Showing posts with label AUDIO VIDEO. Show all posts
Showing posts with label AUDIO VIDEO. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Kuliah2 yg Dimanfaatkan Sepanjang Awal November 2011

1. Sejarah Yahudi dan Bani Israil - 379 hits (keseluruhannya 18,436 hits)
2. Kisah Khidhir dengan Nabi Musa - 285 hits (keseluruhannya 11,852 hits)
3. Sejarah Nabi Yusuf - 279 hits (keseluruhannya 11,852 hits)
4. Nabi Khidhir Masih Hidup? - 247 hits (keseluruhannya 14,711 hits)
5. Syarah Kifayatul Muhtaj (bah. 1) - 229 hits (keseluruhannya 7,853 hits)

6. 1 Lelaki 50 Wanita - 190 hits (keseluruhannya 9,820 hits)
7. Korsh/Cyrus & Zulqarnain - 185 hits (keseluruhannya 10,290 hits)
8. Fitnah Dari Najd (Timur Madinah) - 135 hits (keseluruhannya 8,006 hits)
9. Ringkasan Ilmu Tauhid Sifat 20 - 160 hits (keseluruhannya 7,380 hits)
10. Perihal Yakjuj Makjuj - 144 hits (keseluruhannya 35,885 hits)


11. Mendidik Anak Jadi Soleh - 93 hits
12. Syarah Munyatul Musolli (bah. 50) - 88 hits
13. Sejarah Maryam Ibu Nabi Isa - 87 hits
14. Syarah Kifayatul Muhtaj (bah. 77) - 86 hits
15. Tanah Arab Kembali Subur - 86 hits

16. Hantu Memang Ada - 86 hits
17. Sejarah Nabi Isa @ Jesus - 85 hits
18. Syarah Ihya' 'Ulumiddin (bah. 1) - 79 hits
19. Perang, Perang, Perang - 77 hits
20. Syarah Kifayatul Muhtaj (bah. 2) -77 hits

21. 2 Golongan Penghuni Neraka 75 hits
22. Statistik Zina & Anak Luar Nikah - 73 hits
23. Wirid Pendinding Diri - 73 hits
24. Syarah Kifayatul Muhtaj (bah. 64) - 72 hits
25. Syarah Munyatul Musolli (bah. 1) - 71 hits



PENGUMUMAN


# Kuliah Syarah Kitab Ihya' 'Ulumiddin boleh ditonton dalam format video di Youtube mulai fail ke-100. Setakat ini sudah ada 123 fail.

# Semua fail kuliah di Youtube sudah dimanfaatkan sebanyak lebih 400,000 kali.

Monday, July 18, 2011

Teks Kuliah Syarah Ihya' 10


http://www.youtube.com/watch?v=O9IKVFw2P-8


Itu sudah satu kisah. Kemudian alam kubur pula, satu kisah lagi. Tidak tahu berapa tahun pula di dalam alam itu. Selepas alam kubur, Padang Mahsyar pula. Entah berapa tahun pula di situ, kita tidak tahu. Selepas itu ‘timbangan’ pula, hendak timbang amal. Berapa puluh tahun pula di situ? Silap-silap ribuan tahun. Selepas itu hendak melintas Titian ‘Sirat’ pula. Berapa tahun pula lagi? Sampai di depan syurga pun ada (masalah) pula lagi.

Jadi setiap satu alam itu memakan masa lama. Kalau satu alam itu makan masa 1,000 tahun pun cukuplah, tidak terdaya kita hendak menunggu. Sebab itulah dikatakan “perjalanan itu jauh”. Perjalanan menuju ke syurga ... jauh. Ia bukan benda dekat.

(Untuk) Setiap alam ini ada amalan-amalannya. Hendak senangkan diri ketika sakaratul maut, ada amalannya. Hendak senangkan diri ketika di alam kubur, ada amalannya. Hendak senangkan diri ketika di Padang Mahsyar ada amalannya. Setiap satu alam itu ada amalannya. Sesiapa buat amalan-amalan ini, (urusan) dia mudah.

Kalau kita tidak ambil tahu : “Alah, mati esok, akhirat je lah.” Kita nampak satu (alam) sahajalah, akhirat (secara keseluruhan) sahaja. Padahal dalam (alam) akhirat itu ada banyak alamnya. Teruk kita, hendak melepasi satu-satu (alam) itu susah. Sebab itulah dikatakan : “Perjalanan itu jauh.”

Jadi apabila kita sudah ada kefahaman seperti ini, tentulah ada tindakan, bukannya kita belajar sahaja. Tindakan kita, kita buatlah perbekalan. Kita siapkan bekalan kita untuk hidup di dunia ini sepadan dengan usia kita hidup di dunia. Katakanlah umur kita 70 tahun. “Rasa-rasa aku ini (hidup) sampai 70 tahun.” (Maka) Kita carilah bekalan untuk hidup selama 100 tahun. Cukuplah tu.

Tapi kita kena ingat, selepas kita mati kita akan dihidupkan semula dalam satu alam akhirat, yang selama-lamanya. Kalau untuk kehidupan 70 tahun ini kita berusaha sedemikian keras, untuk hidup yang selama-lamanya itu... berapa banyak amalan yang kita hendak siapkan? Tentulah lebih banyak lagi!

Jadi, berusahalah untuk hidup di dunia ini sepadan dengan usia kita, juga siapkanlah bekalan untuk hidup di akhirat sepadan dengan kekalnya kita di sana.

Sesetengah orang, bahkan kebanyakan orang tumpu mencari bekal hidup di dunia. Baik dari segi pakaian, makanan, rumah. Itu yang utama. Dia tumpu yang itu sahaja. Sehari entah berapa jam tumpu yang itu sahaja. Untuk akhirat dia bagi (masa yang) sedikit. Sebenarnya untuk akhirat ini yang kena lebih, walaupun kita kata (kena) seimbang – akhirat 50%, dunia 50%, tapi kita kena ingat (bahawa) hidup di dunia 70-80 tahun, (manakala) hidup di akhirat selama-lamanya. Yang mana kita hendak siapkan lebih bekalan? Orang yang bijak tentulah dia ‘target’ yang di akhirat.

Kita rugi di dunia tidak apa-apa. Kita rugi 80 tahun, apalah sangat. Tapi kalau rugi di akhirat, selama-lamanya. Yang mana kita lebih takut kerugian? (Tentulah) Takut ruugi di akhirat (lebih) lagi. Begitu cara ilmu tasawuf.

Kemudian kata Imam Al-Ghazali : “Perbekalan itu sedikit.”

Ingat semula yang dia katakan : “Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang. Ajal itu dekat, perjalanan itu jauh. Bekal itu sedikit.”

Mengapa dia katakan : “Bekalan itu sedikit?”

Kita pun masing-mmaing faham, memang bekalan yang kita sediakan untuk akhirat itu sedikit, termasuklah saya, bukan kata orang lain. Bekalan untuk akhirat itu sedikit. Kita asyik tumpu bekalan untuk hidup di dunia. Bekal akhirat sedikit.

Sebenarnya kita ini tahu, mati itu pada bila-bila masa boleh berlaku, tapi kita yakinkan diri kita sendiri : “Takkanlah sekejap lagi mati, mungkin tidak.”

“Takkanlah malam ini aku mati. Rasa-rasanya tidak mati lagi.”

“Takkanlah esok (aku) mati. Rasa-rasanya hidup lagi.”

“Takkanlah tahun ini aku mati. Rasa-rasanya sempat lagi.”

Kita yakinkan diri sendiri. Itu masalahnya. Itu yang membuatkan bekal kita jadi sedikit. Cuba kita ingat : “Eh, malam ni... matikah aku ya? Boleh jadi mati.”

Dengan baca Quran, menuntut ilmu... semua kita buat (kerana mengambil kematian sebagai pengajaran).

Bekal kita itu sedikit, salah satu sebabnya... kita bertangguh-tangguh. Hendak belajar ilmu agama, nantilah. Tak mati lagi malam ini. Asyik bertangguh-tangguh. Itulah penyebab bekal kita sedikit.

Kita asyik mengejar fatamorgana. Fatamorgana ini apa bendanya? Apabila kita memandu kereta ketika tengah hari, kita nampak ada macam air di jalan raya. Nampak macam ada air, tapi apabila didekat, ia hilang. Di padang pasir selalu ada. Kita memandu kereta pun (selalu) ada. Nampak macam air di tengah jalan, ketika hari panas. Kita mendekat, (ia) hilang. Itulah fatamorgana. Ia menipu kita.

Di padang pasir, cukup ramai orang tertipu. Kita sudahlah dahaga, sesat di padang pasir. Nampak macam kolam luas. Apabila kita pergi, (ia) hilang. Fatamorgana (berlaku) kerana pantulan dari matahari. Bahang panas itu menipu mata kita. Kadang-kadang fatamorgana ini boleh kelihatan seperti (sebuah) kota. Kota (di padang) pasir- fatamorgana.

Kita ini asyik mengejar fatamorgana dunia. Asyik kejar keseronokan dunia ini. Asyik kejar, kejar, kejar... sampai suatu ketika barulah kita tersedar, tidak ada rupa-rupanya, hilang. Itulah fatamorgana.

Nanti waktu bawa kereta, naik motor ke, tengoklah di hujung jalan raya. Akan nampak macam air di tengah jalan.

Kemudian kata Imam Al-Ghazali : “Bahaya itu besar.” Bekal itu sudahlah sedikit, bahaya itu pula besar. Kenapa dia katakan bahaya itu besar?

Macam (yang) kita beritahu tadilah, kita rugi di dunia ini sekadar 80 tahun. Kalau umur panjang, 100 tahun. Katakanlah (kita) hidup miskin. Hidup miskinlah (sepanjang) 100 tahun di dunia ini. Tapi, 100 tahun sahaja. Kalau di akhirat kita hidup miskin bagaimana? Itu selama-lamanya tu! Kalau kita sakit, mungkin sakit selama-lamanya. Kalau kita miskin, (mungkin) miskin selama-lamanya. Rumah buruk (neraka) di akhirat, mungkin selama-lamanya buruk. Sebab itulah dikatakan : “Bahaya itu besar.”

Tidak ada bahaya yang lebih besar daripada bahaya alam akhirat. Tidak ada seksaan yang lebih hebat daripada seksaan alam akhirat. Kita di dunia... orang pancung kepala, orang suntik dengan jarum beracun supaya mati, orang pukul... semua itu tidak bahaya lagi (jika) hendak dibandingkan dengan bahaya akhirat. Bahaya akhirat lebih teruk daripada itu. Sebab itulah Imam Al-Ghazali kata : “Bahaya itu besar.”

Tidak ada bahaya yang lebih hebat daripada bahaya akhirat. Dan lawannya – tidak ada nikmat yang lebih nikmat daripada nikmat akhirat. Yang mana kita hendak? Hendak bahaya akhiratkah, hendak nikmat akhirat?

Jadi apabila kita sudah tahu benda-benda seperti ini, kita hendaklah ambil tindakan.

sumber

Teks Kuliah Syarah Ihya' 9

http://www.youtube.com/watch?v=au9bM01hmAc


Kemudian kata Imam Al-Ghazali... sebagaimana dalam nota itu saya tulis ‘Hikmah Al-Ghazali 1’. Hikmah-hikmah Al-Ghazali ini saya kumpul-kumpul supaya boleh dijadikan satu buku ringkas, sebagaimana mencontohi kitab Hikam Ibnu ‘Ataillah.

Kata Imam Al-Ghazali : “Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh. Perbekalan itu sedikit. Bahaya itu besar. Dan jalan itu tertutup.” Ini kata Imam Al-Ghazali. Jadi, apa maksud kata-katanya ini?

Dia kata akhirat itu di depan, dunia ini di belakang. Ajal, maksudnya mati itu, dekat. Sedangkan perjalanan itu jauh. Bekal pula sedikit. Bahaya pula besar dan jalan itu pula tertutup. Yang ini kita kena hurai. Nampak ringkas, nampak mudah, tapi sebenarnya ada banyak benda di dalamnya.

Yang pertama Imam Ghazali kata : “Akhirat itu di hadapan.” Sebab apa akhirat itu di depan? Akhirat itu di depan sebab kita sekarang sedang menuju ke akhirat, tapi kita tidak perasan. Akhirat itu di depan kita, kita sedang pergi, pergi, pergi, pergi... kerana kita sedang menuju kepada kematian. Kita bukannya berpatah balik. Kita lahir-lahir sahaja, kita (secara) automatik sedang menuju ke akhirat. Lahir sahaja, (maksudnya) sedang menuju ke akhirat. Sebab itulah dikatakan akhirat itu di hadapan. Dunia ini kita makin tinggalkan di belakang.

Contohnya macam kita dari bumi hendak pergi ke bulan. Kita naik roket. Sungguhpun kita masih berada dalam ruang angkasa bumi, tapi sebenarnya kita sedang meninggalkan bumi. Bumi sudah di belakang, bulan nun di hadapan. Jadi matlamat kita itu (bulan) yang mesti diutamakan, bukannya (utamakan) benda yang hendak kita tinggalkan. Sebab itulah dia kata : “Akhirat itu di hadapan.”

Kenapa dunia ini di belakang? Ingat tadi kata Imam Al-Ghazali : “Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang”? Mengapa dia cakap begitu?

Dunia di belakang, macam yang kita cakap tadilah, sebab semakin lama ia semakin kita tinggalkan. Makin tinggal, makin tinggal, makin tinggal... bukan makin dekat dengan dunia, makin ditinggal. Hari (kita) akan mati itu, semakin dekat. Hari kita dilahirkan, semakin lama semakin menjauh. Walaupun kita baru lahir semalam, tapi kita (tetap sedang) bergerak menuju hari mati. Begitu ceritanya.

Jadi apabila kita sudah faham seperti ini, tentulah kita ada tindakan. Antara tindakannya kita hendaklah selalu zikrul maut – ingat mati. Sebelum tidur malam itu kita ingat : “Malam ini matikah aku?” Dengan cara mengingati mati ini kita bersemangat hendak tambah keimanan, tambah ilmu, tambah amal. Itu yang dikatakan : “Cukuplah mati sebagai peringatan.”

Masalahnya sekarang, kita ini takut untuk mengingati mati. Tahu tahu... mati. Itu lagi bahaya. Lebih baik kita selalu ingat : “Matikah aku?” Yang itu lebih menolong.

Kemudian Imam Al-Ghazali kata : “Ajal itu dekat.” Kenapa dikatakan ajal itu dekat? Sebab mati ini sedang mendatang, datang, datang. Ia bukannya pergi, pergi, pergi. Yang pergi, pergi, pergi ialah dunia. Yang datang, datang, datang ialah mati. Makin lama makin dekat. Kemudian dikatakan ajal itu dekat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. (Berlaku pada) masa yang kita tidak sangka-sangka. Dan ia berlaku pula cukup cepat, kalau Tuhan hendak bagi cepat.

Kemudian ajal itu dekat kerana malaikat maut sampai itu sekejap (cepat). Dia dekat sangat dengan kita, kita tidak boleh hendak menghalang. Kita duduklah dalam ketul ais ke, dalam peti ais ke, duduk dalam peti besi ke, di mana-mana sekalipun, dia (tetap) boleh lepas, malaikat maut ini. Sebab itu dikatakan ajal itu dekat.

Jadi kita kena renung-renung selalulah. Bila agaknya aku ni mati? Sekejap lagikah? Tidak mustahil! Ataupun sekarang, tidak mustahil juga. Tengah-tengah mengajar tiba-tiba pengsan! Orang raba nadi, tengok-tengok ‘sudah tidak ada’. “Oh mati dah ustaz yang mengajar ni.” Boleh jadi.

Masa kita tidur malam nantikah mati? Boleh jadi. Besok pagi? Boleh jadi. Dalam perjalanan balik (dari majlis kuliah) nantikah? Boleh jadi. Itu yang dikatakan mati ini dekat. Ia tidak jauh. Kita tidak boleh mencium baunya, tapi ia sangat dekat. Itulah kata Imam Ghazali.

Ada sebuah lagu yang bercerita tentang mati, yang saya ubahsuai dari lagu lain. Lagunya ringkas sahaja, beginilah bunyinya... hayati dia punya lirik.


Setiap yang bernyawa pasti mati.

Itu sudah dijanji Ilahi.

Pasti nanti kita kan bertemu mati.

Mungkin esok, mungkin juga hari ini.


Dan pasti bila nanti kita kan bertemu mati

Bertemu dengan Tuhan yang menjadikan kita semua

Mengira dosa pahala

Menuju tempat abadi

Syurga ataupun neraka.


Jadi mati ini boleh berlaku bila-bila masa. Dalam lagu itu dikata “pasti!”. Bila? Tak tahu! Matlamat akhir kita – syurga ataupun neraka.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Seterusnya Imam Al-Ghazali kata : “Perjalanan itu jauh.”

“Akhirat itu depan, dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh.”

Kenapa dia cakap : “Perjalanan itu jauh?” Kita tengok di dunia ini, kita hendak dapatkan satu-satu pekerjaan yang selesa apabila dewasa pun susah. Dari kecil emak kita menjaga kita, kemudian masuk sekolah tadika (pra-sekolah), masuk sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah, amsuk universiti pula, hadiri temuduga pula... barulah dapat kerja. Berapa tahun tu? Berbelas tahun, berpuluh tahun.

Ini hendak menuju alam akhirat, matlamat yang terakhir iaitu syurga ataupun neraka, ada banyak alam. Antaranya alam sakaratul maut – masa kita hendak mati itu. Nampak macam sekejap, tapi Tuhan boleh bagi panjang. Kita kata : “Dia itu (hendak) mati sekejap sahaja.” Tercungap-cungap 3 saat... mati. Tapi (walaupun) kita nampak 3 saat, Tuhan boleh bagi panjang (lama masanya) – 24 jam, 2 tahun, 1,000 tahun? Kita tak tahu. Orang yang mengalaminya itu sahaja yang tahu. Itu alam sakaratul maut.


Monday, July 11, 2011

Wangin Hikmah Al-Ghazali 74-79

Audio Syarah Ihya' 74-79 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 74

http://www.youtube.com/watch?v=VCJHjugXNK0
- Doa kita kali ini.
- Syukur atas pilihan Tuhan.
- Imbas kembali pelajaran lalu.
- Nabi Muhammad seorang ummiy?
- Apakah keluarbiasaan sifat ummiy itu?
- Menulis dan membaca ialah alat untuk mendapatkan ilmu.
- Jika sudah boleh melintasi sungai dengan berjalan di atas air, apa perlunya untuk berdayung sampan?
- Proses kejadian manusia yang sangat hebat dalam Al-Quran.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 75
http://www.youtube.com/watch?v=iD-u7sD0h5k
- Proses kejadian manusia yang sangat hebat dalam Al-Quran.
- Mengapa ajaran Nabi Isa tidak dapat bertahan sebagaimana ajaran Nabi Muhammad?
- Tingkat-tingkat wara'. Ada berapa tingkat? Kita berada di tingkat yang mana?
- Wara' tingkat terbawah, tingkat orang 'adil.
- Wara' tingkat orang soleh.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 76
http://www.youtube.com/watch?v=mualSgtEcbM
- Bihun yang syubahat.
- Minuman beralkohol boleh diminum?
- Rokok?
- Wara' tingkat muttaqin.
- Wara' tingkat siddiqin.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 77
http://www.youtube.com/watch?v=YlCO_9DFrsw
- Batas pembicaraan dan kemahiran fiqh.
- Bersih menurut fiqh vs bersih menurut tasawuf.
- "Kebersihan separuh daripada iman." Bagaimana kita hendak mencapainya?
- Tingkat-tingkat bersih.
- Kita berada di tingkat yang mana?
- Pelajaran ilmu fiqh bukanlah bekal ke akhirat, kata Sufyan ath-Thauri.
- Belajar fiqh untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah gila, kata Imam Al-Ghazali.
- Apa maksud kata-kata Ath-Thauri dan Al-Ghazali?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 78
http://www.youtube.com/watch?v=oSVmdl6WCBU
- Apa itu zihar? Apa itu li'an.
- Apa kifarah zihar?
- Li'an dan sumpah laknat.
- Menuduh zina memerlukan 4 saksi yang adil.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 79
http://www.youtube.com/watch?v=ZxJMsugiWj4
- Ilmu fiqh dan ilmu kedoktoran itu umumnya ilmu dunia. Setarafkah kedua-duanya? Apakah perbezaannya?
- Perbandingan taraf antara ilmu kedoktoran, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.

PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-13


TINGKAT-TINGKAT WARA’

Mengenai halal dan haram, maka menjaga diri dari yang haram adalah sebahagian dari agama. Tetapi wara’ itu mempunyai empat tingkat:

TINGKAT PERTAMA: ialah penjagaan diri (wara’) yang disyaratkan pada keadilan kesaksian. Iaitu bila penjagaan diri yang tersebut tidak ada, maka orang tidak boleh menjadi saksi, hakim dan wali. Penjagaan diri yang dimaksud ialah penjagaan diri dari perbuatan yang nyata haramnya.

TINGKAT KEDUA : ialah wara’ orang-orang salih. Iaitu menjauhkan diri dari segala perbuatan syubhat, yang ada padanya kemungkinan-kemungkinan yang diragukan.

Bersabda Nabi saw: “Tinggalkanlah yang meragukan untuk diambil yang tidak meragukan.” (Turmizi, Nasa’i & Ibnu Hibban)

TINGKAT KETIGA : ialah wara’ orang-orang yang taqwa (muttaqin). Iaitu meninggalkan perbuatan yang sebenarnya halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada haram. Bersabda Nabi saw :

“Tidaklah orang itu bernama orang taqwa sebelum ia meninggalkan sesuatu yang tak ada apa-apanya, kerana takut kepada yang ada apa-apanya.” (Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)

TINGKAT KEEMPAT : ialah wara’ orang-orang siddiqin. Iaitu berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala, kerana takut terpakai meskipun sesat dari umur, kepada tidak mendatangkan faedah lebih pendekatan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla, walaupun ia tahu dan yakin bahawa perbuatan tersebut tidak membawa kepada haram.

Maka semua tingkat tadi adalah di luar daripada perhatian ahli fiqh, selain tingkat pertama iaitu mengenai pemeliharaan diri (wara’ seseorang) saksi, hakim dan yang merosakkan ‘adalah (keadilan).Menegakkan wara’ yang sedemikian tidaklah meniadakan dosa di akhirat.

Ahli fiqh itu tidak memperkatakan tentang penyakit hati (jiwa) dan cara mengatasinya, tetapi yang ada (hanyalah) mengenai (hal-hal) yang merosakkan ‘adalah (keadilan) sahaja.

Jadi seluruh perhatian ahli fiqh adalah bersangkutan dengan dunia, yang dengan dunia itu ada perbaikan jalan akhirat.

Apabila sekiranya dia memperkatakan sesuatu dari sifat-sifat hati dan hukum akhirat, (itu) adalah termasuk dalam percakapannya secara sambil lalu. Sebagaiman kadang-kadang termasuk dalam percakapannya persoalan kedoktoran, kira-kira, ilmu bintang dan ilmu kalam. Dan sebagaimana termasuknya ilmu falsafah ke dlm tatabahasa & pantun.

Sufyan ath-Thauri , seorang pemuka (tokoh) ilmu zahir berkata : “Sesungguhnya mempelajari ilmu ini (ilmu fiqh) tidaklah termasuk perbekalan akhirat.”

Bagaimana? Telah sepakat para ahli bahawa kemuliaan pada ilmu itu ialah pelaksanaannya. Maka bagaimana dia menyangka dia mengajar hukum zihar (menyerupakan isteri dengan belakang ibunya), hukum li’an (mengutuk isteri), hukum as-salam (berjual beli benda yang belum dilihat oleh si pembeli, hanya diterangkan sifat-sifatnya sahaja oleh si penjual)), sewa-menyewa dan tukar-menukar wang? Dan orang yang mempelajari hal-hal tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala, adalah gila. Sesungguhnya perbuatan itu adalah dengan hati dan anggota tubuh pada segala amal taat. Dan kemulian ialah amalan-amalan itu.

PERBEZAAN ILMU FIQH DENGAN ILMU KEDOKTORAN

Kalau anda bertanya, mengapa aku tidak samakan antara ilmu fiqh dengan ilmu kedoktoran, kerana ilmu kedoktoran juga berhubungan dengan dunia, iaitu kesihatan badan? Dan itu bersangkutan pula dengan kebaikan agama. Dan penyamaan ini menyalahi ijma’ umat Islam?

Ketahuilah, bahawa penyamaan itu tidaklah sesuai, bahkan terdapat perbezaan antara kedua2nya.

Ilmu fiqh itu lebih mulia daripada ilmu kedoktoran dari tiga segi:

1. Fiqh itu ilmu syariah, kerana ia diperolehi dari kenabian. Lain halnya dengan ilmu kedoktoran, ia tidaklah termasuk ilmu syariah.

2. Ilmu fiqh itu tidak dapat melepaskan diri sekali-kali oleh seseorang yang menuju ke jalan akhirat, baik dia sakit atau sihat. Sedangkan ilmu kedoktoran tidak diperlukan selain oleh orang sakit, dan orang sakit itu sedikit.

3. Ilmu fiqh itu berdampingan dengan ilmu jalan akhirat, kerana ia memandang pada amal perbuatan anggota tubuh. Sumber dan tempat terjadinya amal perbuatan anggota tubuh itu adalah perilaku hati (jiwa/kalbu). Dan tidak tersembunyi lagi akan hubungan antara anggota tubuh dengan hati itu.

Adapun sihat dan sakit, maka tempat terjadinya adalah bersih pada sifat badan dan percampuran. Dan itu adalah dari sifat2 tubuh, bukan dari sifat-sifat hati.

Maka manakala dihubungkan ilmu fiqh kepada ilmu kedoktoran, nescaya tampaklah kemulian ilmu fiqh itu. Dan apabila dihubungkan ilmu jalan ke akhirat kepada ilmu fiqh, maka tampaklah pula kelebihan ilmu jalan ke akhirat.


NABI MUHAMMAD SEORANG UMMIY

Benarkah Nabi Muhammad saw seorang yang ummiy, iaitu tidak tahu membaca dan menulis?

Ya.

Adakah sifat ummiy itu menunjukkan kelemahan buat diri Nabi saw?

Tidak, bahkan ia suatu keistimewaan yang sangat luar biasa?

Mengapa begitu?

Kerana jika Nabi Muhammad tahu menulis dan membaca, pasti ramai orang akan mengatakan Al Quran itu dikarang oleh Nabi Muhammad. Mereka akan menuduh Nabi Muhammad membaca kitab-kitab Yahudi dan Nasrani lalu meniru dan menyusunnya semula. Namun kerana Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan menulis, ia menjadi salah satu bukti bahawa Al Quran itu tidak direka atau disusun semula oleh Nabi Muhammad, melainkan Al-Quran ialah wahyu daripada Allah SWT. Matilah hujah para penuduh itu.

“Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca sesuatu kitab sebelum (diturunkan Al-Quran), dan engkau tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu, sekiranya (engkau pernah membaca dan menulis), nescaya ragu orang-orang yang mengengkarinya.” (Al-‘Ankabut : 48)

Selain itu, ilmu pengetahuan Rasululah saw banyak datang terus daripada Tuhan melalui wahyu ataupun hikmah. Ringkasnya baginda tidak perlu kepada membaca dan menulis kerana dirinya penuh dengan pelbagai ilmu walaupun tanpa melalui jalan membaca dan menulis. Orang yang boleh melintas sungai dengan berjalan di atas air, tidak perlulah kepada dia untuk mencari sampan dan mendayungnya.

Bukankah Nabi Muhammad kenal beberapa kalimat berhuruf, yang membawa maksud baginda boleh membaca?

Kalimat-kalimat itu dikenalnya sebagai simbol, sebagimana anak-anak kecil yang masih belum boleh membaca tahu maksud perkataan-perkataan tertentu, kerana mereka melihatnya sebagai simbol.

KEJADIAN MANUSIA DARIPADA TANAH

“Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap.” (Ar-Rahmaan : 14)

Salsaal = tanah kering/ zat pembakar/ oksigen

Fakkhaar = zat arang/ karbon

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (itu) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr : 26-27)

Salsaal = tanah kering/ zat pembakar/ oksigen

Hamaaim = lumpur hitam yang dibentuk/ nitrogen

“Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani).” (As-Sajdah : 7-8)

Tiin = tanah/ atom zat air/ hydrogen

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat.” (As-Saaffaat : 11)

Tiin = tanah/ atom zat air/ hydrogen

Laazib = zat besi/ ferum

“Dia menciptakannya daripada tanah.” (Aali ‘Imraan : 59)

Turaab = zat-zat anorganik/ unsur-unsur zat asli dalam tanah

BAGAIMANA AGAMA ISLAM BOLEH TERPELIHARA BERBANDING AJARAN NABI ISA?

