Saturday, August 1, 2026

Berguru dan Belajarlah Kitab Misykat

 

Ilmu tanpa tindakan, hampir2lah ia jadi sia2. Berkaitan kitab Misykat ini, orang2 yang belum berguru, carilah guru. Yang belum belajar, pergilah belajar. Yang belum bersanad penuh, usahakanlah agar dapat guru dan pengajian yang bersanad penuh. Sekiranya dapat pengajar yang datang daripada tariq khusus Imam al-Ghazali sendiri… (hal tersebut) amatlah bagus kerana ada ilmu2 yang tak ada pada pihak2 lain. Begitu jugaklah dengan kitab2 Imam al-Ghazali yang lain.

 

Kita jangan hanya berharap kepada mata kepala yang sangat terbatas ini, kita kena pertajamkan juga mata ‘aqal. Dan jangan terhenti setakat mata ‘aqal sahaja, kita kena pertajamkan mata qalbu atau nama lainnya mata hati.

 

-          Petikan daripada Pengajian Kitab Misykat al-Anwar oleh Dzul al-Ghazali

Ilmu daripada Kitab, Guru (Sanad) & Allah

 

Imamul Ghazali ni… dia mengasaskan tariqah lengkap dengan kitab2nya (sebagai rujukan).  Kitab2 ini digunakan sebagai bahan tarbiyah dan sebagai bahan rujukan kita. Antaranya  kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, kitab ar-Risalah al-Ladunniyah, kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal, kitab Misykatul Anwar ni… dll. Kitab2 ini memang jadi sukatan pelajaran dalam Tariqah Ghazaliyah. Jadi, ilmu daripada kitab pun kita ada, ilmu daripada guru ke guru yang turun melalaui sanad pun kita dapat.  Namun pada hakikatnya, semua ilmu pun datangnya daripada Allah SWT.

 

-          Petikan daripada Pengajian Kitab Misykat al-Anwar oleh Dzul al-Ghazali

Kaitan Antara Nur dan Penglihatan

 

Mengapa Allah kaitkan nur dengan penglihatan?

Allah kaitkan nur dengan penglihatan kerana untuk “menyaksikan” nur ini, atau untuk mendapatkan manfaat2 daripada nur ini kenalah melalui penglihatan.

 

Apa akan jadi kalau tidak ada penglihatan?

Jika tak ada penglihatan, maka tak dapatlah “menyaksikan” nur ini.  Dan tak dapatlah nak mendapatkan manfaat2 daripada nur ini.

 

Penglihatan apakah yang dimaksudkan itu?

Ada tiga jenis penglihatan iaitu :

i)                    Penglihatan melalui mata di kepala.

ii)                  Penglihatan melalui mata ‘aqal.

iii)                Penglihatan melalui mata qalbu… atau disebut juga sebagai penglihatan mata hati.

 

-          Petikan daripada Pengajian Kitab Misykat al-Anwar oleh Dzul al-Ghazali