Seorang hamba Allah meminta pandangan tentang hal ehwal rumahtangga iaitu berkaitan nafkah batin - berapa kalikah kekerapan yang sesuai dalam sebulan?
Guru sahaya dulu mengambil contoh usia pertengahan atau usia matang iaitu 40-an. Pada usia pertengahan ini, seorang lelaki yang NORMAL (sihat dan berkelapangan) akan memberi nafkah batin sekurang-kurangnya 5 ke 6 kali dalam sebulan kepada seseorang isteri. Itulah kekerapan yang SEDERHANA. Jika dapat 8-9 kali, hal itu sangatlah bagus. Bagi lelaki yang belum mencapai usia 40-an, biasanya lebih lagilah jumlah hari "bersama" itu. Bagi lelaki yang 50-an ke atas pula, biasanya berkuranglah jumlah harinya.
Bagaimana boleh dapat jumlah sekurang-kurangnya 5-6 kali sebulan itu? Secara puratanya lelaki pada usia sedemikian sesuai untuk mengadakan hubungan sekitar 4 hari sekali dengan seseorang isteri. Pihak isteri tentunya ada tempoh "datang bulan"nya lebih kurang seminggu. Jadi secara ringkasnya kita tolaklah 6-7 hari. Maka tinggallah 23-24 hari si isteri dalam keadaan suci. Dalam 23-24 hari isteri suci itu jika dibahagi pula dengan 4 hari, maka dapatlah 5 ke 6 kali "bersama" dalam sebulan. Senang cakap, SEKURANG-KURANGNYA 5 kalilah. Nampak macam sikit? Pada zaman sekarang sebenarnya banyak juga orang yang tidak mampu mencapai pun jumlah yang sedikit ini.
Namun jumlah "bersama" ini tidaklah tetap. Ia BERGANTUNG KEPADA KEADAAN. Bagi orang2 yang ada masalah kesihatan yang berat, tinggal berjauhan, ada masalah/krisis dengan pasangan, panjang masa kerja berbanding orang biasa, mempunyai beberapa orang isteri, shif kerjanya berbeza dengan shif kerja isteri, terkena sihir, dan masalah2 lain yang berkaitan, biasanya akan berkuranglah kekerapannya. Tetapi bagi orang2 biasa, yang tiada masalah kesihatan berat atau kekangan2 berat lain, lebih kurang sedemikianlah kekerapan yang sewajarnya. Jika lebih lagilah bagus, tetapi jika melampau kerap pula mungkin akan datang masalah, dan jika terkurang kerap pun akan lebih bermasalah.
Berdasarkan pengalaman kerdil sahaya dalam perubatan Islam dulu (dan rakan2 perawat yang lain juga), masalah akan timbul apabila sepanjang tempoh suci (atau ringkasnya sebulanlah), suami hanya dapat memberi nafkah sekali atau dua kali sahaja. Itu belum dicampur dengan masalah "sekejap" (2-3 minit sudah selesai). Orang2 yang tidak terlibat dengan khidmat rawatan mungkin ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya banyak pasangan menghadapi masalah sebegini. Cubalah sembang2 dengan perawat2. Para pesakit muda-muda lagi. Usia baru 20-an 30-an, tapi sebulan 1-2 kali sahaja. Nafkah zahir mungkin cukup tapi nafkah batin pun mesti cukup juga. Tambahan lagi dalam 2-3 tahun terakhir ini, lelaki bermasalah berkaitan tenaga batin bertambah-tambah pula. Maka bertambah-tambahlah masalah rumahtangga tidak bahagia. Apabila tidak bahagia atau sangat kurang bahagia, akan muncullah bermacam peristiwa.
Jadi, berdasarkan penjelasan ringkas ini, orang yang bertanya itu (lelaki berusia awal 30-an) atau sesiapa sahaja tidak kira suami atau isteri bolehlah membuat penilaian kendiri tentang jumlah kekerapan yang sesuai. Wallahualam.
*Pada usia 40-an dan ke bawah, jika sebulan hanya mampu beri 1-2 kali sahaja, ertinya dari segi kebatinannya kita mungkin sudah berusia 70-an ke atas (walaupun badan sado berulas-ulas, misai bertaring, penuh tatu di badan parut di muka, pakai tangkal hitam di lengan, berambut mohawk, ada sijil SPM dan menunggang Harley-Davidson).
*Biasanya orang datang mengadu kerana terlalu kurang, hampir2 tak ada yang kerana terlalu lebih. Pesakit terakhir yang cuba mendapatkan khidmat sahaya berusia akhir 30-an manakala isterinya berusia akhir 20-an. Banyak juga beza umur mereka. Masalahnya dalam sebulan purata sekali sahaja pemberian nafkah batin. Oleh kerana bidang masalah kebatinan ini bukan keahlian sahaya (walaupun sewaktu belajar dulu kita diajar secara umum keseluruhan jenis masalah kesihatan yang selalu berlaku di sekeliling kita), dan kebetulan sahaya sudah berhenti merawat, sahaya pass akaun FB seorang muallij lain sahaja untuk dihubungi.
*Ilmu sahaya ini berdasarkan ilmu orang tua2 dahulu kala yang daripada aliran guru sahaya. Sekarang apabila zaman berubah, mungkin ada serba-sedikit perbezaannya dan mungkin kurang lagi kekerapannya memandangkan manusia hari ini semakin sibuk urusannya, semakin sempit waktunya dan semakin kurang kualiti kesihatannya. Wallahua'lam.
27/6/23
No comments:
Post a Comment