1. Sahabat Nabi Muhammad terlalu ramai, sahabat Nabi Isa sedikit.

2. Nabi Muhammad dan sahabatnya memerintah, Nabi Isa dan hawarinya diperintah.

3. Islam disebarkan secara terbuka, ajaran Nabi Isa secara sembunyi-sembunyi.

4. Ribuan sahabat berkumpul di Madinah, pengikut Nabi Isa bertebaran dan bersembunyi.

Wangian Hikmah Al-Ghazali 67-73

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 67

http://www.youtube.com/watch?v=cggCvjzl9JE
- Kisah lelaki 'abid tak berilmu vs lelaki berilmu tapi tidak beramal.
- Imbas kembali isi pelajaran kuliah yang lepas.
- Ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah.
- Fardhu kifayah terbahagi kepada ilmu syariah dan tidak syariah.
- Ilmu bukan syariah ada 3 : terpuji, tercela, diharuskan.
- Boleh belajar ilmu sihir? Apa tujuannya?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 68
http://www.youtube.com/watch?v=ffmY3pq9rkc
- Ilmu bukan syariah yang terpuji, tercela dan dibolehkan.
- Pembahagian ilmu syariah.
- Ilmu pokok dan ilmu furu'/cabang.
- Apa itu ilmu pengantar/muqadimah?
- Alat untuk memaham Quran dan hadith.
- Bahasa kitab-kitab agama di dunia - Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster, Buddha, Hindu, Tao, Confucious, Shinto.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 69
http://www.youtube.com/watch?v=eU-I__U-U1g
- Rasulullah yang ummiy.
- Mengapa sifat ummiy itu satu kelebihan yang luar biasa, bukannya satu kekurangan?
- Mengapa ilmu fiqh itu ilmu dunia dan ulamanya itu ulama dunia?
- Asal kejadian manusia dalam Al-Quran, yang begitu mendalam butirannya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 70
http://www.youtube.com/watch?v=TtWwkYwyT2o
- Apa itu "hamaa'im"?
- Kehebatan dan keajaiban Al-Quran.
- Apa itu "thiin"?
- Apa itu "lazib"?
- Ilmu fiqh dan ulama fiqh itu secara langsungnya menguruskan dunia.
- Sesuatu yang tidak berpokok akan roboh, sesuatu yang tidak berpengawal akan hilang.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 71
http://www.youtube.com/watch?v=5ezY_ramtKE
- Sesuatu yang tidak berpengawal, hilang.
- Pemerintah dan agama ialah dua anak kembar.
- Bagaimana ajaran Nabi Isa boleh hilang, tidak bertahan?
- Mengapa ajaran Nabi Muhammad mampu bertahan?
- Apakah hasil ilmu fiqh?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 72
http://www.youtube.com/watch?v=Yj8cfReIIY8
- Kualiti menurut fiqh vs kualiti menurut tasawuf.
- Bagaimana kualiti solat kita? Kita bersolat kerana apa?
- Kita beramal kerana apa?
- "Laailahaillallah".

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 73
http://www.youtube.com/watch?v=V6KJ7fOi0vE
- "Laailahaillallah" sebagai penyelamat darah dan harta di dunia.
- Ulama fiqh selalu mengabaikan soal hati, bahkan tidak termasuk dalam perbicaraan wilayah ilmu fiqh.
- Nasib orang yang bersolat.
- Seruan untuk kali ini.

PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-12

(Karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali)

Jika anda tanyakan : Mengapakah aku (Imam Al-Ghazali) hubungkan ilmu fiqh dengan ilmu dunia, dan ulama-ulama fiqh dengan ulama-ulama dunia?

Aku (Al-Ghazali) menjawab, bahawa ketahuilah sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan Adam dari tanah dan keturunannya dari unsur-unsur bahan dari tanah dan air hanyir. Mereka dikeluarkan dari tulang sulbi laki-laki, (dimasukkan) ke dalam rahim wanita. Dari situ (keluar) ke dunia, kemudian (apabila mati) ke kubur, kemudian ke Padang Mahsyar, kemudian ke syurga atau ke neraka.

Inilah permulaan mereka dan inilah kesudahan mereka. Dan inilah tempat kediaman mereka. Dijadikan dunia tempat mencari perbekalan untuk akhirat, supaya dapat diperoleh dari dunia itu, apa yang patut untuk perbekalan itu.

Kalau manusia itu memperoleh (mengambil nikmat-nikmat ) dunia dengan keadilan, maka lenyaplah segala permusuhan. Dan kosonglah para alim ulama dari kesibukan. Tetapi manusia itu memperoleh (mengambil nikmat-nikmat) dunia dengan nafsu syahwat, lalu timbullah bermacam-macam permusuhan. Maka perlulah kepada penguasa untuk memimpinnya. Dan penguasa itu memerlukan kepada undang-undang untuk memimpin ummat manusia itu.

Ahli fiqh ialah orang yang tahu dengan undang-undang siasah, jalan mengetengahi (menyelesaikan permasalahan) di antara orang banyak, apabila bertengkar di bawah hukum hawa nafsu. Jadi ahli fiqh itu adalah guru sultan dan penunjuknya kepada jalan memimpin dan mengatur makhluk supaya teratur urusan duniawi dengan kelurusan mereka.

Demi sebenarnya hal tersebut berhubungan juga dengan agama, tetapi tidaklah dengan agama itu sendiri, melainkan dengan perantaraan dunia (maksudnya - secara tidak langsung). Karena dunia adalah tempat bercucuk-tanam bagi akhirat. Dan agama itu tidak sempurna selain dengan dunia.

Penguasa dan agama adalah dua anak kembar. Agama itu pokok dan penguasa itu pengawal. Sesuatu yang tidak berpokok, roboh. Sesuatu yang tidak berpengawal, hilang. Kerajaan dan kepastian hukum (undang-undang) tak (akan) sempurna, selain dengan penguasa. Jalan kepastian hukum (undang-undang) untuk menyelesaikan persoalan pemerintahan ialah fiqh.

Sebagaimana siasah manusia dengan pemerintahan, tidak termasuk sebahagian dari ilmu agama pada tingkat pertama. Tetapi adalah penolong kepada sesuatu, di mana agama tidak sempurna kecuali dengan dia. Maka demikian juga pengetahuan jalan siasah.

Seperti dimaklumi bahawa ibadah haji tidak akan sempurna kecuali dengan pengawal yang mengawal (jemaah haji) dari orang-orang Arab di perjalanan. Sedang ibadah haji itu suatu hal dan berjalan menuju ibadah haji itu adalah hal kedua. Dan mengadakan pengawalan, di mana hajji itu tidak akan sempurna selain dengan pengawalan itu adalah hal ketiga. Dan mengetahui cara-cara, daya upaya dan aturan-aturan pengawalan itu adalah hal keempat.

Maka hasil dari pengetahuan fiqh, ialah mengetahui cara kepemimpinan dan kepengawalan.

Jika anda menyatakan kepadaku bahawa pendapatku tentang ilmu fiqh itu, kalaupun betul, hanya mengenai hukum (undang-undang) penganiayaan, hukum denda, hutang-piutang dan penyelesaian persengketaan. Maka tidaklah betul mengenai bahagian ibadah dari hal puasa dan shalat. Dan tidak pada yang dilengkapi oleh bahagian adat dari hukum mu’amalah, dari penjelasan halal dan haram.

Tentang Islam, maka ahli fiqh itu memperkatakan tentang yang sah daripadanya, tentang yang batal dan syarat-syaratnya. Dan tidaklah diperhatikan padanya selain kepada lisan. Dan (soal) hati tidaklah termasuk dalam lingkungan wilayah (pembicaraan dan kemahiran) seorang ahli fiqh.

Kerana Rasulullah saw meletakkan pemegang pedang dan kekuasaan di luar hati, dengan sabdanya:

“Mengapa tidak engkau pisahkan dari hatinya?” (Muslim)

Sabda ini ditujukan oleh Nabi saw kepada seorang pembunuh yang membunuh orang yang telah mengucapkan kalimah Islam dengan alasan bahawa pengucapannya itu lantaran takut kepada pedang.

Bahkan ahli fiqh itu menetapkan sah Islam di bawah naungan pedang, padahal ia tahu pedang itu tidak menyingkapkan isi niat seseorang dan tidak menghilangkan dari hati, kebodohan dan kehairanan. Tetapi mengisyaratkan kepada pemegang pedang. Pedang itu memanjang kepada lehernya. Dan tangan itu memanjang kepada hartanya. Kalimat tadi dengan lisan adalah menyelamatkan leher dan harta, selama leher dan hartanya belum lagi terpisah daripadanya. Begitulah di dunia. Dari itu Nabi saw bersabda:

“Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan Laa Ilaaha illAllaah. Apabila telah diucapkannya, maka terpeliharalah darah dan hartanya daripadaku. (Bukhari & Muslim)

Nabi saw menetapkan akibatnya pengucapan itu pada darah (nyawa) dan harta.

Adapun di akhirat, maka harta itu tidak berguna padanya. Tetapi nur (cahaya) hati, rahsianya dan keikhlasannya yang berguna (di akhirat). Dan(perbincangan tentang cahaya hati, rahsianya dan keikhlasannya) itu tidak termasuk dalam (perbincangan) bidang fiqh.

Kalau seorang ahli fiqh mencempelungkan diri dalam ilmu fiqh, adalah seperti kalau ia mencempelungkan diri dalam ilmu kalam dan ilmu kedoktoran. Dan dia itu berada di luar bidangnya.

Mengenai solat, maka ahli fiqh itu berfatwa dengan sah bila solat itu dikerjakan dalam bentuk segala perbuatan solat serta jelas syarat-syaratnya, meskipun ia lengah dalam seluruh solatnya dari awal sampai akhirnya. (Dia) Asyik berfikir menghitung penjualan di pasar,kecuali ketika bertakbir.

Solat semacam itu tidaklah bermanfaatlah di akhirat, sebagaimana pengucapan dengan lisan mengenai Islam tak adalah manfaatnya.

Tetapi ahli fiqh berfatwa dengan sahnya. Ertinya apa yang telah dikerjakan, telah berhasil menuruti bunyi perintah dan terhapuslah daripadanya hukuman bunuh dan dera.

Adapun khusyuk dan menghadirkan hati yang menjadi amal perbuatan akhirat dan dengan itu bermanfaatlah amal zahir, maka tidaklah disinggung-singgung oleh ahli fiqh. Kalau adapun, maka adalah di luar bidangnya.

