Sunday, May 28, 2023

Mencari Guru Silat Boleh Terbang dan Menghilang :)

Terbaca satu posting dan komen2 yang mencuit hati di satu group. Kita kongsi. Postingnya berbunyi : "Mencari guru silat yang boleh terbang dan boleh hilang2.. urgent ."


Lalu antara komen pembaca yang mencuit hati (Top 10):


1. (Disebut nama seseorang dan dikatakan) ... dia pernah hadap gendorowo dengan pisau sekupang je.....


2. Ilmu tu senang saje. Cari kawan², bg dia pinjam duit dengan kita.. serta-merta dia akan hilang dan terbang ke sana ke sini.

 

3. Ohh, nak belajor ngan teman pun boleh. Teman masa sekoloh dulu, teman biasa hilang2 dari kelas.

 

4. Senang je nak cari. Selalunya kereta diorang parking kat dalam porch, no plet mesti cover dengan papan, tak pun tutup dengan kain.

 

5. Nak yang boleh hilang dan hanya menjelma 5 tahun sekali ke macamana?

 

6. Ada tu ada. Pengerasnya pun boleh tahan tinggi terbangnya.


7. Lalat ke nyamuk?

 

8. (Disebut satu nama) nie org nye...kadang2 tido pon baring terapong.


9. Ada. Bukan itu sahaja. Guru ni kalau direbus tak empuk, dicincang tak lumat dan dibakar tak hangus. Cuma satu yang dia takutkan iaitu bininya!


10. Cari Xxxxx (nama seorang yang terkenal)... semalam dia kat Malaysia..tup2 hilang. Sekali ada kat Australia.


Engkau Mungkin Sufi tetapi Mereka Mungkin Tidak

Kita buat sekadar yang termampu asalkan kita gigih berusaha dan berikhtiar. Kerana memang difaham bahawa terdapat beberapa kemungkinan, antaranya :


Engkau mungkin sufi tetapi keluargamu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi orang2 di sekelilingmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi isterimu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi suamimu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi tunanganmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi ibu bapamu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi abang, kakak dan adikmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi anak-anakmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi rakan2mu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi majikanmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi atasanmu tidak.

Engkau mungkin sufi tetapi bawahanmu tidak.


Kami mengerti keadaanmu, kesukaranmu, keterbatasanmu, kekecewaanmu, harapanmu, dan usahamu.


Kita buat sekadar yang termampu asalkan kita gigih berusaha dan berikhtiar.


28/5/23


Kesungguhan Belajar Agama dan Mencapai Matlamat2nya

 

Ibarat hendak melintas jalan raya yang sibuk,

kita tidak boleh berjalan atau berlari terlalu laju

dan tidak boleh juga terlalu perlahan,

kerana nanti kita akan kemalangan.

Kelajuan melintas itu kena sesuai dengan keadaan,

sederhana tidak keterlaluan

- tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Tetapi sedikit laju atau sedikit perlahan itu masih sesuai

- mengikut kesungguhan diri pelintas, keadaan diri pelintas, dan keadaan lalu lintas.


Begitulah keadaannya dalam menuntut ilmu2 agama dan mencapai matlamat ilmu2 agama berkenaan. Lebih2 lagi jika kita sudah ketinggalan atau kelewatan. Janganlah kita masih di sebelah sini sedangkan orang lain sudah di pembahagi tengah atau di seberang jalan.


Jangan hanya menunggu tanpa melintas kerana kita di situlah kita selamanya terkandas. Hendak melintas memanglah perlukan keinginan, pengorbanan dan keberanian. Jika tidak ada ini 3 sekawan, tiadalah kemajuan. Jika kurang ini 3 sekawan, kuranglah kemajuan. Kita tidak boleh berjalan atau berlari terlalu laju dan tidak boleh juga terlalu perlahan, kerana nanti kita akan kemalangan. Kelajuan melintas itu kena sesuai dengan keadaan, sederhana tidak keterlaluan - tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Tetapi SEDIKIT laju atau SEDIKIT perlahan itu masih sesuai - mengikut kesungguhan diri pelintas, keadaan diri pelintas, dan keadaan lalu lintas.


Bagaimana melintas yang sederhana itu?

Berjalan lebih laju daripada biasa. Berjalan pantas namanya.


Bagaimana melintas sedikit laju itu?

Berlari-lari anak. Elakkan daripada lari pecut kerana berbahaya.


Bagaimana melintas sedikit perlahan itu?

Berjalan macam biasa. Elakkan kurang daripada itu kerana berbahaya juga.


