Macam mana perjalanan ajaib Nabi ini
(isra’ wal mi’raaj) boleh jadi sangat cepat atau sangat laju? Ada pelbagai
faktor yang boleh kita nampak seperti :
i) Dalam sebahagian pengembaraan
ajaibnya, Nabi menunggang buraq. Buraq itu kita sedia maklum ia sangat laju.
ii) Sebahagian lagi penegembaraan ajaib
Nabi berlaku dalam mimpi. Tak hairanlah ia laju.
iii) Pengembaraan2 ajaib Nabi berlaku
pada waktu malam. Umumnya perjalanan jarak jauh pada zaman dahulu yang
dilakukan pada waktu malam adalah lebih cepat.
Ada hadith Nabi yang mengatakan : “Hendaklah
kalian melakukan perjalanan pada waktu malam kerana sesungguhnya bumi itu
dilipatkan pada malam hari.” (Abu Daud, Ahmad, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu
Khuzaimah)
Jadi cepat itu kerana pada waktu malam
tidak kena hangat matahari, tenaga badan
lambat habis, air di badan pun lambat kering, laluan pun kurang sibuk, suasana
lebih tenang. Bahkan memang dalam keadaan2 tertentu, kadang2 terasa macam
betul2 bumi dilipatkan kerana cepat yang tidak disangka2.
Tapi di sini kita hendak lebih fokuskan
kepada satu faktor lagi yang lebih penting iaitu KERANA ALLAH MENGUASAI MASA.
Siapa yang menciptakan masa? Allah ‘Azza
wa Jalla. Sebelum Allah menjadikan alam makhluk,
masa pun belum ada. Sebelum adanya alam dan masa, Allah sudah sedia ada. Ketika
itu, saat pertama pun belum ada, tetapi Zat Allah sudah sedia ada lagi
sempurna. Alangkah hebatnya Allah! Dia tidak terpengaruh dengan masa,
bahkan Dialah yang menjadikan dan menguasai masa – sepenuhnya 100%. Setelah
Allah jadikan masa, barulah masa wujud. Ertinya masa ini adalah makhluk.
Masa adalah baharu. Jadi, Allah menguasai masa 100%.
Apabila Allah menguasai masa, ertinya Dia
boleh memanjangkan masa atau memendekkan masa mengikut kehendak-Nya. Sebab
itulah ada tempoh masa yang panjang, tapi kita terasa cepatnya. Contohnya :
Kadang2 kita baru je habis mengerjakan solat zuhur, tengok2 dah nak masuk ‘asar
dah. Ada pula tempoh masa yang pendek, tapi kita terasa lamanya.
Contoh : Bilalah ceramah ni nak habih tak
tau? Lama sungguh dah ni!
Maka, walaupun jarak perjalanan ke Baitul
Maqdis dan ke langit itu sangat jauh dan sangat lama, tapi Allah boleh
pendekkan tempoh masanya tak sampai pun satu malam. Ia bukanlah hal yang
mustahil.
Untuk lebih memahami hal ini, marilah
kita bertafakkur yakni merenung dengan lebih mendalam akan beberapa bukti yang
ada dalam kehidupan kita, di sekitar kehidupan kita sendiri.
Kadang2 kita tidur sekejap sahaja, tapi
kita dapat mimpi dan berada dalam mimpi itu lama. Ada orang yang terlena selama
5 jam, tapi dia berada dalam mimpinya selama 2-3 hari. Bahkan ada yang lebih
lama lagi. Yang ini amat jarang berlaku. Mengapa boleh jadi sedemikian? Kerana
Allah menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya mengikut
kehendak-Nya.
Hujahnya lagi : Ada hari yang kita rasa
panjang. Lambat nak habis. Bilalah nak balik ni? Tambah2 bulan Ramadhan yang
nak datang ni. Lambat lagi ke nak buka puasa ni? Tapi ada hari2 yang kita rasa
pendek. Eh, dah sampai waktu nak berbuka puasa dah? Mengapa? Kerana Allah
menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya mengikut
kehendak-Nya.
Pernah ada orang hilang. 3 hari orang
cari baru terjumpa. Dia sendiri hairan kenapa orang cari dia. Sebab dia rasa
sekejap sangat dia duduk di situ. Mula2 dia ternampak macam duit syiling
berkilau2 ada banyak di tanah. Dia pun ikut le laluan yang ada duit2 syiling
tu. Kemudian dia berhenti duduk di tepi sungai. Lepas tu dia ternampak orang2
dok cari dan panggil nama dia. Setelah orang jumpa dia, baru dia sedar yang dia
dah hilang 3 hari. Padahal dia rasa baru sejam dua dia berjalan. Mengapa?
Kerana Allah menguasai masa. Dia boleh memendekkan atau memanjangkannya
mengikut kehendak-Nya. Allah menjadikan pelbagai alam yang berlainan tempoh
masanya. Sebab itulah dikatakan sehari di alam akhirat ada yang seumpama 1000
tahun alam dunia.
Sama juga halnya dalam hal meninggal
dunia khususnya ketika sakaratul maut – masa kita nak habis nyawa tu. Ada orang
yang kita nampak dia mencungap2 beberapa saat sahaja. Nampak macam senang je
mati dia. Tapi di sisi Allah Allah boleh panjangkan masa itu mengikut
kehendak-Nya. Nampak nak lepas nyawa tu dalam 20-30 saat, tapi Allah boleh
panjangkan jadi 2-3 jam, 2-3 hari dan sebagainya.
Itu yang kadang2 ada orang yang mudah
mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kerana mereka menyangkakan bahawa
sakit nak mati itu sekejap. Bunuh diri lah senang. Cepat sikit mati. Awas!
Jangan terpedaya. Kita yang jangka sakitnya sekejap, dan orang2 yang melihat
juga memang nampak sekejap. Tapi Allah boleh panjangkan siksaan atau sakitnya
itu mengikut kehendaknya. Sakit 2-3 saat boleh je Allah panjangkan jadi sakit
berhari2. Jangan terpedaya.
Nikmat kubur dan azab kubur pun sama.
Nabi Muhammad SAW pergi sampai ke atas
langit dan pulang semula dalam tak sampai 1 malam, kerana Allah yang menguasai
masa. Maka hal tersebut bukan barang mustahil.
-
Petikan nota
daripada Ceramah Isra’ wal Mi’raaj oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 16 Januari
2026