Saturday, July 2, 2011

Teks Kuliah Syarah Ihya' 8




http://www.youtube.com/watch?v=9KM7fl7-T3k


Jadi apabila Tuhan puji kepada makhluk, sebenarnya Dia puji DiriNya sendiri juga. Yang pertama tadi, Tuhan puji DiriNya sendiri, itu sudah ‘confirm’. Yang kedua ini, Tuhan memuji makhluk. Tapi Dia puji makhluk pun, sebenarnya Dia memuji DiriNya balik.

Contohnya kita kata : “Ehh Che’ Mat ini baiklah, dia suka buat kenduri bagi orang makan!” Sebenarnya yang menggerakkan Che’ Mat ini buat kenduri siapa dia? Tuhan juga. Dari segi hakikatnya Che’ Mat tidak ada kuasa. Yang buka dan yang lapangkan hati Che’ Mat supaya dia : “Eh, aku ada duit lebih, nak buat kendurilah,”... Tuhanlah juga.

(*Contoh ini sebenarnya sesuai untuk puji jenis yang keempat, iaitu makhluk puji makhluk. Mohon maaf atas kesilapan ini – Abu Zulfiqar)

Jadi sebenarnya apabila Tuhan memuji makhluk, Dia memuji DirinYa sendiri. Che’ Mat itu jadi baik, sebab atas dorongan yang dibuat oleh Tuhan. Jadi sudah dua (jenis pujian), kedua-dua ini puji ikut mana pun patah balik kepada Tuhan.

Puji yang ketiga – baharu puji Qadim. Kita cakap : “Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah...” Sudah tentulah puji itu pergi kepada Allah. Ketiga-tiga (jenis pujian tadi) pergi kepada Allah.

Puji yang keempat – baharu puji yang baharu. Kita berjalan bawa barang, tiba-tiba barang kita jatuh. Ada seorang makcik tolong ambil barang kita dan beri kepada kita. Kita pun cakap : “Terima kasihlah makcik. Makcik ni baik hati sungguhlah.” Apabila kita cakap sebegitu, sebenarnya puji itu pergi ke mana? Dia yang membuka hati makcik ini supaya tolong kita, siapa Dia? Allah! Jadi, makcik ini baik sebab Allah. Kita puji itu sebenarnya, patah balik kepada Allah juga.

Jadi keempat-empat jenis puji ini, semua patah balik kepada Tuhan. Tuhan puji DiriNya sendiri, maksudnya puji itu jatuh pada DiriNya. Kemudian Tuhan puji makhluk, jatuh pada DiriNya juga sebab Tuhanlah yang bagi makhluk ini jadi baik. Kemudian makhluk puji Tuhan, memang kena pada Tuhanlah. Dan yang keempat, sama-sama makhluk kita puji, sebenarnya pujian itu kena pada Tuhan juga. Sebab itulah yang dikatakan “SEGALA PUJI bagi Allah.”

Hari ini kita fahamlah, yang orang sebut : “Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah.” Macam mana yang dikatakan “Segala puji bagi Allah”? Berdasarkan 4 cara ini tadi, kita puji ikut mana pun, semua yang baik – (ialah) Tuhan. Bukan kita yang baik.

Begitu juga (apabila) kita hendak ucapkan terima kasih. Selalu (apabila) orang tolong kita, (kita kata) : “Terima kasihlah encik.” Terima kasih itu kita tuju kepada siapa? Kita tuju kepada orang itu (sahajalah). Sebenarnya kalau ikut kaedah tasawuf, “Terima kasihlah encik”... terima kasih kita itu ‘direct’ ke Tuhan terus. Sebab apa? Orang itu menolong kita tadi, Tuhan yang menggerakkan dia.

Jadi selepas ini (apabila) kita hendak berterima kasih kepada orang, (kepada) Allah dahulunya.

“Terima kasih makcik.”

“Terima kasih cikgu.”

“Terima kasih adik.”

Walaupun kita tujukan kepada adik, sebenarnya kita tuju kepada Allah (terlebih) dahulu. (Kemudian) barulah kepada budak itu tadi. Terima kasih... Allah (terlebih dahulunya) dari segi tasawufnya. Sebab apa? Orang ini baik, orang ini tolong kita, orang ini buat apa-apa kebaikan pun... semua Allah yang buat. Sebab itu dikatakan : “La haulawala quwwata illa billahil ‘Aliyyil ‘Azim.” Tidak ada daya dan kekuasaan melainkan daya dan kekuasaan Tuhan... Dia jadi baik itu sebab Tuhan.

Yang kita datang malam ini sebab Tuhan pilihlah ni... dari segi hakikatnya. Dari segi syariatnya memanglah kita yang berusaha. Tapi dari segi hakikatnya, Tuhan yang bawa kita datang ke sini, kita tidak ada kuasa. “La haula wala...” tadi itu.

Jadi kita fahamlah hari ini, “Segala puji bagi Allah” itu macam mana ceritanya.

Seterusnya kata Imam Al-Ghazali : “Kedua, aku berselawat dan mengucapkan salam kepada rasul-rasul-Nya. Selawat yang meratai rasul-rasul yang lain bersama penghulu umat manusia.

Jadi Imam Al-Ghazali tadi pertamanya dia puji Tuhan (terlebih) dahulu. Selepas itu dia mendoakan keselamatan kepada Nabi Muhammad – (yakni) selawat. Selawat ini pun bukan barang-barang main. Dalam satu hadith riwayat Imam Nasa’i, Ahmad dan Al-Hakim, kata Nabi Muhammad : “Barangsiapa berselawat kepada aku 1 kali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali, dan Allah menghapuskan 10 kesalahan dan mengangkat 10 darjat.”

Kita cakap : “Allahummasalli ‘ala Muhammad”, kita doa keselamatan kepada Nabi Muhammad, Allah balas kepada kita 10 kali. Jadi selawat ini sebenarnya ‘short-cut’ kita hendak dapat doa kebaikan 10 kali. Kalau tidak kita berdoa : “Ya Allah, bagilah aku kekayaan.” Baru 1 doa. Tapi kalau kita berselawat, ia patah balik 10 kali daripada Tuhan. Jadi 1 selawat seolah-olah 10 kali doa. Itulah untungnya.

Sesetengah orang kata, daripada berselawat lebih baik berzikir. Zikir ini tuju kepada Allah terus. Tapi kita kena ingat balik, mula-mula selawat itu sudah ada (zikir) “Allah”. “Allahummasalli ‘ala Muhammad.” Mula-mula itu sudah “Allah”. Jadi dalam selawat ini, zikir pun ada, selawat pun ada. Ia lebih hebat. Sebab itu sebahagian ulama melebihkan selawat daripada zikir.

Kalau ikut kata hadith Nabi tadi, sekali kita berselawat, Allah balas kepada kita 10 kali. Selepas itu 10 dosa pula habis, diangkat pula 10 darjat. Ini kehebatan selawat. Mudah sahaja : “Allahummasalli ‘ala Muhammad.”

Kalau hendak baca apa-apa selawat pun boleh. Bacalah selawat tahiyyat akhir (Selawat Ibrahimiyyah), bacalah Selawat Tafrijiyyah, bacalah Selawat Syifa’, bacalah selawat apa pun. Banyak jenis selawat. Tapi yang mudahnya yang itulah : “Allahummasalli ‘ala Muhammad.” Ringkas sahaja. Dapat 10 kali doa patah balik.

Kemudian kata Imam Al-Ghazali : “Ketiga, aku memohonkan kebajikan kepada Allah Taala tentang membangkitkan cita-citaku mengarang sebuah kitab.” Yang ini dia kata dia seronoklah. Dia harpa Tuhan menolong dia dalam (usaha) dia buat kitab ini. Dah memang selesai dah kitab ni.

“Keempat, aku menentang untuk memotong kesombonganmu hai pencela yang melampaui batas dalam mencela.” Di sini Imam Ghazlai meluahkan isi hatinya. Sebab apa, pada zaman Imam Al-Ghazali ini ramai orang bercakap tentang ilmu tetapi mereka tidak beramal. Banyak orang suka kumpul ilmu. Kumpul, kumpul tapi dari segi amalan... lemah. Dari segi batin, dari segi hati, dari segi tasawuf, hubungan dengan Tuhan... lemah. Banyak ulama yang kumpul ilmu sahaja.

Kita ringkaskan bahagian ini.

Imam Al-Ghazali petik satu hadith, maksudnya : “Manusia yang sangat menderita azab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu yang tidak diberi manfaat oleh Allah SWT dengan ilmunya.”

Walaupun hadith ini sandanya dhaif tapi kita boleh pakai (*akan diterangkan cara berinteraksi dengan hadith dhaif pada fail-fail kuliah akan datang). Kata Nabi Muhammad, hari akhirat, hari kiamat nanti... orang yang sangat-sangat menderita, teruk kena azab ialah orang itu ada ilmu, bukan orang yang tidak ada ilmu. Dia ada ilmu tapi ilmunya tidak bermanfaat untuk dirinya. Sebab apa? Dia tidka amal, dia tidak sebar dan dia tidak ada jiwa ilmu. Dia cuma kumpul (ilmu) sahaja. Dia hafal hadith. Berapa hadith dihafal? 10,000 hadith. Tapi (bandingan) dia dengan orang awam nampak biasa sahaja, tidak nampak pun macam orang soleh. Sebab dia tidak ada amal. Tambah-tambah amal hati dia tidak ada, tasawuf tidak ada. Dia kira duduk hafal banyak benda. Dia suruh orang berjuang tapi dia sendiri pun tidak berjuang. Dia suruh orang beramal, dia sendiri pun tidak beramal. Ini jenis orang yang dikatakan Nabi Muhammad , hari kiamat nanti akan kena teruk. Kita ingatkan orang yang tidak ada ilmu yang kena teruk. Rupa-rupanya orang yang ada ilmu yang kena teruk lagi.