Apabila kita menjadi guru, semua jenis larian dan lintasan pun ada pada murid2 kita dan orang2 yang mendapat ilmu daripada kita iaitu :


i) Ada yang melintas secara LARI PECUT lalu kemalangan (iaitu tersalah fahaman, terperangkap dengan fahaman sesat, terkapar di tengah jalan, tidak sampai ke seberang jalan yakni tujuan). Jenis ini biasanya tidak sabar2, terover berani atau berani membabi-buta, terlebih yakin, suka melanggar adab dan peraturan jalan raya, kuat sifat2 mazmumah, terasa diri sendiri cukup bijak dan cukup pandai, serta mahu menunjuk2 kepada orang ramai)


ii) Ada yang melintas secara BERLARI2 ANAK. Jenis ini sangat bagus (gigih, tumpu, patuh adab dan peraturan jalan raya, berani pada kadar yang terbaik, cepat pada kadar yang terbaik, dan yakin pada kadar yang terbaik). Biasanya jenis ini berjaya sampai ke tujuan dan lebih cepat tiba berbanding orang2 lain.


iii) Ada yang melintas secara BERJALAN PANTAS. Jenis ini memang bagus (sebagaimana kebanyakan manusia BIASA iaitu pada kadar yang SEDERHANA dari segi kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan) Biasanya jenis ini ramai juga yang berjaya sampai ke sebarang cuma agak lambat tiba berbanding jenis (ii) tadi. Kadang2 orang yang melintas kemudian daripadanya pun dapat memintasnya di tengah jalan.


iv) Ada yang melintas secara BERJALAN BIASA. Jenis ini agak bagus atau masih bagus juga (cuma LEMAH atau KURANG dari segi kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan). Jenis ini insya-Allah berpeluang sampai ke seberang tetapi paling lewat berbanding jenis (ii) dan (iii). Jika jalannya ada 8 lorong (4 lorong sebelah), mereka kena berhenti beberapa kali di tengah lorong2 Selalu berlaku orang2 yang melintas kemudian daripada mereka pun dapat memotong di tengah jalan.


v) Ada yang masih TIDAK BERGERAK2, sekadar BERANGAN2 hendak melintas sahaja. Mahu melintaskah atau tidak? Mahu kejar ilmu2 dan matlamat2 agama atau tidak aku ini? Asyik terfikir2, berehat2, berlambat2 dan melihat2 (SANGAT LEMAH atau sebahagiannya TIADA kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan). Mereka memang nampak kepentingan untuk melintas jalan tetapi hati masih kuat terpaut dengan kesenangan2 keduniaan yang membuatkan mereka berat badan untuk memulakan pergerakan. Jenis ini biasanya tidak ke mana-mana selagi tidak berani dan enggan mengubah dirinya.


vi) Dan ada juga orang2 yang TIDAK TERFIKIR PUN UNTUK MELINTAS. Mereka tidak terasa pun bahawa melintas jalan ke sebarang itu (belajar ilmu agama dan mencapai matlamat2nya itu) ada kepentingan. Sesiapa yang mahu, lintaslah. Sesiapa yang tidak berminat, tidak engapa dan tidak ada kurangnya. Buat tak tahu sahaja. Tak perlu pening2 kepala.


vi) Dan... ada juga jenis manusia dan jin yang memang TIDAK SUKA dirinya melintas malah tak suka juga orang2 lain melintas. Yang mereka suka ialah cuba menghalang orang2 yang mahu melintas (yang mahu belajar ilmu2 agama dan mencapai mtlamat2 ilmu agama).


KESIMPULANNYA


Kita cubalah jadi jenis yang berlari2 anak. Jika tidak dapat, jadi jenis yang berjalan pantas pun sudah cukup baik. Jika tidak dapat juga, sekurang-kurangnya jadilah jenis yang berjalan biasa.


28/5/23

Saturday, May 27, 2023

Tazkirah2 Itu daripada-Nya

 

Tazkirah2 itu asalnya daripada Ilah-mu. Datangnya daripada Dia. Cuma tazkirah2 itu sampai kepadamu melalui pelbagai cara dan pelbagai rupa. Pada hakikatnya, tidak ada mana2 makhluk yang sedang mengingatkanmu melainkan Dia sendiri. Apabila Dia mengingatkanmu, ertinya Dia mengasihimu. Apabila Dia tidak lagi atau jarang2 sangat mengingatkanmu, ertinya Dia semakin menjauhimu atau meninggalkanmu. Segala yang benar dan baik itu adalah daripada Dia.


26/5/23

Kesihatan Keluarga - Kekerapan Nafkah Batin

 

Seorang hamba Allah meminta pandangan tentang hal ehwal rumahtangga iaitu berkaitan nafkah batin - berapa kalikah kekerapan yang sesuai dalam sebulan?


Guru sahaya dulu mengambil contoh usia pertengahan atau usia matang iaitu 40-an. Pada usia pertengahan ini, seorang lelaki yang NORMAL (sihat dan berkelapangan) akan memberi nafkah batin sekurang-kurangnya 5 ke 6 kali dalam sebulan kepada seseorang isteri. Itulah kekerapan yang SEDERHANA. Jika dapat 8-9 kali, hal itu sangatlah bagus. Bagi lelaki yang belum mencapai usia 40-an, biasanya lebih lagilah jumlah hari "bersama" itu. Bagi lelaki yang 50-an ke atas pula, biasanya berkuranglah jumlah harinya.


