Monday, May 29, 2023

Tarekat Itu Bukan Tarekat Itu

 

Apabila berhenti atau tersangkut pada ma'rifat,

ramai yang benar, cermat dan hebat

tetapi tak kurang juga

ada yang tersasar, melipat dan terlipat.


Apabila bumi sebagai bumi, maka langit pertama itulah bumbungnya.

Apabila langit pertama sebagai bumi, langit kedua itulah bumbungnya.

Apabial langit kedua menjadi bumi, langit ketiga itulah bumbungnya.

Apabila langit ketiga menjadi bumi, langit kempat itulah bumbungnya.

Apabila langit keempat menjadi bumi, langit kelima itulah langitnya.

Apabila langit kelima menjadi bumi, langit keenam itulah langitnya.

Apabila langit keenam itu buminya, maka langit ketujuh itulah langitnya.

Inilah antara maksud 7 petala langit dan 7 petala bumi

sebagaimana dalam ilmu alamnya Imam al-Ghazali.


(*Tarekat Ghazaliyah ini turun 4 sekawan melalui sanadnya iaitu :

1. Ilmu Al-Ihsan (sukatan pelajaran berkaitan tasawuf, sufi, tariqah dsb oleh Imam al-Ghazali - inilah yang khususnya dinamakan sebagai Tariqah Ghazaliyah)

2. Ilmu Al-Iman (sukatan pelajaran berkaitan aqidah, tauhid, usuluddin dsb oleh Imam al-Ghazali)

3. Ilmu As-Sa'ah (sukatan pelajaran berkaitan akhir zaman, zaman akhir, zaman fitnah, zaman khalifah2, fiqh persediaan, fiqh tindakan, fiqh tajdid, hari2 akhir dunia, Hari Kehancuran, Hari Kebangkitan dsb oleh Imam al-Ghazali)

4. Ilmu Alam (bukan ilmu geografi, juga oleh Imam al-Ghazali).

Bicara tentang petala langit dan bumi tadi berada dalam salah satu daripada 7 bahagian Ilmu Alam aliran Imam al-Ghazali)


Sekadar kias ibarat (bukan betul2 percontohan) :

Langit pertama itu syariat.

Langit kedua itu tarekat.

Langit ketiga itu hakikat.

Langit keempat itu MAKRIFAT juga awal (AWWAL ad-diin)

Langit kelima itu pertengahan (NISF ad-diin)

Langit keenam itu akhir (AKHIR ad-diin)

Langit ke tujuh itu kamal/sempurna (KAMAL ad-diin)

Inilah maqam2 "7 petala langit" dan "7 petala bumi".


Dari satu "langit" ke satu "langit" itu ada JALANNYA atau TARIQNYA. Jalan atau tariq tulah tariqat atau tarekat namanya. Tetapi manusia selalu dibohongi atau disalahfahami oleh sebahagian orang yang berada pada langit keempat bahawa langit kedua itulah tarekat. Padahal tarekat yang dimaksudkan oleh para wali Allah itu berada di sepanjang 7 petala langit dan 7 petala bumi. Ia menjadi jalan atau kenderaan dari satu langit ke satu langit. Tanpa tariqnya, tidak dapatlah berpindah dari satu langit ke satu langit. Sedangkan tarekat yang mereka tersalah sangkakan atau disalahsangkakan itu berada pada "langit" KEDUA. Yang banyak salah sangka itu ialah sebahagian orang2 yang berada pada langit keempat, kerna disangkakannya langit keempat itulah maqam terhebat, tertinggi dan penamat.


Sebenarnya ilmu2 langit keempat itu banyak ada dan merata ada. Dalam media2 sosial bersepah ada. Dalam kitab2 pun sama. Tapi ilmu2 selepas langit keempat itulah yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumuddin sebagai ilmu2 "yang tiada tertulis di dalam kitab2". Hampir2 tiada di media2 sosial dan serata internet.


Ibarat budak2 sekolah rendah baru masuk ke sekolah menengah. SEAWAL2 masuk ke sekolah menengah itu ialah Tingkatan 1. Maka disebutkan orang sebagai, "Awwal sekolah menengah itu Tingkatan Satulah" (awwal ad-diin ma'rifatullah). Tetapi segelintir daripada budak2 ini sudah tersalah faham atau disalahfaham oleh orang2 lain sehinggakan mereka terfaham bahawa kononnya Tingkatan 1 itulah maqam yang tertinggi di sekolah menengah. Padahal Tingkatan 1 itu maqam, kelas, darjah, tangga atau pintu terawal bagi sekolah menengah. Ada maqam yang tengah iaitu Tingkatan 3 (dulu2 ada peperiksaan LCE, SRP, PMR atau PT3). Ada maqam yang akhir iaitu Tingkatan 5 (MCE, SPM). Dan ada maqam yang kamal iaitu dapat keputusan SPM dengan cemerlang.


Jadi, budak2 sekolah yang tersalah pemahaman tadi pun berbangga2 dan menunjuk2 pandai kepada budak2 yang masih di sekolah rendah. Kononnya mereka sudah tertinggi atau antara yang tertinggi. Bahkan mereka berasa sudah setara (dan kadang2 lebih lagi) daripada pelajar2 di Tingkatan 3 dan 5. Padahal orang2 lama di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sendiri pun tenang2 sahaja walau mereka sudah di pertengahan dan di akhir.


Menyangkakan "AWAL agama itu mengenal Allah" sebagai yang tertinggi samalah seperti menyangkakan "AWAL sekolah menengah itu Tingkatan Satulah" sebagai yang tertinggi. Mulut kita sendiri menyebut "AWWAL" tetapi akal fikiran dan hati perasaan kita terganggapnya yang AKHIR.


Ibarat orang hendak mendirikan rumahtangga. Baru mengenal itu belum sampai ke maqam berkawan, berkawan itu belum sampai ke maqam bertunang, dan bertunang itu belum sampai ke maqam bernikah (berkahwin). Jika terhenti pada setakat "mengenal", bila masanya hendak sampai ke "persandingan abadi" dan "pergandingan abadi"?


*Penulisan ini sebagai catatan semula pengalaman memberi penjelasan kepada seorang hamba Allah yang (dengan nada sedikit bangga) mengatakan kepada sahaya, "Ustaz orang tarekat. Saya orang makrifat. Yang saya dapat ni dah lepas daripada syariat, tarekat dan hakikat dah. Saya berada di tempat lain. Ustaz berada di tempat lain."


Disangkakannya Tarekat Ghazaliyah ini ialah tarekat yang berada pada tangga kedua itu. Entahlah dari mana dan daripada siapa diperolehinya maklumat salah tersebut.


Dari rumah ke lapangan terbang ada tariq (ada jalan iaitu JALAN RAYA). Dari bangunan lapangan terbang ke kapal terbang ada tariq (ada jalan - tapi bukan jalan raya). Dari lapangan terbang kita ke lapangan terbang Jeddah ada tariq (jalan - tapi jalan udaralah). Tariq (jalan) yang kita maqsudkan ialah yang dari rumah sampailah ke lapangan terbang Jeddah, tetapi tariq (jalan) yang dia faham ialah yang JALAN RAYA tadi SAHAJA.


Maka tarekat yang kami maqsudkan ini ialah jalan untuk menyampaikan daripada tangga pertama iaitu syariat sampailah ke tangga ketujuh iaitu kamal ad-diin. Sedangkan tarekat yang mereka sangkakan ialah yang berada di tangga kedua itu. Memang jauhlah perbezaannya, Wallahua'lam.


29/5/23

No comments: