Sudah
tiga orang bertanya, adakah kitab dan buku-buku sahaya itu memang
sahaya yang karang sendiri? Ataupun ada orang lain yang tolong tulis?
Dengan
izin Allah SWT, setakat
ini semuanya
sahaya tulis
sendiri.
Maksudnya
karya-karya itu sememangnya "OLEH
Abu Zulfiqar", bukannya "MENURUT
Abu Zulfiqar".
APAKAH
PERBEZAAN ANTARA "OLEH" DAN "MENURUT"?
Sekadar
contoh rekaan,
katakanlah ada buku bertajuk
:
i.
Islam
dan Kristian OLEH
Ahmad Deedat. Maksudnya buku ini diusahakan sendiri oleh Syeikh Ahmad
Deedat.
ii.
Islam dan Kristian MENURUT
Ahmad Deedat. Maksudnya buku ini diusahakan oleh orang lain, cuma isi
kandungannya dikatan
sebagai bersesuaian
dengan pandangan Syeikh Ahmad Deedat.
Namun
hal sebegini
jarang sangat dimaklumkan pada kulit hadapan atau belakang
sesebuah buku.
Biasanya orang akan terus meletakkan tajuk buku "Islam dan
Kristian" dan kemudian diletakkan nama "Ahmad Deedat".
Apabila kita meneliti bahagian dalam buku tersebut, barulah
kadang-kadang ada dinyatakan bahawa buku itu bukannya tulisan Ahmad
Deedat sendiri.
Ada
juga
yang
langsung tidak dberi sebarang petunjuk
sehinggakan
kita menyangkakan benar-benar buku itu karangan Ahmad Deedat.
Sebab
itulah ada tokoh-tokoh yang kelihatan seperti telah menghasilkan
puluhan kitab dan buku, tetapi jumlah sebenar yang ditulisnya sendiri
hanyalah beberapa buah sahaja.
Hal ini kerana puluhan kitab dan buku lagi itu diusahakan oleh orang
lain, atas persetujuan si tokoh.
Ada juga yang tanpa persetujuan dan pengetahuan si tokoh.
BAGAIMANAKAH
CARANYA?
Antara
yang biasa berlaku :
i.
Penulis
atau penulis-penulis itu akan meneliti
rakaman kata-kata (ucapan, ceramah, kuliah dan sebagainya) si tokoh.
Kemudian mereka akan memindahkan kata-kata si tokoh ke dalam bentuk
teks untuk dibukukan.
Si
tokoh diminta untuk meneliti isi kandungan buku itu untuk
disahkannya.
Walaupun
tidak sekualiti
kerja tangan
(tulisan)
si tokoh
itu
sendiri,
tetapi
kualitinya
masih bagus
juga
kerana disemak oleh si tokoh.
ii.
Penulis
atau penulis-penulis itu akan meneliti
rakaman kata-kata (ucapan, ceramah, kuliah dan sebagainya) si tokoh.
Kemudian mereka akan memindahkan kata-kata si tokoh ke dalam bentuk
teks untuk dibukukan.
Tetapi
tokoh
itu
tidak diminta pun untuk meneliti isi kandungan buku itu. Tahu-tahu
buku atas namanya itu sudah pun keluar.
Jenis sebegini,
kenalah kita sangat berhati-hati.
Kualitinya memang bermasalah
kerana isi kandungan buku itu belum tentu sama dengan pandangan
sebenar si tokoh.
iii.
Penulis atau penulis-penulis itu mendengar sendiri kata-kata si tokoh
tetapi tidak merakamkannya. Mereka
menulis semula kata-katanya berdasarkan ingatan
atau
catatan nota mereka.
Kemudian mereka meminta semakan dan pengesahan
daripada si tokoh.
Walaupun tidak sekualiti tulisan
penulis sendiri atau jenis
(i), tetapi masih baik
juga
kerana disemak oleh si
tokoh.
iv.
Penulis
atau penulis-penulis itu mendengar sendiri kata-kata si tokoh tetapi
tidak merakamkannya. Mereka
menulis semula kata-katanya berdasarkan ingatan
atau
catatan nota mereka.
Kemudian mereka terus
mengeluarkan
buku tersebut tanpa meminta
semakan dan pengesahan
daripada si tokoh.
Kualitinya lebih bermasalah daripada jenis (ii).
APAKAH
RISIKO YANG MUNGKIN?