Bagaimana boleh dapat jumlah sekurang-kurangnya 5-6 kali sebulan itu? Secara puratanya lelaki pada usia sedemikian sesuai untuk mengadakan hubungan sekitar 4 hari sekali dengan seseorang isteri. Pihak isteri tentunya ada tempoh "datang bulan"nya lebih kurang seminggu. Jadi secara ringkasnya kita tolaklah 6-7 hari. Maka tinggallah 23-24 hari si isteri dalam keadaan suci. Dalam 23-24 hari isteri suci itu jika dibahagi pula dengan 4 hari, maka dapatlah 5 ke 6 kali "bersama" dalam sebulan. Senang cakap, SEKURANG-KURANGNYA 5 kalilah. Nampak macam sikit? Pada zaman sekarang sebenarnya banyak juga orang yang tidak mampu mencapai pun jumlah yang sedikit ini.


Namun jumlah "bersama" ini tidaklah tetap. Ia BERGANTUNG KEPADA KEADAAN. Bagi orang2 yang ada masalah kesihatan yang berat, tinggal berjauhan, ada masalah/krisis dengan pasangan, panjang masa kerja berbanding orang biasa, mempunyai beberapa orang isteri, shif kerjanya berbeza dengan shif kerja isteri, terkena sihir, dan masalah2 lain yang berkaitan, biasanya akan berkuranglah kekerapannya. Tetapi bagi orang2 biasa, yang tiada masalah kesihatan berat atau kekangan2 berat lain, lebih kurang sedemikianlah kekerapan yang sewajarnya. Jika lebih lagilah bagus, tetapi jika melampau kerap pula mungkin akan datang masalah, dan jika terkurang kerap pun akan lebih bermasalah.


Berdasarkan pengalaman kerdil sahaya dalam perubatan Islam dulu (dan rakan2 perawat yang lain juga), masalah akan timbul apabila sepanjang tempoh suci (atau ringkasnya sebulanlah), suami hanya dapat memberi nafkah sekali atau dua kali sahaja. Itu belum dicampur dengan masalah "sekejap" (2-3 minit sudah selesai). Orang2 yang tidak terlibat dengan khidmat rawatan mungkin ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya banyak pasangan menghadapi masalah sebegini. Cubalah sembang2 dengan perawat2. Para pesakit muda-muda lagi. Usia baru 20-an 30-an, tapi sebulan 1-2 kali sahaja. Nafkah zahir mungkin cukup tapi nafkah batin pun mesti cukup juga. Tambahan lagi dalam 2-3 tahun terakhir ini, lelaki bermasalah berkaitan tenaga batin bertambah-tambah pula. Maka bertambah-tambahlah masalah rumahtangga tidak bahagia. Apabila tidak bahagia atau sangat kurang bahagia, akan muncullah bermacam peristiwa.


Jadi, berdasarkan penjelasan ringkas ini, orang yang bertanya itu (lelaki berusia awal 30-an) atau sesiapa sahaja tidak kira suami atau isteri bolehlah membuat penilaian kendiri tentang jumlah kekerapan yang sesuai. Wallahualam.


*Pada usia 40-an dan ke bawah, jika sebulan hanya mampu beri 1-2 kali sahaja, ertinya dari segi kebatinannya kita mungkin sudah berusia 70-an ke atas (walaupun badan sado berulas-ulas, misai bertaring, penuh tatu di badan parut di muka, pakai tangkal hitam di lengan, berambut mohawk, ada sijil SPM dan menunggang Harley-Davidson).


*Biasanya orang datang mengadu kerana terlalu kurang, hampir2 tak ada yang kerana terlalu lebih. Pesakit terakhir yang cuba mendapatkan khidmat sahaya berusia akhir 30-an manakala isterinya berusia akhir 20-an. Banyak juga beza umur mereka. Masalahnya dalam sebulan purata sekali sahaja pemberian nafkah batin. Oleh kerana bidang masalah kebatinan ini bukan keahlian sahaya (walaupun sewaktu belajar dulu kita diajar secara umum keseluruhan jenis masalah kesihatan yang selalu berlaku di sekeliling kita), dan kebetulan sahaya sudah berhenti merawat, sahaya pass akaun FB seorang muallij lain sahaja untuk dihubungi.


*Ilmu sahaya ini berdasarkan ilmu orang tua2 dahulu kala yang daripada aliran guru sahaya. Sekarang apabila zaman berubah, mungkin ada serba-sedikit perbezaannya dan mungkin kurang lagi kekerapannya memandangkan manusia hari ini semakin sibuk urusannya, semakin sempit waktunya dan semakin kurang kualiti kesihatannya. Wallahua'lam.


27/6/23