Showing posts with label MINHAJ AL-ABIDIN. Show all posts
Showing posts with label MINHAJ AL-ABIDIN. Show all posts

Saturday, February 22, 2025

Pertanyaan Tentang Kitab Minhajul Abidin

 

Pertanyaan : (Tentang kitab Minhaj al-‘Abidin)

Dalam kitab itu ilmu digandingkan dengan makrifat. Sehari dua ini saya merenung2… gandingan itu agak lebih tepat dan merangkumi berbanding ilmu digandingkan dengan amal.

 

Jawapannya :

 

1. Kitab Minhaj al-‘Abidin ini memang kitab yang dibuat untuk orang2 yang sudah sedia banyak beramal. Sebab itulah Imam al-Ghazali tidak lagi buat gandingan dengan amal di dalamnya.

 

2. Nama kitab itu saja sudah menunjukkan isi kandungannya. Minhaj al-‘Abidin bermaksud manhaj/ method/ jalan/ kaedah/ cara orang2 yang banyak beramal ibadah. Ia lebih dikarang untuk orang2 ‘abid, iaitu orang2 yang banyak beramal ibadah. Orang2 ‘abid ini merupakan orang2 peringkat pertengahan, iaitu umumnya mereka yang berada selepas daripada orang awwam, dan di bawah daripada orang2 ‘alim dan ‘arif.

 

3. Bagi orang2 yang suka membanyakkan amal ibadah, Imam al-Ghazali mengingatkan mereka agar jangan sesekali mengabaikan ilmu dan ma’rifah. Kerana memang ramai juga orang2 yang banyak amal sehingga bergelar ‘abid, tetapi lemah dari segi ilmu dan ma’rifah. (Inilha antara matlamat kitab Minhaj al-‘Abidin ini)

 

Kalau banyak amal tapi tiada ilmu atau lemah ilmu, apalah sangat ertinya? Kalau banyak amal tapi tiada ma’rifah atau lemah ma’rifah, apalah sangat ertinya.  Maka bagi orang2 yang sudah sedia membanyakkan amal dan suka membanyakkan amal, sangat bagus untuk kita peringatkan mereka tentang ilmu dan ma’rifah. Sebab itulah tuan imam kita menggandingkan amal dan ma’rifah untuk mereka dalam kitab Minhaj ini.

 

4. Umumnya kitab Minhaj al-‘Abidin ini tidak membicarakan hal yang tinggi2, sekadar untuk maqam pertengahan sahaja. Untuk orang2 awwam (pemula, baru berjinak2), Imam al-Ghazali tulis kitab Bidayah al-Hidayah (Permulaan Petunjuk). Bagi orang2 pertengahan iaitu golongan yang banyak amal (golongan ‘abid), Imam al-Ghazali karang kitab Minhaj al-‘Abidin. Dan untuk orang2 yang lebih atau berhajat lebih daripada itu, Imam al-Ghazali karang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

 

*Maklumat2 ini ada 3-4 kali saya sebut dalam pengajian2 kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin.

 

5. Jadi, sebenarnya ketiga2nya digandingkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Minhaj ini iaitu ilmu – amal – ma’rifah. Bukanlah dua sahaja.

 

6. Sekiranya ada terperasan, saya amat jarang petik sesuatu daripada kitab Minhaj (walaupun ada juga sekali dua), dan seboleh2nya akan cuba mengelak daripada memetik daripada kitab Minhaj.

 

7. Kerana menurut Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali dulu (mursyid Tarekat Ghazaliyah sebelum ini), kitab Minhaj yang sampai kepada kita ini sudah ada sedikit bercampur dengan yang bukan kerja tangan Imam al-Ghazali sendiri. Mungkin oleh muridnya atau orang lain.

 

8. Dalam Tarekat Ghazaliyah, kita disyorkan agar menggunakan karya2 Imam al-Ghazali yang jelas2 karangannya sendiri keseluruhan kitab itu. (Dalam tauhid dan tasawuf juga, jika kita dalam Al-Ghazaliyah hendak menambah maklumat daripada karya mana2 tokoh, hendaklah karya tersebut jelas 100% memang hasil tangan si tokoh).

 

9. Saya juga tidak pernah berguru Kitab Minhaj. Tuan Guru Abdullah Khandak al-Ghazali pun tak pernah syarahkan kepada Tuan Guru Muhammad Soleh. Begitulah seterusnya sampai kepada Syeikh Muhammad al-Ghazali. Mursyid2 yang atas lagi di sebelah dunia Arab, yang itu kita tidak pasti. Hal ini juga menjadi salah satu sebab mengapa saya tidak mensyarahkan kitab Minhaj walaupun orang ada minta sejak penghujung tahun2 2000-an lagi. Saya hanya syarahkan kitab2 Imam al-Ghazali yang pernah dipelajari sahaja, dan ada beberapa syarat lain (walaupun mampu mensyarahkannya dan tidak menjadi kesalahan untuk mensyarahkannya)

 

Maklumat lanjut dalam hal ni boleh dibaca di sini :

Penulisan pada 2023

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/12/halaqah2-usrah-al-ghazali.html

 

10. Dulu saya pernah menjawab agak panjang jugak kepada seorang hamba Allah yang tersilap faham dan tersebar maklumat yang salah akan kitab Minhaj.

 

Penulisan pada 2017 itu ada di sini :

https://alexanderwathern.blogspot.com/2017/09/penjelasan-tentang-imam-al-ghazali.html

 

Begitulah lebih kurang ceritanya.