Wangian Hikmah Al-Ghazali 60-66

Audio Syarah Ihya' 60-66

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 60

http://www.youtube.com/watch?v=kYUVBI66Xdw
- Maksud "Ihya' 'Ulumiddin".
- Tak ada guru, murid mencari. Dah ada guru, murid pun lari.
- Kisah Bani Israil minta diberikan seorang raja.
- Mengimbas kembali pelajaran lalu.
- Semak tugasan kuliah yang lalu.
- Semak 3 fardhu 'ain diri, anak dan pasangan.
- Dia tahu mandi wajib itu wajib, tapi dia tidak buat. Mengapa?
- Ibu bapa dan orang sekeliling sebagai contoh kepada remaja.
- Disuruh mengucap, tok qadhi dilempangnya!
- Jadikan Sultan Muhammad Al-Fateh idola kita.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 61
http://www.youtube.com/watch?v=fQoLbbI-hSk
- Raja yang baik, tentera yang baik.
- Keghairahan umat Islam untuk membuka Constantinople.
- Tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh!
- Kualiti yang mesti ada pada umat Islam untuk mengalahkan musuh terutamanya Zionis.
- Menghilangkan sifat2 mazmumah termasuk fardhu 'ain. Bagaimana hendak menghilangkannya?
- Pelajaran baru : Ilmu-ilmu yang fardhu kifayah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 62
http://www.youtube.com/watch?v=95KqfQpjiJ8
- Apa itu ilmu syariah? Dari mana datangnya?
- Apa pula ilmu-ilmu yang bukan syariah? Bagaimana pembahagiannya?
- Maksud 'harus' mengikut bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan istilah agama.
- Pembahagian ilmu yang terpuji & contoh2nya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 63
http://www.youtube.com/watch?v=nN9yhZb93lM
- Ilmu bekam dan jahit-menjahit termasuk fardhu kifayah.
- Ilmu mengesan penyakit melalui mata, tapak tangan dan lidah.
- Saranan Dakwah Tajdid Segar terhadap perubatan di Palestin -- rawatan yang kurang bergantung kepada mesin dan ubat-ubatan.
- Apakah ilmu2 yang utama tapi tidak fardhu?
- Ilmu2 yang tercela.

WANGIAN HIKMAHAL-GHAZALI 64
http://www.youtube.com/watch?v=aNn-DPsu9Xs
- Isi televisyen kan penuh dengan silap mata?
- Perihal mantra/ mentera/ mantera.
- Cubaan2 menghalalkan mentera.
- Ilmu mentera Tepuk Bantal Panggil Suami.
- Ilmu penunduk isteri.
- Bacaan mandi penaik seri.
- Asal "mantra".
- Mentera Jerman untuk pulihkan kuda.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 65
http://www.youtube.com/watch?v=ceyr67KLcz8
- Sihir, jin, mentera dll di seluruh dunia zaman-berzaman.
- Apakah ilmu-ilmu yang dibolehkan?
- Tentang ilmu syariah pula. Apakah cabang-cabangnya?
- Pokok/ dasar/ asas. Apa pula pembahagiannya?
- Mengapa ijma' dan atsar termasuk pokok?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 66
http://www.youtube.com/watch?v=k3t2IWapAcM
- Contoh hal furu'/cabang.
- Waktu2 seseorang hakim tidak boleh menghakimi.
- Ilmu fiqh untuk dunia, ilmu tasawuf untuk akhirat?
- Ulama fiqh ulama dunia?
- Perihal Ulik Mayang...

PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-11

(Karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali)

Kuliah Maghrib kali ke-95

TUGASAN KULIAH LALU :

1. Periksa ilmu fardhu ‘ain sendiri.

2. Periksa ilmu fardhu ‘ain anak-anak yang sudah baligh.

3. Suami isteri, saling memeriksa ilmu fardhu ‘ain pasangan masing-masing.

4. Nilaikan diri kita dengan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya. Cuba contohi mereka.

TAJUK : ILMU-ILMU YANG FARDHU KIFAYAH

Dan ilmu-ilmu itu dengan disangkutkan kepada fardhu yang sedang kita bicarakan (iaitu fardhu kifayah) ini, terbahagi kepada:

1. Ilmu syariah

2. Bukan ilmu syariah

Yang dimaksudkan dengan ilmu syariah ialah yang diperoleh dari nabi-nabi as. Dan tidak ditunjukkan oleh akal manusia kepadanya seumpama ilmu berhitung (ilmu hisab/matematik), atau percubaan (eksperimen) seumpama ilmu kedoktoran, atau pendengaran seumpama bahasa.

Maka ilmu-ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada:

1. Ilmu yang terpuji

2. Ilmu yang tercela

3. Ilmu yang dibolehkan (diharuskan)

Ilmu yang terpuji ialah yang ada hubungannya dengan kepentingan urusan duniawi, seperti ilmu kedoktoran dan ilmu berhitung (ilmu hisab/ matematik). Dan itu terbahagi kepada:

1. Fardhu kifayah

2. Ilmu utama yang tidak fardhu

Yang fardhu kifayah ialah setiap ilmu yang tidak dapat dikesampingkan dalam menegakkan urusan duniawi, seumpama ilmu kedoktoran, kerana pentingnya dalam pemeliharaan tubuh manusia.

Dan seumpama ilmu berhitung (ilmu hisan/matematik) kerana pentingnya dalam masyarakat (akan) berjual beli, pembahagian harta wasiat, pusaka dan lain-lainnya.

Inilah ilmu-ilmu, jikalau kosonglah negeri daripada orang-orang yang menegakkannya, nescaya berdosalah penduduk negeri itu. Tetapi apabila ada seorang sahaja yang bangun menegakkan ilmu itu, maka mencukupilah dan terlepaslah (orang Islam) yang lain dari kewajipan tersebut.

Bahkan juga pembekaman dan penjahitan (jahit-menjahit), karena jikalau kosonglah negeri (sesuatu daerah) dari tukang bekam, maka segeralah datang kebinasaan kepada mereka. Dan berdosalah mereka itu membawa dirinya kepada kebinasaan.

Adapun ilmu yang dihitung (sebagai ilmu) utama (tetapi) tidaklah fardhu – maka mendalami hal-hal yang halus bagi ilmu berhitung, ilmu kedoktoran dan lain-lainnya, adalah termasuk (ilmu) yang tidak diperlukan begitu penting, tetapi berfaedah menambahkan kekuatan pada kadar yang diperlukan.

Adapun ilmu yang tercela iaitu ilmu sihir, mentera-mentera, ilmu tenung dan ilmu balik (silap) mata.

Adapun ilmu yang dibolehkan iaitu ilmu tentang pantun-pantun yang tidak cabul, berita-berita sejarah dan sebagainya.

Contoh ilmu terpuji – ilmu kedoktoran, ilmu matematik.

Contoh ilmu yang tercela – ilmu sihir, mantera, ilmu tenung (tilik nasib) dan ilmu silap mata.

Contoh ilmu yang dibolehkan – pantun-pantun, kisah-kisah sejarah dan lain-lain.

Adapun ilmu syariah, dan itulah yang dimaksud menjelaskannya maka adalah terpuji semuanya. Tetapi kadang-kadang bercampur dengan apa yang disangkakan itu syariah. Padahal adalah itu tercela. Dari itu, (ilmu syariah) terbahagi kepada dua:

1. Yang terpuji

2. Yang tercela

(Ilmu syariah) Yang terpuji mempunyai:

1. Pokok (dasar/usul/asas)

2. Cabang (furu’)

3. Muqaddimah

4. Pelengkap


POKOK

Yang pertama, pokok. Iaitu empat:

1. Kitabullah ‘Azza wa Jalla (Al-Quran)

2. Sunnah Rasul saw

3. Ijma’ ummat (kesepakatan ulama)

4. Peninggalan-peninggalan sahabat (atsar)


Dan ijma’ itu (termasuk ) pokok, dari segi bahwa dia menunjukkan kepada Sunnah. Maka adalah dia pokok pada derajat (darjah) ketiga.

Begitu pula peninggalan sahabat (atsar), maka dia juga pokok (kerana) menunjukkan pada sunnah, kerana para sahabat ra menyaksikan wahyu dan penurunann Al-Quran. Dan (mereka) mengetahui dengan petunjuk-petunjuk keadaan (akan) apa yang tidak diketahui oleh orang lain.

FURU’ (CABANG)

Yang kedua, cabang (furu’), iaitu apa yang difahamkan dari pokok-pokok di atas tadi (iaitu Al-Quran, sunnah, ijma’ dan atsar). Tidak menurut yang dikehendaki oleh kata-katanya, tetapi menurut pengertian yang dapat dicapai oleh akal fikiran. Dengan sebab itu maka faham menjadi luas, sehinga dari kata-kata yang diucapkan, dapat difahami (perkara) yang lain.

Seperti apa yang dapat difahami dari sabda Nabi saw:

“Hakim (qadhi) itu tidak menghakimi (menjatuhkan hukuman) ketika dia sedang marah.” (Bukhari)

Bahawa dia (juga tentunya) tidak mengadili juga ketika mahu buang air, lapar atau merasa sakit.

Ilmu furu’ itu terbahagi dua:

1. Pertama, menyangkut (berkaitan) dengan kepentingan duniawi. Dan termuat dalam kitab-kitab fiqh. Yang bertanggungjawab terhadapnya ialah para ulama fiqh. Dan mereka itu adalah ulama dunia.

2. Kedua, menyangkut dengan kepentingan akhirat iaitu hal keadaan hati, budi pekerti terpuji dan tercela, hal ehwal yang direlai dan dibenci Allah (yakni ilmu tasawuf). Pengetahuan (tentang ilmu tasawuf) ini termuat pada bahagian penghabisan dari kitab ini, yakni dalam jumlah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.

MUQADDIMAH (ILMU PENGANTAR)

Yang ketiga : muqaddimah (ilmu pengantar), iaitu ilmu yang merupakan alat, seperti ilmu bahasa dan tatabahasa. Keduanya merupakan alat untuk mengetahui isi Kitabullah dan Sunnah Rasul saw.