Contoh
(sebenar)
:
Ada
buku Ahmad Deedat tetapi isi kandungannya ada yang tidak sama dengan
pandangan Ahmad Deedat sendiri.
Orang
menyangkakan isi kandungan buku itu memang pegangan Ahmad Deedat,
lalu orang
menjadikannya sebagai pegangan dan hujah mereka.
Mereka
pun
menyebarkan
dan memperjuangkan
isi kandungan buku itu,
malah
menjadikannya
sebagai sandaran mereka.
Alih-alih, orang
lain
dedahkan
dan
terbukti bahawa itu bukanlah pegangan dan pandangan sebenar Ahmad
Deedat. Ahmad
Deedat sendiri ada menafikan buku-buku tertentu yang menggunakan
namanya sebagai pengarang.
Letihlah
kita
hendak menarik balik pegangan dan hujah-hujah, memohon maaf, dan
membuat pembetulan
di sana-sini.
Selain
itu, orang
akan memandang
kita
sebagai seorang yang cuai
dan mungkin seorang penipu.
Jika hal itu berkaitan dengan 'aqidah dan tauhid, lagilah amat besar
tanggungannya.
PENGALAMAN
MANUSIA
i.
Ada
orang yang
membeli kitab yang pada
muka
hadapannya tertulis nama seorang
ulama besar.
Bukunya agak tebal,
besar dan berharga. Setelah
diteliti di rumah,
ternyata penulisnya bukanlah
ulama
itu
dan
buku itu hanyalah ringkasan kepada kitab ulama
itu.
ii.
Ada
orang
yang membeli kitab yang berjilid-jilid tebalnya lagi. Harganya
ratusan RM. Dalam
promosi di internet dan poster-poster yang ditampal di kedai-kedai
buku,
jelas disebut sebagai karya seorang ulama besar. Pada kulit hadapan
buku-buku itu pun tertera nama si ulama besar itu sahaja. Setelah
dibeli, dibaca dan ditanya-tanya kepada orang, baru dapat tahu bahawa
kitab berjilid-jilid itu bukan karangan ulama besar itu
sendiri tetapi ringkasan
dan olahan orang lain.
iii.
Kadang-kadang pada bahagian Kata Pengantar baru ditulis sedikit
bahawa kitab atau buku itu adalah olahan orang lain. Pembeli yang
rata-ratanya banyak melihat kulit depan, kulit belakang, senarai isi
kandungan, gambar-gambar dan membaca beberapa bahagian lalu terus
membelinya, seakan-akan "terkena" dengan teknik sebegitu.
iv.
Ada orang yang membawa
karya tokoh tertentu untuk diminta autograf. Tiba-tiba wajah tokoh
itu berubah lalu
dikatanya, "Saya tak menulis buku ini." Aduh!
Kita ditimpa malu satu hal. Isi kandungan buku itu menjadi fitnah
pula kepada si tokoh, satu hal lagi.
PANDANGAN
SAHAYA
Sahaya
LEBIH SUKA membaca karya tulisan si tokoh itu sendiri. Hal ini kerana
maklumat yang berada dalam mindanya dipindahkannya sendiri secara
terus ke atas kertas. Ketulenannya memikat hati.
Sahaya
MASIH SUKA membaca buah fikiran si tokoh yang ditulis oleh orang
lain, yang diminta pengesahannya daripada si tokoh tentang isi
kandungan karya tersebut.
AKHIR
KATA
Sebenarnya
banyak
penghasil buku yang bagus yang
menulis
siap-siap pada bahagian hadapan buku itu tentang penulis sebenar.
Bagi
segelintir
penghasil
yang
suka menggunakan teknik berselindung, entahlah apa matlamat mereka.
Secara
peribadi, insya-Allah sahaya akan berusaha
untuk menulis sendiri
karya-karya sahaya.
Walaupun
ada pihak yang bercadang
untuk memindahkan kuliah-kuliah kitab Ihya' 'Ulumuddin yang sahaya
jalankan sepanjang 11 tahun ini ke dalam bentuk teks lalu
djadikan buku,
tetapi buat masa ini rasanya belum lagilah. Pada masa-masa akan
datang, wallahua'lam.
Ribua
terima kasih atas sokongan anda semua. Doa-doakan sahaya.
Abu
Zulfiqar al-Amsyari
24
April 2021