 

HAL2 LAIN

 

1. Masa mensyarahkan Kitab Ilmu (dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) dulu, saya selalu mengulang2 hadith2 berkait orang ‘ABID yang Imam a-Ghazali tulis di sana :

 

“Kelebihan orang berilmu berbanding orang ‘ABID adalah seperti kelebihan bulan prunama berbanding bintang2 lain.” (Abu Dawud, Turmizi).

 

“Kelebihan orang berilmu berbanding orang ‘ABID adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah dalam kalangan sahabatku.” (Turmizi)

 

Ada juga riwayat2 dhaif (*kita tidak menjadikannya sebagai hujah, sekadar sebagai penambahan maklumat sahaja) didalam Kitab Ilmui tu yang mengatakan :

 

“Kelebihan orang beriman yang berilmu berbanding orang beriman yang ‘ABID ialah 70 darjat.” (Ibnu Uda)

 

“Antara orang berilmu dan orang ‘ABID 100 darjat (beza) jaraknya.” (Al-Asfahani)

 

Dari sini kita boleh nampak lebih jelas kedudukan orang2 ‘ABID pada nama MINHAJ AL-‘ABIDIN.

 

2. Ada juga kemungkinan level kecil bahawa kitab Minhaj al-‘Abidin ini sebenarnya bukan karangan Imam al-Ghazali. Wallahua’lam.

 

18 02 25

Saturday, August 19, 2023

Cara Berserah yang Salah

 

Al-Ghazali menulis, “Jangan sampai ada pegangan atau sangkaan yang mengatakan : “Aku berserah sahaja kepada Allah sama ada mahu dimasukkan ke neraka atau tidak (*kononnya sebegitulah pegangan orang2 bertauhid dan berma’rifah tinggi).” Hal sebegitu adalah dilarang kerana itu bukan cara berserah diri kepada Allah SWT.” - Al-Ghazali, Minhaj al-’Abidin

Al-Ghazali : Mereka Membenci Yang Mereka Belum Capai

 

Imam al-Ghazali menerangkan tujuannya menulis kitab Minhaj al-’Abidin :

“Itulah sebabnya aku berusaha menyusun beberapa buah kitab tentang jalan ke arah itu dan cara serta kaedah untuk menempuhnya seperti kitab (induk) Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Qurbah dan sebagainya. Tetapi kitab2 itu banyak mengandungi hal yang halus2, amat mendalam, dan sukar untuk dimengerti oleh orang awam (termasuklah ilmuwan2 agama yang awwam dalam hal ehwal tasawuf sufi) sehinggakan mereka membenci dan mencela, mengecam apa sahaja yang mereka belum faham dalam kitab2 tersebut.”


Sambungnya : “Namun kita tidak sepatutnya berasa hairan kerana manalah ada kitab yang lebih mulia dan lebih baik daripada Al-Quran, sedangkan kitab (Al-Quran) yang suci ini pun masih sahaja ada orang2 yang tidak mahu menerimanya. Mereka katakan (isi kandungannya) hanya cerita dongeng belaka.”


18/8/23

Dari Minhajul Abidin ke Ihya Ulumuddin

 

Imam al-Ghazali menulis dalam kitabnya Minhaj al-’Abidin : “Yang sesuai dengan dirinya sebagai seorang manusia ialah MENGENAL TUHANNYA. Tetapi tidak akan tergambar (tidak akan tercapai) perasaan ini apabila dia tidak MENGENAL DIRINYA dan tidak mengenal Tuhannya.”


Sambungnya : “Oleh itu, hendaklah orang mencari pertolongan (jalan yang boleh membantu) untuk sampai ke sana dengan keterangan2 yang ada dalam Kitab Cinta Allah, Kitab Keajaiban Qalbu, Kitab Tafakur dan Kitab Syukur yang (semua kitab ini) ada dalam kitab (induk) Ihya’ ‘Ulumuddin. Di sana (dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin itu) banyak petunjuk2 tentang keadaan dirinya.”


Sambungnya lagi : “Dan orang akan dapat mengenal dunia dan akhirat dengan keterangan yang ada dalam Kitab Kecelaan Dunia dan Kitab Zikrul Maut, juga dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.”


19/8/23

Friday, August 18, 2023

Orang2 Agama yang Tertipu

 

Imam al-Ghazali berkata : “Yang tertipu dalam kalangan mereka (orang2 berilmu agama) ada beberapa jenis. Antaranya ialah mereka yang mementingkan ilmu zahir (tiang ad-diin al-islam, fiqh, usul fiqh, hadith, wilayah anggota badan dsb) dan ilmu akal (tiang ad-diin al-iman, ‘aqidah, usuluddin, kalam) sampai mendalam sekali tetapi melupakan ilmu batin (tiang al-diin al-ihsan, tasawuf, sufi) dan tidak memberi perhatian kepada pemeliharaan batin. Mereka berasa bangga dengan ilmu2 zahir dan ilmu akal itu kerana menyangka bahawa mereka sudah ,mendapat kedudukan dan pangkat di sisi Allah...” - Minhaj al-’Abidin

Kedudukan Kitab Minhaj al-'Abidin

 

“Mengikut penjelasan pengarang (kitab Minhaj al-’Abidin iaitu Imam al-Ghazali), kitab ini disusun untuk kalangan orang awam dan golongan pertengahan. Ertinya, tidak seperti kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang semestinya untuk golongan tinggi atau kitab Bidayatul Hidayah yang dikhaskan bagi kalangan orang awwam (yakni golongan permulaan dalam mengenali ilmu tasawuf).” - Masruhan Kyai Choteb al-Hafiz, penterjemah Minhaj al-’Abidin