul maklumat yang dalam2 dan tinggi2 tentang ilmu dan dunia memanah, tetapi tidak sibuk dengan praktikal memanah. Lalu disangkakan dirinya setara dengan pemanah2 handalan.
Orang jenis itu berguru dan belajar untuk kumpul maklumat, bukan untuk berbuat. Ke sana ke mari tujuannya mahu cari dan kumpul maklumat yang dalam2 dan tinggi2. Dirasakan bahawa dengan maklumat2 yang hebat itu dirinya akan diangkat ke "tempat" yang tinggi. Sebab itulah Ali masih dan selalu terlambat.
Untuk cepat atau berjalan sebagaimana yang dihajat, umumnya dapat ilmu teruslah berbuat dan berusaha gigih untuk "mendapat". Jangan malu, jangan segan, jangan bertangguh, jangan terpengaruh dengan kata2 orang
*Menjawab satu persoalan oleh seorang ikhwan - macam mana sewaktu sahaya berguru dahulu, cepat dapatnya. Hal2 dalam penulisan inilah salah satu daripadanya.
23/5/23
No comments:
Post a Comment