IBADAH SOLAT (SEMBAHYANG)
Ada
5 solat fardhu iaitu :
1.
Solat subuh
2.
Solat zuhur.
3.
Solat asar.
4.
Solat maghrib.
5.
Solat isyak.
Bilakah
waktu mengerjakan (membuat) 5 solat di atas?
Umumnya
:
1.
Solat subuh – Awal pagi. Biasanya antara pukul 6.00 hingga 7.00
pagi.
2.
Solat zuhur – Tengah hari. Biasanya antara pukul 1.00 hingga 4.30
petang.
3.
Solat asar – Petang. Biasanya antara pukul 4.30 petang hingga 7.00
malam.
4.
Solat maghrib – Senja (awal malam). Biasanya antara pukul 7.00
hingga 8.30 malam.
5.
Solat isyak – Malam. Biasanya antara pukul 8.30 malam hingga 6.00
pagi (sebelum subuh).
Ada
berapa rakaat untuk setiap solat itu?
1.
Solat subuh – 2 rakaat (2 kali berdiri dan duduk).
2.
Solat zuhur – 4 rakaat (4 kali berdiri dan duduk)
3.
Solat asar – 4 rakaat
4.
Solat maghrib – 3 rakaat
5.
Solat isyak – 4 rakaat
Untuk
memudahkan ingat, kita ingat sahaja nombor 2-4-4-3-4 (24434).
Saya
belum pandai mengerjakan solat. Tak mengapakah?
Tak
mengapa. Asalkan dalam hati kita memang ada niat (bercadang, ada
keinginan) untuk melakukannya suatu
hari nanti. Cuma
sekarang
kita
belum ada ilmu tentang solat dan
cara2 melaksanakannya. Nanti
apabila sudah tahu dan ada peluang, kita buatlah.
Allah
Maha Penyayang. Dia
sangat sayang kepada kita
semua. Dia Maha Tahu bahawa kita baru hendak belajar. Kita mahu
belajar itu pun, Allah sudah sangat suka. Setiap
perbuatan baik kita mendapat pahala daripada Allah. Allah
beri pahala itu sebagai tanda Dia suka (cinta) kepada kita. Setelah
kita meninggal dunia nanti, Allah akan masukkan kita ke dalam syurga
(jannah).
Apa
itu syurga (jannah)?
Syurga
ialah satu tempat atau alam yang sangat luas, yang penuh dengan
keindahan dan kegembiraan buat selama-lamanya. Orang2
yang baik akan dimasukkan ke dalam syurga selepas meninggal dunia.
Saya
sukar untuk melakukan ibadah solat kerana masalah2
tertentu.
Tak
mengapa. Solat ini ada pelbagai cara untuk melakukannya mengikut
keadaan, masa dan tempat. Sekiranya
ada kekangan (halangan), kita boleh melakukan solat secara berdiri
sahaja, atau duduk sahaja, atau berbaring sahaja, atau menggunakan
isyarat mata sahaja, atau jika keadaan tidak mengizinkan, boleh solat
di dalam hati sahaja. Insya-Allah kita akan belajar ilmu solat2
ini dari semasa ke semasa.
Allah
Maha Penyayang. Dia tahu hamba-hamba-Nya ada masalah dan kesulitan
tertentu. Oleh sebab itu, Dia beri pelbagai cara dan jalan untuk
memudahkan hamba-hamba-Nya. Sentiasalah
kita bersangka baik dengan Allah dan sangat sayang kepada-Nya.
Saya
belum pandai bacaan2 dalam solat. Bolehkah saya mengerjakan ibadah
solat sekiranya ada
peluang?
Tentu
sahaja boleh. Allah
yang menjadikan kita. Dia Maha Tahu masalah dan kesulitan2 kita. Maka
Dia beri kepada kita begitu banyak kemudahan dan kelonggaran. Pada
peringkat awal ini, boleh sahaja melakukan solat walaupun tanpa
sebarang bacaan. Kita belajar cara-cara mengerjakan solat dari segi
perbuatan tubuh badan sahaja dulu. Ada berdiri lurus, tunduk, sujud
(kepala kena lantai/ tikar/ tanah dan sebagainya), dan ada duduk.
Kita buat yang ini
sahaja dulu.
Sebenarnya
Islam itu mudah, dan Islam itu indah.