Bahasa dan tatabahasa itu tidaklah termasuk ilmu syariah, tetapi harus dipelajari disebabkan agama. Kerana syariah (agama Islam) ini datangnya dengan bahasa Arab.

Dan semua agama tidak lahir selain dengan sesuatu bahasa. Maka jadilah mempelajari bahasa itu sebagai alat. Dan setengah dari alat ialah ilmu menulis tulisan. Tetapi tidaklah itu penting kerana Rasulullah saw sendiripun tidak tahu tulis baca (ummiy).

Kalaulah tergambar dapat dihafal semua yang didengar, maka menulis itu tidak perlu lagi. Tetapi pada ghalibnya, (orang ramai) lemah dari hafalan, maka menulis itu jadi penting.

PELENGKAP/ PENYEMPURNA

Yang keempat, penyempurna : iaitu mengenai ilmu Al-Quran. Dan terbahagi kepada yang berhubungan dengan kata-katanya seperti mempelajari qiraah (cara bacaan), dan bunyi hurufnya (makhraj). Dan yang berhubung dengan pengertiannya seperti tafsir kerana pengertian itu berpegang pula kepada naqal (keadaan sesuatu ayat itu seperti asbabun nuzul dan suasana sekeliling).

Adapun ilmu penyempurna pada hadith Nabi dan peninggalan sahabat (atsar), iaitu ilmu mengenai perawi-perawi hadith, namanya, keturunannya, nama-nama sahabat,, keperibadiannya dan ilmu mengenai adalah (kejujuran) perawi-perawi dan keadaan mereka dalam meriwayatkan hadith. (Semua ini perlu) supaya dapat membezakan antara hadith lemah dan hadith kuat. Dan mengetahui umur mereka supaya dapat membezakan antara hadith mursal dan hadith musnad. Dan juga mengetahui yang berhubungan dengan musnad itu.

Inilah ilmu-ilmu syariah dan semuanya itu terpuji, bahkan semuanya termasuk fardhu kifayah.

Wangian Hikmah Al-Ghazali 54-59

Audio Syarah Ihya' 'Ulumiddin 54-59

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 54

http://www.youtube.com/watch?v=c7kuEn-mEak
- Imbas kembali isi kuliah yang lepas.
- Cara mengatur urusan hidup di dunia.
- Imam Al-Ghazali menolak dunia?
- Apa yang paling penting pada diri kita?
- Mengapa mengajar agama itu pekerjaan paling mulia?
- Apa itu fardhu 'ain? Apa itu fardhu kifayah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 55
http://www.youtube.com/watch?v=gbzKu4-v3mY
- Apakah ilmu-ilmu yang menjadi fardhu 'ain?
- Pandangan Abu Talib al-Makki.
- Petikan kitab Kasyful Asrar.
- Tauhid, fiqh, tasawuf... 3 tungku keagamaan kita.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 56
http://www.youtube.com/watch?v=9J4d4ydG89o
- Bilakah dua kalimah syahadah menjadi fardhu 'ain kepada seseorang?
- Bilakah ilmu tentang bersuci, solat, puasa, zakat dan haji menjadi fardhu 'ain ke atas seseorang?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 57
http://www.youtube.com/watch?v=ZNqih7NqzoI

- Yang sunat tidak termasuk fardhu 'ain.
- Apa yang fardhu 'ain atas anak2 kita yang baru baligh?
- Kes sudah baligh, tapi tidak mandi wajib.
- Sedikit kisah Sultan Muhammad Al-Fateh - Pembuka Constantinople.
- Tidka pernah tinggal solat tahajud sejak baligh.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 58
http://www.youtube.com/watch?v=HeUfQEfVefg
- Layakkah kita menjadi tentera Sultan Muhammad Al-Fateh?
- Antara punca kita masih gagal membebaskan Palestin.
- Minum arak di Malaysia 'ranking' ke-10 di dunia.
- Ilmu membasmi sifat-sifat mazmumah juga ilmu fardhu 'ain?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 59
http://www.youtube.com/watch?v=DVS8xCeqmYU
- Cara menilai, jangan sudut positif sahaja.

Sunday, June 19, 2011

Teks Kuliah Syarah Ihya 7

http://www.youtube.com/watch?v=9Z7n5FaLsUc



Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Sekarang kita masuk (kepada) kitab Ihya’ ‘Ulumiddin kita, ataupun ringkasannya kitab Bimbingan Mu’minin. Seawal-awal kitab ini ada ditulis : “Sesungguhnya hal yang demikian itu menjadi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati.”

Kita tengok ya. ‘Start start’ kitab dia terus cakap begitu : “Sesungguhnya hal yang demikian itu menjadi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati.” Ini di permulaan kitab, bukannya di akhir kitab. ‘Start start’ kitab dia kata : “Apa-apa yang kita cerita tadi itu adalah pengajaran bagi orang-orang yang berakal.”

Kenapa dia mulakan kitab ini dengan cara begini? Ini yang kita (berasa) pelik, seolah-olah dia sudah bercerita panjang dah. Sepatutnya ayat ini diletak di belakang. Sudah habis dia ulas semua, barulah dia kata : “Sesungguhnya hal demikian itu jadi pengajaran...” Ini tidak. Di awal kita lagi dia terus bawa keluar ayat Al-Quran ini, dari surah Qaaf ayat 37. Hal ini ada rahsianya.

Sebenarnya Imam al-Ghazali tidak mahu panjang-panjang cerita, dia terus bagi ayat yang ke-37. Salah satu tujuannya ialah supaya kita ambil tahu ayat pertama sampai ayat ke-36. Ada banyak pengajaran dan nasihat-nasihat yang boleh kita ambil dari ayat nombor 1 sampai 36, tapi tidak dimasukkan di sini (dalam kitab Ihya’ ini).

Jadi secara ringkasnya... saya pun tidaklah tafsirkan 36 ayat itu... secara ringkanya kita tengok dalam nota itu pengajaran pertama, di bahagian kanan sebelah bawah. Di sanalah (hasil) saya tengok Surah Qaaf sepintas lalu, saya ambil dia punya pengajaran.

Pengajaran yang pertama daripada Surah Qaaf ini, pelajarilah isi kandungan al-Quran dan berpeganglah padanya dengan penuh percaya, penuh yakin. Orang bawa marilah macam mana punya hukum pun, kita tetap berpegang dengan hukum Quran. Tidak ada dolak-dalik lagi.

Yang kedua, kita kena percaya pada Hari Kebangkitan, iaitu Hari Akhirat. Selepas kita hidup ini kita mati, kemudian kita akan hidup balik. Sebab apa, benda ini ‘gerenti’ berlaku. Apabila tahu ia pasti berlaku, kita kenalah buat persediaan. Persedian-persediaannya kita kenalah buat di dunia ini.

Pengajaran daripadaSsurah Qaaf yang ketiga, percayalah bahawa semua amal makhluk dan segala peristiwa direkodkan oleh Tuhan sejak azali. Sejak makhluk mula-mula dicipta, ketika itu sudah ‘berjalan’ dah, sudah direkod apa yang akan berlaku, apa yang sedang berlaku, sudah direkod. Dalam Surah Qaaf itu ada diceritakan.

Yang keempat, Surah Qaaf juga meminta kita supaya mengkaji langit dan bumi, dan isi kandungan di dalamnya, ambil pelajaran. Khususnya pelajaran untuk mendekatkan kita kepada Tuhan.

Yang kelima, Surah Qaaf minta kita jangan mengikut perlakuan buruk kaum-kaum terdahulu, yang mana kaum-kaum ini dilaknat oleh Tuhan. Dalam Surah Qaaf itu ada diceritakan.

Dan yang keenam, percayalah, tempat terakhir kita iaitu syurga ataupun neraka.

Inilah enam pengajaran utama daripada surah Qaaf ayat 1 sampai ayat 36. Barulah sesuai kita baca ayat ini : “Sesungguhnya hal yang demikian itu menjadi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati.” Yang enam pengajaran tadi, sesiapa ada akal fikiran, benda-benda yang saya sebutkan tadi, dia ambil berat. Itu maksudnya. Kalau tidak kita (akan berasa ) pelik, kenapa ‘start start’ kitab ini, terus dia masukkan ayat yang seolah-olah dia sudah menceritakannya.

Itulah... dalam kitab Ihya’ ini ada banyak rahsia, kita bongkarlah satu-persatu insyaAllah. Cuma yang malangnya, Imam Al-Ghazali ada buat satu kitab tafsir Al-Quran, setengah pendapat mengatakan ada 40 jilid., kalau ada kitab tafsir itu bolehlah kita tafsirkan dariapada ayat pertama sampai ayat ke-36. Tapi malangnya ketika Baghdad, Iraq diserang oleh orang-orang Monggol, tentera Ya’juj Ma’juj ini menyerang, memusnahkan bandar itu, cukup ramai orang yang mati dan buku-buku ini mereka buang ke dalam sungai. Sampaikan sungai di Baghdad itu jadi hitam airnya dengan dakwat buku-buku itu. Di situlah (kita) kerugian. Banyak kita punya buku dilempar ke dalam sungai dan mungkin juga ketika itulah hilangnya tafsir Al-Quran yang dibuat oleh Imam Al-Ghazali sebanyak 40 jilid.

Kalau ada kitab itu sekarang, sedaplah kita tafsirkan ayat 1 sampai ayat 36 Surah Qaaf. Malangnya tidak ada. Tapi tidak mengapalah, kita ambillah pelajarannya yang tadi (iaitu) belajar isi kandungan Al-Quran, pegang sungguh-sungguh, percaya adanya Hari Kebangkitan, percaya bahawa kita punya amal semua sudahpun direkod, kemudian kita kajilah langit dan bumi, ambil pelajaran daripada alam sekitar, jangan kita ikut contoh kaum-kaum terdahulu yang dimusnahkan oleh Tuhan, dan akhirnya kita percaya syurga itu ada neraka itu ada, dan di sanalah tempat terakhir kita. Itulah pengajaran daripada Surah Qaaf.

Bismillahirrahmanirrahim. Ini perkataan Imam Al-Ghazali.

