Pertanyaan : Ada tak amalan yang khas agar hujan turun ketika
cuaca panas seperti sekarang?
Jawapannya : Buatlah amalan2 sebagaimana yang dianjurkan oleh
Rasulullah SAW. Itu lebih utama. Cuma sekiranya mahukan amalan tambahan
daripada Tariqah Ghazaliyah, bolehlah melaksanakannya sebagaimana amalan ringkas
di bawah ini.
Bacaannya :
1.
Bacaan ke-5 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah
Ghazaliyah : Istighfar (sekurang2nya sekali).
2.
Bacaan ke-6 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah
Ghazaliyah : “Allahumma lamani’alima a’taita wala mu’tialimana’ta walayanfa’u
dzal jaddi min kal jad.” (sekurang2nya sekali).
3.
Lafazkan nama Allah di dalam qalbu berterusan
dan jirus sebagaimana biasa akan pokok2 tanaman (sayur, herba, bunga dsb) yang
ada di rumah atau di tepi2 rumah. Dalam masa yang sama, jangan kedekut, jirus
seimbas lalu ke serata rumput dan tanah di tepi2 rumah. Jirus juga sekadar
seimbas lalu kaki lima dan kawasan bersimen atau yang seumpama dengannya. Dari
satu sudut, seolah2 kita beri minum kepada segala haiwan dan tumbuhan di
sekitar itu. Zaman dulu2, amalan ini dibuat sekampung. Jika berpeluang, kita
ajak orang2 lain di kawasan petempatan kita agar masing2 buat sama.
Nama Allah yang dimaksudkan ialah nama Dzat-Nya iaitu Allah. Lafaz
ini yang sangat dianjurkan. Maka lafazkanlah sama ada di mulut, di qalbu, atau
pada kedua2nya serentak secara berterusan. Jika mahu mengunakan “nama gelaran”
bagi Allah seperti Al-Ghaniy, Ar-Rahman, Ar-Rahim atau nama2 lain juga boleh.
Bolehkah amalan ini dimulakan dengan Dua Kalimah Syahadah dan
selawat?
Boleh, malah sangat bagus.
Peringatan - Amalan ini dilakukan apabila hati kita terasa sudah
tiba masanya untuk dilakukan. Ia bukan suka-suka hati untuk kita lakukan setiap
hari atau pada bila2 masa yang kita mahu. Ertinya amalan ini dilakukan setelah
panas dan kering berhari2, atau memang pada musim kemarau.
Peringatan - Apabila hujan ada turun walaupun sangat sedikit, jangan
dibuat amalan ini pada hari yang seterusnya. Biarlah berselang sehari. Kemudian
baru disambung buat. Jika tidak, berdasarkan pengalaman para pengamal, akan
berlaku banjir besar lagi mengejut dalam masa terdekat yang akan menyusahkan
banyak orang.
Peringatan - Sekiranya hujan tidak turun, bolehlah diteruskan
amalan ini pada setiap hari. Biasanya dalam masa tiga hari, hujan akan turun.
Cuma sikit atau banyak sahaja. Ingat semula, jika ada hujan turun walau sangat
sedikit, jangan disambung amalan ini pada keesokan harinya. Kita ditarbiyah
agar kuat bersyukur, tidak tamak dan banyak bersabar.
Peringatan - Kadang2 kita tidak sedar bahawa hujan ada turun dalam
jumlah yang sedikit. Boleh jadi ia berlaku ketika kita sedang tidur. Maka untuk
mengelakkan terlepas pandang sebegini, dianjurkan buat amalan ini 3 hari
sahaja. Selepas 3 hari, berhenti sehari. Kemudian baru dibuat semula selama 3
hari lagi. Wallahua’lam.
Ikhlaskan hati dan niat, insya-Allah manfaat.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
17/3/26