“Pertama-tama aku memuji Allah, pujian yang banyak, berturut-turut walaupun amat kecil pujian pemuji-pemuji itu, kurang dari hak keagungan-Nya.”

Mula-mula “Alahamdulillah” dulu lah, sebagaimana yang kita petik daripada kitab Sirajul Huda karya Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sambawi. Alhamdu... puji ini ada empat jenis puji. Yang kita selalu kata “Alhamdulillah”, “Alhamdu” ini ada empat jenis puji. Mengikut kita Sirajul Huda : “Alhamdu itu puji dengan perkataan atas perbuatan yang elok yang dibangsakan bagi ikhtiar, maka iaitu empat bahagi.”

Di dalam alam ini ada empat jenis puji:

1. Yang pertama, Qadim puji Qadim. Maksudnya Tuhan puji DiriNya sendiri.

2. Yang kedua, Qadim puji baharu. Maksudnya Tuhan memuji makhluk.

3. Yang ketiga, baharu puji Qadim. Maksudnya makhluk puji Tuhan.

4. Dan yang keempat, baharu puji baharu. Makhluk puji sama-sama makhluk.

Contohnya Tuhan puji Diri-Nya sendiri, sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran: “Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara sekelian alam.” Tuhan memuji DiriNya sendiri. Tuhan kata, Aku ini Penjaga, Pemelihara sekelian alam. Tuhan puji DiriNya sendiri = Qadim puji Qadim. Khaliq puji Khaliq. Khaliq ini Pencipta, kalau makhluq – yang dicipta. Itu contoh yang pertama.

Contoh yang kedua, Qadim puji baharu. Tuhan puji makhluk. Contohnya dalam surah Al-Anbiya’ ayat 80: “Dan (Nabi) Ismail dan Idris dan Zulkifli. Semuanya itu daripada kalangan orang-orang yang soleh.” Dia puji makhluk ciptaan-Nya iaitu Nabi Ismail, Nabi Idris dan Nabi Zulkifli sebagai orang-orang yang soleh, ornag baik-baik. Ini Tuhan puji makhluk.

Apabila Tuhan puji makhluk, puji itu pergi ke mana? Inilah ilmu tasawuf. Apabila Tuhan puji makhluk, Dia kata Nabi Ismail itu baik, pujian itu pergi ke mana? Baik itu pergi ke mana? Pada hakikatnya baik itu pergi kepada Tuhan balik. Sebab apa? Yang bagi Nabi Ismail baik ini siapa dia? Tuhanlah. Nabi Ismail suka tolong orang, berdakwah, dia tidak fikir benda-benda yang buruk-buruk... semua itu Tuhan yang buat.

Teks Kuliah Syarah Ihya' 6

Teks Kuliah Syarah Ihya' 6


http://www.youtube.com/watch?v=2oAwlDt34hA

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT kerana pada malam ini Dia sekali lagi memilih kita untuk sama-sama berada dalam satu majlis, majlis pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ataupun ringkasannya – kitab Bimbingan Mu’minin.

Pertamanya kita lihat, apakah kelebihan-kelebihan datang ke majlis ilmu sebagaimana yang dicatatkan dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ini?

Dalam satu hadith riwayat Imam Muslim, kata Nabi Muhammad, mafhumnya : “Barangsiapa melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahkan Allah kepadanya jalan ke syurga.”

Berdasarkan hadith ini nampaknya para hadirin yang datang pada malam ini insyaAllah dipermudahkan jalan ke syurga, kerana ini memang janji Nabi Muhammad, memang janji Allah.

Seterusnya dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim, yang juga dipetik daripada kitab Bimbingan Mu’minin ini : “Sesungguhnya malaikat itu membentangkan sayapnya kepada penuntut ilmu, tanda rela akan usahanya itu.”

Jadi sebenarnya kita sekarang sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat, cuma kita tidak nampak sahaja. Kalau kita nampak mungkin kita lari, sebab hebatnya rupa malaikat-malaikat ini. Eloklah tidak nampak. Cuma kita kena faham, kita sekarang sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat, yang mana malaikat-malaikat tadi mereka suka, sebab kita datang ke majlis ilmu.

Hadith ketiga, yang dipetik daripada kitab ini juga, hadith riwayat Imam Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul Birri : “Satu bab daripada ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya daripada dunia dan isinya.”

Itu baru satu bab. Sepanjang kita belajar kitab ini nanti tak tahulah berapa banyak bab ilmu. Satu bab ilmu sahaja pun sudah lebih baik daripada dunia dan isinya, di sisi Allah SWT. Cuma kita tidak nampak.

Dan hadith yang keempat, yang dipetik daripada kitab Ihya’ ini juga, maksudnya : “Bahawa sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari satu bab daripada ilmu, adalah lebih baik daripada engkau melakukan solat 100 rakaat.”

Kita datang ke sini, dia punya kelebihan itu mengalahkan orang yang duduk di rumah yang sembahyang sunat 100 rakaat. Kita memang tidak larat hendak buat solat sunat 100 rakaat, tapi datang sahaja ke majlis ilmu, dapat lebih lagi daripada solat sunat 100 rakaat.

Begitulah antara kelebihan-kelebihan orang yang datang ke majlis ilmu sebagiamna yang termaktub dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin. Yang pertama tadi, dimudahkan oleh Allah SWT jalan kita ke syurga. Yang keduanya, para malaikat rela dengan kita dan mereka membentangkan sayapnya. Selain itu, daripada hadith-hadith lain dikatakan para malaikat ini sebenarnya sentiasa memohonkan doa supaya kita yang berada dalam majlis ini diampunkan dosa-dosa kita. Yang ketiganya, satu bab daripada ilmu yang kita belajar adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. Dan yang keempat, kita datang ke sini belajar statu bab daripada ilmu, lebih baik daripada melakukan solat sunat 100 rakaat. Jadi tidak payah susah-susah sembahyang sunat 100 rakaat,cukup dengan datang ke majlis ilmu.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Begitulah tadi beberapa hadith yang kita petik daripada kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, ataupun ringkasannya (iaitu) Bimbingan Mu’minin.

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya hendak mengimbas sedikit pelajaran dalam kuliah yang lepas. Antara isi kandungannya, kita telah melihat maksud nama kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ini. Kitab ini maksud namanya ialah Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama. Kemudian kita sudah melihat nama penuh Imam al-Ghazali. Namnya berulang-ulang. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali. Itu namanya. Kemudian kita sudah melihat beberapa banyak kita-kitab yang dikarang oleh tuan syeikh kita ini. Kita tidak (ulang) sebutlah kali ini.

Seterusnya kita juga mendengar kisah salah seorang murid kepada Imam al-Ghazali, namanya Muhammad bin Tumart. Suatu ketika, ada sebuah kerajaan mengharamkan kitab Imam al-Ghazali dan memerintahkan bakar jika terjumpa kitab ini. Apabila cerita ini sampai kepada pendengaran Imam al-Ghazali, Imam al-Ghazali dengan pandangan kasyafnya dia berkata (sekadar contoh) : “Kerajaan itu akan dikoyak sebagaimana mereka merobek kitabku.” Kebetulan muridnya yang bernama Muhammad bin Tumart ini berada di situ. Muridnya berkata (sekadar contoh) : “Doakanlah kerajaan mereka ini robek ditangan aku.” Dan memang betul, kerajaan yang anti dengan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ini telahpun dijatuhkan oleh satu kumpulan pejuang yang diketuai oleh Muhammad bin Tumart. Itulah ringkasnya.

Kemudian kita melihat dengan agak panjang lebar juga sejarah Imam al-Ghazali, dari dia kecil sampailah dia meninggal dunia. Dan yang penting di sini (ialah) doa bapanya. Bapanya berdoa kepada Tuhan supaya dikurniakan anak-anak yang soleh, yang bakal jadi ulama. Jadi semestinya kita pun kena berdoa begitu. Doa supaya anak ini (jadi) soleh berada di atas sekali berbanding doa yang lain-lain. Panjanglah cerita Imam Al-Gahzali ini, kita tidaklah (ulang) cerita lagi di sini.

Jadi secara ringkasnya, sepanjang hidup Imam Al-Ghazali, dia menghabiskan masanya dengan berdakwah dan belajar, dan mengembara. Semuanya kerana ilmu kerana agama. Memang sesuailah. Sebab apa? Dalam banyak-banyak nikmat di dunia ini, boleh kata semua nikmat kita boleh kecap di akhirat. Di dunia kita boleh minum, di akhirat kita boleh minum. Di dunia kita ada isteri, di akhirat pun kita ada isteri. Di dunia kita ada kebun-kebun, di akhirat pun kita ada kebun-kebun.

Tapi nikmat berjuang? Di akhirat tidak ada. Nikmat berjuang ada di dunia sahaja. Begitu juga dengan nikmat bersusah-payah. Nikmat berkorban kerana Allah, ada di dunia sahaja. Inilah yang kita hendak rebut. Masuk syurga nanti, nikmat berjuang tidak ada, nikmat bersusah-payah (dan) letih kerana memperjuangkan Allah tidak ada, nikmat berkorban kerana agama Allah pun tidak ada.

Sebab itu sebagaimana yang kita faham, orang-orang yang mati syahid kalau boleh dia minta dihidupkan balik, dan dia hendak berjuang dan mati syahid lagi. Dia sudah masuk syurga dah sepatutnya. Mati syahid, mati kerana berperang pada jalan Allah. Tapi kalau boleh dia hendak minta hidup (balik) ke dunia, minta mati syahid lagi. Kemudian sudah mati, minta hidup lagi, minta mati syahid lagi.

Sebab apa tu? Apakah syurga itu tidak cukup nikmat? Sudah sangat-sangat nikmat, tapi di syurga sana tidak ada nikmat berjuang. Sebab itu para pejuang memilih untuk berkorban di dunia. Di dunia inilah nikmat berjuang, nikmat bersusah-payah, nikmat berkorban kerana Allah dan Rasul-Nya.